Chapter 3

Other Completed 12367

Bab 3

"Ye ye, aku on the way ni."

Kata aku dengan nada kelam kabut. Suara Hafiz di hujung talian dah semakin tegang. Mungkin ada makian yang bakal dihamburkan. Atau mungkin kesabaran yang masih dipertahankan. Janji nak jumpa pukul 3, sejam menunggu aku masih belum muncul. Janji Melayu.

"Kau ada 4 minit je untuk jelaskan kenapa kau lambat. Now!" jerkah si Hafiz. Masih bertimbang rasa untuk mendengar alasan aku.

"Aku siapkan draft novel tu. Aku hantar la macam kau suruh."

Sebenarnya bukan nak hantar sangat dah pun. Cuma, sekarang ni keadaan berubah. Kalau dulu aku hantar sebab memang betul-betul nak jadikan buku, sekarang aku lebih kepada hantar suka-suka. Dapat, alhamdulillah. Tak dapat, takpe. Tak jadi masalah besar. Life goes on.

"Ok." pendek je jawapan Hafiz. Agaknya memang masuk akal jawapan aku. Lega sikit. Baru je tadi nada suara dia macam orang gila, sekarang dah lain, mungkin aku dah dimaafkan.

"Woi, woi!" sebelum Hafiz menamatkan talian, aku memanggil-manggil untuk berkata sesuatu.

"Haa, apa dia?"

"Orderkan aku Neslo Ais."
Talian dimatikan. Oleh aku.

*****

"500 metres, turn left."

Suara GPS berkumandang seiringan dengan lagu di radio. Terus aku matikan GPS tu. Kejadah apa nak pergi lepak port biasa pun bukak GPS. Mata aku memandang sekeliling, mencari parking yang semakin sukar.

Sampai aku terfikir, kereta dah terlalu murah ke harganya sampai semua orang mampu berkereta? Atau semua orang dah kaya sampai mampu beli kereta? Tapi aku tak kaya pun?

Bullshit. Dah jumpa parking. Sebelah kereta Hafiz juga. Kebetulan ada kosong, terus aku masuk tanpa memberi peluang pada orang lain. Aku matikan enjin dan terus keluar dari kereta dengan berkaca mata hitam sambil tangan kiri ke udara menekan punat alarm kereta.

Just, like a boss.

*****

Axia kuning itu berlegar-legar di kawasan Malay Town, Kuantan. Mencari parking. Dan akhirnya jumpa juga. Kereta kecil itu masuk dengan berhati-hati. Bukan kerana kereta baru, cuma kerana baru mendapat lesen kereta. Pemanduan yang cermat diutamakan. Enjin masih hidup, Adibah membuat satu panggilan.

"Hello, Dibah sampai dah ni."

*****

Aku duduk berbual macam-macam perkara. Dari A sampai Z. Gelak ketawa aku dengan Hafiz dari tadi memecahkan kesunyian restoran ini. Biasalah, konon restoran mahal. Semua acah poyo muka serius. Kun anta. Be yourself. Tiba-tiba derai tawa Hafiz terhenti, dan dia berkata,

"Weh, tu bukan Dibah ke?"

Aku terus berpaling ke belakang. Ya, sekujur tubuh yang aku kenal. Nur Adibah Roslan. Bersama seorang lelaki. Entah siapa aku pun tak kenal. Neslo Ais dah rasa dedak. Fries dah rasa ranting kayu. Nampak mesra. Tapi aku cemburu. Biarlah.

"Hahaha. Biarlah dia. Aku okay la sial."

Hafiz terus menepuk tangan beserta isyarat lucah.

"Lu jangan sembang. Lu paling cepat koyak bila soal perempuan."

Okay, ini babi. Ini statement paling babi dia pernah cakap. Tapi sebenarnya betul. Kalau dengan jantan, kau merajuk ke, nak pukul ke, aku tak pernah koyak. Tapi kalau perempuan, aku jadi cepat sakit jiwa.

"Tu, tu, jantan tu blah dah woi."

Aku berpaling sekali lagi, Adibah terpandang aku tepat pada mata. Dan dia terus berlalu. Tapi senyuman sempat diberikan pada Hafiz. Hafiz pulak boleh balas senyuman dia. Ini tak adil. Asal aku tak dapat senyuman? Bukan tak kenal, kenal jugak.

"Bukan salah aku woi. Dia senyum kat aku. Aku balas je la balik."

"Bila masa aku marah?"

"Mata kau tu tengah tunjuk kau cemburu."

"Biarlah."

Aku meneruskan perbualan walaupun keadaan menjadi sedikit hambar selepas pertemuan dengan gadis yang dingin itu. Baru je nak rancak berbual semula, satu dentuman kuat berlaku beserta jeritan alarm kereta mengejutkan semua orang di sekitar kawasan itu. Hafiz segera bangun dan melihat. Aku cuma duduk sambil mengeluarkan sebatang rokok. Baru je nak cucuh rokok pertama aku pada hari tu, Hafiz datang semula pada aku sambil berkata,

"Kereta kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience