Chapter 22

Other Completed 12396

Bab 22

Nisa berada di depan Hafiz. Ditenung wajah kesayangannya dalam-dalam. Lagi beberapa minggu dia akan diijabkabulkan dengan lelaki itu. Hafiz sudah mula menunjukkan tanda-tanda ceria. Perbualan yang dulu tidak jelas, sudah mula nampak perubahan. Dia lebih banyak merancang masa depan.

Soal aku, dah lama dia lupakan. Bukan lupakan aku, cuma cerita lama antara dia dan aku.

Digenggam tangan Nisa erat. Dia bakal jadi suami. Suami kepada kawan yang dulunya cinta tak sengaja terjadi. Hafiz senyum sendiri.

"Awak ni kenapa?" soal Nisa. Pelik dengan tindak tanduk Hafiz.

Hanya kerana sekuntum senyuman, Nisa mula rasa ada kelainan.

"You know, Daud ada jumpa saya haritu." balas Hafiz dengan senyuman. Mungkin kelegaan terpancar di sudut hati. Tiada lagi dendam aku pada dia.

"Well, good enough. Dah lega tak sekarang?" soal Nisa. Dalam pada gembira, dia sedikit terasa.

Rupanya, hanya soal aku saja dalam kepala tunangnya. Dia jatuh nombor dua. Lagipun dia sedaya upaya berhenti prasangka. Aku dan dia dah lalui saat sukar. Dia pendam saja kemudiannya.

"Lega sayang. Dah boleh tidur rasanya. Sebelum ni tidur tak ngam." Hafiz bersuara ceria menampakkan giginya.

"Jangan marah-marah lagi ye." balas Nisa sambil menulis satu nama pada sampul surat kad jemputan hari pernikahannya.

'Raja Daud Raja Saidin dan isteri.'

*****

"Okay, letak sini, karpet tadi rasanya elok dekat sini. Stop, stop. Kejap, letak sini boleh?" aku mengarahkan pekerja Mrs. Chooi mengangkat barang perabot dengan teliti.

Bukan apa, yang cerewet, isteri. Aku suami, tak peduli.

Kringgg!

Deringan telefon mengejutkan aku. Aku baru je selesai sign cek utk Mrs. Chooi. Untuk kerjanya yang sempurna dan menarik. Pekerja tadi pun aku hidangkan keropok dan pisang goreng. Perfect. Mrs. Chooi penyelamat. Hasil sentuhannya sangat menarik. Aku mencapai telefon dalam poket seluar, Nisa.

"Nak apa pulak dia ni?"

*****

Aku, Adibah dan Nisa berjumpa di Coffee Street. Hafiz takde, dah balik katanya. Aku ambil Adibah dulu, dan terus kesana. Tempat lepak aku dengan Hafiz dulu.

Tempat aku jumpa Adibah pertama kali selepas sekian lama. Tempat kemalangan Adibah mengundurkan keretanya. Such a memory.

Kad jemputan bertukar tangan. Aku baca dekat situ juga. Hati aku gembira. Hafiz akhirnya bakal berkahwin juga.

Aku gembira, bercampur sedih. Aku takde majlis perkahwinan. Aku tak jemput rakan-rakan. Apatah lagi saudara mara.

Saat aku menulis kembali cerita ni, aku sebak. Aku sedih. Aku rasa aku tak dapat apa orang lain dapat. Memang, aku dapat Adibah. Macam yang aku nak dulu. Macam setahun lepas.

Tapi apa guna aku dapat dia, tapi keadaan tak sama macam yang aku impikan?

For example, Abah tak suka aku. Sampai hari ini, Abah masih dingin. Aku terasa. Ye, aku pun manusia.

Ibarat aku kaki judi. Selalu jackpot. Tapi aku takde life yg sempurna. Aku cuma dapat satu nikmat. Nikmat berjudi yang sentiasa menang tapi aku takde kawan or life yang teratur.

Sama la macam sekarang.

Nikmat beristeri.

Tapi aku tak dapat nikmat berkeluarga besar.

Aku sedar aku mula ranapkan gembira yang baru nak bertapa di hati.

Aku pendamkan saja.

"Well, tahniah Nisa. So I guess, kita semua dah berkeluarga kan?" kata aku bernada hambar. Adibah mulanya fikir Nisa ni orang ketiga, namun selepas aku menyangkal pemikiran bangang dia, baru dia teringat, Nisa ni batu penghalang Hafiz untuk menikahi dia malam itu.

Tak guna, pening betul nak cerita. Tapi nak buat macam mana, ini jalan ceritaNya.

"Jemput datang ye, Daud, and....."

"Adibah.", balas isteri dengan pantas.

Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku tamatkan perjumpaan petang tu dengan segera.

*****

Dari dalam kereta tadi, aku perasan, Adibah tak banyak bersuara. Mungkin ada benda yang dia fikirkan. Mungkin juga ada benda yang dia curiga.

Tapi pasal siapa? Takkan Nisa?

Gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience