Chapter 2

Other Completed 12367

Bab 2

"Hai, thanks. Wish you a good luck too."

Terus aku sent WhatsApp Adibah. Malas betul aku nak taip panjang-panjang. Memang la aku penulis, tapi nak tulis mesej panjang-panjang tu, aku malas. Lain la kalau sesi pujuk memujuk. Memang aku tulis panjang. Dari hati, dari lubuk hati.

Dan itu saja mesej antara aku dan dia.

*****

"Woi kuda." Jerkah Hafiz tiba-tiba.

"Lu mengelamun ke mana dah? Melaka? Mongolia?" sambungnya lagi.

Aku yang terpinga-pinga rupanya dah tersasar jauh dari topik perbualan. Entah apa dibualkan Hafiz tadi pun tak masuk ke akal fikiran aku. Menerawang. Terbang melayang. Macam kertas, atau tisu atau apa jua benda yang ringan dan mudah ditiup angin.

"Lu faham tak apa gua cakap tadi?"

"Aku faham. Boleh jadi esok lusa aku berjaya ye dak?"

"Dah tu, jangan mengalah."

"Ye Fiz, ye."

"Gua nak gerak ni. Sudah-sudahlah lu tatap phone lu tu. Bukan gua taktau, takde apa pun yang nak lu scroll."

Aku terus letak Asus 4.5 aku ke atas meja. Kantoi. Macam mana dia boleh tau? Atau skill membelek handphone ni dah sinonim dengan masyarakat kita sebenarnya?

*****

"Mak! Orang nak gerak dah ni!",

Jerit Adibah dari bawah. Rumah kampung, biasalah, ada ruang atas, ada ruang bawah. Kereta Perodua Axia warna kuning miliknya yang baru diambil bulan lepas sudahpun dipanaskan enjinnya.

'Panas enjin' tidak relevan. Kebanyakan jurutera kenderaan tidak bersetuju kerana ia hanya satu proses yang dibawa mulut ke mulut. Tiada beza pun enjin panas atau tidak. Entah apa aku taip, aku sendiri tak faham. Nak padam pun dah malas.

"Hati-hati nak.. Nak ke Kemaman tu nanti balik jangan lupa beli keropok lekor Losong. Bukan keropok lekor cis." seloroh Mak Nab, ibu Adibah. Suka benar dengan keropok lekor. Ada la sekali Adibah bawa balik keropok lekor cheese.

Orang tua bukan nak sangat telan cheese. Tak habis dimakannya. Malaysia ni semua benda nak cheese. Roti nan cheese, keropok lekor cheese, sampai jadi bahan gurauan bila Indonesia claim popia milik mereka, dan rakyat Malaysia berseloroh dengan mengatakan,

"Emang bener popia itu kamu punya, tapi popia bersalut cheese, itu kami punya! Jangan kamu claim hak kamu."

"Ye mak. Orang pergi dulu."

Tangan bertaut salam diberi. Bagus anak dara ini. Kalau mana-mana orang kampung yang punya anak lelaki, pasti mahu dijadikan menantu untuk bini kepada anak lelaki sendiri. Tapi apakan daya, Adibah jarang kekal di rumah. Asrama, sambung belajar universiti pun luar dari negeri sendiri, kerja pun jauh. Itulah dirinya. Sentiasa berdikari.

Perlahan kereta kecil itu keluar dari perkarangan teratak indah itu sambil memberi hon pendek tanda selamat tinggal.

*****

"Bismillahirrahmanirrahim.."

Jari aku menekan tetikus yang dari tadi digerak-gerak mencari butang 'sent'. Email untuk ****** Press dibaca berulang kali.

"Ini kali ketiga. Taktau dah nak buat apa ni. Nak tulis pasal penjara macam Naufal aku tak reti. Nak tulis pasal makwe macam Nami, makwe pun takde. Tawakal je lah."

Tanpa ragu-ragu, email kepada barisan editor ****** Press telah dihantar. Nafas kuda dihela sehingga menerbangkan kertas yang berselerak di atas meja. Lega betul perasaan aku. Mata terus mengerling ke arah jam.

"Shit dah pukul 4!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience