Chapter 14

Other Completed 12367

Bab 14

Aku berlegar-legar di beberapa kawasan perumahan. Dari Kampung Jawa sampai la ke Alor Akar, aku masih tak jumpa rumah sewa yang aku berkenan di hati. Soal sewa aku tak berapa kisah, asal selesa untuk kami. Yelah, memang lah aku tak berapa suka Adibah, tapi aku sebagai suami mestilah beri yang terbaik untuk isteri. Dan akhirnya aku berhenti di sebuah rumah sederhana besar di Kubang Buaya.

Aku lihat, ada papan tanda, "Untuk Dijual / Disewa". Segera tangan aku mendail nombor yang tertera.

"Hello?" panggilan berjawab dan suara owner rumah kedengaran. Cina aku kira berdasarkan loghat Melayu pelatnya.

"Hello, Mr. Chan ah?" balas aku pula dengan nada pelat Melayu.

Kejadah apa.

"Aa, Mr. Chan aa. Ini siapa aa?" Suara tuan tanah kedaung di hujung talian. Aku kira umurnya telah lanjut berdasarkan serak-serak suaranya.

"Saya mahu cari rumah sewa bos. Ini rumah, saya jumpa dekat Kubang Buaya, saya mahu tanya la deposit sama sewa berapa." balas aku berbasa basi. Cuba mengorek info terlebih dahulu.

"Oh itu rumah aa. Itu rumah deposit saya kasi RM5K, 2 bulan punya sewa, api air saya kasi cincai kira maa pasal you pun belum duduk lagi kan. Lagi, sewa satu bulan aa saya kasi sama RM2K saja. Ini harga cincai kira maa." Cina itu memulakan tawarannya. Aku tak rasa mahal sebab lokasi rumah ini di kawasan elit. 2 tingkat. Barangkali 4 atau 5 bilik.

"Aiyoo bos, deposit kata 2 bulan, RM5K. Tapi sewa sebulan RM2K. Lipat aa bos? Mana lagi RM1K? Kasi harga murah sikit bos. Saya baru kahwin maa. You punya rumah banyak ong mau bina family itu macam bos." balas aku sambil memuji Cina itu.

Aku gunakan isteri sebagai alasan untuk mendapatkan kadar sewa murah.

"Cari makan maa, I kasitau you terus terang, RM1K saya mahu pelaburan maa. Amacam? You ada setuju ka?" Cina itu menamatkan tawarannya. Aku dah jatuh hati dengan rumah tu. Cantik. Sangat cantik. Garaj yang muat 2 buah kereta, aku dah bayangkan kalau kereta Adibah dan motosikal-motosikal aku di depan rumah, sangat teratur.

"Okay bos, I kasi withdraw duit, nanti kita jumpa bos, kasi sign agreement sama kasi itu kunci. I mahu cat rumah lagi, you punya kaler sudah buruk." balas aku sambil cuba menamatkan talian.

"Okay cantik. Nanti you call I balik aa. Kita jumpa dekat itu rumah." Dan sepantas kilat aku menamatkan talian.

*****

"Ini rumah aa, I kasitau you, dulu satu tingkat saja. Tapi bila anak-anak sudah besar aa, I kasi besar ini rumah. Ini sewa murah aa I kasi sama you. You baru kawin kan. You mesti mau rumah macam ini punya. Kalau mau beli pun I boleh uruskan." Mr. Chan dah melebihi separuh abad. Ternyata tekaan aku tepat. Lepas withdraw duit hampir RM9K, aku terus menghubungi Mr. Chan.

Ini Melayu bukan janji kosong.

"I cari ini rumah pun mahu senyap-senyap bos. I punya wife belum tahu maa. Haha." Aku bergurau senda dengan Mr. Chan. Sekali lagi aku gunakan perkahwinan dan isteri sebagai bahan bualan. Apa yang tak kena dengan aku ni?

"Itu macam aa. You very-very sweet la. Macam I punya wife dulu. Tapi sudah mati oo. Lepas dia mati, anak-anak jarang balik sebab I garang. You nanti ada anak jangan garang sangat. Silap-silap you mati sorang meh." Aku nampak sedikit kesunyian di raut wajah Mr. Chan. Aku menepuk bahunya. Sambil menggosok sedikit belakang badannya.

"I mesti ambil punya you punya nasihat. Thank you aa bos." balas aku sambil memujuk.

*****

Kunci rumah dah di dalam genggaman, aku masuk ke dalam kereta selepas pertukaran sampul surat berisi duit dan agreement kepada Mr. Chan.

Sekarang aku nak ambil bini balik kerja pula.

Tak ku sangka, kegembiraan aku menutup sedikit kebencian terhadap Adibah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience