Chapter 6

Other Completed 12396

Bab 6

"So Adibah, kereta macam mana?"
Aku bersuara pada Adibah. Cuba berlagak profesional. Cuba menjadi matang macam mangkuk Hafiz ni cakap tadi.

"Dah siap nanti, saya datang ambil lah." Adibah menjawab dengan kepala tertunduk. So aku teka, dia malu.

Dah broke my heart, then langgar aku. In this situation, I win.

"Lepas ni nak hantar Dibah dekat mana?" sambung aku lagi. Sekadar nak mengisi kehambaran yang dari tadi menguasai. Makan nasi kukus tapi rasa macam makan arang. Tak sedap. Sedap lagi Nasi Kukus My Mama. Made in Kuantan.

"Dibah kena check in dekat Awana Kijal." akhirnya wajah Adibah menatap wajah aku. Aku dapat lihat warna matanya yang perang, alisnya yang terbentuk cantik dan bibirnya jangan cakap la.

Perfect!

Aku pula tertunduk selepas itu. Hafiz sengaja bangun ke tandas. Okay, this is my chance berbual dengan Adibah luar dari topik kemalangan kereta tadi. Kereta boleh ganti, Adibah tak boleh.

"It's been a year, kan?" soal aku. Kali ni lebih tenang. Aku dah tak marah. Dah habis. Mungkin sejuk dengan perempuan. Tapi perempuan ni la yang hilang tiba-tiba. Dan aku kembali menyambung,

"Dibah pergi mana selama ni?"

"Tak pergi mana pun." balas Adibah dengan nada lembut. Aku hanya memandang wajah lembut itu.

"Okay.." balas aku pendek. Banyak soalan yang aku nak tanya, tapi, aku fikir, nantilah. Bila tiba masanya.

Hafiz datang kembali dari tandas. Sebenarnya ini kali ke berapa kami jejak ke mall ni. Dulu, dengan lecturer kitorang sebab rumah dia belakang mall ni je. Selalu la juga kitorang berjalan ke sini. So, tempat ni takde la asing sangat. Kira boleh tau la mana toilet, mana surau.

Jam menunjukkan hampir masuk waktu maghrib. Aku dengan Hafiz putuskan untuk stay sekejap dekat mall ni, lepas maghrib baru hantar Adibah check in Awana Kijal.

Azan maghrib berkumandang segenap ruang mall tersebut. Daripada kecoh riuh, keadaan menjadi senyap dan kedengaran sambutan azan dibacakan. Tatkala azan tamat, seraya tangan mengangkat membaca doa selepas azan, maka berhimpunlah umat Islam di dalam mall itu menuju ke surau. Islam itu bersatu, tanpa mengira warna kulit ataupun bangsa. Allahuakbar!

Aku tinggalkan Dibah di meja tadi. Bila mana perempuan tak bangun menuju ke surau, aku tau apa sebabnya. Itu normal. Bila aku yang tak bangun menuju ke surau, itu tak normal.

*****

"Okay Dibah, dah sampai." Hafiz memanggil Adibah yang terlelap di belakang. Papan tanda 'Awana Kijal' terpampang di hadapan. Tempat yang menarik. Tenang. Kerja apa Adibah ni, aku tak sempat nak tanya. Nampak macam executive je.

"Okay. Kejap." balas Adibah. Dia berjalan keluar dengan satu beg kecil. Hafiz memandang aku sambil berkata,

"Pergi, tolong. Jadi lelaki." arahnya. Aku pula seakan mengikut arahannya dan terus keluar dari kereta sambil mengangkat satu lagi beg dalam kereta. Dan perlahan berjalan beriringan menuju ke reception.

Pelayan hotel senyum menandakan kemesraan antara warga hotel tersebut dan salah seorang antara mereka menyapa kami,

"Hai, selamat datang, honeymoon ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience