Chapter 31

Other Completed 12396

Bab 31

Aku dan Adibah menonton televisyen. Dengan jarak yang jauh. Adibah di sofa paling panjang, berbaring sambil mengusap perutnya yang semakin sarat. Aku bahagia juga sebenarnya. Tak banyak, sikit pun aku rasa kebahagiaan itu. Rasa macam mimpi. Aku sedar dari koma, aku ada isteri.

Isteri yang aku sendiri pernah impikan sifatnya. And now, aku bakal jadi ayah. Cuma, aku tak ingat, proses aku lalui, aku tak ingat, suasana yang bahagia sebagaimana Rizal, Hafiz, Adibah, mama katakan.

Dan bila aku tak dapat ingat, aku mula mengamuk. Aku marah. Aku marah diri sendiri. Dan akhirnya, aku stress.

Bila aku tekanan, aku lepaskan pada Adibah. Aku marah bila setiap kali dia sebut benda yang aku tak suka. Aku marah bila setiap kali dia tanya, walaupun benda tu kecik je sebenarnya.

"Kau dah fikir nama anak kau?" soal aku pada Adibah.

Kasar.

'Anak kau'.

"Abang, anak kita tau.. Anak kita. Bukan anak saya je." balas Dibah. Dia langsung berhenti mengusap perutnya. Terus bangkit duduk di sebelah aku.

Satu perkara aku kagum dengan dia, sekalipun aku marah, dia tak pernah melawan. Tak pernah.

"Cuba abang rasa anak kita ni abang." katanya sambil menarik tangan aku mengusap perutnya yang bulat itu.

Aku dapat rasa tendangan bayi dalam perut itu. Aku ketawa. Adibah tersenyum, kepalanya dilentokkan di bahu aku. Aku tak tergamak nak menolak kepalanya, aku biarkan. Jari jemari aku digenggam erat Adibah. Ibu jari tangan kanannya mengusap tangan kiri aku.

"Abang, Adibah mintak maaf andai Adibah menyusahkan abang, andai Adibah tak sempurna. Baby ni, bukti sayang abang pada Adibah. Adibah tahu, abang tak ingat, dan bila abang akan ingat, Adibah sendiri pun tak tahu. Tapi abang, ketahuilah, yang baby ni halal. Anak kita yang halal. Perkahwinan kita yang sah. Dibah mintak abang jangan kejam dengan baby kita. Dia tak salah dalam apa jua yang berlaku sekarang. Hadirnya dia, kerana cinta abang. Kerana cinta Dibah. Abang nak benci Adibah sampai Adibah mati pun takpe, tapi jangan baby kita. Boleh abang?" permintaan Adibah yang aku rasa sangat, amat, teramat sangat sayu aku pernah dengar.

Kejam sangat ke aku?

"Adibah nak namakan baby sulung kita ni, Rania. Setabah ibunya, sekacak ayahnya." kata Adibah sambil mengelap airmatanya. Jangankan dia. Aku sendiri pun sebak dengar permintaan dari dia.

"Aku kacak ke?" soal aku ringkas. Aku langsung tak pandai nak into the mood macam mana.

Aku kejam.

Aku ego.

"Kacak, abang. Tak caye kita tunggu baby keluar nanti." balas Adibah sambil tersenyum. Macam takde apa pun berlaku. Macam bahagia je dia dengan aku. Sayang sangat dia pada aku. Walau dia tahu, aku dah macam jantan tak guna pada dia.

Terima kasih sebab bersabar dengan aku, paling penting, terima kasih kerana sayang aku, Adibah.

*****

Aku duduk termenung di meja makan. Air kopi yang aku buat tak sesedap kopi bancuhan isteri. Aku hanya termenung jauh, mengenang nasib diri sendiri. Biskut yang aku letak di atas meja semakin lemau. Sudu yang ada di dalam cawan aku keluarkan, dan aku mencicah biskut tersebut bersama kopi. Takde rasa. Lidah aku dah hilang deria rasa barangkali. Atau aku dah takde semangat nak teruskan hidup. Dua tiga kali nama Mama muncul di skrin telefon, aku biarkan. Begitu juga dengan nama Abah, Rizal, aku turut biarkan.

Adibah, aku dah ingat, kau isteri aku. Kita menikah di Terengganu selepas kau ditangkap khalwat bersama Hafiz. Ya, kau tak salah. Hafiz tak salah. No one salah masa tu.

Dan, kita bahagia dulu. Sangat. Aku hadiahkan kau rumah, kereta sempena perkahwinan kita. Aku dah mula ingat.

Tapi,

Sekarang aku dah lemas. Aku lemas dalam ego aku sendiri. Aku lemas dalam airliur aku sendiri.

Paling penting, aku lemas dalam dunia aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience