Chapter 10

Other Completed 12367

Bab 10

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau, Raja Daud Raja Saidin, berwalikan aku dengan Nur Adibah Roslan beserta mas kahwin RM25.50 tunai."

"Aku terima nikah Nur Adibah Roslan dengan mas kahwin RM25.50, tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

*****

"Ma, semua ni tak sengaja. Abang buat semua ni untuk semua orang ma.."

Aku dilema kembali. Mana tidaknya, ibu mana yang tak terkejut, pada pukul 4 pagi aku balik, aku dah bertukar status, walhal aku keluar aku masih bujang.

Aku dan Adibah menerangkan segalanya, Rizal terpaksa balik, dia akan datang kemudian untuk bercakap bagi pihak aku kerana isteri sarat mengandung di rumah. Aku tahu, dia masih tak puas hati. Walaupun dia sendiri nikahkan aku, aku dapat rasa, dia bengang.

Hafiz, aku tak tau. Dalam masa satu malam, best friend jadi stranger.

Aku langsung tak pandang muka dia dari Terengganu lagi. Aku tak tau nak bualkan apa. Habis je akad nikah, aku balik Kuantan dengan Adibah. Walau hati aku tak rela, tapi dia isteri aku sekarang. Dosa pahala dia aku tanggung sekarang. Mama masih dalam esakkan, separuh percaya, separuh tidak dengan cerita aku, akhirnya memeluk Adibah dan mengakui dia sebagai anak barunya.

Aku suruh Adibah tidur di bilik aku. Aku kekok. Aku langsung tak sedia. Tapi inilah jalan cerita Tuhan tentukan. Siapa sangka?

"Saya dah kemas bilik, awak tidur. Esok pagi saya dengan abang Rizal pergi rumah awak. Ceritakan segalanya. Awak duduk sini dengan mama saya. Saya tidur luar."

Adibah tak membalas, aku pun tak tunggu jawapan dia. Aku tutup pintu selepas hidupkan aircond bilik. Aku melangkah ke dapur, bancuh kopi dan duduk di ruang tamu sambil merokok. Mama tak bagi aku merokok dalam rumah, tapi aku langgar peraturannya pagi tu. Kepala aku kosong. Habis sebatang rokok, aku cucuh lagi. Sampai habis sekotak.

Aku fikir, aku perlu jumpa Pencipta aku. Aku ke bilik air mengambil wudu' untuk solat sunat taubat dan istikharah. Pertama kali aku duduk di sejadah itu buat jangka masa yang lama. Sedangkan solat wajib pun aku cuma jumpa sejadah 5 minit. Aku tadah tangan sambil berdoa,

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Kau lah yang Maha Mengetahui. Kaulah Pencipta segala isi bumi, Kaulah yang mentadbir sekalian alam, Kau berikanlah aku sebaik-baik jawapan, Kau kurniakanlah aku pemikiran yang sebaik-baiknya. Jauhilah aku dan isteri dari sangka-sangka buruk. Lindungilah aku, keluarga dan mentua dari segala musibah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah. Terimalah taubatku Ya Allah. Aku tidak jelas dengan apa yang terjadi, Kau berikanlah aku jawapan yang sebaik-baiknya. Rabbana attina fil dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah tawwaqi'na azabbannar, wassallahu ala saidina Muhammad, wa'ala alihi wa sabbihi wassalam, walhamdulillahirabbilalamin..."

Dan aku terlelap selepas solat Subuh dengan genangan airmata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience