Chapter 32

Other Completed 12367

Bab 32

"Abang, boleh tak Dibah minta tolong sikit dengan abang?"

Suara Adibah menghentak lamunan aku pagi itu. Aku bermalas-malasan duduk di kerusi sambil merokok. Adibah tiba di bilik peribadi aku sambil menutup hidung.

Aku padamkan rokok itu sambil membuka tingkap di sebelah kanan, untuk pengudaraan yang lebih baik. Sebaik sahaja asap hilang, Adibah tidak lagi menutup hidungnya.

"Tolong apa?"

Balas aku seperti biasa. Keras.

"Hantar Adibah check up baby boleh?"

Mata Adibah seolah merayu aku untuk bersetuju. Aku malas. Aku taknak.

"Abang.."

Adibah merapati aku. Satu kucupan di pipi mengejutkan aku.

"Abang jangan takut, abang. Adibah isteri abang. Apa yang abang fikir, semuanya tak benar. Apa yang kita dah pernah buat, semuanya halal. Dibah nak abang kenal anak abang. Bila Dibah dah takde nanti, baby ni akan teman abang. Sempurnakan hidup abang bila Dibah dah takde nanti."

Adibah duduk di sebelah kerusi aku. Sambil kepalanya dilentokkan di atas riba, dia mengusap pahaku dengan jari halusnya.

"Tengoklah macam mana nanti. Aku tak sihat."

Aku bingkas bangun keluar dari bilik itu.

*****

"Abang.."

Adibah muncul lagi di pintu bilik kami. Aku yang sedang berbaring di atas katil semakin serabut.

Apa lagi dia nak ni?

Adibah mengesot baring di sebelah aku sambil memegang perutnya yang membesar. Aku tak bantu pun. Malah aku silangkan tangan aku ke kepala sambil kaki bersilang dua.

"Adibah nak baring sini boleh? Sebenarnya bukan Adibah yang nak baring. Baby ni yang nak baring dengan papa dia."

Adibah melemparkan senyuman. Aku beri senyuman sekilas.

Adibah baring dan memeluk aku. Aku di sebelah kiri, dia di sebelah kanan. Tangannya mengusap dada aku.

"Abang.."

"Apa lagi?"

"Dibah suka bau badan abang."

"Kau ni kenapa?"

"Tak, tak. Dibah pregnant, Dibah suka bau badan abang. Dibah nak peluk abang boleh?"

Aku diamkan je soalan dia. Lama jugak dia menunggu. Tapi bila aku tak beri apa-apa jawapan, dia lantas memeluk aku lebih erat.

"I love you, abang."

Katanya sambil mencium pipi dan ketiak aku.

Aku ingin membalas kata cintanya, tapi aku tak boleh. Aku tak jumpa perasaan tu dalam mana-mana kamus hidup aku.

*****

Aku tertidur. Agak lama. Aku cuba mencari Adibah. Kepala aku berat. Sakit yang teramat.

Aku menuruni tangga rumah. Kepala aku semakin berat, aku rasa nak muntah. Mata aku sepet mencari segenap ruang yang ada. Sesekali aku memanggil nama Adibah, aku memerlukan bantuan.

Kaki aku ditakdirkan tergelincir, dan aku terjatuh ketika menuruni tangga rumah itu. Kepala aku terhantuk. Sakit. Berdenyut. Dan tiba-tiba, wajah Adibah masuk laju ke minda aku. Segala memori lama, menerjah ke segenap penjuru fikiranku.

Aku pengsan.

*****

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku tersedar dari pengsan. Aku bangkit sendiri. Pening kepala semakin surut, beberapa kali aku memanggil nama Adibah, nama 'Sayang', untuk beritahu yang aku dah ingat siapa dia. Aku capai telefon, mendail nombor telefon Adibah. Berita gembira ini aku ingin kongsi dengan segera!

Tidak berjawab.

*****

"Wahai Nur Adibah bt. Zainab, ketahuilah dikau, bahawa kamu akan didatangi dua makhluk bergelar malaikat. Janganlah kamu takut, kerana mereka juga makhluk Allah..." suara penggali kubur itu sayu mengajar jasad Adibah yang sudahpun selamat dikebumikan. Aku hanya duduk di sebelah Rizal dan abah, mengaminkan doa untuk isteri tercinta. Mak, mama turut ada bersama. Bahu aku di usap beberapa kali oleh Hafiz.

Aku dah terlambat. Aku menangis semahunya di bahu sahabat aku itu.

Aku menyesal, aku menyesal kerana melukakan hatinya. Adibah kemalangan maut, melanggar pembahagi jalan, selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang. Kes langgar lari. Adibah kemalangan, sama waktu ketika aku baru mula ingat.

Tuhan betul-betul mengajar aku, bahawa takdir dan masa tidak dapat diubah, mahupun diulang.

Aku menangis semahunya di sisi pusara isteri tercinta. Tangan aku menggenggam tanah kubur Adibah yang masih merah. Aku kaku. Aku terkejut.

Kau kata kau nak aku teman kau pergi check up?

Kenapa kau tak tunggu aku bangun?

Kenapa tak kejut aku?

Kenapa kau nekad pergi?

Aku lalui ujian paling berat. Sangat berat. Kalau Adibah diuji dengan hilang upaya ingatan aku, aku diuji dengan hilang dirinya buat selamanya.

Rania lahir premature. Melalui proses Caesar. Belahan perut demi menyelamatkan nyawanya dari lemas di dalam tubuh ibu yang sudah tidak bernyawa, dek tusukan besi di dadanya. Aku mengazankan serta iqamah pada bayi yang tercinta ini.

Dengan tangisan.

Rania satu-satunya bukti cinta aku dan dia. Penghubung cinta kami. Aku kesal. Aku sedih, setiap kali aku teringat saat dia masih ada. Kalau aku boleh ganti nyawa kau dengan aku, aku lakukan. Tapi, semuanya dah terlambat.

*****

"Abang jangan kejam dengan baby kita."

Suara Adibah terngiang-ngiang di telinga aku. Aku mengesat airmata. Aku dah tak boleh putar kembali masa. Kopi yang ada di meja aku bawa ke dapur.

Tiada lagi bancuhan kopi dari isteri. Tiada lagi wajah yang aku herdik setiap hari. Tiada lagi insan yang aku perli setiap hari. Apa yang tinggal, hanya Axia kuning yang suatu masa dulu pernah aku benci. Airmata penyesalan ini takkan pernah berhenti.

"Bila Dibah dah takde nanti, baby ni akan teman abang. Sempurnakan hidup abang bila Dibah dah takde nanti."

Tangisan Rania mengejutkan aku dari mimpi. Ya, kau tinggalkan aku dengan Rania, sayang. Kau lengkapkan aku dengan Rania.

Takde orang lain dah, Adibah. Aku cuma tinggal Rania..

Aku berlalu pergi dari tirai tingkap rumah menuju ke Rania. Anak perempuan sulung aku. Raja Rania Raja Daud. Betul kata Adibah, Rania comel. Sayang sekali kau takde bersama kami, sayang..

Terima kasih Adibah untuk persinggahan ini.

Terima kasih Adibah untuk kebahagiaan ini.

Terima kasih Adibah untuk kegembiraan ini.

Al Fatihah buat kau Adibah, isteri yang paling mulia bagi aku. Aku halalkan makan minum kau selama ini.

Maafkan aku, maafkan aku andai aku tak pernah memberi. Selamat tinggal, sayang. Aku dan Rania akan menyusul kemudian.

Rania, bila kau dah dewasa, jangan jadi macam aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience