BAB 43

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Batrisya lena tidur di dalam bilik manakala Zizi pula menunggu aku di ruang tamu. Dengan kekuatan yang ada aku melangkah ke ruang tamu. Tongkat yang aku gunakan juga semakin mahir di tangan.

"Bazli? Are you okay?" Soal Zizi.

"Okey je, kaki aku ni sebenarnya tak parah pun. Mati-mati aku ingat aku patah!" Terang aku. Zizi seperti menahan tawa melihat gelagat aku.

"Erm... Baz? Boleh aku tanya something tak?" Katanya.

"Ye apa?" Soal aku.

"Kenapa Reza sanggup buat semua ni?" Tanyanya.

"Satu, Reza tu pedofilia. Dua, tak tahulah kalau kau ada buat hal dengan dia. Tiga, kepuasan," terang aku.

"Jadi... yang budak-budak tu..."

"Ya betul, semua tu Reza punya kerja, aku dah lama hidu perbuatan dia," balas aku.

"Jadi apa kaitan dengan perempuan yang mati tu?" Soalnya. Aku terdiam.

"Ayah kau mati kena bunuh atas sebab apa ye?" Soal aku menukar topik. Zizi mengalihkan pandangannya.

"Tak tahulah, dendam mungkin?" Jawab Zizi.

Air kosong di dalam gelas aku capai lalu meneguknya sehingga habis. Rasa dahaga masih lagi ada tetapi aku berasa malas untuk bergerak ke dapur. Kami terpaksa duduk di dalam rumah Ju sementara waktu.

Aku yakin bahawa Reza akan kembali ke sini tidak lama lagi. Pasti Reza akan cuba membunuh Batrisya pula selepas Juliana. Aku tidak mahu Batrisya jatuh ke tangan Reza. Esok, aku perlu kembali ke apartment untuk membakar segala bukti yang ada. Rasa sakit di kaki masih lagi terasa.

Aku menyuruh Zizi tidur di salah satu bilik di tingkat atas. Aku mahu menemani Batrisya di bilik bawah. Kaki aku masih tidak kuat untuk mendaki anak tangga.

**

Mata aku memerhati wajah suci Batrisya. Tidak sangka, dia sudah menjadi yatim. Rupa-rupanya Ju bukan mati di tanganku tetapi Reza. Lelaki itu tidak akan duduk diam melihat aku bebas begini. Bila-bila masa saja dia akan ke rumah ini mencari Batrisya.

"Bat, tidurlah dulu, papa nak keluar dulu," kata aku lalu mengucup dahi Batrisya. Aku bangun dan mencapai tongkat yang bersandar di dinding. Kaki aku melangkah perlahan-lahan keluar daripada bilik.

Suasana gelap dan sunyi. Aku mahu menenangkan fikiran aku yang mula serabut. Aku perlu kembali ke apartment aku semula.

Aku duduk di atas sofa. Di dalam kepala aku memikirkan Reza. Aku harus lenyapkan lelaki itu dalam masa terdekat tetapi kaki aku menjadi masalah sekarang ini. Aku tidak dapat bergerak dengan pantas sepertinya.

Walaupun aku sayangkan Reza, dia harus mati. Jika dia mati, tiada sesiapa yang akan mengganggu Batrisya. Lebih-lebih lagi jika dia tahu Batrisya ini anak aku.

KLEK! Bunyi pintu yang sedang dibuka daripada luar. Aku sedikit terkejut melihat tombol yang bergerak. Dengan pantas aku cuba bangun dan mencapai tongkat untuk bersembunyi di belakang pintu.

KLEK! Bunyi itu datang lagi. Aku tidak tahu siapa yang berada di luar ketika ini. Aku harap ia bukan Reza.

Mata aku memerhati tombol pintu yang sedang berpusing. Nampaknya seseorang sedang membuka pintu rumah Juliana ini.

KLAK! S

SREEETTTT...

Mata aku terus menangkap tapak kaki seseorang walaupun dalam keadaan samar. Dia terus maju ke hadapan dan tercari-cari sesuatu. Aku perlahan-lahan cuba bergerak merapati sosok itu. Dengan tenaga yang ada, aku angkat tongkat dan cuba memukul belakang kepala lelaki di hadapanku ini.

"Sudahlah Baz, aku tahu kau dekat belakang."

Mata aku terbeliak mendengar suara Reza. Dia berpaling ke arah aku dan sepertinya sedang tersenyum sinis seakan-akan menyukai kehadiran aku ini.

"Reza?" Soal aku.

"Mana Batrisya? Anak kau dan Ju... ehmm," kata Reza sambil menyembunyikan senyumannya.

"Apa yang kau nak lagi datang sini?" Soal aku.

BAK!

Tanpa membalas kata-kata aku sebentar tadi, Reza terus menolak aku sehingga jatuh ke lantai.

"Kau jangan banyak soalanlah sial!" Jerit Reza lalu memijak bahagian kaki aku yang masih lagi sakit.

"Arghhhh bodoh! Kau nak bunuh aku bunuhlah sekarang!!!" Balas aku. Reza tersenyum lalu pantas mencapai tongkat aku di sisi kakinya.

"Sebelum mati, aku nak kau rasa apa itu sakit!" Ujar Reza dan makin kuat pijakannya membuatkan aku makin sesak nafas.

PAK!

Dalam samar gelap, aku rasa sakit di bahagian kepala. Aku tahu, tongkat aku memakan tuannya sendiri. Aku kembali menyembah lantai sambil memerhati Reza naik ke tingkat atas. Siulannya makin perlahan aku dengar.

**

Nafas aku kembali tenang. Perlahan-lahan aku membuka mata aku kembali. Bunyi enjin kereta dihidupkan berkali-kali diluar. Dengan tenaga yang ada, aku cuba untuk bangun dan berdiri walaupun kaki masih lagi berasa sakit.

"Lepas!!! Lepaskan Bat!!!"

"Pakcik jahat lepaskan Bat!"

"Mana ibu Batrisya?!!"

Suara Batrisya makin kuat. Jantung aku makin berdegup kencang. Kaki yang sakit dilajukan berjalan ke arah luar. Hari masih lagi malam dan kereta itu masih lagi berada di luar.

"Batrisya?!!" Jerit aku sekuat hati.

Batrisya memalingkan wajahnya ke arah aku. Air matanya masih setia mengalir di pipi. Aku segera melangkah laju untuk mendapatkan Batrisya di dalam kereta.

"Reza? Kau... kau jangan bawa Batrisya!" Jerit aku. Belum sempat aku tiba di sebelah keretanya, Reza laju beredar meninggalkan aku. Hati aku panas bercampur kecewa. Air mata yang mahu mengalir aku tahankan. Entah ke mana Reza akan membawa Batrisya pergi.

Aku merenung ke arah kaki aku yang masih lagi sakit. Hati aku bertambah sakit melihat kaki yang lembap itu. Gara-gara kaki inilah aku tidak sempat mendapatkan Batrisya kembali.

Aku perlu mencari Batrisya dan tidak akan membiarkan Reza menjadikan Batrisya sebagai mangsa yang seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience