BAB 21

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Kaki aku pantas melangkah masuk ke dalam lif saat pintunya terbuka. Hanya Ika di dalam lif sambil memandang aku pelik. Aku mencapai telefon di dalam poket lalu mengeluarkannya. Mata aku masih menangkap mata perempuan itu liar memandang aku.

"Bazli? Kau balik lambat hari ni?" soalnya memulakan perbualan di antara kami.

"Banyak kerjalah."

"Boleh aku tanya something?"

Pintu lif terbuka. Kami berdua keluar dan berjalan ke arah kereta masing-masing di parkir. Tiada sesiapa di sini kecuali aku dan Ika. "Esoklah tanya aku nak balik cepat," balas aku lalu masuk ke dalam kereta. Aku terus beredar sebelum Ika sempat menghidupkan enjin.

Di sebelah pejabat, ada bangunan kedai berhampiran. Di situ ada sebuah lorong yang tidak ramai orang gunakan. Aku bawa kereta masuk ke lorong itu dengan pantas. Aku lihat pada side mirror menunggu kehadiran kereta Ika. Tidak sampai 5 minit, aku lihat kereta Myvi perempuan itu lalu. Wajah aku mula tersengih dan mula membawa kereta keluar daripada lorong ini. Perlahan-lahan aku mengikuti Ika pulang ke rumahnya.

Rumah Ika tidak terlalu jauh dari pejabat. Kereta aku masuk ke kawasan perumahan teres lama. Tiada sesiapa yang berada di luar rumah kerana sekarang ini waktu maghrib. Kereta Ika masuk ke kawasan rumahnya. Aku memakir kereta di bawah pokok yang agak jauh daripada rumahnya. Dari dalam kereta, aku hanya memerhati gerak-geri Ika masuk ke dalam rumah. Pagarnya langsung tidak berkunci dan terbuka sedikit. Sememangnya perempuan ini cuai.

Tangan aku mencapai sesuatu di belakang lalu menarik sweater kelabu. Tali leher dan butang kemeja segera aku buka. Kemeja berwarna merah yang aku pakai kini aku buka dan letakkannya di sebelah. Sekarang aku pakai sweater kelabu tadi. Di dalam beg galas, aku keluarkan cermin mata berbingkai sederhana.

Pintu kereta aku buka dan menutupnya semula. Aku terus berjalan ke arah rumah Ika di dalam gelap malam. Azan maghrib sudah lama berhenti tadi. Pagar rumah itu aku tolak sedikit dan menguncinya. Aku menoleh ke arah rumah itu dan memerhati keadaan sekeliling. Rumah ini berada di hujung sekali dan nampak sunyi.

Aku mendekati pintu lalu cuba membukanya. Rupa-rupanya perempuan itu memang cuai. Dia tidak mengunci pintu rumahnya. Aku terus masuk ke dalam lalu berjalan perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling. Rumah ini hanya setingkat dan agak bersepah. Aku terdengar bunyi air di dapur dengan suara serak seorang perempuan bernyanyi. Sungguh sumbang Ika menyanyi lagu kpop. Aku cuba membuka dan melihat kesemua bilik tidur yang ada. Aku cuba mengenal pasti yang manakah bilik perempuan itu. Aku rasa hanya satu bilik saja yang mempunyai katil dan dengan segera aku masuk ke dalamnya.

Bunyi pintu bilik air dibuka. Aku pantas bersembunyi di belakang pintu. Aku tidak dapat memikirkan tempat persembunyian lain selain ini. Perlahan-lahan pintu bilik ini ditolak ke dalam dan aku terhidu bauan strawberry. Mata aku lihat sosok perempuan itu berkemban menuju ke katilnya. Ika tidak menyedari kehadiran aku lagi. Kaki aku perlahan-lahan merapatinya. Ika pantas menoleh ke belakang dan terkejut.

Tangan aku pantas menekup mulut Ika sambil menolak Ika baring di atas katil. Dia tidak sempat menjerit. Lutut aku menekan kakinya agar tidak dapat bergerak.

"Kau ka kau kenal aku kan?" soal aku padanya. Aku dapat merasa tubuhnya menggigil kerana ketakutan. Aku melepaskan tangan aku pada mulut Ika.

"Ba Baz? Bazli?!" soal Ika masih terkejut dengan keberadaan aku di dalam rumah ini. Matanya tidak habis merenung wajah aku. Aku juga dapat membaca apa yang sedang difikirkannya waktu ini. Tangan aku meraba-raba poket belakang untuk mengambil cecair Phencyclidine untuk memberikan kesan kepada mangsa.

"Kenapa? Terkejut? Ini satu kejutan untuk kau Ika sayang..."

"Keluarlah dari rumah aku! Lepaskan aku!"

"Telan ni telan!!!" aku terus menekan kedua belah pipi Ika sehingga mulutnya terbuka. Cecair berisi 100ml itu dituang ke dalam mulutnya secara paksa. Ika terpaksa menelan hampir kesemua cecair tadi.  Aku melepaskan pegangan padanya.

"Erkkk!!!" jerit Ika lalu memegang tekaknya dan cuba terbatuk-batuk. 100ml Phencyclidine dapat memberi kesan yang cepat kepada dirinya. Cecair khas untuk menenangkan haiwan ini pasti dapat mengunci pergerakan mangsa. Aku mencangkung dan memerhati gelagat Ika sehingga dia tidak lagi bermaya. Dia memegang kepalanya dengan kuat dan terjatuh di atas lantai.

Kaki aku mula melangkah ke dapur untuk mencari tali yang kuat. Di bawah sinki, aku terjumpa tali berjenis nylon yang berukuran hampir tiga kaki. Aku bawa tali itu ke bilik tadi dan terus memandang kipas siling biasa berwarna putih. Aku pergi mengambil kerusi di dapur untuk memudahkan aku mencapai kipas itu.

Tali nylon tadi aku simpulkan menjadi bentuk tali gantung. Aku ikatkan kepada kipas siling yang tidak berputar lagi. Mata aku memerhati setiap ikatan yang aku simpulkan supaya tidak terlepas dengan mudah.

Aku mengheret tubuh Ika di atas lantai sehingga ke kerusi dan mengangkatnya. Dengan sekuat tenaga, aku membawanya naik ke atas kerusi dan membuatkan Ika seolah-olah dirinya membunuh diri. Dia tergantung kemas di kipas. Aku memeriksa lagi untuk memastikan tali tadi menjerut lehernya dengan kuat. Kerusi tadi aku jatuhkan ke tepi.

"Tidurlah Ika tidurrrrrr..." kata aku sambil tersenyum melihat Ika tergantung bogel. Aku pasti beberapa hari lagi pasti ada yang menjumpai mayat ini. Aku mencapai telefon di dalam poket dan mula mengambil beberapa gambar Ika yang tergantung. Kes ini pasti akan menjadi kes bunuh diri dan akan viral. Mata aku mula memerhati keadaan bilik supaya tiada kesan bukti aku memecah masuk ke sini.

Kaki aku melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke pintu hadapan.  Mata aku memerhati keadaan sekeliling sebelum keluar perlahan-lahan menuju ke kereta. Suasana malam di sini sungguh sunyi ditemani bunyi cengkerik bernyanyi. Aku bergegas berlari ke arah kereta yang tidak jauh.

Pantas aku masuk ke dalam kereta dan beredar. Aku tersenyum mengingati gambar-gambar tadi dan juga tubuh kotor Ika. Dia tidak sempat bertaubat. Apabila aku sudah rasa jauh daripada kawasan perumahan tadi, aku berhentikan kereta lalu bergegas keluar mendekati tong sampah berdekatan. Sarung tangan getah yang aku gunakan tadi aku buang ke dalam tong itu. Aku tersenyum puas lagi.

Segera aku beredar pulang tanpa berfikir panjang. Entah mengapa aku berasa amat puas pada kali ini. Pasti esok Ika tidak datang ke tempat kerja dan buat selamanya.

**

Tiba di rumah, aku terus masuk ke dalam tanpa memakai sweater tadi. Sweater yang aku pakai ketika membunuh Ika telah aku buang di tong sampah bawah. Suasana sunyi di dalam rumah membuatkan aku sedikit resah. Di mana Reza? Aku terlalu rindukan wajahnya.

"Reza?" panggil aku walaupun tidaklah sekuat mana. Aku terus ke tandas untuk menyucikan diri.

Kira-kira setengah jam aku berada di dalam tandas. Banyak perkara yang aku fikirkan sehingga bercelaru fikiran. Tiba-tiba saja aku teringatkan Zizi yang sedang berusaha mencari adiknya yang hilang. Aku juga teringatkan wajah Dina yang juga entah ke mana. Adakah salah aku menculiknya hari itu? Rasanya tidak.

Pintu tandas dibuka dan aku baru sedar yang aku tidak membawa masuk tuala tadi. Tidak mengapalah aku sudah biasa berjalan bogel ke bilik begini. Aku terus keluar daripada tandas dan menuju ke bilik.

"Wei Baz kau..?" Reza yang tiba-tiba saja muncul berhenti berkata-kata saat melihat aku begini. Aku berhenti sambil melihat riak wajahnya. Reza cuba mengalihkan pandangannya tetapi masih tidak berganjak.

"Kenapa?" soal aku hairan. Aku juga masih tidak berganjak dari sini.

"Tak ada ape..." balas Reza. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Aku tahu Reza pasti memikirkan sesuatu mengenai aku. Aku yang sedang bogel ini. Ini kali pertama dia melihat aku begini. Aku terus masuk ke dalam bilik untuk tidur.

Telefon aku berbunyi. Tangan aku terus mencapai telefon di atas meja komputer. Bos department IT menghantar sesuatu di dalam group Whatsapp. Jari aku terus menekan ikon Whatsapp dan membaca pesanan itu lalu membuat bodoh.

Hati aku mulai resah mengenangkan Reza tadi. Dia sepertinya memang tidak puas mengenai kes di hadapan Café tempoh hari. Aku terus berbaring di atas katil dan berasa malas untuk berjalan ke almari untuk memakai baju dan seluar. Sudah lama tidak tidur begini. Imej Ika muncul di fikiranku.

**

10 TAHUN LALU.

Pagi itu aku terus keluar daripada rumah dan menuju ke bus stop berdekatan bersama beg galas berisi baju serta keperluan lain. Batang hidung Juliana tidak kelihatan lagi. Baru saja aku duduk di bangku kayu ini bas sudah tiba. Aku segera masuk ke dalam bas lalu membayar tambang.

Satu tempat saja yang aku ingin pergi iaitu, umah nenek aku di Perak. Orang tua itu masih lagi hidup. Dia merupakan mak kepada ibu aku yang sundal itu. Segalanya aku tinggalkan di rumah ibu dan ayah. Rumah itu tidak lagi sesuai untuk diri aku yang masih muda ini. Aku berjanji akan datang ke sini untuk membalas dendam kepada perempuan-perempuan sundal seperti ibu aku, Puan Intan Binti Ismail.

Tiba di tempat sepatutnya, aku turun dan terus menuju ke kaunter tiket. Sebelum itu aku ke mesin ATM untuk mengeluarkan sejumlah wang ayah. Aku tahu nombor pinnya sejak dahulu lagi. Kad ATM ibu juga ada padaku tetapi aku masih tidak gunakannya. Mungkin lain hari? Selepas mengeluarkan RM300, aku terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas ke Perak. Suasana di kaunter tidak sibuk kerana hari ini bukanlah hari perayaan.

Selesai membeli tiket, aku perlu tunggu 1 atau 2 jam sehingga bas tiba. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain daripada duduk dan termenung jauh. Aku teringatkan saat-saat aku membunuh ibu dan memotong dagingnya. Itulah sejarah paling bermakna bagi aku dan akan dikenang sampai bila-bila.

Baru aku tersedar sudah sejam berlalu dengan termenung. Aku bangun dan mendekati mesin air untuk membeli apa-apa saja air tin. Kesemuanya tidak menarik minat aku untuk minum. Aku ternampak seorang makcik menjual air sirap di seberang jalan. Tanpa berfikir panjang, aku terus melintas dan membeli air sirap itu. Aku suka air berwarna merah kerana ia kelihatan seperti darah ibu. Kaki aku melangkah ke tempat menunggu tadi. Bas yang aku nantikan sudah pun tiba 5 minit lalu. Aku terus menggalas beg dan bergerak ke arah bas. Selamat tinggal Kuala Lumpur, nanti aku akan kembali untuk mencari perempuan-perempuan sundal seperti ibu.

Kaki aku melangkah naik ke dalam bas dan mencari tempat duduk yang telah dinyatakan di dalam tiket. Tidak ramai yang naik bas ini, hanya 9 orang yang akan ke Perak seperti aku. Air sirap yang berbaki separuh ini aku sedut strawnya sehingga habis.

**

Bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Aku terus terjaga dengan mata yang sedikit pedih. Aku angkat sedikit kepala untuk menjenguk ke lantai. Rupa-rupanya aku lihat telefon aku yang terjatuh lalu dengan pantas tangan aku mencapainya. Jari aku menekan Home Button untuk melihat jam pada ini. Pukul 5.30 pagi.

Keinginan aku untuk tidur semula masih kuat tetapi aku tidak dapat melelapkan mata. Tubuh aku sedikit sejuk kerana tidak bertutup dengan selimut. Tangan aku cuba meraba-raba sekeliling mencari selimut yang rupanya berada di kaki.

Fikiran aku mula membayangkan imej Reza di bilik sebelah. Apa yang sedang dibuat olehnya? Adakah Reza nyenyak dalam tidurnya? Aku bangun daripada katil menuju ke pintu. Aku tolak tombol dan keluar menuju ke arah bilik Reza. Di dalam gelap, tangan aku cuba memulas tombol bilik itu lalu menolaknya perlahan-lahan.

Kaki aku mula melangkah masuk dan menuju ke arah katil Reza. Di dalam gelap ini aku boleh melihat dada dan kaki Reza terselak dengan selimutnya. Kaki aku berhenti saat aku betul-betul di hadapannya. Tangan aku mula mengusap-usap pipi Reza dan menjalar ke dadanya. Dia berpeluh sedikit. Peluhnya terkena jari aku lalu pantas menjilat sisa peluhnya di jari aku. Tangan aku menarik habis selimutnya.

Dada aku berdebar-debar melihat tubuh Reza. Dia hanya memakai seluar pendek ketika tidur kali ini. Dada aku masih lagi berdebar-debar saat aku memegang perutnya. Peluh aku mula jatuh ke pipi.

Aku memegang pula pahanya dan menekan-nekan lembut. Pahanya sangat panas tidak seperti peha aku yang kesejukan sekarang. Entah mengapa aku terlalu obsess dengan tubuh Reza yang sama seperti tubuh aku. Kaki aku pantas mengundurkan langkah dan beredar. Aku tidak mahu menggangu Reza yang sedang nyenyak tidur.

Pintu bilik itu ditutup rapat. Aku terus beredar ke bilik untuk baring. Dada aku tidak lagi berdebar seperti tadi. Semuanya dalam keadaan terkawal.

Aku terus baring di atas katil dan merenung siling. Mulut aku terbuka sedikit lalu aku memasukkan jari yang terkena peluh Reza ke dalam mulut. Aku menghisapnya dengan penuh khusyuk sambil memejam mata.

TING! Mata aku terbuka kembali. Tangan aku pantas mencapai telefon dan melihat notifikasi. Hanya daripada Celcom dan ini telah mengganggu mood aku. Aku terlalu bengang lalu mencampakkan telefon aku ke lantai sehingga terpelanting entah ke mana. Aku berbaring dalam posisi selesa sebelum menutup mata aku untuk menyambung tidur. Peluh yang berada di pipi juga sudah lama hilang sejak tadi. Aku cuba untuk tidur dan bermimpi tentang Reza. Tapi gagal.

Aku kembali bangun dan membuka komputer. Selepas selesai boot, aku terus Sign in Fac. Ada beberapa manusia mempunyai gelaja insomnia sedang Online. Mungkin juga mereka baru selesai solat sunat. Mungkin?

Tangan aku menggerakkan tetikus ke Profile Reza iaitu 'Shah Reza'. Dengan kelajuan RAM, cepat saja skrin menunjukkan Timelinenya. Baru aku tersedar bahawa Reza sudah tidak meletakkan Profile Picture.

PLUP! Ada notifikasi masuk. Aku membuka notifikasi baru tadi dan ternyata seseorang memasukkan aku ke sebuah closed group. Terdapat lebih 700 orang ahli di dalamnya dan mata aku memerhati sekali lagi nama group itu. Namanya 'ADIK-ADIK SAYANG'. Aku mula berkerut.

"Fuck? Group apa sial?!" tanya aku sendiri. Aku menggerakkan tetikus untuk melihat ke bawah. Terlalu banyak imej kanak-kanak bogel di dalamnya. Mata aku memerhati satu persatu imej di dalamnya dan membaca setiap komen yang ada di gambar. Sah ini group buat pedofilia!

Hati aku terdetik untuk melihat kesemua ahli-hali di dalam group itu. Aku menekan info lalu members. Aku terlihat nama 'Shah Reza' ada di dalam ahli closed group itu. Lidah aku kelu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience