BAB 17

Horror & Thriller Completed 1998

Suasana gelap seperti biasa. Mulut Dina terikat kemas membuatkan dia tidak dapat bercakap. Tangan dan kakinya juga terikat sehingga dia berasa lenguh dan sakit. Dia sedar dia masih lagi berada di dalam bilik yang sama. Hatinya sangat merindui kakaknya, Zizi. Kalaulah Zizi tahu bahawa Reza yang menculiknya selama ini. Tiba-tiba dia berasa terlalu lapar dan dahaga.

TAP! TAP! TAP! KREKKK... Bunyi tapak kaki dan pintu di buka. Dina terus Memandang ke arah pintu. Reza merenungnya sambil tersenyum.

Srrreeetttt... Bunyi almari ditolak daripada pintu stor. Bunyi kaki almari mengenai lantai itu sangat bingit. Dina berasa dahaga dan berharap agar lelaki itu membawa air. Sreettt. Bunyi berhenti. Kini, bunyi kunci di pintu dibuka. Dina menanti.

KLAP! Lampu dipasang dan cahayanya menusuk terkena mata. Dia berasa silau. Reza  menarik tubuh Dina daripada katil dan mengusap-usap pipinya. Tangan Reza itu pantas mencabut ikatan pada mulut Dina. Dina berasa lega mulutnya yang sakit terlepas azab walaupun sekejap.

"Lapar? Haus? Mestilah kan? Saya ade bawakkan nasi dengan air ni," kata Reza sambil menunjukkan plastik berisi makanan. Dina menarik tubuh Dina lalu menyandarkannya pada dinding. Reza itu mencapai bekas makanan berisi nasi dan telur. Mata Dina hanya memerhati lauk di dalamnya.

"Nah makan ni..." arah Reza itu sambil menyuapkan sudu berisi nasi pada mulut Dina. Dina hanya menurutinya tanpa banyak bicara kerana terlalu lapar. Dia mengunyah nasi dan telur itu dengan perlahan kerana tidak mempunyai  tenaga.

"Makan sampai habis tau, awak kan budak baik," kata Reza itu sambil tersenyum lebar. Dia sangat suka bila Dina mendengar kata. Dia menggosok rambut Dina.

"Hmm baju awak ni macam buruk sangat kan? Saya ada bawak t-shirt perempun yang comel," katanya. Dia bangun dan mencapai beg sandang di hujung bilik lalu mengeluarkan sehelai t-shirt berwarna merah. Dia kembali pada Dina sambil memegang t-shirt itu. "Cantik kan? Cantik?!" soal Reza menahan marah. Dina hanya memerhati. "Saya kata cantik kan! Jawablah cantik bodoh!" jerit Reza lagi lalu menampar pipi Dina dengan kuat.

"Ya! Can...cantik!" jawab Dina. Dia ketakutan melihat Reza itu sekelip mata menjadi kasar. Reza kembali tersenyum semula. "Ya! Macam tulah kan bagus," balasnya.

Reza mencapai botol air mineral dan memaksa Dina untuk minum. "Ini sedut straw ni, nanti awak dahaga! Saya nak tinggalkan awak dua hari tau, saya harap awak akan rindukan saya," terangnya. Reza melonggarkan ikatan tangan Dina dan mencampak tali itu ke lantai. Dia menarik Dina supaya berdiri.

"Ikut saya, kita pergi tandas untuk tukar baju buruk awak tu," kata Reza. Dia pula tunduk untuk melepaskan ikatan pada kaki Dina. "Jom ikut saya," katanya. Dia memegang lengan Dina dengan kuat lalu keluar daripada bilik itu untuk ke tandas. Buat pertama kali Dina berjalan dan melihat suasana rumah. Sebelum ini dia akan ke tandas dengan menutup mata.

Tiba di hadapan pintu tandas, Reza itu menolaknya masuk ke dalam. Dia menghulurkan t-shirt merah itu pada Dina. "Cepat tukar!" arahnya lalu menarik pintu tandas. Dina dengan terpinga-pinga memandang suasana tandas yang berhabuk. Dia meleretkan seluar pendeknya untuk membuang air. Selepas mmebuang air, dia dengan pantas membuka baju kotornya itu dan menyarung t-shirt merah tadi. Benar, memang ketat untuknya yang bersaiz M.

"Sudah ke belum!" jerit Reza di luar.

"Sudah sudah sudah..." balas Dina. Serta-merta Reza membuka pintu tandas dan menarik tangan Dina untuk kembali ke bilik tadi. Bilik neraka buatnya.

Reza mengambil semula tali yang berteraburan di atas lantai lalu mengikat semula kaki dan tangan Dina. Dina ketakutan dan hanya memerhati gelagat Reza.

"Boleh tak awak lepaskan saya? Saya nak sangat balik jumpa kakak saya..." pinta Dina. Dia berasa sedih dan takut. Reza merenung matanya dalam-dalam.

"Awak cakap ape? Nak balik?!" marah Reza sambil menggoyangkan bahu Dina. Dina terdiam kembali sambil memerhati Reza mengikat mulutnya pula. Dia ditolak ke atas katil itu semula. Pintu bilik ditutup dan dikunci daripada luar. Suasana kembali gelap gelita selepas lampu terpadam.

**

Mata Zizi tekun membaca satu persatu berita di Google. Tangannya tidak habis menekan-nekan tetikus. Dia masih lagi berusaha mencari adiknya tanpa henti. Tidak kira di luar atau internet dia tetap berusaha sehabis mungkin. Sudah lebih sejam dia menghadap monitor.

"Tuhan tolong temukan aku dengan Dina cepat..." kata Zizi sambil menekan-nekan tetikus Alienware. Dia memejam mata buat seketika lalu memicit dahi. Bunyi hujan menemaninya daripada tadi. Daripada tadi juga dia menghantar Whatsapp kepada Reza namun tidak berbalas. Hanya last seen sahaja yang masih hidup.

Zizi bangun dan menuju ke tandas di bawah. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga sambil memerhati keadaan rumahnya. Ruang tamunya sedikit bersepah. Dia teringatkan adiknya, Dina sewaktu mereka berdua bergurau di atas sofa. Semuanya sewaktu mamanya masih hidup dahulu. Zizi terus beredar ke tandas.

PRAKK! Bunyi pelik datang daripada luar. Zizi mempercepatkan langkah kakinya ke tingkap. Dia buka sedikit tingkap dan melihat ke luar. Dia memerhati keadaan belakang rumahnya yang gelap. Tiada sesiapa melainkan seorang perempuan sedang mengintai di tingkap, dialah itu. Zizi masuk ke tandas dengan tenang.

**

Tepat 10 malam, dia sudah bersiap-siap untuk keluar. Zizi mencapai beg sling yang berada di atas meja lalu keluar daripada bilik. Dia menuruni anak tangga dengan laju sambil memegang stoking oren. Dia pantas mencapai kasut Converse di atas rak.

Pintu ditolak lalu dikunci. Zizi berjalan ke pagar dan keluar menuju ke bus stop berdekatan. Dia menunggu teksi yang tidak lagi muncul. Selepas 5 minit, sebuah teksi berhenti di hadapannya. Zizi masuk ke dalam teksi sambil menghantar Whatsapp kepada Reza.

"Nak pergi mana ni cik?" soal pemandu teksi tua bersongkok itu.

"Hmm, pakcik bawaklah saya kat Setapak dulu nanti saya tunjuk jalan..." balas Zizi.

"Okey cik,"

Pak cik itu mendiamkan diri menghayati lagu-lagu lama di radio. Zizi masih lagi merenung skrin telefonnya. Tiada notifikasi daripada lelaki itu melainkan daripada Twitter. Teksi bergerak perlahan-lahan disebabkan lampu isyarat bangang.

"Lepas ni pakcik belok kiri dan terus ye," arah Zizi. Dia memasukkan telefonnya ke dalam beg sling. Dia membetulkan sedikit rambutnya.

Teksi membelok ke kiri dan terus mara ke hadapan. Sebenarnya Zizi mahu ke rumah Reza kerana ingin berjumpa dengan lelaki itu. Dia mahu mengetahui jawapan Reza mengenai Dina ketika berjumpa dengan Adam tempoh hari. Dia mengeluarkan semula telefonnya daripada beg slingnya.

Teksi berhenti di hadapan bangunan tinggi itu. Zizi pantas keluar selepas membayar tambang kepada pak cik teksi tadi. Kereta itu hilang daripada pandangannya selepas beberapa saat. Zizi mendongak memandang langit yang tiba-tiba saja mendung. Dia mendail nombor Reza buat kali ketiga.

Lelaki itu menjawab panggilannya. Zizi begitu teruja mendengar suara Reza di dalam talian.

"Reza? Aku ada kat bawah ni. Tolong turun ke bawah sekarang sebab aku nak tahu pasal Dina..." kata Zizi sejurus Reza menjawab panggilan.

"Laa kenapa datang malam-malam ni? Dekat 11 malam ni," tanya Reza.

"Aku nak tahu pasal Dina sekarang!" balas Zizi.

"Ye ye kejap aku turun tunggulah dulu." Reza mematikan panggilan. Zizi menyeluk telefonnya pada poket. Dia mendongak lagi ke langit memerhatikan awan-awan malam.

Selepas 15 minit, kelibat lelaki dikenalinya melintas ke arahnya. Reza memakai seluar pendek dan bert-shirt kelabu memandangnya dengan mata kuyu. Zizi tersenyum memandang Reza.

"Hmm ni ambillah," kata Reza sambil menghulur buku nota kecil 555 yang disimpannya. Zizi menyambut buku nota itu dan berkerut.

"Apa ini? Buku 555 untuk apa?" soal Zizi kehairanan.

"Kan hari tu aku jumpa dengan Adam, semuanya aku catit kat dalam buku ni," terang Reza lalu menguap besar. Zizi menyelak satu-persatu isi buku nota itu.

"Banyak betul kau tulis dalam ni ye, by the way thanks sangat Reza," kata Zizi lalu memegang lengan Reza. Reza memerhati tangan Zizi dan terus ketawa kecil.

"Kau kan kawan aku, mestilah aku tolong kan?" balas Reza. Zizi sedikit tersentak mendengar kata-kata Reza itu. Ya, memang mereka berkawan selama ini.

"Hmm kenapa kau tak balas whatsapp aku ye? Aku nak ajak kau lepak semalam tapi kau bagi grey tick je..." tanya Zizi. Nadanya sedih sedikit.

"Eh ye ke aku tak balas? Ohh lupa lupa yang aku clearkan mesej. Sorry Zizi esok ke lusa ke aku ajak kau keluar," balas Reza sambil tersengih.

"Aku nak balik dululah sebab nak dekat pukul 12 malam ni," kata Zizi. Dia berpaling dan beredar perlahan-lahan tanpa memandang Reza lagi. Reza sekadar memandang Zizi hanya berlalu pergi.

"Zizi?" kata Reza lalu menarik lengan Zizi. Zizi berpaling pada Reza dan memandang wajah lelaki itu. "I'm...sorry..." kata Reza lalu menarik tubuh Zizi dan memeluk perempuan itu. Zizi tidak berganjak. Dia hanya mendiamkan diri. Kaku. "Biar aku hantar kau balik ye? Aku pergi ambil kereta dulu kat dalam,"

Reza melepaskan pelukannya. Dia mengusap pipi Zizi perlahan-lahan dan menghadiahkan senyumannya. Zizi mengangguk.

"Kau duduk dulu kat bus stop tu nanti 5 minit aku datang dengan kereta tau," kata Reza lalu terus melintas untuk mengambil keretanya. Zizi sekadar memerhati gelagat Reza lalu menarik nafasnya sedalam yang mungkin.

**

Cahaya terang di sebalik langsir terkena wajah. Zizi mengeliat sepuas-puasnya lalu menguap. Dia bangun dan memandang ke arah langsir. Fikirannya teringatkan saat-saat Reza memeluk tubuhnya semalam. Entah mengapa dia berasa tenang bersama lelaki itu.

Dia tahu mungkin saja Reza sekadar menganggapnya kawan biasa. Dia bukan yang pilihan untuk Reza ketika ini. Inikah dinamakan Friendzone?

TOK! TOK! TOK! Bunyi ketukan di pintu bilik. Zizi terus bangun daripada katil dan menuju ke pintu. Dia membuka pintu sedikit dan memandang papanya.

"Zizi, papa ada beli makanan kat bawah nanti Zizi makan ye, papa singgah sekejap je ni," kata papanya. Zizi sekadar mengangguk memahami lalu menutup semula pintu. Dia mendekati meja dan duduk di atas kerusi sambil memandang wajahnya yang terpancar di skrin monitor.

"Kalau nak balik rumah bini muda ni balik jelah! Babi!" kata Zizi. Dia tiba-tiba berasa menyampah dengan sikap papanya itu. Dia tidak sukakan ibu tirinya yang amat disayangi oleh papanya. Kadang-kadang dia menuduh ibu tirinya memberi papa makan nasi kangkang.

Bunyi lagu Playing with fire bergema. Zizi dengan pantas mencapai telefonnya dan melihat Reza menghubunginya. Dia tersenyum girang dan menjawab panggilan.

"Hello? Zizi emm sudah bangun ke? Aku nak ajak kau keluar pergi makan nanti," kata lelaki itu.

"Baru je bangun ni. Pergi makan? Nanti kau whatsapplah aku ye," balas Zizi sambil bermain-main cadar katil.

"Oh ye, Bazli ikut sekali tau," kata Reza dan serta-merta wajah Zizi bertukar muram. Mengapa harus ada lelaki pelik itu?

"Takpe takpe kau ajaklah satu kampung pun takpe," balas Zizi bernada sinis.

"Hah? Satu kampung apa ni? Tak faham he he," tanya Reza.

"Hmm tak ade apelah, nanti whatsapp je aku ye," balas Zizi. Reza mematikan panggilan. Zizi terus baring di atas katil. Dia berasa dia harus menyambung tidur tetapi entah mengapa dia teringatkan lelaki pelik bernama Bazli itu. Kadang-kadang lelaki itu seperti pembunuh bersiri yang kacak tetapi mengerikan.

Bunyi kereta keluar daripada kawasan rumah. Zizi yakin itu kereta papanya yang mahu pulang ke rumah ibu tiri. Dia tidak kisah dan tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai papa. Sekarang, dia perlu mencari Dina. Dia yakin adiknya itu masih hidup dan mungkin diculik tetapi oleh siapa? Dia terpandang buku nota 555 di atas meja. Buku nota yang diberikan oleh Reza semalam. Dia mencapainya dan membuka buku nota itu lalu membaca isi-isi yang tercatit.

"Adam? Sara? Hmm..." Zizi membaca segala maklumat yang ada.

"Honda putih? Kat area rumah aku je?" Dahi Zizi berkerut. Adakah Dina diculik saat pulang ke rumah? Siapa penculik itu? Jantung Zizi mula berdegup dengan kencang membaca satu-persatu ayat yang ada di dalam buku nota itu. Dia tiba-tiba berpeluh dingin mengenangkan perempuan yang dilihatnya hari itu.

Telefonnya berbunyi lagi. Kali ini bukan daripada Reza tetapi entah daripada siapa dan Zizi hanya mengabaikan panggilan itu. Dia bangun dan keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu. Dia turun dan melihat sekeliling ruang tamu. Dia mencapai majalah-majalah hiburan milik Dina yang bersepah di atas lantai. Dia menyusun majalah-majalah itu dan meletakkannya di atas meja kopi.

Zizi mencapai remote televisyen dan menekan butang On. Selepas itu, dia beredar ke meja di dapur dan melihat ada nasi lemak di atasnya. Tanpa berfikir panjang dia mengambil sudu dan gelas. Dia duduk dan membuka surat khabar yang membalut nasi lemak dan makan. Bunyi kunyahan nasi lemak itu lebih rancak daripada bunyi televisyen.

Telefonnya berbunyi. Tangan Zizi pantas mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan itu. Nasi lemak masih berada di dalam mulutnya.

"Zizi? Aku tak jadi nak ajak kau keluar makan nanti sebab ade hal pula," kata Reza di panggilan. Zizi terdiam seketika. "Wei Zizi?"

"Oh Reza, takpelah aku pun busy tiba-tiba ni nak setel banyak hal..." balas Zizi menipu. Dia tidak mahu menunjuk perasaan sedihnya melalui telefon. Reza mematikan panggilan tanpa berkata apa-apa padanya.

Zizi meletak telefonnya lalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Dia mencapai pisau di kabinet dan membawanya ke dalam tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience