BAB 42

Horror & Thriller Completed 1998

Sisa-sisa air di pokok jatuh tepat mengenai pipi Zizi. Dalam masa yang sama ia mengejutkan Zizi daripada mimpi ngerinya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata.

Cahaya matahari di balik daun-daun terkena pada mata. Rasa silau menyukarkan Zizi untuk melihat. Dia berusaha untuk bangun dan melihat di manakah keberadaan dirinya.

Daun-daun kering di sekeliling terasa basah. Mungkin semalam hujan. Zizi memegang dan mengusap lehernya yang masih sakit. Kejadian semalam masih samar-samar di dalam ingatan. Dia memerhati keadaan sekeliling penuh dengan semak dan pokok-pokok besar. Rupa-rupanya dia berada di dalam hutan. Zizi masih lagi memegang lehernya yang sakit.

"Tolonggg!!!" Jeritnya lalu perlahan-lahan cuba untuk bangun. Dia harus pergi dari sini. Dia perlu mencari Reza.

"Julia...na?" Soal Zizi. Matanya terbeliak melihat jasad kaku Juliana di balik pokok. Zizi menghampiri Ju yang terbaring tidak jauh daripadanya. "Ju?!" Panggil Zizi sambil menggerakkan tubuh Ju. Dia tidak lagi bernafas. Kepala Ju mengalami kecederaan yang teruk seperti ada kesan pergelutan semalam. Seluar yang dipakai Ju juga sedikit longgar. Baju Ju juga ada kesan koyak. Sama sepertinya dirinya.

"Arhh!" Jerit Zizi sambil memegang kemaluannya. Rasa pedih yang keterlaluan. "Takkanlah Reza..." kata Zizi lalu cuba untuk bangun. Dia terus berjalan meninggalkan jasad Ju di situ. Perlahan-lahan dia memulakan langkah untuk keluar daripada hutan itu. Rasa sakit pada kemaluannya juga masih tidak reda. Entah apa yang Reza telah lakukan terhadap dirinya dan Ju. Zizi syak perkara itu dan berharap bukan.

Kakinya tidak berhenti melangkah mengikut gerak hatinya. Dia tidak tahu adakah dia semakin dekat dengan jalan keluar atau semakin berjalan ke arah hutan yang dalam.

"Tolonggg!!!" Jeritnya lagi. Peluh yang mengalir di pipi dikesatnya cepat. Nafasnya laju dan kakinya berasa sakit terkena duri-duri yang tidak kelihatan. Hatinya berasa berdebar setiap kali mendengar bunyi-bunyi aneh di sekitarnya. Dia berharap tiada binatang buas di dalam hutan ini.

Bunyi aliran air sungai semakin kuat. Zizi berasa dia sudah menghampiri sungai. Kakinya melangkah dengan laju mengikut bunyi sungai yang makin deras.

Hampir 5 minit Zizi berjalan. Dia sudah ternampak sungai yang tidak terlalu besar. Alirannya cukup deras mungkin disebabkan hujan kelmarin. Kaki Zizi melangkah laju mendekati tebing sungai. Dia perlahan-lahan duduk di atas tebing. Air sungai diambil dan diminumnya untuk kembali bertenaga. Dia harus berjalan lagi untuk keluar daripada kawasan hutan. Langit yang cerah dilihatnya sambil bermain-main batu kecil di tebing. Zizi berdoa agar perjalanan keluarnya selamat dan lancar.

Perlahan-lahan dia bangun semula. Kakinya yang sakit akibat terkena duri juga tidak dihiraukan. Dia terus berjalan seperti biasa mengikut aliran air sungai. Dia perlu cepat sebelum malam menjelma. Dia juga berharap ada seseorang yang akan menjumpai jasad Juliana tadi. Semua ini gara-gara Reza yang kejam.

Kepalanya ligat berfikir tentang adiknya, Dina. Benarkah Bazli yang menculik dan membunuh Dina? Jika tidak, mengapa Bazli lari daripada hospital tempoh hari? Jika ya, mengapa?

**

Hampir 3 jam Zizi berjalan. Akhirnya, dia tiba di sebatang jalan yang sunyi. Dia rasa dia kenal tempat ini.

Bunyi seakan-akan kereta sedang bergerak ke arahnya. Zizi pantas berlari ke arah jalan dan melambaikan tangannya agar kereta itu berhenti dan membawanya pergi.

Kereta kancil berwarna biru itu berhenti di hadapan Zizi. Pemandunya seorang lelaki nerd. Zizi pantas mendekati tingkap kereta dengan kakinya yang lenguh.

"Encik boleh tak tumpangkan saya sampai bandar? Saya sesat," terang Zizi.

"Err... boleh silalah naik," balas lelaki nerd itu. Zizi menghadiahkan senyuman sebagai tanda terima kasih sebelum naik ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan, Zizi tidak henti berfikir mengenai Reza, jasad Juliana yang ditinggalkan dan Bazli. Dia terfikir di manakah Bazli melarikan dirinya.

Tiba bus stop berhampiran rumahnya, Zizi terus turun selepas mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi. Kancil tadi beredar menghilangkan diri.

Zizi mula melangkah pulang ke rumahnya. Pagar yang tidak berkunci ditolaknya perlahan lalu masuk ke dalam rumah. Pintu rumahnya juga tidak berkunci. Dahi Zizi berkerut seribu.

Pintu ditolak kasar dan Zizi mendapati bahawa ada kesan tapak kasut yang telah masuk ke dalam rumah. Dia terus berlari ke tingkat atas. Seperti yang dijangka, biliknya bersepah. Zizi merasakan bahawa Reza yang telah masuk ke dalam rumahnya dan mencari sesuatu.

Zizi terus turun ke tingkat bawah dan mencari sesuatu di sebalik sofa. Dia mempunyai satu lagi telefon di situ. Zizi pantas mengambil telefon Samsung dan mendail nombor Reza tetapi nombor itu mati.

Pintu rumah ditutup rapat. Zizi mendaki tangga untuk ke biliknya dan membersihkan diri. Dia perlu keluar daripada rumahnya sendiri kerana bila-bila masa saja Reza akan datang ke rumahnya mencari sesuatu yang tidak dapat ditafsir olehnya.

Zizi juga perlu mencari Bazli. Dia perlu penjelasan daripada lelaki itu mengenai Dina. Tangannya meraba-raba belakang pintu untuk mengambil kain tuala.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Baju dan seluarnya yang koyak ditanggalkannya sehingga bogel. Pili air dipulas dan dia terus membersihkan diri.

Hampir 15 minit mandi, Zizi keluar dan memakai pakaiannya. Rambut yang kusut di sikatnya biar rapi. Wajahnya kembali segar.

Dia terus mencapai beg sandang dan mengambil barang-barang keperluan yang perlu dibawa. Skuternya pula entah ke mana menyebabkan Zizi perlu mancari Bazli menggunakan teksi sebentar nanti. Selepas selesai mengemas beg, dia pangas turun ke tingkat bawah.

TOK! TOK! TOK!!!

Zizi berpaling ke arah pintu. Ada seseorang diluar. Perlahan-lahan Zizi mendekati pintu. Dia mengintai di sebalik langsir ke luar. Hanya sebuah kereta Toyota Vios putih di hadapan rumahnya.

"Sekejap! Tu kereta Ju?!" Bisik Zizi sendiri.

TOK! TOK! TOK!!!

"Ada orang tak?" Panggil seseorang di luar. Sepertinya ia suara seorang budak perempuan. Zizi pantas membuka pintu dan melihat Batrisya di luar. Tidak silap lagi inilah budak perempuan anak kepada Ju.

"Akak Zizi? Abang Bazli nak jumpa akak," kata Batrisya. Zizi terpandang Bazli di dalam kereta.

**

Sepanjang perjalanan, Zizi terdiam. Begitu juga dengan Bazli yang sedang memandu kereta. Dia mahu menanya soal Dina. Nafasnya ditarik sedalam-dalam mungkin.

"Bukan aku yang culik Dina," kata Bazli dahulu. "Terserah kau nak percaya atau tak."

"Erm... Baz?"

"Ye?"

"Aku jumpa Reza semalam, dia nak culik Juliana dan... aku tak dapat nak tolong dia sebab Reza jerut aku," terang Zizi. Bazli tersengih. "Lawak ke?"

"Aku tahu sebab aku jumpa kereta dia dekat selekoh nak masuk kawasan rumah Ju," terang Bazli.

"Anak Ju ni macam mana?" Soal Zizi.

"Takpe, dia selamat dengan aku," balas Bazli.

"Kenapa Reza sanggup culik Dina? Apa kaitan Dina dengan Reza?" Soal Zizi lagi. Dia tertanya-tanya.

"Nampaknya kau dah mula nak percayakan aku," kata Bazli. Zizi terdiam. Sesekali dia menjeling ke belakang melihat Batrisya tertidur. Budak perempuan itu kelihatannya letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience