BAB 33

Horror & Thriller Completed 1998

Selepas menemui Ju semalam, dia rasa ada yang tidak kena dengan Reza. Telefon Adam juga tidak aktif selepas menerima Whatsapp daripada lelaki itu semalam. Adam kata dia terlihat Reza. Adakah benar? Tetapi Ju menuduh Bazli yang dalang bagi semua ini. Fikirannya terlalu kusut memikirkan perkara yang terjadi ini. Dia berpaling ke belakang dan sepertinya dia terpandang Bazli. Zizi yakin lelaki yang sedang berjalan itu Bazli.

Kakinya melangkah laju mengekori lelaki itu. Zizi mengusap peluh dingin yang tidak henti jatuh di dahi. Jantungnya juga kuat berdegup ketika ini.

"Aku tahu kau dekat belakang," kata Bazli.

Zizi pantas bersembunyi di sebalik tiang. Dia tidak mahu Bazli melihat dirinya walaupun dia tahu sudah ketahuan. Tapak kasut laju menghampiri tempatnya lalu tangan itu menarik lengannya keluar daripada belakang tiang. Zizi mendongak sedikit memandang wajah serius Bazli.

"Kenapa kau ikut aku dari tadi?" soal Bazli dengan tenang.

"Err...maafkan aku..." balas Zizi lalu menundukkan pandangannya ke bawah.

"Hei? Cakaplah..." kata Bazli sambil memegang dagu Zizi sehingga dia kembali memandang mata Bazli. Hati Zizi terus berdebar saat merenung anak mata lelaki itu.

"Aku...aku...aku nak minta tolong..." terang Zizi.

"Masuk dalam kereta aku dulu," ajak Bazli lalu menarik lengan Zizi ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan masing-masing terdiam.

"Ape?" soal Bazli.

"Firstly aku nak minta maaf sebab aku pernah tuduh kau culik adik aku, Dina..." jawab Zizi sambil melarikan pandangannya.

"Ha ha then?" balas Bazli sambil menggeleng kepalanya.

"Aku rasa bukan kau tapi...err uhmmm Rezaaa!"

"Reza?"

"Ye mungkin Reza yang culik Dina! Tapi aku tak yakin." 

"Lepas tu?"

Bazli mengalihkan pandangan ke hadapan sambil melihat orang-orang yang melintasi keretanya. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng lalu memandang wajah Zizi kembali.

"Lepas tu?"

"Tolong aku selamatkan Dina... Dia je adik aku... Baz?"

Kini giliran Zizi pula mengalihkan pandangannya. Dia menahan air matanya dari keluar dan menarik nafasnya dalam-dalam. Di dalam fikirannya mengenangkan nasib Adam yang masih lagi tiada berita sama seperti adiknya.

"Jangan menangis lagi..." kata Bazli sambil memegang tangan Zizi. Zizi memandang tepat ke dalam anak mata coklat Bazli. Zizi membalas pegangan tangan Bazli tadi.

Bazli menghidupkan keretanya dan beredar daripada situ bersama Zizi di sebelahnya. Zizi tidak henti mencuri pandangan ke arah lelaki itu. Dia yakin lelaki di sebelahnya itu mahu membantunya menyelamatkan Dina daripada Reza. Zizi tersenyum sendiri memandang sisi wajah Bazli. Berkali-kali dia menuduh Bazli sebelum ini. Mungkin apa yang dilihatnya hanyalah luaran lelaki itu saja bukan dalamannya.

**

Juliana membawa Batrisya berjalan-jalan di dalam mall. Mereka masuk ke dalam salah satu kedai menjual permainan. Batrisya terus berlari ke arah patung beruang berwarna putih dan bersaiz besar sepertinya. Juliana tersenyum melihat gelagat Batrisya. Dia tidak sangka bahawa Batrisya adalah anak kepada Bazli. Tidak sangka Bazli meninggalkan benihnya sebelum cuba membunuhnya pada hari itu.

"Mama? Bat nak teddy bear besar tadi tu boleh tak?" Soal Batrisya sambil menggoyangkan tangan Juliana.

"Teddy bear yang mana?" Tanya Ju. Batrisya berlari ke arah patung beruang itu semula. Mata Ju beralih ke arah orang ramai yang sedang melintas di hadapannya.

"Bazli?" Soal Ju sendiri. Dia ternampak kelibat Bazli bersama seseorang. Seorang perempuan. Kaki Ju melangkah keluar daripada kedai itu lalu mengekori jejak Bazli. Matanya tertumpu pada Bazli dan perempuan berambut pendek tadi.

"Zizi? Ape yang dia buat dengan Bazli?!" Kata Ju kegeraman melihat Zizi bersama Bazli. Bazli dan Zizi berpisah di hadapan restoran Dubuyo. Dengan pantas, Ju berjalan dengan laju mendapatkan Zizi.

"Hei Zizi!" Jerit Ju. Zizi berpaling ke arah Juliana.

"Juliana?"

"Apa yang kau buat dengan Bazli tadi?!" Tanya Ju sambil menolak dada Zizi. Dahi Zizi berkerut dan dia merenung wajah Juliana yang tiba-tiba saja muncul.

"Ape masalah kau ni Ju?!" Soal Zizi.

"Kau tau tak Bazli tu pembunuh? Kau sepatutnya tolong aku dapatkan Bazli bukan keluar berduaan dengan dia macam tadi!" Marah Ju lalu beredar meninggalkan Zizi yang terpinga-pinga. Entah mengapa Zizi merasakan bahawa Ju tidak suka dia dekat dengan Bazli. Juliana terlalu bencikan Bazli atau... cemburu?

Zizi terus beredar mencari kelibat Bazli. Dia ternampak lelaki itu berada di hadapan sebuah kedai permainan bersama seorang budak perempuan yang sedang menangis.

"Bazli? Kenapa ni?" Tanya Zizi.

"Mama Bat hilang," balas Bazli. Zizi memandang wajah budak perempuan itu lalu merenung wajah Bazli pula. "Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Bazli.

"Tak... takde ape," balas Zizi.

"Tadi mama ade dalam kedai tu lepas tu bila Bat bawa teddy bear tu dia takde," terang Bat. Dia mengesat air matanya yang jatuh. Bazli terus mendukung Batrisya dan membawanya pergi bersama Zizi.

Mata Bazli dan Zizi melilau mencari kelibat mama Batrisya. Kata Batrisya, mamanya memakai dress berwarna biru. Sukat untuk Bazli mengenal pasti siapalah mama kepada Batrisya.

"Tu mama!" Jerit Batrisya. Dia terus meronta untuk turun. Bazli menurunkan Batrisya lalu dia terus berlari ke arah mamanya yang juga sedang mencarinya.

"Fuck!" Kata Bazli lalu terus beredar. Zizi yang terpinga-pinga terus mengikut Bazli.

"Kenapa ni Bazli?!" Soal Zizi.

"Tak... nothing," jawab Bazli. Wajah mama Batrisya segar di dalam ingatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience