BAB 25

Horror & Thriller Completed 1998

Pagi itu aku tiba di pejabat dan terus melihat orang mengerumuni Syahira yang sedang menangis. Aku terus ke meja dan meletakkan beg galas dan telefon aku. Mata aku melihat Aiman sedang menuju ke arah aku dengan wajah cemas.

"Baz! Ika sudah meninggal kau tau tak?!" kata Aiman dengan wajah cemasnya.

"Seriuslah? Kenapa dia boleh meninggal?" soal aku berpura-pura tidak tahu.

"Dia bunuh diri dan ada yang kata kena bunuh dekat rumah dia dan pihak polis syak bekas boyfriend dia punya keje!" terang Aiman. Mahu saja aku ketawa berdekah-dekah mendengar orang lain yang dipersalahkan dalam hal ini.

"Dendam kot? Eh boslah sial!" balas aku dan serta-merta Aiman berlari ke mejanya. Aku pula berpura-pura menekan tetikus walaupun monitor masih gelap. Mata aku melihat bos sedang menenangkan Syahira yang masih bersedih dengan berita kematian sahabatnya itu. Bos pula sedang gatal menggosok-gosok belakang Syahira kononnya bersimpati sekali.

"Wei Baz, jumaat ni dorang kata nak buat bacaan Yassin pagi," kata Aiman di sebelah aku. Aku cuma mengangguk tanda aku faham maksudnya. Ah! Baca Yassin? Merepek mahu sedekahkan Yassin pada perempuan sundal.

Tangan aku menggerakkan cursor tetikus ke arah fail kerja yang aku telah susun di desktop. Aku terus fokus membuat kerja-kerja yang tertunda jumaat lepas. Tiada apa yang aku harus fikirkan selain daripada membuat kerja dengan perasaan tenang.

Suasana sejuk membuatkan aku mahu ke tandas. Aku bangun dan menuju ke pintu masuk jabatan IT untuk imbas kad ID sebelum keluar ke tandas. Aku sedar Aiman juga mengikut aku ke tandas. Mungkin dia juga mahu terkencing.

"Wei Baz! Bazli!" jerit Aiman di belakang aku saat kami berdua masuk ke dalam tandas bersama.

"Apa benda kau ni?" soal aku. Aku lihat wajah Aiman seakan-akan marah kepada aku. "Kau kenapa?"

"Apesal phone adik aku boleh ade dekat bawah meja kau?!" tanya Aiman sambil menunjuk telefon Amira.

"Aku tak tahu apa-apa tentang phone tu Man..." balas aku tenang lalu menjengketkan kening.

"Kau boleh kata kau tak tahu? Aku rasa kau yang culik adik aku kan!" marahnya lagi. Aku mula bersandar di pintu dan tanpa Aiman sedari aku mengunci pintu. "Baz jawablah!"

"Memang aku bunuh adik kau! Puas!!!" tengking aku. Wajah aku berasa panas kerana terlalu marah. "Kau nak tahu sebab apa aku bunuh adik kau yang sundal tu?!" tanya aku.

"Bazli kau tau tak tu adik aku apesal wei? Apesal wei!!!" balas Aiman lalu mendekati aku. Aku juga perlahan-lahan mendekatinya lalu pantas aku menumbuk wajah Aiman. Dia jatuh tersembam ke lantai.

BUKKK! "Sebab adik kau macam ibu aku!" bisik aku kepada Aiman yang masih dalam kesakitan.

BUKKK! BUKKK! BUKKK!

"Aku rasa cukup setakat ni..." bisik aku lagi lalu merampas telefon Amira di tangannya. Aku menoleh ke belakang sambil memasukkan telefon tadi ke dalam poket. Niat aku untuk membuang air sudah terbantut.

PRAKKK!!! Kepala aku berasa berat. Aku cuba menoleh ke arah Aiman yang sudah pun berdiri sambil memegang pasu bunga di tangannya. Tangan aku meraba belakang kepala dan lihat ada darah melekat. Aku terus jatuh dan semuanya gelap.

**

Kakinya pantas bergerak ke arah kereta kancil biru di ruang parkir setelah memastikan tiada sesiapa di tempat itu. Aiman berpeluh-peluh menolak tong sampah besar berwarna hijau itu ke arah keretanya. Dia berasa takut dan menggigil apabila dia sudah membunuh Bazli sebentar tadi. Berkali-kali dia memeriksa nafas Bazli tadi namun lelaki itu langsung tidak bernafas seperti yang dimahukannya.

Dia pantas membuka pintu tempat duduk belakang untuk mengalihkan Bazli ke dalam keretanya. Aiman berkali-kali memandang keadaan sekelilingnya. Dia takut jika ada sesiapa yang lihat dirinya waktu ini. Tangannya pantas membuka penutup tong sampah dan menarik tubuh Bazli keluar dengan sekuat tenaganya.

"Maaf maafkan aku Bazli! Aku tak sengaja bunuh kau..." kata Aiman dengan kesal. Dia cuba membaringkan lelaki berkemeja maroon itu dan mengambil kain berwarna hitam untuk menutup seluruh tubuh Bazli agar tidak dilihat orang lain.

Selesai kerja itu, dia terus menolak tong sampah tadi ke tepi pintu kecemasan lalu terus berlari ke arah keretanya. Aiman pantas menghidupkan keretanya dan berlalu pergi. Dia harus membuang mayat Bazli di suatu tempat yang tiada orang. Tangannya menggigil ketakutan memegang stereng. Peluhnya tidak henti turun ke dahi sehingga membasahkan seluruh wajahnya.

Di dalam kepalanya hanya memikirkan tempat untuk membuang mayat Bazli tetapi dia tidak tahu di mana. Dia hanya membawa keretanya pergi ke arah luar bandar yang mempunyai hutan yang tidak berapa tebal. Di situ ada sungai berdekatan dan tiada sesiapa berani mengunjunginya akibat penyebaran berita mengenai kawasan berhantu. Aiman takut tetapi dia harus ke sana untuk membuang mayat Bazli di belakang. Jika tidak, pasti dirinya akan dituduh membunuh lelaki itu. Rasa marahnya terhadap Bazli tadi juga sudah pudar akibat rasa takut menguasai diri.

"Maafkan aku Bazli! Aku terpaksa lakukan semua ni sebab kau dah bunuh adik aku! Kau memang gila Baz! Kau yang buat aku jadi macam ni!!!" kata Aiman lagi sedikit marah.

Tiba di kawasan hutan, Aiman menghentikan keretanya di tepi. Dia terus keluar dan membuka pintu penumpang belakang lalu menarik tubuh Bazli keluar. Aiman memapah Bazli dengan kuat kerana tubuh lelaki di sebelahnya itu lebih tinggi daripadanya. Kakinya melangkah dengan penuh berhati-hati memijak akar-akar pokok untuk masuk ke dalam hutan. Dia perlu berjalan lebih jauh untuk membuang Bazli. Kepalanya juga tidak henti menoleh ke belakang kerana risau jika ada manusia yang ternampaknya.

Dia terus berjalan sehingga mendengar bunyi air sungai. Kakinya melangkah dengan laju menghampiri sungai yang tidak jauh lagi. Tangannya terus melepaskan Bazli jatuh ke tanah. Lelaki itu masih terdiam dan itu meyakinkan Aiman bahawa Bazli sudah mati.

Aiman menoleh ke belakang sambil mencekak pinggang. Dia mengusap-usap peluh di mukanya dengan lengan kemeja. Matanya memerhati keadaan sekeliling mencari tempat yang sesuai membuang Bazli.

**

Muka aku sedikit pedih tersembam terkena pasir-pasir sungai. Bunyi air sungai mengalir betul-betul dekat dengan aku. Aku masih mampu tersenyum sinis walaupun cedera teruk di bahagian kepala.

Aku toleh ke arah Aiman yang khusyuk memerhati kawasan hutan ini. Aku pantas mencapai batu besar lalu perlahan-lahan bangun tanpa disedarinya.

"Kau cari ape Man?" soal aku. Aiman terkejut lalu memalingkan kepalanya memandang aku dan dengan pantas aku menghentakkan batu yang aku pegang ke kepalanya.

PUKKK! PUKKK! PUKKK!!! PUKKK!!!!

"Arghhhhhhhhhh!!!" dia menjerit lalu jatuh ke tanah.

"Kau rasakan ni! Aku nak kau mampus! Mampus ikut adik kau tu!!!" jerit aku sekuat hati sambil menghentakkan lagi batu itu ke kepalanya.

PUKKK! PUKKK! PUKKK!!!

Tanpa henti aku terus memukul kepalanya dengan batu sehingga darah-darah segar keluar daripada tempurung kepala. Ada darah yang terpercik ke muka dan kemeja aku. Aku terus menggerakkan tubuh Aiman yang sudah kaku.

"Kau ingat dengan bunuh aku dengan pasu boleh buat aku mati? Kau silap Aiman... Kau sudah silap!" kata aku lalu tersenyum sinis. Aku cuba memikirkan cara untuk melupuskan mayat lelaki tidak guna ini. Baru aku tersedar yang bajunya pasti sudah ada cap jari aku.

"Arghhh! Sakitnya sial!" jerit aku sambil memegang belakang kepala. Aku dapat rasakan luka itu besar. Aku terus meludah ke sungai dan berjalan-jalan sekeliling mayat Aiman untuk mendapatkan idea.

"Kau yang nak semua ni bodoh!" marah aku pada Aiman. "Kau bawak aku dekat mana ni haa Man?!" soal aku.

Aku mengheret mayat Aiman untuk pergi jauh ke dalam hutan. Hanya tempat yang lapang dapat aku hapuskan mayatnya. Aku terus mencangkung di sebelah Aiman lalu membuka butang kemeja lelaki itu dan membukanya. Tangan aku beralih pula pada seluar slacknya lalu membukanya juga. Aku tanggalkan semua pakaian Aiman sehingga dia bogel.

"Aku harap roh kau tengah tengok kau sekarang ni," kata aku. Tangan aku meraba-raba poket seluar slacknya tadi dan menjumpai lighter cricket. Aku membiarkan saja lighter itu di dalam poketnya.

Mata aku memerhati mayat Aiman yang berbogel di atas rumput-rumput kering. Tanpa membuang masa, aku mengumpul ranting-ranting pokok dan daun-daun kering lalu meletakkannya di atas tubuh Aiman. Entah mengapa aku rasa bodoh dengan cara ini tetapi aku terpaksa meninggalkan Aiman dengan segera.

"Selamat berehat..." kata aku perlahan lalu terus beredar meninggalkan kawasan itu bersama-sama pakaian Aiman. Aku perlu membuang pakaian ini dan telefon Amira jauh dari sini. Kematian Aiman mesti akan menjadi kes polis juga nanti. Kaki aku laju berjalan menghampiri kereta Aiman lalu beredar dari situ.

**

Zizi menghentikan skuternya dan mencari kereta Honda Adam. Dia ternampak kelibat seorang lelaki sedang melambaikan tangga ke arahnya. Zizi turun daripada skuter dan berlari ke arah Adam.

"Adam kan?" soal Zizi.

"Ye saya, jom masuk dalam kereta dulu..." ajak Adam.

Zizi menuruti kehendak Adam. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan mendiamkan diri seketika. Dia melihat wajah kekasih adiknya itu seperti tenang saja.

"Betul ke Adam ada jumpa dengan lelaki nama Reza hari tu?" soal Zizi meminta kepastian.

"Yup betul. Dia ada catit detail yang saya beri hari tu dekat kertas," balas Adam sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi sekarang dan harap Adam dapat tolonglah ye," pinta Zizi. Adam kelihatan cair melihat wajah kasihan perempuan itu. Dia teragak-agak untuk mengangguk kepalanya.

"Aku akan tolong apa yang aku boleh... hehe kot..." balas Adam menyengih. Zizi mengeluarkan sekeping gambar yang dijumpainya semalam.

"Ini gambar Dina! Dina masih hidup lagi tau!" kata Zizi lalu menghulurkan gambar itu kepada Adam walaupun dia tahu gambar itu menunjukkan tubuh Dina.

"Dina? Dia kena culik?! So betullah dia kena culik selama ni?" tanya Adam sambil merenung gambar di tangannya itu. Selama ini dia merasakan Dina lari daripada kakaknya saja. "Penculik tu ade ugut apa-apa ke?" tanya Adam lagi.

"Dia letak gambar ni je dekat depan rumah semalam takde nota apa-apa pun. Please Adam tolonglah aku. Hanya kau yang kenal Dina..." rayu Zizi. Adam berasa kasihan melihat Zizi yang bersungguh-sungguh mencari adiknya. Dia sebenarnya tidak mahu terlibat dalam hal ini kerana baginya dia sudah tiada apa-apa kaitan dengan Dina.

"Ye aku akan tolong kau, jangan risau ye?" jawab Adam lalu memegang tangan Zizi. Zizi pantas menarik tangannya daripada pegangan Adam. Dia tidak mahu lelaki itu memegangnya. "hmm sorry..."

"Takde apelah," Zizi tersenyum tawar ke arah lelaki itu.

"Ada syak sesapa tak? Mungkin kawan Dina ke musuh ke?" soal Adam yang ingin mengetahui perkara itu lebih lanjut.

"Takde, aku tak pernah kenal kawan Dina melainkan Sara dan kau tapi..."

"Tapi apa? Beritahu aku."

"Ada lelaki pelik yang aku kenal nama dia Bazli, dia tinggal serumah dengan Reza," terang Zizi dengan berat hati.

  "Sure ke dia?"

  "Tak sure pun dan aku tak tuduh tapi ade orang syak dia! Sebab aku nampak kereta dia dekat area rumah aku," terang Zizi. Adam terdiam seketika. Dia cuba memproses kata-kata Zizi tadi.

"Dia kenal Dina?" soal Adam. Zizi menggelengkan kepalanya. Adam melepaskan nafasnya.

"Banyak kes pasal remaja perempuan dan budak-budak hilang sekarang kan? Mungkin penculik dia adalah orang yang sama. Tak mustahil kan?" kata Zizi.

"Betul kata kau, baru-baru ni ada berita kematian perempuan dalam rumah. Agak-agak lelaki yang sama ke bunuh?" soal Adam pula.

"Aku dengar boyfriend dia bunuh dan rasanya bukan kes yang sama..." balas Zizi. Mereka berdua terdiam.

"Balik nanti aku cuba cari maklumat pasal remaja dan budak yang hilang tu okey? Apa-apa hal aku call kau ye," terang Adam. Zizi menganggukkan kepalanya lalu mengukirkan senyumannya.

Zizi keluar daripada kereta Adam danberjalan ke arah skuternya di seberang jalan. Dia berasa lega ada seseorang yang mahu membantunya mencari Dina. Dia berharap niat lelaki bernama Adam itu ikhlas membantunya. Fikirannya masih teringatkan kereta Bazli yang dijumpainyahari itu. Mungkinkah Bazli menghantar gambar itu atau ianya hanyalah kebetulan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience