BAB 30

Horror & Thriller Completed 1998

Jarinya pantas menaip sesuatu dan menekan Enter. Hanya satu tick saja yang naik. Adam menarik nafasnya dalam-dalam lalu menghembuskan keluar.

"Ke mana kau ni kak!" katanya sendiri. Sudah tiga jam dia berada di rumah tetapi kelibat kakaknya tidak muncul. Hatinya berasa berat dan terlalu resah mengenangkan Syahira di dalam mall pada siang tadi. "Balaslah Ira!!!" marahnya. Dia mengambil remote televisyen di bawah meja lalu menekan butang On. Siaran berita sedang berlangsung.

"Mayat seorang lelaki dijumpai di sungai sekitar Gombak masih tidak dapat dikenal pasti. Pihak polis sedang berusaha mencari barangan peribadi mangsa di kawasan berdekatan..." Mata Adam tertumpu pada tajuk berita. Sudah beberapa kali dia mendengar kes pembunuhan kejam sehingga sekarang. Entah mengapa hatinya kuat merasakan Syahira akan hilang sama seperti bekas kekasihnya, Dina.

Adam bangun dan menghampiri tingkap. Dia memandang ke arah luar lalu mencapai remote televisyen. Skrin televisyen dimatikan. Dia mencapai kunci kereta dan beredar ke kereta.

Enjin kereta dihidupkan. Adam mencapai telefon di tempat duduk sebelah lalu membuka aplikasi Whatsapp untuk melihat last seen Syahira. Pesanan yang dihantarnya tadi juga masih belum berbalas.

Dia memandu perlahan ke kawasan berdekatan. Matanya meliar memandang sekeliling jalan. Tidak banyak kenderaan yang lalu pada waktu Maghrib ini. Hanya beberapa buah motor saja yang baru dilihatnya sebentar tadi. Adam menghentikan keretanya di tepi jalan lalu memeriksa telefonnya kembali. Dia kembali memandang kawasan sekelilingnya.

Matanya tertumpu pada sebuah kereta di seberang jalan. Seorang lelaki mendukung budak perempuan kecil masuk ke dalam kereta. Mata Adam tidak berkelip dan memerhati gelagat lelaki itu. Perasaannya bercampur-baur memerhati apa yang sedang dilihatnya sekarang. Kereta itu beredar pergi meninggalkan kawasan itu begitu juga dengan Adam. Dia mengekori kereta Myvi di hadapannya dari jauh. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pemandu Myvi itu.

Lelaki membawa Myvi ungu itu masuk di simpang sebelah kiri lalu memandu keretanya dengan laju. Adam membawa keretanya perlahan berjalan di atas sebuah jambatan lama. Kereta lelaki tadi sudah hilang dari pandangannya tetapi Adam tidak berputus asa mencari keberadaan lelaki tadi. Matanya ternampak sebuah rumah di balik pokok-pokok besar dan semak. Dia memarkir keretanya di bawah pokok yang tidak jauh daripada rumah itu. Adam pantas keluar daripada keretanya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah rumah yang dilihatnya tadi. Sebuah rumah lama yang masih kukuh. Di tepi rumah itu ada Myvi milik lelaki yang diekorinya tadi.

Peluh dingin jatuh menitik ke pipi. Kaki Adam gagah melangkah merapati rumah lama di hadapannya. Tiada seberang bunyi yang didengarinya daripada dalam rumah itu. Semuanya gelap, sunyi dan hanya bunyi cengkerik di dalam semak.

KLEK! Bunyi pintu ditarik daripada dalam. Adam dengan pantas bersembunyi di sebalik pokok sambil memerhati lelaki itu. Lelaki itu keluar dan tangannya memegang telefon. Dia tersenyum lebar memerhati sesuatu di dalam telefonnya. Adam cuba merenung ke arah wajah lelaki itu dengan bantuan cahaya skrin telefon. Dahi Adam terus berkerut melihat wajah penculik itu yang seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

"Reza?" Adam cuba meneka tetapi tidak terlalu yakin. "Reza?!" kali ini dia yakin wajah Reza yang dilihatnya. Dia cuba tunduk ke dalam semak agar Reza tidak sedar kedatangannya. Reza memandang sekeliling sebelum beredar dengan keretanya.

Sudah lebih 5 minit Reza beredar, barulah Adam yakin untuk mendekati rumah lama di hadapannya. Kali ini dia beranikan diri untuk masuk ke dalam rumah itu. Tombol pintu ditolak perlahan-lahan.

Matanya melilau memandang kiri dan kanan. Semuanya gelap dan sunyi. Adam memuka torchlight pada telefonnya dan terus masuk ke dalam. Dia mahu mencari keberadaan budak perempuan yang dilihatnya tadi. Ada sebuah bilik saja di dalam rumah itu dan ianya berkunci dengan mangga lama.

"Hello? Ade orang ke dekat dalam?!" soal Adam.

TOK! TOK! TOK!

"Ade orang ke?!" tanya Adam. Dia mengetuk pintu bilik yang berkunci itu lagi. Tiada sesiapa yang menyahut panggilannya dan hanyalah bunyi cengkerik yang semakin kuat didengarinya. Adam membuka Whatsapp dan menaip sesuatu di dalamnya.

'Aku nampak Reza ...'

Butang Send ditekan. Zizi tidak Online lagi. Adam terus berjalan ke arah dapur pula untuk mencari budak perempuan yang dilihatnya itu. Semuanya kosong dan hanya bilik itu saja yang berkunci. Adam yakin bilik itu menampatkan budak tadi.

"Budak tu pun dah mati," kata Reza. Adam pantas menoleh ke arah pemilik suara di belakangnya.

"Reza?! Betullah kau? Tapi...kenapa?" soal Adam tanpa rasa takut berhadapan dengan lelaki itu.

"Kenapa? Aku suka dengan kerja aku ni, ye aku yang culik budak-budak tu selama ni..." terang Reza.

"Kau gila ke Reza? Dorang hanya budak yang tak berdosa tau tak!" marah Adam.

"Aku tahu dorang hanya budak...budak tidak berdosa tapi aku tak tahan..." balas Reza lalu perlahan-lahan mendekati Adam.

"Kau memang gila Reza!" kata Adam sambil mengundurkan langkahnya setapak demi setapak.

"Maafkan aku... tapi aku sayangkan budak-budak tu..." balas Reza lalu menangis. Air matanya terus keluar dan menangis dengan bersungguh-sungguh mengenangkan kanak-kanak yang mati. Adam tidak dapat berfikir apa-apa melihat gelagat Reza yang menangis tanpa henti.

Reza berhenti menangis dan terus merenung ke arah Adam. Dia bangun lalu berlari ke arah Adam. Tindakan Reza yang pantas membuatkan Adam kaku. Reza menumbuk muka Adam berkali-kali sehingga dia jatuh ke lantai.

BUK! BUKKK!!!

"Aku minta maaf Adam aku terpaksa buat benda ni dekat kau..." kata Reza lalu menyambung menumbuk Adam lagi.

BUKKK! BUKKK!!!

Tangan Adam cuba menghalang tumbukan itu tetapi dia gagal. Tumbukan terkena pada matanya menyebabkan penglihatannya kabur dan tidak dapat membantu dirinya sendiri.

Reza bangun dan mencapai kayu yang ada di tepi pintu. Dia menghayunkan kayu yang dipegangnya ke arah Adam.

PUKKKK!!!

Satu hayunan terkena pada kepala dan Adam kaku. Reza mencampakkan kayu yang dipegangnya ke tepi dinding. Dia mengheret tubuh Adam keluar daripada rumah lama itu.

**

5 TAHUN LALU.

Bacaan Yassin sudah habis. Ramai jiran-jiran yang telah pulang ke rumah masing-masing. Kini, tinggal dirinya dan bapa saudara sebelah ummi.

"Semua sudah kemas, uncle nak balik dulu ye Reza," kata bapa saudaranya, Arshad. Dia menepuk bahu Reza sebelum beredar keluar ke keretanya. Reza masih lagi merenung memandang wajah ummi, ayah dan Rafiq di dalam bingkai gambar yang tergantung.

Ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan semalam. Kereta mereka hancur dilanggar lori treler. Air mata Reza mula jatuh di pipi mengenangkan mereka bertiga. Kini, dia sendiri tanpa sesiapa di sisi.

Kakinya mula melangkah naik anak tangga. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik. Reza terbaring di atas tilam sambil memerhati siling. Siling berwarna putih itu diperhatikannya lama-lama. Perasaannya mulai kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience