BAB 36

Horror & Thriller Completed 1998

Zizi terus berjalan menghampiri skuternya di tempat parkir. Dia mengeluarkan kunci di dalam beg sling. Dia berpaling ke tepi dan terlihat Ju sedang menghampirinya. Zizi berhenti seketika lalu terus menaiki skuternya untuk beredar.

"Woi Zizi!" jerit Ju sambil menarik bahu Zizi dengan kuat. Zizi tersentak dan berpaling memandang Ju.

"Kau nak ape lagi? Kau nak aku bekerjasama dengan kau?!" soal Zizi.

"Aku tak puas hati dengan kau pasal hari tulah! Kau jangan ingat adik kau akan hidup dekat tangan si Bazli tu!" ujar Ju sambil menunding jarinya.

"Ape masalah kau ni Ju?! Kalau kau nak cari Bazli tu cari jelah sendiri dan jangan nak libatkan aku boleh tak?!" marah Zizi. Dia memakai helmet dan menghidupkan skuter. Tanpa teragak-agak, Ju terus menarik kepala Zizi dengan kuat sehingga Zizi dan skuternya jatuh. Ju menendang badan Zizi sekuat mungkin kerana terlalu marah dengan perempuan itu. Zizi tidak mampu melawan akibat kakinya terhimpit dengan skuter.

"Sial!" jerit Bazli lalu menolak tubuh Ju sehingga dia jatuh terduduk di atas tar. Zizi tergamam melihat kelakuan Bazli tadi. Mata Ju terbeliak dan ternganga merenung wajah Bazli di hadapannya.

"Kau nak ape Ju? Kau nak aku kan?!" soal Bazli.

"Bazzz... Bazli!!!" kata Ju yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Bazli membantu Zizi dengan mengangkat skuter itu berdiri semula. Zizi perlahan-lahan bangun dan mencapai skuternya.

"Blah cepat!" arah Bazli pada Zizi. Tanpa berlengah, Zizi terus beredar meninggalkan mereka berdua. Bazli menghampiri Ju yang masih lagi terduduk di atas tar dan menariknya bangun.

"Lepaskan aku!" jerit Ju.

"Akhirnya kita bersemuka jugakkan? Patutnya kau dah lama mati dulu sundal!" bisik Bazli dengan bebola matanya yang merah.

"Bukan aku yang mati tapi kau patut mampus!" balas Ju.

"Suatu hari nanti, aku akan bunuh kau sundal... Ingat tuh!!!" kata Bazli memberi amaran lalu beredar meninggalkan Ju.

"Aku harap kau kenal Batrisya!" Jerit Ju dengan kuat. Langkah Bazli terhenti lalu dia berpaling ke arah Juliana yang sedang menyengih.

"Jadi... betullah Batrisya tu..."

"Ya! Budak kecik tu anak kau! Anak kita Bazlishah!" Jerit Ju sambil memeluk tubuh. Bazli terus mendekatinya lalu menarik rambut panjang Ju sehingga dia mendongak secara paksa. "Sa..sakitlah!!!"

"Kau perempuan paling tak guna yang pernah aku kenal selama ni!" Bisik Bazli di telinga Ju. Walaupun menahan sakit ditarik rambut, Ju tetap tersengih.

"Kau jumpa dia senyap-senyap kan Bazli? Kau sayangkan Batrisya kan?!" Balas Ju. Bazli terdiam. Dia terus melepaskan rambut Ju lalu beredar.
Ju hanya terpinga-pinga melihat Bazli pergi.

**

Petang itu, Ju memandu ke rumah Zizi. Tiba-tiba dia berasa sakit hati melihat Bazli membantu Zizi pagi tadi. Dia tidak sukakan Zizi yang tidak mahu mendengar kata-katanya mengenai Bazli.

Pintu rumah itu terbuka. Perlahan-lahan Ju menyelinap masuk ke dalam dan mencari Zizi. Dia mahu membalas dendam dengan apa yang dilakukan oleh Bazli tadi. Dia ternampak kelibat Zizi di dapur sedang membasuh cawan. Perlahan-lahan dia mencapai pinggan kaca yang ada di atas meja.

KREK! Bunyi kerusi bergerak. Zizi terus berpaling dan melihat kehadiran Ju. Tanpa berlengah Ju membaling pinggan di tangannya ke arah Zizi.

"Ju!" jerit Zizi tergamam.

PRAK! Pinggan terkena dinding. Zizi segera menghampiri Ju dan menarik lengan Ju untuk keluar daripada rumah. Ju pantas menggigit lengan Zizi dengan kuat.

"Argghhh!!!" jerit Zizi lalu melepaskan tangannya. Gigitan Ju membuatkan lengannya terluka. Dia memandang wajah Ju yang tersengih-sengih seperti orang yang sudah hilang akal. "Kau nak ape ni Ju!!!" tanya Zizi.

"Aku nak kau mampus! Kau tahu tak Bazli benci aku sebab kau tadi!" balas Ju lalu menerpa ke arah Zizi. Zizi cuba menahan tubuh Ju tetapi perempuan itu lebih kuat daripadanya sehingga mereka terjatuh di atas lantai. Ju menarik rambuntya dengan berkali-kali. Kulit kepalanya berasa sangat sakit dan cuba menarik kembali rambut Ju.

"Ju!! Sudahlah Ju!!!" kata Zizi sambil menahan muka Ju. Ju duduk di atas dadanya lalu mencekik leher Zizi dengan kuat. "Ark! Juuuu!!!"

"Matilah kau Zizi pergi mati!" kata Ju lalu ketawa. Dia mencekik leher Zizi sekuat-kuatnya sehingga Zizi kaku.

Ju berhenti mencekik. Matanya terbeliak merenung Zizi yang tidak sedarkan diri. Tiba-tiba dia berasa bersalah bercampur takut melihat perempuan itu tidak bergerak. Nafasnya seakan-akan berhenti. Kakinya terus melangkah keluar mendekati keretanya dan beredar.

"Relaks Ju! Relaks, takkan ade sesiapa yang nampak kejadian tadi!" Kata Ju pada dirinya. Dia terus memandu keluar daripada kawasan perumahan Zizi tadi. Dia harus pergi dengan cepat agar tiada yang mengesyaki perbuatannya tadi. Apa yang penting, Zizi sudah tiada!

**

Tiba di rumah, Juliana terus berlari masuk ke dalam. Saat pintu ditolak, dia melihat Reza sedang bermain dengan Batrisya. Ju terus naik ke tingkat atas tanpa menghiraukan mereka berdua. Reza yang kehairanan terus mendapatkan Ju.

Pintu bilik Ju ditolak perlahan. Reza memeluk pinggang Ju daripada belakang untuk menenangkan diri perempuan yang sedang serabut itu.

"Kenapa ni Juliana?" Bisik Reza.

"I emm nothing," balas Ju.

"You stress ke? Kalau you stress baik you pergi mandi dulu tenangkan jiwa you tu," kata Reza memberi cadangan. Ju berpaling memandang wajah Reza lalu mengangguk. Dia memeluk tubuh Reza.

"I nak mandi dulu," kata Ju lalu melepaskan pelukannya. Dia beredar ke bilik air.

Reza mendekati katil lalu duduk di atasnya sambil memerhati keadaan bilik itu. Ada dua buah almari dan meja solek. Dia bangun dan mendekati meja solek lalu membuka dua laci yang ada pada meja itu. Tiada apa yang ditemuinya selain daripada set makeup. Biasalah perempuan.

Mata Reza memerhati pula almari coklat di sebelah tingkap. Kakinya melangkah menghampiri almari itu lalu membukanya. Dia mendapati almari itu penuh dengan pakaian. Tiada apa yang perlu dicarinya dan dia juga tidak tahu apa yang sedang dicarinya ketika ini. Hanya sekadar suka-suka dan bosan.

Reza kembali duduk di atas katil lalu baring. Dia melihat aircond yang sedang terpasang. Dia mencapai bantal untuk diletakkan di bawah kepala bagi menyelesakannya.

"Apa ni?" Soal Reza saat tangannya berada di bawah bantal. Dia terus meniarap dan menarik keluar sesuatu di dalam sarung bantal. Ada sebuah buku tebal yang nampaknya seperti diari. "Diari?"

Reza memerhati kulit Diari lama itu. Tidak sangka Ju masih menulis diari di zaman serba canggih ini. Sebelum Ju selesai mandi, Reza terlebih dahulu membawa keluar diari itu bersamanya turun ke tingkat bawah.

Di tangga, Reza mengintai Batrisya yang sedang khusyuk bermain anak patung di ruang tamu.

Reza dengan pantas berjalan ke arah biliknya. Dia mengunci pintu bilik dan duduk bersandar pada kepala katil. Dia amati lagi diari yang dipegangnya itu.

"Sorry Ju," kata Reza lalu menyelak kulit diari. Dia menyelak setiap helaian diari itu dengan bosan. Tiada apa yang menarik selain cerita mengenai hidup Ju dari alam remaja sehingga dewasa.

"Wait! Apa ni?" Tanya Reza sendiri. Dia berhenti menyelak setelah terlihat sekeping gambar bersaiz 3r. Gambar itu nampak lama.

Matanya mula membaca helaian sebelum ini. Reza membaca tulisan Ju dengan khusyuk.

Aku terlalu sayangkan dia, Oh Tuhan tolonglah satukan kami berdua. Sejak pertama kali lihat dia, aku sudah jatuh cinta.

Namanya Bazlishah Bin Amir. Dia muda 2 tahun dari aku. Tinggal sendiri tanpa ibu dan ayahnya. Dia kata, ayahnya sudah meninggal dunia disebabkan ibu. Ibunya pula lari bersama kekasih.

Aku kasihan melihat hidup Bazli yang sunyi. Setiap hari pasti aku akan menegurnya. Aku tidak mahu dia berasa sunyi walaupun aku nampak kesunyian di dalam anak mata coklatnya itu.

Hati aku mula resah saat bertentangan mata. Kami berdua patut bersatu kerana aku yakin Bazli adalah seorang lelaki yang mampu menjagaku.

Mata Reza terpaku. Dia membacanya berkali-kali. Nama Bazli dan gambarnya ada di sini. Apa hubungan Juliana dan Bazli sebenarnya?

TOK TOK TOK!!! Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Reza daripada lamunan. Dia terus menyorokkan diari tadi di bawah katil. Dia bingkas bangun lalu membuka pintu biliknya.

"Reza? You buat apa sampai kunci pintu?" Soal Ju.

"I tertidur kejap, emm sorry," balas Reza. Dia berlakon menguap di hadapan Ju.

"You jomlah siap cepat, kita bertiga pergi makan dekat luar," arah Ju. Dia meninggalkan Reza lalu ke ruang tamu menemani Batrisya.

Reza masuk semula ke dalam biliknya dan menukar pakaian. Kepalanya masih ligat memikirkan hubungan Juliana dan Bazli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience