BAB 29

Horror & Thriller Completed 1998

Mukanya masam mencuka selepas bertemu Adam sebentar tadi. Pegangan tangan lelaki itu semakin erat dan membuatkannya rasa tidak selesa. Syahira pantas menoleh ke arah lelaki tua itu.

"Sayang kenapa pegang kuat sangat ni?" soalnya.

"Saya tengok awak ni mengelamun dari tadi kenapa? Lelaki tadi tu adik awak bukan?" balasnya. Syahira sekadar mengangguk laju. "Malam ni kita nak gerak ke Bali," katanya lagi.

"Eh yelah sayang, rasanya sudah cukup baju-baju semua ni," balas Syahira sambil tersengih. Gayanya menggedik manja.

"Untuk awak semuanya saya akan berikan asalkan awak tetap setia melayan saya," kata lelaki tua itu.

  "Aww! Manjanya Encik Kamal ni," balas Syahira lalu mencuit pipi lelaki tua itu. Mereka masuk ke dalam lif sambil berpelukan tanpa menghiraukan sesiapa.

Pintu lif terbuka, mereka segera keluar untuk ke parkir kereta. Syahira terus menghampiri Mercedes milik kekasihnya di hujung. Kamal si tua membayar tiket parkir sebelum ke keretanya.

Tiba di kereta, Syahira terus meletakkan kesemua beg kertasnya di atas lantai lalu mencapai kunci kereta di dalam beg Gucci. Dia terus meraba-raba begnya mencari kunci kereta dan terus tersenyum setelah menjumpai kuncinya.

CING! Kunci kereta yang dikeluarkannya terjatuh di atas lantai. Syahira menghembuskan nafasnya sambil melihat kunci itu. Dia menundukkan diri dan mencapai kunci kereta lelaki tua itu.

TAP, TAP, TAP! Mata Syahira pantas memandang kasut kulit hitam yang semakin menghampirinya. Dia melihat pemilik kasut yang dilihatnya tadi. Matanya sedikit terbeliak melihat wajah lelaki berjaket kulit di hadapannya.

"Hai Syahir...a..." senyum Bazli sinis. Kedua-dua tangannya berada di dalam poket seluar jeansnya.

"Bazli? Apa kau buat dekat...arghhhh!" jerit Syahira belum sempat menghabiskan ayatnya. Bazli pantas menerpa ke arahnya lalu menutup sebahagian mukanya dengan sapu tangan. Bazli memeluk kemas tubuh Syahira.

"Erk...ermmm!!!" Syahira meronta-ronta untuk melepaskan dirinya tetapi semakin lama, dia semakin lemah. Matanya terus berasa berat dan membuatkan penglihatannya kabur.

"Cik adik sila tidur dulu ye..." bisik Bazli lalu mencium dahi Syahira. Dia terus mencapai kunci kereta yang ada di atas lantai lalu membuka pintu kereta. Dengan berhati-hati Bazli meletakkan Syahira di tempat duduk penumpang hadapan. Beg Gucci milik perempuan itu diletakkan di belakang. Bazli dengan pantas masuk dan bersembunyi di ruang penumpang belakang.

Tidak sampai 10 minit, lelaki tua itu kembali ke keretanya. Dia pantas masuk ke dalam keretanya tanpa menyedari kehadiran Bazli di belakang.

"Tidur pun cantik," katanya sambil mengusap peha gebu Syahira. Lelaki bernama Kamal itu terus membawa keretanya pergi dan menuju ke arah banglonya. Berkali-kali dia cuba mengejutkan Syahira namun perempuan itu masih tidak sedarkan diri.

Masuk ke perkarangan banglonya, Kamal memberhentikan keretanya. Dia keluar dan mengangkat Syahira masuk ke dalam rumahnya. Bazli tersenyum sinis dan pantas keluar daripada kereta itu dan mengikut Kamal masuk ke dalam banglo. Dia bersembunyi di sebalik pasu-pasu besar yang ada di dalam rumah itu.

Syahira masih tidak menyedarkan dirinya di atas sofa. Bazli mengambil salah satu ukiran patung di atas meja lalu menghentakkannya pada kepala Kamal.

"Arrggghhhh!!!" jerit Kamal yang tidak terlalu kuat. Ukiran patung di tangannya masih teguh dan tidak pecah. Hanya ada sedikit kesan darah Kamal pada ukiran patung itu. Bazli mencapai sapu tangan di dalam poketnya lalu mengelap ukiran patung itu sehingga bersih.

"Mampus kau Kamal! Sudah lama aku cari kau rupanya dunia ni kecik saja," kata Bazli sambil memijak perut lelaki tua itu. "Apa yang aku nak buat dengan korang ni?" soal Bazli. Dia bersiul lalu menampar pipi lelaki bernama Kamal itu.

Dia berganjak ke arah Syahira di sofa lalu mengangkat perempuan itu masuk ke salah sebuah bilik di tingkat bawah. Terdapat sebuah bilik kosong yang menyimpan koleksi ukiran patung yang bernilai ribuan ringgi di dalamnya.

Matanya memerhati segenap ruang bilik dan meletak Syahira di atas lantai sementara dia pergi mencari dua buah kerusi di dapur. Tidak sampai 5 minit, Bazli kembali dengan dua buah kerusi. Dia keluar dan mengheret Kamal masuk ke dalam bilik tadi bersama Syahira.

Dua buah kerusi yang ada di heret ke tepi dinding. Bazli mengangkat beberapa ukiran patung yang dirasakan menganggu pandangannya ke tempat lain. Dia mendekati Kamal dan Syahira yang masih terbaring di atas lantai. Matanya memandang tepat ke arah Kamal dengan perasaannya yang membuak-buak. Air matanya ditahan daripada mengalir.

"Lelaki sial! Sebab kau ayah aku mati!!!" jerit Bazli lalu menendang kepala Kamal berkali-kali. "Stop Bazli! Kau kena relaks Bazzz..." katanya sendiri sambil memeluk tubuhnya. Dia berjalan sekeliling bilik seketika untuk menenangkan perasaannya. Dia mahu imej ayahnya hilang daripada kepala.

Tubuh Syahira diangkat dan didudukkan di atas kerusi begitu juga dengan Kamal. Bazli mencapai tali yang disediakan di dalam beg galasnya untuk mengikat tangan dan kaki mereka berdua pada kerusi. Dawai juga dikeluarkannya lalu diikat pada tangan dan kaki mereka. Bazli tidak mahu mangsanya mudah melepaskan diri. Lebihan dawai diikat  pula pada leher Syahira agar kekal tegak pada kerusi. Dia keluar daripada bilik itu dan mencari sesuatu di ruang tamu. Tangannya meraba-raba wayar pada belakang televisyen lalu mencapai pisau lipat yang ada di dalam poketnya. Bazli memotong wayar yang paling panjang dan membawanya ke dalam bilik tadi. Wayar yang dibawanya diikat pada leher Kamal supaya kekal tegak. Syahira dan Kamal berpandangan antara satu sama lain. Mereka masih tidak sedarkan diri.

Bazli keluar daripada bilik itu dan berjalan ke sekeliling rumah banglo milik Kamal. Kesemua pintu dan tingkap dikunci dengan kemas sambil matanya juga memerhati segenap ruang rumah untuk memastikan tiada sebarang CCTV terpasang. Dia kembali ke bilik tadi dengan membawa air oren yang diambil di dalam peti sejuk sebentar tadi. Tekaknya berasa dahaga sejak menjadi pembunuh.

"Lepas! Lepaskan aku!!!" jerit Syahira. Bazli mengunci pintu bilik lalu meminum air oren yang dipegangnya. Jelas terasa lega tekaknya. "Bazli!!!"

Tangannya memegang dan mengusap-usap tekaknya yang kembali sejuk sambil memerhati Syahira. Syahira kelihatan takut melihatnya.

"Kenapa? Takut?" soal Bazli lalu menghabiskan air oren.

"Ape yang kau buat ni Baz? Lepaskan akulah!" balas Syahira.

"Lepaskan kau? Then kau boleh laporkan hal ini dekat polis? Jangan harap Syahira sebab aku waras lagi..." senyum Bazli.

"Waras? Kau tu gila Bazli! Kau memang lelaki gila!" jerit Syahira. Bazli ketawa sambil mendekati perempuan itu. Tangannya pantas memegang dagu Syahira lalu mencium bibir Syahira. Syahira tergamam dengan tindakan Bazli dan sukar untuk meronta kerana lehernya berasa sakit terkena dawai. Dia hanya mampu memejam matanya dan menutup mulutnya sekuat mungkin.

"Kenapa tutup mata ni sayang? Baru cium sikit dah sedap ye..." bisik Bazli saat melepaskan ciumannya. "Kau bukan syok dekat aku ke perempuan?!" kata Bazli lagi sambil menarik rambut Syahira dengan kuat.

"Arkkk sa...sakit!!! Lepaskan aku..." Pinta Syahira. Kepalanya sedikit senget kerana rambutnya ditarik kuat oleh Bazli.

"Arhhh....ssssaaakittt...." kata Kamal yang baru saja tersedar. Mata Bazli beralih ke arah muka lelaki tua itu. Dia perlahan-lahan menuju ke arah Kamal dan meletakkan kakinya di atas lutut Kamal. "Siapa kau! Kalau kau nak duit aku boleh kasi berapa kau nak tapi lepaskan kami dulu!" kata Kamal ketakutan.

"Aku tak nak duit kau, apa yang aku nak hanyalah nyawa kau." Balas Bazli dengan nada paling lembut.

"Apa yang kau maksudkan ni?! Siapa kau?!" soal Kamal.

"Kau tak kenal aku ke pakcik? Aku Bazlilah!" jerit Bazli yang sudah hilang kesabarannya. Sememangnya dia amat membenci muka tua itu.

"Baz...Bazli? Anak Intan?!" soalnya.

"Ingat pun kau ye, pura-pura lupa ke tadi?" balas Bazli.

"Kau sudah besar?" soal Kamal lagi.

"Ape benda yang kau merepek ni pakcik? Memanglah aku besar takkan makin kecik pulak?" balas Bazli lalu menyelak sedikit rambutnya. "Jangan pura-pura lupa ye kau ade hutang dengan aku..."

"Huta...hutang ape ni!" tanya Kamal.

"Kau dah ambik nyawa ayah aku, sekarang giliran aku ambik nyawa kau Kamal..." terang Bazli lalu menghembus nafasnya.

  "Ape yang kau merepek ni? Ibu kau yang bunuh ayah kau bukan aku!" marah Kamal.

PANG! Satu tamparan melekat pada pipi tua Kamal. Riak muka Bazli jelas menunjukkan dia berasa menyampah dengan lelaki tua dihadapannya.

"Lepaskanlah aku Baz... Aku akan ikut ape saja yang kau suruh..." rayu Syahira. Dia memandang Bazli dengan mukanya yang sayu.

"Kau ingat aku ade perasaan kasihan ke?" soal Bazli. Dia mendekati beg galasnya yang bersandar pada dinding. Dia mencapai telefon lalu mengambil gambar Syahira dan Kamal. Setelah itu, dia menekan ikon Mute. Kabel USB sepanjang 100cm di sisi beg dicapainya lalu mendekati Syahira.

"Ape yang kau nak buat ni Baz?" soal Syahira yang membuat riak muka kasihan. Bazli sekadar memandang muka kasihan Syahira dengan pandangan kosong. Tiada apa yang perlu dikasihankan kepada perempuan berperangai sundal seperti ibunya itu.

Tangannya memegang hujung kabel USB lalu melibasnya pada muka Syahira berkali-kali. Jeritan Syahira terlalu kuat menunjukkan mukanya jelas terasa pedih terkena kulit getah kabel tadi.

ZZAAPP! ZZAAPP!!!

Tangannya berhenti melibas kulit muka Syahira. Ada kesan merah pada muka perempuan itu. Mulut Kamal ternganga melihat tindakan Bazli tadi. Syahira sekadar menangis menanggung kepedihan pada kulit mukanya. Kaki Bazli melangkah ke beg galasnya dan mencapai gunting. Dia mendekati Kamal sambil tersenyum.

"Ape yang kau nak buat ni budak?!" soal Kamal dengan nada serius. Bazli tidak menjawab malah mengalihkan pandangannya pada Syahira yang menangis.

Seluar slack Kamal dipotong daripada bawah sehingga ke pinggang. Bilah gunting yang tajam memudahkan kerja Bazli. Selepas seluar, kemeja Kamal pula diguntingkannya. Mata Syahira hanya mampu memerhati tindakan Bazli.

"Cantik spender brand Calvin Klein. Tak sesuai dengan umur kau pulak," kata Bazli. "Kan Syahira sayang kan?" Syahira hanya terdiam memandang muka Bazli.

Bazli menunduk dan menggunting seluar dalam yang dipakai oleh Kamal. Sisa seluar dalam Kamal dilempar ke arah muka Syahira. Kini Kamal hanya berbogel tanpa Seurat benang.

"Kau gila Bazli! Aku akan sumbatkan kau dalam penjara!" jerit Kamal. Bazli pantas menumbuk muka Kamal.

BUKKK!!! Kamal terus diam dan tertunduk. Hidungnya berdarah sedikit dan Bazli tidak kisah. Matanya memandang tubuh Syahira pula.

"Ape kau nak buat pulak ni Bazli!" kata Syahira ketakutan. Bazli menggunting skirt pendek  dan baju nipis yang dipakai oleh perempuan itu. Syahira beberapa kali cuba meronta tetapi lehernya berasa amat sakit terkena dawai.

"Cantik body kau, kan pakcik kan?" soal Bazli. Kamal masih lagi menunduk. Mata Syahira tidak berkelip memerhati Bazli. Seluar dalam dan Bra Syahira juga digunting sekali sehingga menampakkan keadaannya berbogel. "Aku takkan lepaskan kau dengan kekasih kau ni, Syahira..." bisik Bazli lalu menusuk bilah gunting pada peha Syahira.

"Arrggghhhh!!!" jerit Syahira sekuat mungkin. Bazli ketawa memerhati riak muka Syahira kesakitan. Hatinya masih lagi belum berasa puas dengan semua ini.

**

Teh ais di dalam gelas berbaki separuh. Mata Zizi memandang keadaan sekeliling yang semakin dibanjiri manusia. Suasana sedikit bising di dalam Ali Maju kerana ramai yang melepak untuk menonton bola.

"Hai sudah lama ke tunggu? Sorry ade hal sikit tadi," kata Ju lalu duduk di sebelah Zizi.

"Takpe lagipun saya baru je sampai," balas Zizi. Ju terus membawa keluar sebuah buku lama. Tajuknya seperti sebuah majalah sekolah lama. "Ape ni?" soal Zizi tidak mengerti.

"Saya nak tunjukkan bukti yang Bazli memang pernah bersekolah dengan saya dulu, haaa tengok muka budak ni sama kan? Nilah Bazli masa umur 15 tahun," terang Ju sambil menunjuk gambar kelas Bazli. "Yang ni Reza kawan Bazli," kata Ju lagi.

"Reza?" soal Zizi terpinga-pinga.

  "Ye Reza! Tapi dia dah mati dan aku tahu Bazli yang bunuh Reza!" terang Ju.

"Maksudnya Bazli bukan bunuh mak dia je?" tanya Zizi untuk kepastian. Ju mengangguk. Zizi juga membawa keluar gambar yang diterimanya tempoh hari.

"Ni adik awak?" soal Ju.

"Saya dapat gambar di dua hari lepas, penculik tu letak depan rumah saya," terang Zizi. Bunyi kerusi ditarik. Mereka berdua berpaling ke hadapan.

"Reza?" soal Ju dan Zizi serentak. Mereka saling berpandangan. Reza tersenyum sinis.

"Hai Ju, you buat ape dekat sini?" soal Reza.

"I jumpa Zizi ni," jawab Ju. Zizi sekadar mendiamkan diri sambil merenung ke arah Reza.

"Tak sangka you boleh rapat dengan Zizi kan?" kata Reza.

"Kami tengah bincang pasal Bazli, housemate you tulah..." terang  Ju. Zizi mula berkerut dan berpaling ke arah Ju. Bagi dirinya tidak patut Ju menceritakan hal ini kepada sesiapa termasuk Reza.

"Kenapa dengan si Bazli tu? Ade pape yang I tak tahu ke?" soal Reza.

"I yakin Bazli yang culik adik Zizi, cuba tengok gambar ni!" kata Ju lalu menghulurkan gambar itu pada Reza. Reza sekadar melihatnya dan tersenyum. Zizi memerhati gelagat Reza yang sepertinya tidak kisah mengenai hal ini.

"Saya perlu balik sekarang!" kata Zizi lalu merampas gambar di tangan Ju. Dia terus beredar dan menaiki skuternya pergi. Reza sekadar tersenyum melihat Zizi hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience