BAB 34

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Pintu bilik Reza dibuka. Aku melangkah masuk ke dalam sambil memerhati keadaan sekeliling bilik itu. Agak bersepah dengan sampah dan baju-baju kecil kanak-kanak. Semakin banyak gambar kanak-kanak ditampal pada dinding. Zizi pula merayu-rayu meminta pertolongan daripada aku agar menyelamatkan adiknya. Entah apa yang difikirkan oleh perempuan itu sehingga berani meminta bantuan.

Aku menyarungkan sarung tangan lalu memeriksa meja dan laci. Tiada apa-apa yang ada di dalam laci. Semuanya berisi buku-buku rujukan kolejnya saja.

Kaki aku melangkah pula ke katil lalu menundukkan kepala untuk melihat ke bawah katil. Hanya kosong dan habuk. Aku bangun semula dan mendekati almari pula. Di dalamnya hanya ada baju-baju yang tergantung dan beg galas. Tiada apa yang mencurigakan selain daripada baju dan gambar kanak-kanak yang ada di dalam bilik ini.

Aku keluar daripada bilik itu dan menuju ke dapur. Tangan aku mencapai sebotol air sejuk di dalam peti sejuk lalu menuangkannya ke dalam gelas. Aku duduk seketika sambil memikirkan cara lain untuk mengetahui lokasi Dina. Gelas di tangan aku merenungnya dalam-dalam sebelum aku tersenyum sendiri. Air di dalam gelas aku teguknya sehingga habis lalu beredar ke bilik.

"3...2...1..."

Bunyi tombol dibuka daripada luar. Aku mengintai Reza di sebalik pintu bilik dan melihatnya bergegas ke meja. Dia mengambil botol air sejuk tadi dan meneguknya sehingga habis lalu beredar ke biliknya.

Aku segera keluar dan mengikuti Reza masuk ke dalam biliknya juga. Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan dan dengan pantas aku masuk ke dalam. Reza sedang membuka t-shirt yang tersarung pada tubuhnya. Aku memeluk tubuh Reza daripada belakang sehingga dia tergamam.

"Bazli! Lepaskan akulah bodoh!" jerit Reza lalu menyiku badan aku dengan kuat. Dia memakai kembali t-shirt yang baru ditanggalkannya tadi.

"Aku sukakan kau Reza...Dah lama aku peratikan kau..." kata aku yang juga meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam.

"Kau tu gila ke Baz? Aku bukan gay macam kau!" balas Reza lalu menolak dada aku dengan kuat sehingga aku bersandar pada dinding.

"Aku gila? Kau pun sama je gila macam aku Reza..." kata aku pula lalu memeluk tubuh. "Dekat mana kau simpan Dina?" soal aku yang masih tenang.

"Ape yang kau cakapkan ni?!" tanya Reza pula.  "Siallah kau ni! Kau keluar dari bilik aku!!!" jerit Reza lalu menolak tubuh aku keluar daripada biliknya.

BAM! Pintu bilik dikunci daripada dalam. Aku sekadar tersenyum melihat ke arah pintu bilik itu. Aku tahu Reza sedang ketakutan membayangkan kelakuan aku tadi.

**

Malam itu, aku seperti biasa terkurung di dalam bilik sambil merenung gambar Reza bersaiz 3r. Gambar itu sudah lama dan lebih 10 tahun aku menyimpannya. Aku selitkannya di dalam buku.

Aku membuka laci pada almari. Di situ aku menyimpan telefon yang mengandungi gambar-gambar perempuan yang sudah bunuh. Bermula dengan Fellisha sehingga Syahira. Jika difikirkan balik, mereka tiada dosa secalit pun dengan diri aku tetapi aku terlalu benci melihat mereka. Entah kuasa apa yang memaksa aku untuk melakukan hal begini. Aku terlalu benci dengan ibu aku sehingga mereka semua menjadi mangsa.

Sekarang aku cuba tidak memikirkan mereka semua. Terlalu menyakitkan hati dan semak! Aku cuba membayangkan diri aku bersama Reza di atas katil ini. Alangkah bagusnya jika aku dapat kasih sayang daripada lelaki itu. Aku sekali pun tidak kisah mengenai hal pedofilia itu.

Kaki aku melangkah keluar menuju ke bilik Reza. Dia sudah lama keluar. Mungkin pergi mencari mangsa untuk memuaskan nafsu setannya itu. Aku terus mencapai kunci di dalam poket dan membuka pintu bilik itu. Suis lampu dibuka.

Ada sehelai boxer di atas lantai. Aku terus mengambil boxer itu lalu menciumnya. Kaki aku melangkah ke arah almari lalu membukanya. Aku melihat keseluruhan isi di dalam almari itu dan mencapai anak patung Barbie di dalamnya. Anak patung yang sudah berbogel ini mengingatkan aku pada budak-budak yang hilang. Budak-budak sukakan barang permainan seperti anak patung ini. Mungkin begitu juga dengan Reza.

Aku cuba membuka laci pada meja. Di situ aku terjumpa pula sebotol cecair klorofom yang tinggal separuh. Tangan aku mencapai pula sekeping gambar yang diterbalikkan. Aku memerhati isi gambar itu dan dahi mula berkerut.

"Dina?" soal aku saat melihat gambar budak perempuan yang pernah aku culik dahulu. Betullah sangkaan Zizi bahawa Reza menculik Dina. Sejak bila pula Reza menculik Dina?

"Aku tak faham dengan kau ni Baz... Suka sangat masuk bilik aku bila aku takde..." kata Reza di belakang. Aku berpaling. "Kau suka dekat aku kan? Kau boleh pergi mampus!"

"Ye, aku dah lama sayangkan kau Reza," balas aku. Reza mula mendekati aku dan merampas gambar yang ada di tangan aku. Dia menutup kembali laci itu.

"Ape masalah dengan kau ni? Kau gila ke?!" soal Reza.

"Heh? Aku rasa kau yang gila sebab bernafsu dengan budak kecik!" balas aku.

"Suka hati akulah aku nak buat ape pun dan ini bukan masalah kau sial!" kata Reza lalu menolak tubuh aku supaya keluar daripada biliknya dengan kasar.

**

Zizi mempelawa Ju untuk masuk ke rumahnya. Ju terus duduk di atas sofa dan mengeluarkan sesuatu di dalam begnya. Zizi sekadar memerhati gelagat Ju.

"Pisau? Pisau ape ni kau bawak?!" tanya Zizi.

"Dengan pisau ni kita boleh bunuh Bazli nanti," jawab Ju tanpa ragu-ragu.

"Saya taknak jadi pembunuh!" kata Zizi.

"Kau nak lah Bazli bunuh adik kau dulu?" soal Ju.

"Boleh tak kau jangan nak menipu aku Ju? Semua ni Reza punya kerjalah!" terang aku pada Ju. Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan apa yang aku katakan ini. "Aku rasa dia makin pelik tau tak!"

"Tak tak!!! Bazli yang culik adik kaulah! Aku yakin 200% okey!" balas Ju. Zizi terus menarik lengan Ju dan menolaknya keluar.

"Kau jangan datang lagi kat sini! Aku malaslah nak dengar pape dari mulut kau, biar aku je setelkan hal aku ni!" kata Zizi lalu menghempas pintu rumahnya. Ju menarik muka lalu terus beredar dengan kereta.

"Kau jangan ingat aku takkan balas apa yang kau dah buat dekat ni Zizi! Siaplah kau sial!!!" kata Ju sambil memandu keretanya keluar. Dia mengetap gigi kerana geram dengan layanan Zizi tadi terhadapnya.

**

Telefonnya berbunyi. Juliana terus menjawab panggilan itu.

"Boleh you jumpa I sekarang dekat tempat biasa?" Tanya Reza dalam panggilan.

"I datang sekarang, I pun dekat luar ni," balas Ju. Dia mematikan panggilan lalu membawa kereta ke taman.

Hampir setengah jam, Ju tiba di taman. Kereta Reza juga berada di situ. Tidak ramai orang yang berada di taman ketika ini. Hanya beberapa remaja yang sedang bercinta sedang menagih sayang. Ju keluar daripada kereta dan berlari ke arah Reza yang sedang merokok.

"Sorry I lambat," kata Ju.

"Takpe you, I ade benda nak cakap dengan you," kata Reza.

"Ape yang you nak cakapkan?" Soal Ju. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Reza sekadar memerhati. "Sorry Reza, anak I call."

"Hello?"

"Mama, Bat... ta...takut ade petir!" Kata Batrisya. Ju terus risau mendengar suara anaknya yang sedang ketakutan.

"Mama balik sekarang, Bat duduk dalam bilik tau!" Arah Ju lalu mematikan panggilan. Reza bangun dan menghampiri Ju.

"You dah nak balik?" Soal Reza.

"Anak I takut, I kena balik sekarang. If you don't mind, you boleh ikut I and kita bincang dekat rumah I," terang Ju. Reza terdiam lalu mengangguk kepalanya. Dia setuju untuk mengikut Ju pulang.

Mereka menghampiri kereta masing-masing. Reza mengekori kereta Ju daripada belakang. Hampir setengah jam, mereka tiba di rumah. Reza memarkir keretanya di hadapan pagar rumah Juliana.

Juliana mempelawa Reza masuk ke dalam rumahnya. Pintu dibuka dan ditolak. Ju dengan pantas mencari kelibat Batrisya.

"Bat? Mama dah balik!" Jerit Juliana lalu naik ke tingkat atas. Dia menolak pintu bilik Batrisya dan kelihatannya Batrisya sudah lama tidur. Ju terus mencium dahi anaknyq sebelum turun ke bawah.

"Sorry Reza, I nak tengok anak I tadi dekat atas," terang Ju.

"It's okay, I faham yang you sayangkan anak you," balas Reza.

"Boleh I tahu, apa yang you nak cakapkan tadi?" Tanya Ju.

"I nak pindah, tapi I tak kenal orang sangat, I nak minta tolong you carikan rumah sewa untuk I secepat mungkin," terang Reza panjang.

"So you nak keluar dari rumah Bazli? Apa kata you duduk je dekat sini dulu sambil-sambil cari rumah sewa? I tolong you juga," balas Ju lalu duduk di sebelah Reza.

"Thanks sayang, you selalu tolong I," kata Reza lalu mengusap lembut tangan Ju.

"You boleh guna bilik bawah, dekat situ biliknya," kata Ju. Reza sekadar senyum lalu bangun bersama Ju. Mereka mendekati bilik itu.

"I nak naik atas dulu, you rehatlah." Ju terus naik ke tingkat atas meninggalkan Reza. Reza terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience