BAB 37

Horror & Thriller Completed 1998

REZA

Selepas selesai makan malam tadi, kami bertiga pulang ke rumah. Tiada tanda-tanda Ju atau Batrisya sedang berjaga lagi. Mungkin mereka berdua sudah tidur di tingkat atas. Aku mencapai sweater dan kunci kereta. Diari Ju juga aku bawa dan simpan di dalam kereta. Aku takut kalau Ju terjumpa diarinya di dalam bilik.

Enjin kereta dihidupkan. Aku bergegas ke rumah peninggalan ummi dan ayah. Di situlah aku menyembunyikan Dina. Mengapa aku menculik Dina? Kerana aku sayangkan dia. Dan apa?

**

9 BULAN LALU.

Muzik makin rancak dimainkan oleh dj. Makin ramai juga remaja yang membanjiri parti ini. Aku mengambil gelas berisi alkohol lalu aku menghampiri Zizi yang sedang rancak berbual dengan rakannya.

"Hei Zizi?" Soal aku menyapanya. Zizi berpaling dan memandang wajah aku.

"Hei? Kau buat ape dekat sini?" Tanya Zizi sambil membetulkan gaunnya.

"Aku pun dijemput dekat parti ni," terangku. Rakan-rakan Zizi meninggalkan kami berdua.

"Oh yeke? Tak tanya pun," balas Zizi.

"Ape kurangnya aku ni? Aku handsome dan ramai nakkan aku," terang aku sambil membetulkan kemeja kelabu di tubuh.

"Kalau aku tak suka tu, aku tak sukalah," balasnya. "Eh kau boleh blah tak? Semak sial!" Zizi menolak tubuh aku lalu beredar ke sofa. Dia duduk lalu menyilangkan kakinya yang kecil. Aku rasa benar-benar terkesan dengan apa yang keluar dari mulut perempuan itu.

Aku benar-benar mengharapkan cintanya agar aku boleh berubah. Aku tidak mahu mengulang apa yang pernah terjadi dahulu. Tiada sesiapa dan tiada apa yang aku harapkan selain dirinya. Aku terlalu sukakan dirinya sejak pertama kali aku melangkah ke alam Universiti. Kali ini, aku sakit hati.

"Zizi? Dengar dulu apa yang aku nak cakapkan ni," kata aku lalu duduk di sebelahnya. Belum sempat Zizi bangun aku terlebih dahulu menarik lengannya agar dia duduk kembali. Zizi mengalihkan pandangannya ke arah remaja yang sedang menari mengikut rentak muzik.

"Stop sukakan aku! Aku tak sukakan kau pun Reza!" Kata Zizi. Aku makin kuat menggenggam lengannya sehingga riak wajahnya berubah. "Ah! Sakitlah!"

"Terimalah aku ni Zizi! Aku sayangkan kau seorang je!" Kata aku dalam rentak muzik yang sedang bergema. Tanpa aku sedari, Zizi mencapai gelas berisi air dan terus berdiri. Dia mencampakkan air di dalam gelas itu ke muka aku. Aku terkejut dan orang sekeliling mula memandang kami berdua. Ada yang menahan tawa dan ada yang terpinga-pinga.

"Oi lelaki bodoh! Kau dengar sini, aku dengan kau tak patur bersama!!!" Jerit Zizi. Ramai yang mendengar jeritannya itu kerana kebetulan muzik dihentikan. Muka aku panas dan hati aku membuak-buak ketika ini.

"Woooo Reza kena reject!"

"Friendzone oiii!"

"Bapak ah!"

Macam-macam lagi suara yang menyakitkan hati yang aku dengar sekarang. Zizi pula memeluk tubuh sambil tersengih. Rakan-rakan Zizi di hujung sedang bersorak kegirangan.

"Ada satu lagi hadiah aku untuk kau!" Kata Zizi lalu meludah ke baju aku. Basah bercampur ludah. Malu bercampur marah.

Aku tidak akan lupa akan perbuatannya ini. Aku akan balas dendam dengan apa yang jadi. Tidak akan pernah aku lupakan hal ini sampai mati! Maruahku bukan semurah ludahnya tadi!

**

Mata dibuka dan aku sedikit tersentak. Entah mengapa aku mimpi perkara itu. Dan entah sejak bila aku tertidur di dalam kereta. Baru aku tersedar aku berada di luar rumahku. Mata aku menjeling ke arah jam di dalam telefon. Rupa-rupanya sudah pukul 2 pagi. Aku terus keluar dan menghampiri pintu rumah. Kunci dan mangga aku buka. Suasana di dalam rumah sangat gelap.

Tanpa membuka lampu, aku naik ke tingkat atas. Aku menghampiri pintu bilik di mana aku tempatkan Dina selama ini. Pintu ditolak dan aku masuk ke dalamnya.

Kaki aku melangkah menghampiri katil bujang. Aku mengusap pipi lembut Dina berkali-kali. Dia masih tidak bangun lagi daripada tidurnya sejak aku membawanya pulang tempoh hari. Aku tidak suka Dina tinggal terlalu lama di dalam hospital itu.

Tangan aku mencapai telefon di atas meja lalu mengaktifkannya kembali. Terdapat beberapa panggilan masuk daripada Juliana pukul 12 tadi. Mungkin dia sedar aku tiada di dalam bilik. Aku mengabaikan saja panggilan Ju dan terus memadamkan namanya di dalam kenalan. Aku tidak mahu mengambil tahu mengenai sesiapa melainkan Dina. Kaki aku melangkah ke almari dan membawa keluar baju dan seluar bersaiz kanak-kanak. Aku tanggalkan kesemua pakaian kotor yang tersarung pada tubuh Dina dan menggantikannya dengan pakaian tadi. Rambut Dina disikat perlahan-lahan agar rapi. Aku memakaikannya cekak rambut berwarna merah jambu.

Bibir aku bertemu dengan pipinya. Pipinya sangat sejuk. Aku mencium pipi Dina sebelum keluar ke dapur. Aku berasa lapar. Di dalam kepala, aku teringatkan Bazli yang selalu menyediakan makan dan minum ketika di rumah. Entah mengapa terasa rindu untuk melihat wajah lelaki itu.

Aku masak satu bungkus maggi ayam. Itu saja yang ada di dalam kabinet. Selesai saja masak, aku terus menjamah maggi di dalam mangkuk sehingga habis. Aku membuka telefon dan melihat Whatsapp. Tiada yang menghantar pesanan melainkan Ju. Tiba-tiba aku teringatkan diari perempuan itu di dalam kereta. Aku pantas keluar dan mengambil diari itu.

Di rumah, aku duduk semula di atas kerusi tadi. Aku mula menyelak helaian terakhir, bertarikhkan 29/11/2006. Rupa-rupanya Juliana tidak lagi menulis diari. Ini hanyalah sebuah diari lama. Aku mula membaca helainan terakhir.

29 November 2006,

... apa yang aku lihat pagi tadi adalah benar! Reza, mati di dalam bilik bawah. Rupanya aku sudah ditipu oleh lakonan Bazli selama ini.

Semuanya sudah aku serahkan semalam. Aku sudah terperangkap dengan lelaki sial itu!

Aku hampir mati di tangannya. Nasib baik aku sempat lari. Sekarang aku tidak tahu apa nasib aku selepas ini? Adakah benar kami bersama semalam? Aku tidak henti menangis kerana ketakutan. Pisau yang Bazli gunakan untuk bunuh aku tadi pun ada bersama aku lagi. Aku sorok dekat bawah bantal sebab risau mak ayah jumpa. Kalaulah mak ayah tahu yang aku sudah terlanjur dengan Bazli pasti mereka akan membuang aku.

Aku akan balas apa yang Bazli buat selama ni! Aku dipermainkan. Lelaki itu harus mati macam mana dia bunuh ibu dan Reza!

Hati aku masih lagi sakit. Aku takut kalau Bazli tiba-tiba datang dekat rumah dan bunuh mak ayah dan aku. Aku perlu pujuk mak ayah pindah dari sini! Aku tidak mahu tengok muka lelaki itu lagi!

"Wtf? Sooo Batrisya anak Bazli? Selama ni Ju tipu aku kata suami dia dah mampus?!" Kata aku. Ada senyuman terpancar di bibir walaupun aku tidak melihat wajahku dengan cermin. Entah mengapa aku tiba-tiba teringatkan wajah Batrisya. Ya! Muka budak itu serupa dengan Bazli! Mengapa aku tidak sedar selama ini? Ah! Bodoh kau ni Reza!

Aku tinggalkan diari tadi di atas meja makan. Aku berlari ke tingkat atas untuk menjenguk keadaan Dina. Pintu bilik ditolak perlahan.

Aku mendekati Dina yang masih tidak sedarkan diri. Tangan aku mula menyentuh lehernya. Sejuk!

"Dina?!" Soal aku. Aku meraba seluruh tubuh Dina dan sejuk! Aku menggoncangkan bahu Dina sekuatnya. Dina tidak bangun!

"Dina bangun! Bangun!!!" Kata aku dengan kasar. Peluh dingin mula jatuh di dahi. Aku berasa cemas. Aku cuba meletakkan jari di bawah hidungnya untuk merasa adakah Dina bernafas atau tidak.

Tidak! Dina sudah tidak bernafas lagi! Apa yang aku mahu lakukan sekarang? Dina mati tanpa aku sedar. Aku panik!

"Aku harus buang mayat Dina sebelum busuk!" Kata aku sendiri. Aku tidak mahu orang lain curiga dengan bau busuk! Tanpa berfikir panjang, aku mendukung Dina lalu membawanya turun. Tiba-tiba ada sesuatu yang aku fikirkan. Senyuman mekar di bibirku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience