BAB 31

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Pintu ditolak oleh aku. Kedua-dua pasang mata itu memandang aku dengan penuh rayuan. Aku mencapai beg galas yang aku bawa tadi lalu mengeluarkan botol klorox yang masih baru. Kaki aku melangkah merapati Syahira. Mukanya kelihatan sangat takut. Aku sentuh bahu dan pipinya yang sejuk.

"Kau sejuk?" soal aku. Syahira sekadar mendiamkan diri. Oh ya, aku lupa yang aku ikat mulutnya dengan kain buruk. "Oi pakcik? Pehal pandang-pandang aku macam tu?" soal aku pad Kamal.

Tangan aku menarik kain pada mulut Kamal. Dia sepertinya bernafas laju-laju dalam ketakutan.

"Lepaskan aku ni Bazli. Maafkan semua dosa aku pada kau..." rayu Kamal.

"Kau ingat aku nak maafkan kau ke? Dasar orang tua bodoh!" kata aku lalu mencapai gunting lipat dalam poket kiri. Gunting kecil di tangan aku itu sememangnya tajam.

"Aku sanggup buat ape saja yang kau suruh asalkan kau lepaskan aku," rayu Kamal lagi.

"Takde benda yang aku nak suruh kau buat pun dalam dunia ni," balas aku sambil bermain-main gunting kecil. "Lagi pun aku benci tengok muka kau dari dulu lagi," kata aku lagi. Aku melepaskan ikatan pada mulut Syahira pula.

"Baz... Lepaskan aku tolonglah..." rayu Syahira pula. Dia memandang aku dengan lemah. Pasti lemah kerana sudah dua hari aku kurung mereka.

"Sekejap lagi aku lepaskan kau ye," balas aku lalu keluar daripada bilik itu dan menuju ke dapur. Sarung tangan getah aku sudah pakai sejak aku tiba di sini. Mata aku mencari-cari cerek elektrik di sekitar dapur. Cerek itu ada di atas kabinet lalu aku segera mencapainya dan mengisikannya dengan air paip di sinki.

Setelah penuh, aku mengangkat cerek elektrik itu pada plug berdekatan. Aku masak air itu dan menunggunya sehingga mendidih. Tidak lama, hanya 5 minit saja untuk memasaknya. Kaki aku melangkah ke tandas dan segera menghadap mangkuk tandas. Aku turunkan zip lalu mengeluarkan cecair yang aku tahan sejak tadi. Pam tandas ditarik.

Aku memegang pemegang cerek tadi dan mengambil mangkuk di sinki lalu membawanya ke bilik tadi. Mereka berdua sekadar memerhati gelagat aku. Mata Syahira sedikit terbeliak memandang cerek yang aku bawa.

"Bazli lepaskan aku...aku nak kencing..." pinta Kamal. Aku memerhati kemaluannya sambil tersengih.

"Nak kencing? Kencing dalam mangkuk ni," kata aku lalu menolak mangkuk tadi ke arah Kamal. Dahi Kamal terus berkerut mendengar kata-kata aku. "Pehal? Aku suruh kencing tu kencing jelah..."

Kamal masih terdiam. Dia tidak mahu mengeluarkan air kencingnya. Aku sedikit berang melihatnya begitu lalu menuju ke arahnya sambil mengeluarkan gunting lipat.

"Pehal kau degil sangat pakcik?!" kata aku lalu menikam bilah gunting kecil itu pada pehanya berkali-kali.

"Arghhhh wuarrghhhhh!" jerit Kamal sekuat-kuatnya. Syahira tergamam melihat perbuatan aku pada kekasihnya. "Arghhhhh! Erkhh haaa!!!"

Air kencingnya keluar sendiri. Aku tersengih melihatnya lalu mencapai mangkuk tadi dan meletakkannya dekat dengan kerusi.  Kerusi Kamal penuh dengan air kencing bercampur darahnya.

"Kau pehal Syahira? Takut?" soal aku dengan sinis. Dia hanya ternganga melihat peha Kamal yang berlubang. "Busuk air kencing ni sial!"

Aku ambil mangkuk berisi kencing dan darah Kamal lalu mencampurkannya dengan air panas di dalam cerek. Aku tuangkan kembali air yang sudah bercampur itu ke dalam mangkuk lalu menghampiri Syahira.

"Minum air ni atau mati!" arah aku.

"Haaa? Baz toltolonglah ak..akuu tak mampu minum..." balas Syahira.

"Aku kata minum tu minumlah sial!!!" jerit aku lalu memegang muka Syahira sehingga mulutnya terbuka. Tangan aku pantas menuangkan air panas itu ke dalam mulutnya.

"Erkk arkkhh!!!" Syahira seperti mengelupur saat menelan air panas itu. Aku masih memegang mukanya sehingga dia menelan kesemua air tadi.

"Sedap kan? Nak lagi sedap?" soal aku. Aku pantas mencapai cerek elektrik tadi lalu menyimbah air di dalamnya ke tubuh Syahira.

"Arghhhh!!! Argkkkk!!!!" jerit Syahira dengan kuat. "Warghhhh arhhkkk..." Dia mengelupur dengan teruk.

PAP! Syahira jatuh ke lantai bersama kerusi yang diikat bersamanya. Dia seperti kekejangan dan tidak lagi mampu menjerit. Kamal pula lemah di kerusinya.

Tangan aku mencapai sebilah pisau di dalam beg galas lalu menghampiri Syahira. Aku menarik rambut panjang sehingga dia mendongak ke siling. Bilah pisau aku dekatkan pada lehernya lalu mengelarnya dengan mudah. Darah-darah memancut keluar daripada lehernya tanpa henti. Kini baru aku sedar bahawa Kamal sedang memerhati perbuatan aku ini.

"Lepas ni kau pula pakcik!" kata aku. Mata aku kembali tertumpu pada tubuh bogel Syahira. Hampir seluruh tubuhnya berwarna kemerahan akibat melecur. Aku melepaskan ikatan pada tubuhnya lalu mencungkil bebola mata Syahira dengan pisau tadi.

"Tolong Bazli lepaskan aku Bazli..." pinta Kamal lemah. Aku tidak menghiraukannya malah berusaha mengorek sebelah lagi bebola mata Syahira. Dua bebola mata ada pada tangan aku lalu aku bangun dan menghampiri Kamal.

"Makan mata ni! Kau nak aku bunuh kau ke?!" arah aku. "Buka mulut kau cepat!!!" marah aku. Kamal enggan membuka mulutnya lalu dengan pantas aku menikam pula bahunya dengan pisau yang ada pada tangan aku.

"Arggghhhhh!!!" jeritnya. Mulutnya terbuka luas dan dengan pantas aku memasukkan bebola mata Syahira ke dalam mulutnya. Aku tahan mulut Kamal daripada terbuka dengan tapak tangan aku.

"Kunyah! Telan cepat!!!" arah aku. Dahi aku berpeluh-peluh merenung wajah tua Kamal. Tiada sedikit pun rasa kesal di dalam hati aku membalas dendam kepadanya. Aku tersenyum saat melihat Kamal mengunyah bebola mata itu dengan penuh sengsara. Bunyinya seperti benda berlendir sedang digigit-gigit sehingga pecah. Hampir 5 minit untuk Kamal menelan kesemua isi bebola mata tadi.  Kamal terbatuk-batuk.

"Bodoh! Sedap kan? Mata kekasih kau tu kan? He he he..." soal aku lalu ketawa. Aku mengalihkan pandangan aku ke dinding sambil tersengih-sengih.

"Bazli..." sapa seseorang. Aku memerhati sekeliling bilik mencari pemilik suara. Itu bukan suara Kamal tetapi...

"Ayah?!" soal aku melihat sosok ayah muncul di pintu. Wajahnya pucat.

"Hentikan semua ni Bazli," kata ayah pada aku. Air mata aku terus mengalir memandang wajah ayah aku. Begitu suci tanpa secalit dosa.

"Ape ayah buat dekat sini? Ayah sudah mati!" kata aku menjauhkan diri aku daripadanya. Aku tahu ini bayangan syaitan.

"Hentikan..." katanya lagi. Aku memegang kepala aku dengan kuat tanpa memandangnya.

"Pergi! Pergi setan pergi!!!" jerit aku. Aku capai cerek elektrik di atas lantai lalu mencampakkannya ke arah dinding. Imej ayah sudah hilang. Aku menghentakkan kepala aku berkali-kali pada dinding sambil diperhatikan oleh Kamal.

"Kau memang gila budak..." kata Kamal. Aku berhenti lalu merenung mukanya dalam-dalam.

"Kau patut mati setan!!!" jerit aku lalu mencapai botol klorox tadi dan membuka penutupnya. Aku mendekati Kamal lalu memaksanya menelan kesemua cecair klorox di dalam botol itu. Kamal tidak mampu melawan dan terus lemah.

"Erkhh erkkkk ehh..." Suara Kamal semakin lemah. Aku mencangkung di hadapannya sambil tersenyum lebar. Tangan aku mencapai pisau berdekatan dengan mayat Syahira. Aku menjilat-jilat bilah pisau sehingga lidah aku terluka.

"Kau yang bunuh ayah aku Kamal!!!" jerit aku lalu menikam perut Kamal dengan pisau yang aku pegang.

"Arkkkk ahhh..." Kamal terus kaku dia atas kerusi. Aku masih lagi mencangkung di hadapannya sambil tersenyum lebar.

**

Kaki aku melangkah laju ke sebuah kedai runcit kecil. Selepas meninggalkan Kamal dan Syahira tadi, aku terus keluar sebelum sesiapa menjumpai aku.

Air tin 100 plus dicapai lalu aku membawanya ke kaunter bayaran. Aku keluarkan not RM5. Selepas itu, aku beredar ke bus stop berdekatan sambil menikmati air tin tadi.

Loceng berbunyi. Aku berpaling ke arah sekolah rendah di sebelah. Ramai kanak-kanak berlari keluar ke arah pagar. Mereka tidak sabar untuk pulang berjumpa dengan ibu dan ayah. Mata aku memerhati kanak-kanak yang sedang bermain di pondok dan juga sedang berkejar-kejaran di dalam sekolah. Aku tersenyum sendiri melihat gelagat mereka yang gembira. Dulu, nasibku tidak begitu.

PLAK!!!

Kepala aku berpaling ke arah bunyi itu. Aku memerhati seorang budak perempuan yang sedang cuba untuk bangun akibat terjatuh di atas simen. Aku terus bangun dan membantu budak perempuan berpakaian pinafore biru tua.

"Adik okey ke?" Kata aku lalu menarik lengannya sehingga dia berdiri semula. Beg di belakangnya nampak berat.

"Adik okey je, lutut adik sakit sikit tadi..." balas budak perempuan itu. Aku rasa aku seperti pernah melihat wajahnya sebelum ini.

"Siapa ambil adik ni?" Tanya aku. Kami duduk berdua di bus stop.

"Mama yang ambil, selalu mama ambil adik pukul 6.30," jawabnya.

"Kenapa lambat sangat? Maknanya adik tunggu mama adik sejam setengah?" Soal aku lagi. Dia mengangguk laju. "Nama adik ni siapa?"

"Nama saya Batrisya, kawan-kawan adik panggil Bat," jawabnya. Dia memandang wajah aku dengan pandangan... Aku tidak tahu cara untuk  menerangkannya.

"Papa adik tak ambik?" Tanyaku.

"Mama kata, papa dah takde," jawabnya. Aku terdiam. Dia juga sepertiku tetapi dia mempunyai seorang mama yang menjaganya.

"Adik lapar ke? Kalau lapar, abang nak belanja adik makan dekat gerai tu," kata aku sambil menunding jari ke arah gerai di seberang jalan. Aku rasa gerai itu menjual makanan yang enak kerana ramai yang makan di situ.

Dia mengangguk laju. Dengan pantas, aku memegang tangan Batrisya untuk melintas jalan. Terlalu banyak kenderaan menyebabkan kami sukar melintas. Hampir 10 minit, barulah kami dapat melintas dengan selamat.

"Bat nak makan ape?" Tanya aku.

"Batrisya suka makan mee goreng tapi mama kata mee tak sihat," balas Batrisya. Aku juga suka mee goreng. Aku memanggil seorang makcik memakai apron dan mengorder dua mee goreng dengan air kosong.

"Dengan abang, Bat boleh makan apa je, sebab abang pun suka mee goreng," balas aku. Tidak sampai setengah jam, mee goreng kami tiba. Aku memerhati Batrisya yang gelojoh menjamah mee goreng seperti sudah lama tidak menikmati makanan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience