BAB 26

Horror & Thriller Completed 1998

Matanya fokus memandang artikel-artikel yang ada di dalam sebuah blog. Puas dia mencari artikel kes kehilangan remaja dan kanak-kanak dalam surat khabar yang lepas. Di dalam twitter juga heboh kes orang hilang dan keyboard warrior mengesahkan kes ini pasti melibatkan van putih yang popular menjual organ manusia. Kononnyalah.

Dia scroll laman web itu sehingga ke bawah untuk membaca lagi kes remaja perempuan hilang bernama Mimi, Fellisha, Amira dan terbaru kes bunuh Syafika. Surat khabar hari ini menyatakan kekasih Syafika dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Bermakna bukan dia yang membunuh perempuan bernama Syafika itu tetapi orang lain. Adakah orang yang sama?

"Buat apa tu? Rajin betul membaca," perli kakaknya, Syahira.

"Tengah baca artikel pasal minah yang mati hari tu..." balas Adam menyampah.

"Ika? Kau tahu tak Syafika yang mati tu kawan ofis aku!" balas Syahira.

"Hah? Seriuslah? Kawan kau Ika tu ke? Kenapa dia mati ye?" soal Adam ingin mengorek maklumat daripada kakaknya itu.

"Entah yang pasti dia kena bunuh. Haihhh buat penat je aku nangis pasal dia hari tu kat ofis. Baru aku teringat dia ade hutang dengan aku RM10!" bebel Syahira tidak berpuas hati dengan Ika.

"Amendelah kau ni? Cuba hormat member BFF kau tu," balas Adam yang masih membaca artikel di dalam blog.

"Hah? BFF stand for Best Friend Forever?" soal Syahira menggaru-garu dahi yang tidak gatal.

"Best Fuck Friend, sorry kutuk kawan kau pula," jawab Adam menahan tawanya.

"Biar je kutuk je! Aku tak halalkan RM10 tu biar dia kena seksa dalam kubur tu padan muka!" bebel Syahira lagi. Dia mencapai remote televisyen dan menghidupkannya. Adam masih lagi khusyuk membaca artikel lain di dalam blog sama.

"Hmm ade 4 budak hilang bulan lepas dengan bulan ni ye? Semua dijumpai mati dan ade kesan lebam dan koyak pada kemaluan mereka..." kata Adam perlahan. Dia tekun membaca satu persatu perkataan yang ditulis oleh admin blog. Tiba-tiba saja dia berasa dunia ini begitu kejam kepada kanak-kanak tidak berdosa itu.

**

Mata Adam melihat satu-satu wajah orang yang ada di dalam restoran yang baru dimasukinya itu. Dia mencari lagi keberadaan Zizi.

"Eh Adam kan?" soal lelaki yang duduk di meja sebelahnya.

"Yup aku Adam and kau Reza yang hari tu...?" soal Adam pula. Mereka berjabat tangan sambil ketawa. Reza mempelawa Adam duduk di mejanya sementara Ju masih tidak sampai.

"Buat apa dekat sini? Date ke?" tanya Reza memulakan topik perbualan mereka. Adam tersengih lalu menggosok-gosok tengkuknya berkali-kali.

"Tak la, nak jumpa kawan sebab nak bincang hal penting ni."

"Kawan? Mana kawan kau tu?"

"Tak sampai lagi kot."

Mata Adam menjeling ke luar restoran mencari kelibat Zizi yang masih belum muncul. Dia keluarkan telefon dan menaip sesuatu di whatsapp. Reza juga seperti bermain-main dengan telefonnya.

"Adam? Reza?" soal Zizi yang tiba-tiba saja muncul di pintu restoran. Reza dan Adam serentak memandang Zizi.

"Zizi sinilah, duduk sini je," ajak Adam yang bangun lalu menarik lengan Zizi lembut. Zizi melepaskan pegangan Adam lalu dia pula menarik lengan Adam beredar daripada restoran itu. Reza hanya mampu melihat mereka dan tidak mengerti apa-apa.

"Zizi? Kenapa ni?"

  "Kita pergi kedai lainlah ye. Aku tak ade moodlah nak makan dekat kedai tadi tu."

Zizi melepaskan tangannya pada lengan Adam. Dia menoleh dan terus berjalan menuju ke arah kereta Adam yang diparkir di sebelah restoran.

"Nak pergi mana?" soal Adam.

"Ikut kaulah aku ikut je," balas Zizi.

Adam segera masuk ke dalam kereta, begitu juga dengan Zizi. Mereka beredar ke kedai makan lain. Zizi terdiam mengenangkan wajah Reza di dalam restoran tadi.

"Ade apa-apa ke dengan Reza tadi tu? Semacam je," tanya Adam. Zizi sudah mengagak lelaki itu akan bertanya mengenainya juga.

"Lelaki tu tak guna tolong jangan libatkan dia dalam hal Dina ni," balas Zizi.

"Emm okey okey aku tak akan jumpa dia lagi," jawab Adam lalu memberikan senyumannya agar perempuan itu kembali ceria tetapi gagal. Zizi langsung tidak memandangnya. Adam meneruskan memandu keretanya ke restoran yang berdekatan.

Keretanya membelok masuk ke dalam tempat parkir kereta. Dia membawa Zizi makan di dalam mall. Zizi masih lagi terdiam tanpa memandangnya.

"Haa sudah sampai ni, jomlah keluar pergi makan."

Zizi menoleh memandang wajah Adam sebelum menanggalkan tali pinggang keledarnya. Dia dan Adam pantas keluar daripada kereta dan menuju ke arah pintu masuk. Adam menekan butang naik lif lalu memandang wajah Zizi lagi. Mereka menunggu beberapa minit sebelum pintu lig terbuka dengan sendirinya.

"Ikutlah aku, kita pergi makan tempat yang biasa aku makan," ajak Adam. Dia masih lagi tersenyum walaupun muka Zizi tetap masam. "Janganlah masam je muka tu tak cantik," bisik Adam. Zizi tidak mengendahkannya.

Mereka masuk ke sebuah restoran yang tidak banyak pelanggannya. Mungkin waktu masih awal untuk orang ramai keluar makan tengah hari pada waktu ini. Mereka berdua duduk di meja paling hujung untuk mendapatkan privasi.

"Aku sudah selidik sikit pasal remaja dan budak yang hilang bulan lepas dan bulan ni semalam..." kata Adam. Mata Zizi merenungnya tajam.

"Lebih kurang 5 remaja termasuk Dina dan 4 orang budak kan?" soal Zizi.

"Betul tu, apa yang aku baca semuanya sekitar KL je tapi pelik kalau dorang kena bunuh mesti pihak polis jumpa mayat dorang dekat mana-mana kan?" terang Adam memberi pendapatnya mengenai kes itu. Zizi meletakkan tangannya lalu menongkat dagu.

"Ye betul tu, sebenarnya aku syak dorang dilenyapkan sebab tu polis tak jumpa. Penculik ni pakar menculik," balas Zizi.

"Ade yang pelik dengan kes ni. Kenapa polis jumpa kanak-kanak je tapi remaja yang hilang lesap macam tu? Kau tak rasa ke benda ni dilakukan oleh orang berbeza?" soal Adam lalu mengenyit matanya. Dia berasa dia bijak.

"Ye! Remaja langsung tak jumpa macam Dina."

"Aku syak yang rogol budak-budak tu sebenarnya pedophile tau sebab hanya pedophile je ade nafsu dekat budak-budak bawah umur," terang Adam. Zizi mengangguk kepalanya berkali-kali. Dia setuju dengan pendapat Adam itu. "Bab kehilangan remaja tu aku tak boleh kata apa sebab aku pun pening fikirkannya."

"So macam mana ni? Agak-agak Dina hidup lagi ke?" soal Zizi. Wajahnya kembali muram mengenangkan adiknya.

"Aku rasa ade orang nak kenakan kau ni sebenarnya. Sebab kenapa dia boleh hantar gambar Dina hari tu? Dia kenal kau Zizi!" kata Adam dengan nada serius. Mata Zizi sedikit terbeliak mendengar kata-kata Adam itu. Dia semakin takut mendengarnya. "Baik kau hati-hati dan fikir balik siapa yang kenal kau dengan Dina."

"Boleh aku tanya something dekat kau?" tanya Zizi.

"Nak tanya apa?" jawab Adam.

"Ape hubungan kau dengan Dina sebenarnya?"

"Dia bekas kekasih aku je. Malam tu dalam kereta kami berpisah tu je kali terakhir yang aku nampak Dina lepas tu aku dapat berita dia hilang," terang Adam. Tiada tanda kesal pada wajahnya. Dia seperti betul-betul ingin berpisah dengan Dina.

"Berpisah? Hmm ade yang pelik tak masa kau hantar Dina malam tu?" tanya Zizi lagi.

"Macam yang aku cakap dekat Reza, ade kereta Honda putih ikut dari belakang tapi aku tak pasti sangat," terang Adam. Seorang pelayan perempuan menghampiri meja mereka lalu memberi buku menu. Adam dan Zizi terus memesan makanan dan minuman mereka. Pelayan perempuan tadi beredar ke kaunter.

**

Mereka berdua keluar dan menuju ke tempat parkir kereta. Mata Adam terpandang seorang perempuan yang dikenalinya berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Dia memerhati gerak geri perempuan itu lalu masuk ke dalam kereta.

"Tadi macam kakak aku?"

"Hah? Kau cakap ape tadi?" soal Zizi terdengar Adam berkata sesuatu.

"Eh takde ape, aku macam nampak orang yang aku kenal tadi," terang Adam.

"Siapa tadi tu?" tanya Zizi.

"Tak tak aku salah orang rasanya, jomlah aku hantar kau balik dulu," balas Adam sambil tersenyum. Dia membawa keretanya beredar daripada mall itu.

"Kau ade fikir apa-apa ke ni? Sorry kalau aku susahkan kau dalam hal Dina," kata Zizi yang rasa serba salah.

"Aku tak fikir apa-apa punlah. Jangan risau aku ikhlas nak bantu kau cari Dina dan apa-apa pun Dina pernah ade kaitan dengan diri aku juga," terang Adam. Dia tidak mahu perempuan itu berasa bersalah terhadapnya.

Keadaan jalan raya tidak berapa sesak seperti hari-hari lain. Hanya setengah jam saja perjalanannya menghantar Zizi ke rumah. Selepas Zizi turun daripada keretanya, Adam beredar pulang.

Dia turun daripada kereta dan mendekati pagar untuk menguncinya sebelum masuk ke dalam rumah. Kakinya berhenti melangkah selepas mendengar telefonnya berbunyi lalu menyeluk poket. Nama Syahira tertera pada skrin telefonnya.

"Ye kenapa?" soal Adam sambil membuka kunci pintu.

"Aku tak balik malam ni, esok aku balik kot," kata Syahira lalu dia menamatkan panggilan. Adam tidak sempat bercakap dengan kakaknya terus merenung skrin telefon itu. Dia rasa matanya tidak buta lagi. Benar perempuan di restoran tadi kakaknya.

'Kau keluar dengan sape tu?' – Adam.

Dia menekan butang Send. Rasanya Syahira baru saja berpisah dengan kekasihnya dan Adam rasa terlalu cepat kakaknya mendapatkan pengganti. Dia juga tahu kakaknya itu sanggup berbuat apa saja demi duit.

"Sanggup kau dengan orang tua tadi tu? Erhh cam sial je aku tengok," kata Adam. Jarinya menekan butang On pada komputer. Dia duduk di atas kerusi sambil memerhati skrin monitor yang masih gelap.

Tangannya menggerakkan cursor pada ikon Google Chrome lalu menaip sesuatu pada ruang search. Adam menyambung tugasnya mencari artikel mengenai Dina. Lebih kurang semuanya sudah di baca semalam.

'Remaja Hilang lagi!'

  'Remaja hilang ikut jantan.'

  'Budak sekolah hilang sekitar rumah!'

'Budak perempuan kena jual!'

Pelbagai tajuk yang dijumpainya dan setiap artikel diletakkan gambar Dina, remaja perempuan berambut panjang dan berpakaian seksi. Sebenarnya Adam tahu Dina menyayanginya sebab wang semata-mata. Sudah lama dia mahu berpisah dengan perempuan gedik itu tetapi ada saja yang dipertahankan oleh Dina. Sekarang apabila dia sudah tiada kaitan dengannya, dia perlu mencari Dina bagi membantu Zizi. Berbeza dengan pandangannya terhadap Zizi. Walaupun mereka baru saja berkenalan, dia dapat merasakan Zizi lebih baik daripada adiknya. Dina dan Syahira lebih kurang saja perangai. Adam menaip sesuatu pada nota di dalam telefon. Segala maklumat tentang remaja hilang dan kanak-kanak itu dia simpan.

Mimi, 24, dikatakan hilang selepas tidak pulang ke rumah selama 2 hari. Dia didapati hilang ketika keluar bersama teman lelakinya. Keluarganya pula langsung tidak mengenali teman lelaki yang dimaksudkan. Ada yang mengatakan bahawa mereka ternampak perempuan mirip Mimi di sekitar apartment Suria Indah. Mimi pula terkenal dengan perangainya yang suka bertukar teman lelaki setiap bulan.

"Apartment Suria Indah? Rasanya tak jauh dari sini..." kata Adam sendiri. Dia memasukkan maklumat mengenai Mimi di dalam nota.

Fellisha, 27, hilang ketika pulang ke rumahnya di Ampang. Kereta Fellisha ditinggalkan di tepi jalan dan segala barangan berharganya juga hilang bersama. Ada yang kata Fellisha kahwin lari dengan bangla. Perempuan ini juga terkenal di dalam media sosial Instagram dengan gaya hidupnya yang terlalu sosial.

"Lari ikut bangla takkan tak bawak kereta bodoh!" katanya lagi. Adam scroll lagi laman web itu untuk membaca artikel itu lagi.

Dina, 15, remaja paling muda dikatakan hilang setakat ini. Dia dikatakan dibawa lari oleh teman lelakinya dan ada yang mengatakan dia diculik sejurus turun daripada kereta berdekatan kawasan perumahannya.

"Defak? Aku pun tak tahu dekat mana Dina dorang boleh tuduh aku bawa lari?" katanya sendiri lagi. Makin pening Adam membacanya.

Amira, 21, hilang selepas menyambut hari lahirnya di sebuah kelab malam sekitar Kuala Lumpur. Teman lelakinya dijumpai cedera di tepi jalan seperti dipukul oleh seorang lelaki yang menculik Amira. Barangan peribadi Amira juga turut hilang.

Syafika, 26, dijumpai mati di dalam biliknya. Pada tubuhnya terdapat beberapa kesan tikaman pisau. Polis menjumpai mayatnya dalam keadaan bogel dan berbau busuk kerana mayatnya sudah ditinggalkan 2 hari. Ramai yang mengatakan bahawa Ika dibunuh oleh lelaki yang sama menculik perempuan lain.

"Hmm... aku kena cari boyfriend Amira rasanya," kata Adam. Dia merasakan teman lelaki Amira mungkin mengecam kereta dan muka lelaki misteri itu. Jarinya pantas membuka akaun Twitternya untuk mencari semua Tweet mengenai Amira. Dia terus menaip 'Amira hilang' pada ruang Search Twitter dan menekan butang Search.

Hampir keseluruhan tweet mengenai remaja itu. Bukan tentang kes Amira saja malah kes-kes yang berkaitan juga keluar sekali.

            'Bodoh punya penculik! Dari kau menculik awek cun baik kau buat benda berfeadah!' – Netizen, 30m.

            'Takutnya taknak jadi macam kes Amira yang hilang hari tu.' – Netizen, 1h.

            'Lepas Mimi, Dina sekarang Amira pulak hilang doh!' – Netizen, 4h.

            'Pundek ah korang semua! Tuduh aku culik awek aku si Amira tu pehal?!' – Aril, 12h.

Adam terus menekan profile lelaki bernama Aril itu. Dia dapat merasakan dia sudah jumpa siapa teman lelaki remaja bernama Amira itu. Tanpa berlengah, Adam pantas DM lelaki itu mendapatkan maklumat lebih terperinci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience