BAB 24

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Sama seperti semalam, perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam bilik Reza. Aku lihat dia terbaring lena di atas katil tanpa berbaju dan hanya berseluar pendek hitam. Semakin aku mendekatinya semakin aku dengar bunyi nafasnya yang kuat. Reza pasti kepenatan.

Tangan aku mencapai selimut yang terjatuh di atas lantai. Mata aku kembali melihat wajah Reza lalu mengusap-usap bibirnya yang lembut.

Aku mendekati wajah Reza. Kulitnya putih kemerahan dapat aku lihat walaupun masih di dalam gelap. Aku pantas mendekatkan bibir pada bibirnya yang merah. Ada bau rokok tetapi aku tidak peduli. Bibir kami terus bertaut buat seketika sehingga aku meleraikannya.

"Penat kan melayan Juliana siang tadi? Hei Reza aku tahu kau pergi jumpa perempuan tak guna tu..." kata aku perlahan. Aku melihat dengan mata dan kepala aku sendiri yang Reza keluar makan dengan Juliana. Aku tidak mahu Reza jatuh dalam tangan Juliana. Perempuan itu harus mati secepat mungkin dan kerana dia aku ada kesan parut tikamannya pada malam itu.

"Hmm..." Reza bersuara. Aku sedikit terkejut mendengar namun terus berasa lega melihatnya yang masih belum terjaga. Telefon yang ada pada tangan Reza aku ambilnya lalu memasukkannya ke dalam poket seluar. Tangan aku terus mengusap-usap dada Reza lagi sehingga ke bahagian pusat. Dia masih lagi dibuai mimpi. Selimut yang aku ambil tadi terus aku selimut tubuh Reza supaya dia tidak kesejukan. Kaki aku melangkah keluar daripada bilik itu dan beredar ke bilik aku sambil membawa telefon Reza di dalam poket.

Pintu bilik aku tutup dan kunci. Telefon Reza aku keluarkan lalu menekan 6 pinnya yang mudah. Sudah lama aku tahu password Reza dan sentiasa peka dengan kesemua media sosial Reza.

Jari aku pantas menekan ikon galeri telefonnya lalu membelek satu persatu gambar-gambar yang ada. Aku sedikit hairan melihat terlalu banyak gambar kanak-kanak perempuan di dalamnya. Setahu aku memang Reza menyukai kanak-kanak tetapi tidaklah sehingga obses. Reza obses? Baru aku tersedar mengenai closed group pedofilia hari itu. Adakah Reza adakah mengena dengan budak bernama Aina tempoh hari? Aku kembali teringatkan budak bernama Hani, Afiq dan Lili yang juga hilang dan dijumpai mati pada bulan ini. Dahi aku mula berkerut mengenangkan artikel blog yang aku baca semalam. Mengenai budak Aina yang dijumpai di kilang terbiar berdekatan kawasan ini.

Aku letak telefon Reza di atas katil lalu mendekati meja komputer. Aku menekan butang On padanya dan menunggu beberapa saat sebelum ia selesai boot. Tangan aku panas menggerakan cursor ke arah ikon Google Chrome lalu menaip sesuatu di URL bar.

'Kes budak hilang 2017'

Jari aku menekan Enter dan pantas Google menunjukkan begitu banyak artikel blog yang menulis tentang kes-kes budak hilang. Aku gerakkan cursor klik pada blog pertama dan muncul imej kanak-kanak bernama Hani. Mata aku tekun membaca satu persatu ayat yang ditulis oleh admin blog.

Selesai membaca aku scroll ke bawah untuk melihat artikel-artikel yang berkaitan dengan kes budak hilang. Benar apa yang aku jangkakan kerana ada beberapa lagi artikel mengenai kanak-kanak berumur lingkungan 12 tahun hilang termasuk Afiq dan Lili. Budak Aina juga ada ditulis dalam sebuah artikel. Hebat sungguh pemilik blog ini mencari berita atau menokok tambah cerita asli?

Telefon Reza berbunyi. Aku terkejut dan terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama yang tertera di skrin.

"Hello?" soal aku.

"Reza? You tak tidur lagi ke?" soal seorang perempuan di talian. Mata aku membulat mendengar suara perempuan itu dan pantas melihat nama yang tertera pada skrin telefon Reza.

'JULIANA'

Ah! Aku terus mematikan panggilan lalu meletakkan telefon itu di bawah bantal agar bunyinya tidak terlalu kuat jika perempuan itu menelefon Reza semula. Aku mengetuk dahi aku berkali-kali dengan tangan kerana bertindak bodoh seperti tadi. Perempuan itu tidak tidur ke? Apa yang dia mahukan malam-malam begini daripada Reza sebenarnya?

"Bodoh! Please Bazli yang jadi bodoh macam tadi please!!!" kata aku pada diriku sendiri di cermin. Aku merenung diri aku dengan perasaan yang terlalu marah. Aku cuba menenangkan diri dengan menarik nafas lalu menghembusnya lembut. Kaki aku melangkah semula ke meja dan menyambung membaca artikel-artikel kanak-kanak hilang pada bulan ini.

Semua kanak-kanak yang hilang dijumpai oleh pihak polis mati dengan kesan rogol dan lebam. Rogol? Adakah Reza yang lakukan semua ini? Tangan aku capai semula telefon Reza lalu membuka galeri telefonnya. Mata aku melihat satu-satu gambar kanak-kanak yang ada. Di antaranya ada gambar Aina, Hani, Afiq dan Lili tadi. Sah Reza yang menculik dan merogol kanak-kanak itu.

**

"Baz? Kau nampak phone aku tak?" soal Reza yang baru saja bangun. Aku sekadar memandangnya lalu menggelengkan kepala aku tanda tidak tahu. Mata aku merenung mata Reza sedalam-dalamnya dan dia cuba mengelak.

Sejahat-jahat aku tidaklah aku membunuh kanak-kanak tidak berdosa. Oh ya aku hanya membunuh ibuku dan Muhd Reza sewaktu aku masih kecil itu lain kesnya. Mata aku menghadap skrin televisyen kembali dan membiarkan Reza mencari telefonnya sehingga jumpa.

"Aku sudah jumpa phone aku," kata Reza lalu duduk di sofa sambil bermain telefonnya. Sebenarnya aku sudah letak kembali telefon itu di dalam selimutnya dan aku juga sudah memadam log panggilan Ju semalam. Apa-apa saja yang mencurigakan baginya aku sudah selesaikan dengan sempurna. Ini Bazli.

"Kau tak keluar ke?" soal aku. Mata aku masih menonton Naruto di televisyen.

"Petang nanti aku keluar ada hal, kenapa?" soalnya pula.

"Takde apa," balas aku.

"Kau nak intip aku lagi ke?" soalnya memerli. Aku tahu Reza sedang tersenyum sinis di situ. Sebenarnya pun aku tidak faham mengapa dia boleh menghidu aku mengikutinya selama ini.

"Zizi macam mana?" soal aku pula.

"Dia kawan aku kenapa? Macam biasa dia cari adik dia hilang tu," terang Reza lalu mengambil sekeping roti di atas pinggan. Aku tidak membalas katanya dan hanya menghirup air milo panas di dalam gelas.

Reza bangun dan beredar ke tandas. Aku juga bangun lalu mencapai kunci kereta di atas meja dan keluar. Kaki aku melangkah laju ke ruang parkir.

Tiba di parkir kereta, aku terus menghidupkan kereta dan terus beredar pergi ke rumah Syahira. Dia mangsa aku seterusnya. Awal pagi lagi aku sudah perlu menghadap jem di merata tempat. Hari ahad bukan saja hari cuti malah sama saja seperti hari biasa.

Aku cuba kuatkan radio kerana bosan berasa terlalu sunyi seperti ini. Radio sedang menyiarkan berita-berita terkini mengenai kes-kes jenayah di dalam negara ini. Sadis sungguh yang mati dalam kemalangan tadi.

"Seorang perempuan dijumpai mati setelah beberapa hari di dalam rumah di sekitar Kuala Lumpur tengah malam semalam..."

Tangan aku kuatkan lagi volume radio sambil tersengih-sengih mendengar kes itu. Pasti itu Ika. Rupa-rupanya di sudah dijumpai oleh jiran-jirannya. Aku dapat merasakan bangkai mayatnya yang membusuk beberapa hari. Pasti roh Ika juga tidak tenteram melihat jasadnya sendiri diperlakukan sebegitu rupa.

Tapi apakah daya dia tidak dapat meneruskan hidupnya sebagai perempuan sundal. Siang berhijab malam terbuka. Aku lenyapkan saja perempuan begitu kerana aku terlalu menyampah melihatnya di pejabat setiap hari. Mati dalam keadaan bogel pula memang keterlaluan.

"Ika oh Ika kesiannya kau mampus dalam tangan aku..." kata aku dengan girang. Aku tutup radio dan meneruskan pemanduan. "Kalau roh kau ada dekat sini sila munculkan diri ya Ika!" kata aku mencabar.

Aku memperlahankan kereta apabila tiba di lampu isyarat. Aku toleh kepala aku ke kiri dan melihat seorang perempuan membawa skuter.

"Zizi?" soal aku. Lampu isyarat bertukar hijau dan dia terus bergerak meninggalkan aku. Aku mengekori Zizi dari jauh tanpa sebab. Entahlah aku tidak tahu mengapa aku harus mengekori perempuan itu sebenarnya.

Skuter itu berhenti di hadapan sebuah kedai buku. Aku lihat Zizi terus masuk ke dalam kedai buku itu dengan tergesa-gesa. Kaki aku melangkah keluar lalu mengekori Zizi. Mata aku melilau mencari kelibat Zizi di dalam kedai itu.

"Bazli?" soal Zizi di sebelah.

"Oh hei," balas aku lalu memasukkan tangan ke dalam poket sweatpants.

"Buat ape dekat sini?" soalnya lagi.

"Hmm cari...cari tuu haa tu!" balas aku mencari idea. Aku pantas mencapai novel yang tersusun rapi di rak.

"Aduhai sayangku, Mr Nelayan? Kau layan novel ni?" tanya Zizi seakan-akan tidak percaya. Aku memandang tajuk novel yang aku pegang. Tidak sangka aku terambil novel begini.

"Emm kau buat ape?" soal aku pula menukar topik perbualan di antara kami. Zizi menunjukkan tonner printer di dalam plastik. Aku mengangguk dan meletakkan novel tadi di rak lalu keluar daripada kedai buku. Aku sedaya upaya berlagak cool dan menahan tawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience