BAB 2

Horror & Thriller Completed 1998

10 TAHUN LALU.

"Bazli! Mana kau!!!" jerit Intan mencari anaknya. Intan tahu anaknya sedang bersembunyi di dalam bilik tidur. Dia membuka almari baju tetapi gagal menjumpai Bazli.

"Bazli! Keluar!" jerit Intan lagi. Dia keluar daripada bilik anaknya dan menuju ke dapur pula.

Bazli berada di bawah katil. Dia merasakan ibunya sudah pergi dan perlahan-lahan dia keluar daripada tempat persembunyian. Kepala dan bahu Bazli sakit terkena besi katil.

"Oh kat sini kau ye!" sergah Intan lalu menampar pipi Bazli. Bazli terus tersembam pada lantai. Ibunya terus memijak kepalanya berkali-kali. Air mata Bazli mulai keluar tidak henti.

"Ibu sakit bu!" jerit Bazli. Dia menangis dan berasa amat sakit dipijak oleh ibunya. Intan tidak menghiraukan tangisan dan rayuan anaknya itu. Apa yang pasti dia puas!

"Kamal kata kau curi duit dia kan!" Jerit Intan. Kamal, teman lelaki ibunya. Kamal tidak menyukai Bazli sejak pertama kali mengenalinya. Ibunya sangat menyanyangi Kamal sehingga  sanggup membunuh ayahnya. Apa yang tidak dapat dilupakan oleh Bazli adalah melihat ayahnya sendiri mati dibunuh oleh mereka berdua.

"Bazli tak curi duit dia pun!" kata Bazli jujur. Intan langsung tidak percaya pada kata anaknya itu. Intan mencapai rotan dan merotan belakang badan Bazli berkali-kali. Bazli hanya mampu merayu. Dia sakit dan amat sakit.

"Kau nak kena bunuh macam ayah kau ke!" Kata Intan lalu melibas rotan buat kali terakhir. Intan beredar meninggalkan Bazli. Dia teresak-esak menangis di lantai. Bazli menggagahkan diri bangkit mendekati beg sekolahnya. Dia mengeluarkan buku latihan Bahasa Melayu untuk mengulangkaji kerana esok merupakan hari pertama peperiksaan PMR berlangsung. Kepalanya berasa sakit. Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience