BAB 19

Horror & Thriller Completed 1998

REZA

Pertemuan aku dengan Ju terlalu singkat. Aku masih tertanya-tanya mengapa Bazli muncul di hadapan café tadi. Dia mengintip aku dengan Ju ke? Kalau begitu mengapa? Nasib baik Ju tidak tanya aku bukan-bukan tadi.

Pintu rumah tidak berkunci, aku rasa Bazli baru sahaja masuk ke dalam. Aku tolak tombol perlahan-lahan. Aku terdengar bunyi air di sinki. Aku rasa Bazli di dapur sedang mencuci muka atau tangan.

"Kau masuklah," kata Bazli. Aku terus masuk ke dalam dan berjalan ke bilik. Aku masih lagi tertanya-tanya. Stoking di kaki aku tanggalkan dan mencampakkannya ke dinding. Kemeja dan seluar jeans juga aku tanggalkan sehingga aku berbogel sendirian. Aku ambil tuala yang tersangkut di belakang pintu lalu melilitkannya di pinggang.

"Sudah 2 hari ni..." kata aku. Aku teringatkan Ju lagi. Sememangnya aku benar-benar suka melihat wajah perempuan itu. Bau minyak wangi Chanel Coco Modemoiselle juga masih melekat pada aku seperti Ju. Aku tersenyum sendiri lalu keluar daripada bilik menuju ke tandas. Aku sedar Bazli bersandar di dinding bermain telefonnya.

"Kau buat apa tadi?" soal Bazli.

"Ape masalah kau ni Baz?" balas aku tanpa memandangnya. Bazli hanya mendiamkan diri lalu beredar ke biliknya. "Sial..." kata aku lalu masuk ke dalam tandas tanpa menghiraukan lelaki itu. Aku menangalkan tuala dan menyangkutnya di dinding.

**

"Lelaki tadi tu Bazli, dia tak kenal aku ke?"

Juliana memandang wajahnya di cermin. Wajahnya yang cantik ditatapnya dengan penuh perasaan. Rambut panjangnya diikat kemas berwarna sedikit perang. Perlahan-lahan laci meja ditarik keluar. Juliana mengeluarkan pisau yang sekian lama dia simpan.

"Pisau ini yang Bazli gunakan untuk bunuh aku dulu," katanya lalu "Maaf Bazli," katanya lagi. Dia mahu membalas apa yang Bazli lakukan padanya dahulu. Dia akan pastikan perkara lepas tidak akan memakan dirinya lagi. Bazli harus menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya selama ini.

"Mama? Adik tak boleh tidur," sapa Batrisya. Juliana terus menyimpan pisau tadi di dalam beg. Dia memeluk tubuh kecil anaknya.

**

10 TAHUN LALU.

Di dalam gelap bertemankan cahaya lilin, Ju merenung anak mata Bazli. Matanya mengecil memandang wajah remaja lelaki yang disayanginya itu. Air mata Bazli yang mengalir di pipi disekanya.

"Saya faham ape awak rasa, sebab tu saya nak teman awak Baz," kata Juliana. Dia memegang erat tangan Bazli.

"Aku... aku bencikan ibu," balas Bazli. Dia tiba-tiba mengenangkan wajah ayahnya yang tiada.

Juliana terus memeluk tubuh Bazli dengan erat. Dia tidak mahu lelaki itu terus bersedih atas apa yang telah terjadi. Melihat wajah lelaki itu, dia berasa sangat seronok dan berdebar.

Entah mengapa Ju merasakan ada sesuatu yang hangat sedang bernafas di lehernya. Debaran di hatinya masih tidak berhenti. "Bazli?" Soal Juliana yang mahu melepaskan pelukannya terhadap Bazli.

Bazli memejam mata sambil mencium leher Juliana. Dia tidak tahu apa yang patut dirasakannya ketika ini. Ada sesuatu yang terlalu kuat bermain di dalam fikiran serta nafsu.

"Teruskan Baz...teruskan..." bisik Ju. Tanpa berlengah Bazli menolak Ju sehingga terbaring di atas sofa. Perlahan-lahan tangan Bazli membelai rambut Ju dan turun sehingga bibir. Bibir munggil Ju dirapatinya. Kali ini Bazli merelakan bibirnya bertaut dengan perempuan itu.

**

Pagi itu, tiada bunyi burung berkicauan. Juliana membuka kelopak mata dan memerhati keadaan sekelilingnya. Dia berpaling ke arah Bazli yang berada di belakangnya. Pelukan Bazli dileraikan.

Ju tersenyum sendiri melihat gelagat Bazli yang sedang tidur. Bunyi guruh di luar semakin kuat. Dia tidak tahu sudah berapa lama hujan turun. Semalam adalah malam yang tidak akan dilupakan olehnya.

Ju bangun dan mengutip baju dan seluarnya yang bersepah di lantai. Dia menyarung kesemua pakaiannya. Rasa sejuk menyapa kulit.

Dia turun ke tingkat bawah untuk ke bilik air dengan hatinya yang sedang berbunga. Tangannya bermain dengan rambutnya yang panjang. Ju terus ke dapur untuk ke bilik air. Matanya tiba-tiba tertumpu pada salah satu bilik yang berdekatan dengan dapur. Hatinya berkobar-kobar saat mendekati bilik itu. Dia mendekatkan telinganya pada pintu dan seperti ada sesuatu di dalamnya.

Ju berpaling ke arah dinding dan kabinet. Dia terus membuka laci di kabinet untuk mencari kunci. Benar, ada kunci di dalamnya. Tanpa berfikir panjang, Ju membuka pintu bilik itu dan kaget.

"Re...Reza?!" Soal Juliana. Dia terpaku melihat keadaan Reza yang menyedihkan. Bazli telah mengurung Reza sejak beberapa hari lalu tanpa pengetahuan sesiapa pun.

KLAP! KLAP! KLAP! Bunyi tepukan di belakangnya. Ju terus berpaling.

"Bagus Juliana, nampaknya kau dah nampak apa yang tak patut," kata Bazli di tangga. Dia hanya berseluar tracksuit.

"Apa ni Bazli?!" Soal Ju tidak mengerti. Dia memandang wajah lelaki berusia 15 tahun itu. Dia langsung tidak mengerti apa yang di maksudkan oleh Bazli.


"Nak tahu tak ke mana ibu aku pergi?!" soal Bazli. Nada suaranya berubah menjadi kasar secara tiba-tiba. Juliana berasa tidak sedap hati. "Aku bunuh ibu aku sendiri! Aku buang mayat dia dekat tasik!" jerit Bazli. Bunyi petir saling menyambar di luar. Hujan turun dengan lebat. Juliana tergamam.


"A..apaa? Bazli?! Jangan mengarut! Kau gila ke?!" jerit Juliana. Dia mengundurkan langkahnya ke belakang tetapi Bazli pantas memegang lengannya dengan kuat. "Le..le..lepas! Lepaskan aku Bazli! Aku nak balik!!!" rayu Juliana. Dia meronta-ronta untuk melepaskan lengannya. Lelaki itu tiba-tiba sahaja berubah menjadi syaitan. Bazli tersenyum jahat memandangnya.


"Kau perempuan bodoh sama dengan ibu aku! Kau nak goda aku kan selama ni!" jerit Bazli. "Semalam kau mesti suka aku layan kau kan?!" Kata Bazli lagi. Hujan semakin kuat di luar.


"Lepaskan aku lepaskan aku Bazli! Jangan apa-apakan aku!" pinta Juliana. Bazli mengheret Juliana ke sinki. Perempuan bertubuh kecil itu dengan senangnya terheret. Bazli mencapai sebilah pisau yang telah disediakannya di atas sinki. Juliana terbeliak memandang pisau di tangan Bazli itu. "Tolong aku Bazli! Tolonglah le..lepaskan aku!" rayu Juliana lagi.


"Jangan harap! Aku akan lenyapkan kau bodoh!" balas Bazli dengan kasar. Dia cuba menikam dada Juliana tetapi dengan pantas Juliana mengelak. Bazli hanya memegang tangan kirinya sahaja. Tangan kanan Juliana cuba mencapai sesuatu yang boleh digunakannya untuk melawan Bazli.


"Arkkk!!!" jeritan Juliana bergema. Tangannya terkena pisau yang dipegang oleh Bazli. Dia mencapai pasu bunga kecil di atas kabinet lalu memukul kepala Bazli menggunakannya.


"Arghhh! Sial perempuan sial!!!" jerit Bazli. Pegangannya terlepas dan Juliana cepat-cepat merampas pisau yang dipegangnya. Tanpa berfikir panjang Juliana menikam bahu Bazli dan menarik pisau itu kembali. "Arkkk arhh wuarghhh!!!" jerit Bazli. Dia jatuh tersembam ke lantai. Darahnya keluar sedikit.


"Maafkan aku Bazli..." kata Juliana yang masih memegang pisau berlumuran darah. Dia tergamam melihat Bazli begitu. Dia pantas berlari meninggalkan Bazli sambil membawa pisau itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience