BAB 27

Horror & Thriller Completed 1998

Berkali-kali dia cuba membuka pintu namun masih juga tidak berhasil. Badannya terlalu letih dan lapar. Perutnya juga sudah berkali-kali berbunyi. Lelaki itu masih tidak datang membawa makanan kepadanya.

"Kakak tolonglah aku... Aku penat duduk dekat sini kak..." Dina menangis. Dia mengusap air mata yang jatuh di pipinya.

KLEK! Bunyi pintu ditolak seseorang. Dina tersentak mendengarnya dan terus kaku di atas katil sambil melihat lelaki itu menutup pintu. Lelaki itu membawa nasi bungkus dan teh ais. Dia tersenyum memandang Dina.

"Hari ni saya bawakan nasi lauk sedap-sedap tau!" kata Reza lalu menghulur nasi bungkus itu kepada Dina. Tanpa banyak soal, Dina menyambutnya. "Sekejap!"

Reza mengambil beberapa surat khabar lalu meletakkannya di atas lantai. Dia mengambil nasi bungkus tadi daripada tangan Dina dan menghidangkannya di atas surat khabar tadi.

"Turun kita makan sama-sama," arah Reza. Dina akur dan turun duduk di atas surat khabar menghadap lelaki itu. "Cepatlah makan nasi tu kan sedap."

Dina terus menggaul nasi dan lauk itu bersama. Reza sekadar memerhati tingkah laku Dina yang sedikit ketakutan. "Suap saya."

Mata Dina memandang lelaki itu. Dia terus mengambil nasi dan sedikit cubitan pada ikan sambal lalu menyuapkannya pada mulut Reza. Reza tersenyum dan mengunyah nasi sambil mengusap-usap kepala Dina.

"Sekarang saya pula nak suap dekat awak," kata lelaki itu. Dia mengambil nasi lalu menyuap Dina pula. Dina akur dan terus membuka mulutnya.

"Lepas ni boleh tak awak lepaskan saya?" tanya Dina. Dia beranikan diri selepas melihat mood lelaki itu seperti baik saja. Mata Reza terbeliak memandangnya.

"Apa awak cakap? Lepaskan awak? Awak hak saya mana boleh lepas!" marahnya. Dia terlalu marah mendengar ayat daripada mulut Dina tadi. Dia menahan dirinya daripada memukul budak perempuan itu.

"Tapi tapi saya nak balik rumah sekarang! Kakak saya mesti tengah cari saya!" balas Dina merayu-rayu. Air matanya yang ditahan terlepas juga.

PAK! Satu tamparan hinggap di pipi Dina. Dia tersembam ke tepi lalu memegang pipinya yang sakit. Reza bangun dan membuka tali pinggang yang dipakainya.

"Disebabkan awak degil nak balik dari tadi, saya ada hukuman untuk awak!" katanya lalu melibas tali pinggangnya pada belakang Dina.

ZZZAAAPPPP! Satu libasan terkena belakang Dina. Dia terus menangis kesakitan dan hanya mampu memegang kaki katil. Matanya dipejam rapat-rapat.

ZZZAAAPPP! ZZZAAAPPPP! Dua kali libasan hinggap pada belakangnya lagi. Kali ini dia berasa belakangnya panas dan terlalu pedih. Tangannya menggigil kesakitan yang tidak tertahan. Air matanya tidak henti turun ke pipi.

"Saya bawakan anak patung, belikan baju dan bawakan nasi pun awak masih tak bersyukur ke? Kakak awak seronok awak hilanglah bodoh!" marahnya lagi. Dia membelek-belek tali pinggangnya itu dengan perasaannya yang masih membuak-buak.

ZZZAAAPPP!!! Libasan terakhir yang paling kuat. Dina makin kesakitan dan menggigil dengan teruk. Matanya dibuka semula dan kelihatan kabur. Pegangannya pada kaki katil terlepas lalu pengsan di atas lantai. Reza sekadar melihat Dina dan tersenyum sinis. Dia terlalu puas melibas budak perempuan itu sehingga pengsan. Matanya membelek jam tangannya dan terus memakai tali pinggangnya semula. Dia beredar meninggalkan budak perempuan itu sendiri seperti biasa.

**

Sudah berulang kali Zizi membaca keratan surat khabar yang diguntingnya tadi. Ada lebih 15 keratan yang dijumpainya di dalam surat khabar lepas. Semuanya mengenai kes remaja dan budak-budak hilang. Tidak semua surat khabar dia beli setiap hari sebab itulah hanya 15 saja keratan yang dijumpai.

Jantungnya seperti dipam dengan laju secara tiba-tiba. Dia memegang dan menggosok-gosok dadanya untuk kembali tenang. Zizi tahu pasti adiknya diapa-apakan oleh penculik itu. Dia bangun dan melihat ke luar tingkap. Keadaan di luar rumahnya gelap dan awan pula semakin mendung.

"Dina, kakak harap kau okey dekat sana..." katanya. Dia masih memegang dadanya yang berdebar. Tangannya menutup tingkap.

Remote televisyen di atas karpet dicapai olehnya lalu menutup televisyen yang terpasang. Zizi duduk di atas sofa sambil bermain-main telefonnya. Dia merenung wallpaper kegemarannya. Dirinya bersama Reza suatu ketika dahulu yang segar di dalam ingatannya. Zizi pantas menukar wallpaper tadi dengan wallpaper plain.

Ting! Dia membuka aplikasi whatsapp dan membaca pesanan yang baru dihantar oleh Adam.

'Aku otw ke rumah kau." – Adam.

Zizi sekadar membalas 'OK' dan menutup telefonnya. Dia beredar ke dapur untuk menggoreng nasi kerana lapar. Matanya tertumpu ke arah sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk. Entah berapa lama dia tidak membasuhnya. Mungkin sehari atau dua hari? Tanpa berlengah, dia terus mendekati sinki dan mencuci semua pinggan dan mangkuknya itu sebelum menggoreng nasi.

TOK! TOK! TOK!!! Bunyi ketukan di pintu hadapan. Zizi pantas beredar ke ruang tamu dan membuka pintu. Adam muncul di muka pintu dengan baju dan rambutnya yang sedikit basah akibat terkena air hujan.

"Kau okey tak ni? Basah baju tu..." tanya Zizi.

"Ala sikit je ni," balas Adam. Zizi mempelawa Adam masuk sambil memerhati keadaan sekeliling kawasan perumahannya. Dia tidak mahu ada mata-mata yang memerhatikannya.

"Duduklah dulu, aku pergi buat air panas," kata Zizi lalu beredar ke dapur pula. Adam duduk di atas sofa sambil mengeluarkan telefon dan kunci keretanya. Dia bersandar pada sofa pula.

Zizi muncul di ruang tamu dengan dua gelas air milo panas. Dia menghulurkan segelas milo panas pada Adam. Lelaki itu terus mencapainya lalu menghirup sedikit.

"Thanks Zizi, tahu-tahu je aku sejuk ni."

"Relakslah, air je."

Mereka terdiam seketika menikmati air milo masing-masing. Mata Adam merenung keratan-keratan surat khabar yang ada di atas meja.

"Kau yang cari ke semua keratan ni?" soal Adam.

"Ye aku cari baru je tadi before kau sampai. Semuanya aku sudah baca sampai khatam."

"So sekarang apa yang kau nak buat?" soal Adam lagi.

"Esok kita pergi ke apartment Reza dan Bazli, aku nak kita ikut Bazli," terang Zizi. Adam mengangguk kepalanya.

"Dalam pukul berapa? Esok dia keluar ke? Yelah esokkan public holiday mesti ramai pekerja cuti," balas Adam.

"Aku yakin Bazli mesti keluar esok, lepas tu kita ikut dia!" kata Zizi lagi dengan penuh yakin.

"Okey aku ikut je kau," balas Adam. Adam memerhati Zizi menyusun keratan-keratan surat khabar di atas meja lalu meletakkannya di dalam tote beg.

**

Pagi itu betul-betul di hadapan apartment Suria Indah, mereka berdua memerhati setiap kereta yang keluar daripada apartment itu. Zizi terlalu fokus memandang ke arah bangunan tinggi itu. Dia sebenarnya terlihat sebuah Myvi yang dikenalinya baru saja keluar tadi. Dia mengharapkan Bazli tetapi Reza pula memunculkan diri.

"Haa tu Honda kan!" kata Zizi penuh rasa teruja sambil menolak bahu Adam. Mata Adam yang berat terus terasa ringan mendengar suara Zizi. Dia terus membuka mata dan cuba mengekori kereta Honda City Hitam tadi. "Jangan terlepas! Tengok betul-betul Adam!" kata Zizi.

"Ye Zizi ye aku ikutlah ni," balas Adam. Kereta Honda itu semakin laju di hadapan meninggalkan mereka berdua. Adam juga melajukan pemanduannya mengejar kereta itu.

"Dia masuk kiri! Kiri!" kata Zizi sambil memberi arahan. Adam membelok ke kiri tanpa mempedulikan kereta sekeliling.

Hampir 15 minit mereka mengekori Bazli. Kereta itu memandu seperti orang gila dan terlalu laju. Adam hampir saja terlepas pandang. Entah mengapa dia rasa lelaki bernama Bazli itu seperti terkejarkan sesuatu.

"Aku rasa sudah berapa kali kita lalu area ni?" kata Adam.

"Yeke? Aku pun tengah pening dengan Bazli ni," balas Zizi.

30 minit berlalu, akhirnya mereka tiba di sebuah tempat parkir kereta luar daripada mall. Mata Zizi memerhati Bazli keluar daripada keretanya sambil membetulkan lengan kemejanya. Ya, tidak dinafikan lelaki itu memang tinggi, bergaya dan kacak. Hatinya tetap merasakan lelaki itu gila. Kata-kata Bazli masih melekat di telinganya ketika dia mahu membunuh diri hari itu.

"Jom keluar ikut dia," kata Adam sambil mencuit bahunya. Zizi tersedar daripada lamunannya. Mereka berdua pantas keluar daripada kereta dan menuju ke lif.

Keluar daripada lif, mata Zizi melilau mencari kelibat Bazli yang sudah hilang daripada pandangannya. Adam tiba-tiba mencuit-cuit lengannya. Perbuatan lelaki itu membuat dirinya berasa menyampah.

"Ape?!" soal Zizi.

"Bazli dekat belakang kitalah!" jawab Adam. Zizi menoleh sedikit memandang lelaki itu. Benar kata Adam bahawa Bazli ada di belakang. Dia sedang membelek-belek pakaian di dalam Top Man. Zizi menarik lengan Adam ke tempat yang lebih selamat untuk mengekori Bazli.

Kepala Bazli berpaling ke arah mereka lalu tersenyum sinis. Zizi terkejut lalu menarik Adam lebih jauh.

"Kau nampak ape aku nampak tadi?" soal Zizi.

"Haa dia pandang kita ke?" balas Adam.

"Entahlah tapi macam ye je..." balas Zizi pula.

Zizi cuba memandang kembali ke arah Top Man. Bazli sudah tiada di dalam butik berkenaan. Adam memerhati keadaan sekelilingnya.

"Hilang dari radarlah," kata Adam. Mereka mula berjalan sekeliling mall mencari Bazli. Mata Adam menangkap kelibat Syahira, kakaknya di sebuah butik pakaian wanita. Syahira bersama seorang lelaki berumur yang kelihatannya sangat mesra bersama.

"Kau tunggu kejap, aku nak pergi tandas dulu."

Zizi berlari anak-anak ke arah tandas wanita di hujung. Tanpa berlengah, Adam pantas menuju ke arah butik tadi. Dia berhenti seketika lalu menarik nafasnya sebelum melangkah masuk. Dia meluru ke arah Syahira lalu menarik lengan kakaknya dengan kasar keluar daripada butik.

"Adam! Lepaskan akulah bodoh!" jerit Syahira.

"Ape kau buat dengan lelaki tua tu? Kau sudah gila ke kak?!" tanya Adam. Dia masih memegang erat lengan Syahira.

"Eh suka hati akulah nak keluar dengan sape pun dan ape masalah kau!" balas Syahira.

"Bukan dengan ni caranya kau nak dapatkan duitlah. Tolonglah wei aku malu tengok kau keluar dengan jantan tua tu!" kata Adam lagi. Syahira menarik lengannya dengan kuat sehingga Adam melepaskan genggaman.

"Jangan masuk campur urusan akulah," balas Syahira lalu beredar mendekati kekasih tuanya. Mereka berdua berpegangan tangan dan hilang di celah-celah orang ramai. Adam mampu terdiam melihat kakaknya pergi.

"Eh dekat sini rupanya. Kau pergi mana Adam?" tegur Zizi yang puas mencarinya tadi.

"Jalan-jalan je sekitar sini," jawab Adam. Dia tersenyum memandang perempuan di hadapannya itu.

"Jomlah kita sambung cari Bazli lagi," ajak Zizi. Adam mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience