BAB 41

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Aku berasa seronok memerhati gelagat Batrisya yang sedang bermain anak patungnya. Aku sukar untuk bergerak apabila berada di atas kerusi roda. Kaki aku masih lagi sakit.

Juliana datang menghampiri kami berdua. Wajahnya kembali tenang.

"Dia sudah pergi, aku rasa dia mengamuk kot," terang Ju mengenai Reza. Aku hanya terdiam memandang Batrisya. Adakah dia tidak tahu bahawa aku papanya? Adakah Ju tidak mahu memberitahu perkara sebenar kepada Batrisya? Hati aku mulai sayang pada anak kecil itu. Bukan Juliana!

"Baz, aku nak pergi kerja dulu." Ju melangkah keluar meninggalkan aku dan Batrisya. Aku cuba menggerakkan kerusi roda mendekati Batrisya.

"Batrisya rindukan abang tak?" Soal aku padanya. Batrisya terus berdiri dan memegang kaki aku.

"Rindu... Setiap hari Bat tunggu abang depan sekolah tapi abang tak datang pun. Kita kan dah janji nak makan mee goreng sama-sama," terang Batrisya. Aku menahan sebak. Aku masih lagi tidak percaya bahawa dia anakku. Tidak sangka aku merasakan hati seorang ayah walaupun baru umur 25 tahun.

"Batrisya boleh peluk abang tak?" Kata aku. Sebenarnya aku meminta untuk dipeluk. Dipeluk oleh anak sendiri. Batrisya tersenyum lalu memeluk diri aku. Hangat sungguh pelukan anak kecil ini.

"Haaa! Hari tu Bat ada minta dekat mama belikan gelang, cantik tau abang," kata Bat lalu berlari ke biliknya. Tidak sampai beberapa minit, dia keluar membawa sepasang gelang. Gelang berwarna silver bertulis nama Batrisya di atasnya. Sangat cantik.

"Cantik gelang Bat ni, tapi ada dua. Takkan Bat pakai dua gelang?" Soal aku.

"Satu lagi ni Bat nak kasi dekat abang, abang pakailah gelang ni," kata Batrisya lalu menarik tangan kiri aku lalu memakaikan gelang tadi. Kini, kami memakai dua gelang yang sama. Aku tersenyum. Sumpah kali ini aku tersenyum ikhlas yang sudah hilang sejak bertahun lalu. Aku memeluk tubuh Batrisya. Dia terpinga-pinga.

"Kenapa abang nangis?" Soalnya.

"Sebab abang nak sangat anak yang baik macam Batrisya," kata aku.

"Bat pula nak seorang ayah macam abang," balasnya. Aku tersenyum lagi.

**

Malam itu, hujan turun renyai-renyai. Aku terpaksa belajar cara menggunakan tongkat agar memudahkan aku untuk berjalan. Kerusi roda terlalu besar bergerak ke mana-mana.

Sebenarnya, aku tidak henti berfikir bagaimana mayat Dina boleh ada di dalam but kereta aku? Adakah Reza datang ke apartment dan membuat semua itu? Zizi pula menuduh aku bukan-bukan. Aku jadi buruan polis pula. Oh ya! Reza ada kunci pendua apartment! Kenapa aku boleh terlupa. Ini bermakna, dia masuk dan mengambil kunci kereta aku dan letak mayat Dina ke dalam but. Dia mahu lari tetapi dalam masa yang sama dia mahu perangkap aku. Aku tidak akan duduk diam. Aku akan pastikan kaki aku sembuh dengan segera agar aku dapat membalas semua perbuatan Reza.

Aku tersenyum sinis. Ada aura panas di dalam diri aku. Entah aura apa tetapi ia selalu datang setiap kali aku ingin membunuh perempuan.

"Abang? Bat lapar," kata Batrisya. Wajahnya monyok. Aura tadi entah ke mana menghilang saat melihat anakku.

"Abang nak masak nasi goreng untuk Bat, special punya!" Kata aku. Batrisya teruja mendengarnya.

"Special? Cepatlah masak Bat lapar sangat," kata Batrisya.

Aku perlahan-lahan cuba berdiri menggunakan tongkat. Batrisya membantu aku untuk berjalan. Sukar dan terlalu sukar.

Tiba di sinki, aku menyuruh Batrisya mengambil bahan-bahan yang aku perlukan. Bawang, cili, sos dan sebagainya. Batrisya setia menemani aku dan banyak membantu aku.

"Okey, abang nak hidupkan api ni," kata aku selepas meletak kuali di atas dapur. "Bat ambilkan periuk nasi ke sini," arah aku. Dulu aku selalu masakkan nasi goreng kepada Reza. Reza sanggup menghabiskan makanan yang ada. Tiada sedikit pun dia tinggalkan. Tiba-tiba aku rindu mahu lihat wajah Reza.

"Abang, ni periuk nasi," kata Bat. Aku tersedar daripada lamunan. Aku terus tuangkan minyak dan memasak semua bahan yang aku sediakan.

**

Mata Zizi tidak henti berair. Imej mayat Dina masih segar di dalam ingatan. Skuternya dipandu perlahan sambil menghayati suasana gelap malam. Dia tidak kisah akan air hujan yang membasahi dirinya. Rasa sakit hati terhadap Bazli dipendamnya sahaja.

Dia terus menghentikan skuter di hadapan bus stop. Suasana sunyi menyapa dirinya. Tiada sesiapa yang lalu di kawasan ini. Hanya dirinya sahaja yang termenung ke arah jalan yang kosong.

Ada sebuah kereta putih melintas di hadapannya. Zizi dapat merasakan dia mengenali kereta tadi. Itu kereta Ju! Dia perlu meminta maaf pada Ju kerana tidak mempercayai kata-kata Ju dahulu. Dia terus menghidup skuternya lalu mengekori kereta itu daripada belakang.

Tidak lama itu, tiba-tiba kereta Toyota Vios putih itu berhenti secara mendadak. Zizi terpaksa menghentikan skuter di sebalik pokok-pokok besar di tepi jalan. Dia cuba memerhati kereta Ju.

Rupa-rupanya ada sebuah kereta lain yang menghalang kereta Ju. Kereta berwarna merah, Zizi tidak kenal kereta siapakah itu. Gelap malam menyukarkannyq untuk melihat.

Dia melihat Ju keluar daripada keretanya seperti marah-marah pada pemandu kereta merah itu. Beberapa saat kemudian, seorang lelaki keluar daripada kereta merah itu.

"Apehal you halang laluan I?!" Jerit Ju. "Reza?!!" Tanya Ju. Suaranya amat kuat mungkin kerana suasana sunyi.

"Sorry sayang," ucap Reza lalu menarik kasar lengan Ju. Ju menjerit meminta pertolongan apabila Reza secara kasar menariknya.

PANG! Satu tamparan hinggap di pipi Ju. Dia terjatuh di atas tar. Reza dengan pantas menarik rambut panjang Ju dengan kuat. Mata Zizi melihat semuanya. Dia tidak mengerti kenapa Reza terlalu agresif seperti itu.

"Kau akan mampus perempuan!" Jerit Reza lalu menendang tubuh Ju berkali-kali. Ju meronta-ronta dan seperti mengelupur kesakitan.

Tanpa berlengah, Zizi terus keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia berlari ke arah Reza dan Ju.

"Reza lepaskan Ju! Apa kau buat ni?!" Tanya Zizi. Reza tersengih melihat kehadiran Zizi.

"Kau pun ade ye perempuan?!"  Kata Reza. Dia seakan-akan gembira melihat kedatangan Zizi.

"Ju!" Panggil Zizi lalu mendekati Ju yang menahan kesakitan. Reza mencabut tali pinggang yang dipakainya lalu menarik kepala Zizi dan menghentakkannya ke tar berkali-kali.

"Arghhhhhh!!!" Jerit Zizi sambil menahan kepalanya dari dihentak.

"Perempuan bodoh! Kacau kerja aku ye," kata Reza lalu mencekik leher Zizi sekuat-kuatnya. Zizi tidak mampu meronta lagi. Tangannya menahan tangan Reza yang makin kuat mencekik leher. Dia sukar untuk bernafas lagi. Mahu batuk pun sakit!

"Arkkkkkkkkhhhhhh!!!" Zizi tidak tahan lagi. Lehernya makin kuat dicengkam oleh lelaki itu. Dengan pantas, Reza mencapai tali pinggangnya tadi dan menjerut leher Zizi. "Arkkkk!!!"

"Dulu kau pernah malukan aku kan? Sekarang aku nak kau rasa macam mana masuk neraka!" Kata Reza. Dia tidak henti menyengih. Reza terus naik ke atas tubuh Zizi lalu dia memijak dada Zizi agar perempuan itu cepat mati.

Tangan Zizi terlepas dari lehernya sendiri. Matanya tertutup perlahan-lahan. Nafasnya seakan-akan berhenti.

Reza tersenyum lalu kembali berdiri. Dia menjeling ke arah Juliana yang sudah pengsan. Tugasnya selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience