BAB 38

Horror & Thriller Completed 1998

REZA

Kaki aku melangkah laju mendekati rumah. Aku mempunyai kunci pendua rumah itu lagi. Nasib baik aku masih menyimpannya. Kau memang bijak Reza.

Pintu ditolak perlahan-lahan. Kaki aku melangkah masuk ke dalam sambil memerhati segenap ruang rumah yang kian kelam. Bazli mungkin sudah lama tidur di biliknya seperti biasa. Aku mendekati biliknya lalu menolak perlahan pintu. Mata aku memerhati Bazli yang sedang tidur di katil. Sangat nyenyak.

Apa yang aku mahukan ada di atas mejanya. Ya, itulah tujuan aku sebenarnya. Kunci kereta Bazli!

Tangan aku mencapai kunci kereta yang berada di atas meja. Aku terus memasukkan kunci itu ke dalam poket. Mata aku masih tertumpu pada Bazli.

Aku terus keluar daripada biliknya lalu berlari keluar. Pintu rumah dikunci semula agar dia tidak mengesyaki jejak aku. Aku harus bekerja dengan pantas turun ke ruang parkir di bawah. Tujuan aku hanya satu, kereta Bazli!

Keluar saja daripada lif, aku berlari ke arah kereta Bazli yang terletak di hujung. Aku tekan kunci dan ia terus berbunyi kuat. But kereta Bazli dibuka. Aku menghampiri kereta aku yang berada di sebelah lalu membawa keluar Dina yang berada di tempat duduk penumpang belakang. Aku tersenyum.

Tubuh Dina diangkat lalu diletakkan ke dalam but kereta Bazli. Pasti esok atau lusa dia terkejur melihat butnya dihuni jasad Dina yang makin membusuk! Ini baru saja permulaan untuk kau Bazlishah!

**

Pagi di rumah Juliana, aku berkurung di dalam bilik dan masih belum tertidur sejak pulang daripada apartment. Kunci kereta yang aku ambil juga sudah selamat di bilik Bazli. Penat turun naik juga tidak sia-sia bagi diriku.

"Reza?" You okey ke kat dalam?" Soal Ju di luar bilik.

"I okey je, I penat sikit nak rehat," balas aku. Aku tersenyum sinis teringatkan wajah Batrisya. Bukan setakat itu saja, aku akan membuat sesuatu untuk membunuh Bazli. Melenyapkan manusia yang suka masuk campur urusan aku.

Jam di telefon aku jeling. Sudah pukul 10 pagi. Mata aku masih lagi segar merenung kedua belah tanganku. Kepalaku ligat berfikir tentang Bazli dan anaknya.

Tiba-tiba aku terfikir, mengapa Ju masih menyimpan diarinya? Mengapa Ju beria mahu mengenali diri aku dulu? Mengapa Ju banyak bertanyakan tentang Bazli sebelum ini? Apa yang sedang dirahsiakan oleh Ju lagi sebenarnya? Aku dapat merasakan ada sesuatu pada diri Ju yang aku masih tidak dapat tafsirkan lagi.

Tangan aku menggaru-garu dagu. Janggut aku mulai tumbuh. Aku bangun dan mendekati cermin di almari. Aku tatap diri sendiri di cermin sambil berfikir. Sudah berapa lamakah aku tidak menjaga diri? Banyak perkara yang sedang aku fikirkan sekarang ini.

**

Suara perempuan muda itu makin kuat. Dia menangis sekuat-kuatnya. Zizi tahu dia sedang berlakon atas kematian papanya. Papanya dijumpai mati bersama seorang perempuan bernama Syahira di salah satu banglo milik papanya.

Zizi membetulkan selendang di kepala. Kubur papanya direnung dalam-dalam. Pihak polis cuba menyiasat kes ini. Adakah ini kes yang melibatkan orang yang sama dengan kes sebelum ini? Mengapa papanya dibunuh dengan kejam? Terdapat kesan seksaan pada tubuh Encik Kamal dan perempuan bernama Syahira.

Zizi meninggalkan tapak perkuburan. Dia berpaling melihat ibu dan abang tirinya yang masih lagi berlakon di hadapan orang ramai. Zizi tidak kisah mengenai mereka berdua. Dia beredar mendekati skuternya yang tidak jauh daripada situ.

Dia beredar dengan perasaannya yang bercampur. Dina masih lagi tidak dijumpai dan sekarang papanya pergi.

PINNN!!! Bunyi hon kereta di sebelah. Zizi berpaling dan melihat Bazli di dalamnya. Mereka serentak menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan.

"Bazli? Tak sangka kita jumpa kat sini," kata Zizi.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Bazli.

"Baru balik dari kubur," jawab Zizi.

"Siapa mati?" Soal Bazli.

"Papa aku," jawab Zizi lagi. Dia mengalihkan pandangannya ke jalan yang sunyi.

"Sebab?" Soal Bazli lagi tanpa jemu.

"Hm... entahlah Baz, papa aku kena bunuh dua hari lepas," terang Zizi. Bazli menjengketkan keningnya. "Aku nak balik dulu," kata Zizi. Bazli membiarkan Zizi pergi sehingga hilang kelibatnya.

**

Mata aku memerhati gelagat Zizi masuk ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Aku tidak tahu apa yang dikejarkannya. Sakit perut? Mungkin.

Bukan aku tidak tahu dia dan Bazli saling mengenali sejak tempoh hari. Aku terus mencapai telefon di dalam poket jeans.

Kaki aku melangkah ke kereta untuk pulang ke rumah Ju. Mata aku terlalu berat untuk memandu tetapi pemanduan diteruskan juga. Mungkin ini kesan kerana aku tidak tidur sepanjang hari. Rasa sakit di kepala berdenyut-denyut. Aku tetap gagahkan diri memandu pulang.

Semakin lama penglihatan aku makin kabur. Aku tidak dapat fokus memandu. Apa yang aku lihat adalah traffic light di hadapan. Kabur.

PIN PINNNNNN!!!

SREEEETTTTTT!!!

GEDEBUSHHH!!!

Sakit dan sangat sakit. Kepala aku berdenyut-denyut lagi. Tidak apa yang aku dapat lihat sekarang. Hanya rasa sakit di kaki.

Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience