BAB 39

Horror & Thriller Completed 1998

BAZLI

Rasa gelap di sekeliling menyelimuti diri. Ada suara-suara sedang memanggil diri aku. Ya, aku kenal akan suara-suara itu.

"Bazli?" Suara ibu.

"Bazli?" Suara Reza.

"Bazli?" Suara Daus.

"Bazli?" Suara Kamal.

"Bazli?" Suara ayah. Ayah? Di mana ayah berada? Aku terpinga-pinga di tengah-tengah lautan yang amat gelap. Aku seperti terapung dan aku lihat ada tangan-tangan sedang meminta pertolongan akibat kelemasan di dalam lautan gelap.

"Baazzzliiiii..." suara mereka sayup-sayup. Sayu sahaja suaranya. Aku lihat mereka-mereka yang aku lenyapkan meminta tolong. Aku berpaling ke kanan untuk mengelakkan pandanganku ke mereka.

"Woi Bazli?!" Jerit suara ibu. Aku terus berpaling. Tiada lagi mereka-mereka itu tetapi hanya ibu yang sedang memegang kepala ayah. Ayah?!

"Ayah!!!" Jerit aku sekuat-kuatnya. Ibu penggal kepala ayah. Mata ayah terbeliak dan lidahnya terjelir panjang. Badannya? Aku tidak tahu mana badannya. Ibu sedang ketawa dan membaling kepala ayah entah ke mana. Kini, dia merenung aku. Aku sangat takut dan terlalu takut sehingga aku terus mengalihkan pandangan ke bawah. Mata aku membulat melihat diriku.

Aku bukan yang sekarang tetapi yang dulu. Badan aku kecil seperti aku yang 12 tahun. Benar.

Ibu terus berlari ke arah aku membawa parang. Aku terkejut dan terlalu takut sehingga terduduk. Seluar aku basah. Aku terkencing.

**

Mata aku terus terbuka. Aku dapat merasakan peluh sedang laju mengalir di pipi. Mata aku hanya tertumpu di hadapan.

KLAK! Tangan aku lenguh dan rasa terikat. Aku terus mengalihkan kepala ke kanan dan melihat seorang pegawai polis sedang merenung wajah aku. Tangan aku digari di kepala katil menyukarkan aku untuk bergerak.

"Maaf encik Bazlishah, kami terpaksa menahan awak atas tuduhan membunuh remaja bernama Dina," terangnya.

"Fuck! Bila masa aku bunuh budak tu!" Marah aku.

"Ketika awak kemalangan, kami memeriksa kereta dan mendapati mayat Dina di dalam but awak. Tak perlu buat-buat terkejut encik Bazlishah," terangnya lagi. Dahi aku berkerut seribu. Aku tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang ini.

TOK! TOK! TOK! Pintu ditolak dari luar. Aku lihat seorang doktor, pegawai polis dan Zizi masuk ke dalam bilik.

"Aku tak sangka kau sebenarnya yang bunuh adik aku!" Kata Zizi sejurus memandang wajah aku. Aku mengalihkan pandanganku. Aku terpinga-pinga, kaki aku terlalu sakit dan sukar untuk digerakkan.

"Aku tak bunuh Dina!" Balas aku.

"Kenapa Dina boleh ada dalam kereta kau Baz?! Kenapa?!!" Jerit Zizi lalu menerpa ke arah aku. Dia memukul dada aku berkali-kali sambil menangis. "Kau memang sial Bazli! Kau tak guna! Lelaki tak guna!!!" Jerit Zizi. Pegawai polis di sebelah menarik lengan Zizi untuk berhenti daripada menyerang aku.

"Aku berani sumpah yang aku tak bunuh adik kau Zizi..." kata aku sebelum pegawai polis tadi membawa Zizi keluar. Aku serabut dengan semua ini.

Kepala aku ligat teringat akan mimpi tadi. Aku bermimpi sesuatu yang aneh. Mimpikan orang-orang yang telah mati. Ibu berlari ke arah aku sambil membawa parang. Ya, parang yang aku gunakan ketika membunuhnya dahulu.

"Boleh tak lepaskan gari ni? Sakit tau tak!" Kata aku kepada pegawai polis di sisi. Dia menggelengkan kepalanya. Sakit hati pula melihat pegawai polis bertugas ini. Aku menarik-narik tangan aku berkali-kali sehingga aku berasa putus asa.

Lama-kelamaan aku terfikir. Kenapa kaki kiri aku sukar untuk digerakkan? Apa yang terjadi pada kaki aku ketika kemalangan kelmarin?

"Ape dah jadi dengan kaki aku ni?" Soal aku pada pegawai polis itu. Dia sekadar terdiam.

KLAK. Pintu ditolak. Seorang doktor lelaki masuk ke dalam bilik dan mendekati katil aku. Dia memegang kertas yang mungkin laporan tentang diri aku.

"Encik Bazlishah, awak okey?" Soalnya. Aku hanya diam dan merenung kaki aku yang masih ditutup selimut. "Mesti awak tertanya-tanya kenapa kaki kiri awak sukar nak digerakkan, kaki awak patah sebabkan kemalangan kelmarin." Terang doktor itu. "Kami sedaya upaya akan bantu awak pulih seperti sedia kala," terangnya lagi.

"Lepas tu?" Tanya aku.

"Lepas tu apa yang encik Bazlishah maksudkan?" Soalnya pula.

"Lepas tu aku kena duduk lokaplah?" Soal aku pula padanya.

"Maaf saya tak boleh bagi apa-apa kenyataan mengenai perkara itu. Pihak polis sedang jalankan siasatan," katanya lalu menulis sesuatu pada kertas di tangannya. Dia beredar pergi. Pegawai polis di sebelah aku ini tertidur.

KLAK. Bunyi pintu ditolak lagi. Kali ini seorang doktor perempuan berambut panjang dan sedang memakai mask hijau. Aku tidak nampak keseluruhan wajahnya. Pegawai polis di sebelah aku ini terjaga lalu terus keluar. Mungkin dia mahu ke tandas. Doktor perempuan itu memerhati gari yang berada di tangan aku. Aku berharap dia berasa kasihan melihat diri aku ini.

"Encik Bazli? Nak bebas?" Soalnya. Aku hanya diam memandangnya. Aku tahu dia sedang memerli aku. Doktor itu terus mengeluarkan sesuatu dari poket jubah putihnya lalu mendekati aku. Dia terus memegang gari aku lalu membukanya dengan kunci yang ada di dalam poketnya tadi. Aku sedikit tergamam melihat tindakan doktor perempuan ini. Apa muslihatnya? Siapa dia?

Dia menghampiri hujung katil lalu mencapai kerusi roda yang telah hospital sediakan untuk aku. Dia menolak kerusi roda itu ke arah aku.

"Kita kena cepat, aku bantu kau naik atas kerusi ni," katanya. Aku terus menyelak selimut dan bergerak sedikit. Amat sukar bagi aku. Dia membantu aku turun dan naik ke atas kerusi roda. Pegangannya begitu erat pada bahu dan pinggang aku.

Tidak sampai 5 minit, aku berjaya duduk di atas kerusi roda. Doktor perempuan misteri itu terus memakaikan aku sweater hitam bersama mask hijau sepertinya. Dia keluar sebentar daripada bilik untuk memastikan kawasan sekeliling untuk memastikan tiada yang lalu di situ.

Dia kembali masuk ke dalam bilik dan terus menolak kerusi roda aku keluar. Langkahnya makin laju menuju ke arah lif. Tiada sesiapa di dalam lif. Hanya aku dan perempuan ini. Aku tidak tahu ke mana dia mahu membawa aku sekarang. Pintu lif terbuka.

Dia terus menolak aku keluar daripada bangunan hospital. Kami menghampiri kawasan parkir yang berdekatan. Kereta Toyota Viosnya berbunyi saat dia mengeluarkan kunci daripada poket jeans.

"Masuk ke dalam kereta," arahnya sambil membantu aku masuk ke dalam keretanya. Aku akur dan menurut. Kerusi roda yang aku naiki tadi ditinggalkan di kawasan itu begitu saja. Dia masuk ke dalam kereta. Tidak sampai beberapa minit, kereta mula meluncur laju ke arah jalan raya. Tidak banyak kenderaan pada hari ini. Mungkin ramai yang sedang bekerja.

"Siapa kau?" Soal aku.

"Kau nak tahu?" Tanyanya.

"Hmm. Siapa kau?" Soal aku lagi. Dia terus menanggalkan mask di muka. Mata aku terbeliak memandang Juliana di sisi. "Ju?!"

"Ape?!"

"Err nothing!" Aku terdiam semula. Mata aku tertumpu ke arah jalan raya yang tidak terlalu sunyi. Kereta ini dibawa dengan laju sehingga masuk ke jalan kecil yang mempunyai banyak traffic light.  Aku tahu perempuan ini pasti ada agenda lain membawa aku pergi daripada hospital tadi. Aku tidak boleh menarik nafas lega lagi. Pihak polis pasti sedang memburu aku.

Tiba di sebuah rumah, Ju mengajak aku keluar daripada kereta. Aku terdiam dengan ajakannya itu. Dia sudah terlupakah kaki aku patah? Aku sukar untuk bergerak.

"Mama!!!" Jerit suara budak perempuan yang aku kenali. Aku berpaling ke arah pintu rumah. Batrisya?! Dia berlari ke arah Juliana.

"Pergi ambil kerusi roda dekat tepi sofa tu," arah Ju pada Batrisya.

Ju membantu aku keluar daripada keretanya. Dia memapah aku. Tidak lama itu, aku lihat kelibat Batrisya membawa keluar kerusi roda. Comel Batrisya yang kecil menolak kerusi roda yang sama saiz dengannya.

"Duduk atas tu Baz, kita masuk dalam," kata Ju. Aku akur dan duduk di atasnya. Mereka menolak aku masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience