BAB 35

Horror & Thriller Completed 1998

"Bazli jangan buat aku macam ni tolonglah!" rayu Reza.

"Aku dah lama nak bersama kau," bisik Bazli pada telinga Reza. Reza terikat dan tidak berpakaian. Hanya memakai seluar dalamnya. Dia terbaring di atas katil sambil dicium oleh Bazli.

"Aku tak suka kau buat aku macam ni! Kau ni gay ke ape sial?!" jerit Reza.

"Hati aku dah sayangkan kau Reza, kau tau tak aku bunuh ibu aku? Daus?" kata Bazli sambil tersengih-sengih.

Kelopak mata dibuka. Aku bangun dan bersandar pada kepala katil sambil mengenangkan mimpi tadi. Kenapa aku mimpikan Reza? Dia sudah lama mati.

Aku bangun dan keluar menuju ke balkoni. Angin sejuk mula menyapa pipi aku ini. Aku memandang ke bawah dan memerhati keadaan sunyi. Ada bintang di sebalik awan pada malam ini. Bermakna malam ini indah?

Kaki aku bergerak menghampiri bilik Reza. Aku cuba memulas tombol dan menolak pintu biliknya. Mata aku melihat sekeliling kemudian ke katil. Aku cuba mendekati katil dengan perlahan-lahan dan mula tersedar bahawa tiada Reza di situ. Tangan aku meraba-raba suis lampu.

"Reza?!" kata aku. Aku membuka almari dan melihat hanya ada beberapa helai saja pakaian yang tergantung. Kesemua barang peribadinya sudah tiada. Aku syak bahawa Reza sudah pergi meninggalkan rumah ini. Kaki aku mula melangkah ke bilik untuk mengambil kunci kereta untuk mencari Reza.

Tiba di ruang parkir di bawah, aku segera masuk ke dalam kereta lalu membawanya pergi ke luar. Aku hanya memikirkan Reza saja pada saat ini dan cuba untuk berfikir ke mana Reza menghilangkan diri. Apa yang aku tahu, Reza seperti aku yang yatim piatu.

Lampu isyarat di hadapan itu juga aku langgar. Aku melajukan kereta keluar daripada kawasan ini. Di simpang hadapan, aku membelok lalu terus memandu ke arah kawasan perumahan Zizi. Di situ, tiada sesiapa melainkan bunyi salakan anjing-anjing liar. Mata aku cuba mengerling ke arah rumah Zizi yang gelap. Tanpa berlengah, aku teruskan mencari Reza lagi.

Tepat pukul 4 pagi, aku menghentikan kereta di tepi jalan sambil menghayati muzik jazz yang diputar oleh radio. Mata aku mula terasa silau saat ada sebuah kereta yang semakin menghampiri. Kereta itu bergerak laju melintasi pandangan aku. Aku dapat merasakan kereta tadi itu kereta Myvi sama seperti kereta Reza. Tanpa berlengah, aku terus mengekori kereta tadi dari jarak jauh.

Myvi di hadapan itu keluar ke highway menuju ke suatu tempat yang aku juga tidak dapat menekanya. Aku terus memandu sehingga masuk ke dalam kawasan hospital. Benar, itu Reza. Dia bergegas keluar daripada keretanya dan masuk ke pintu utama. Pada malam, suasana hospital tidak sesibuk siang. Tiada kawalan yang ketat di dalamnya. Hanya ada jururawat yang melayan matanya.

Aku juga terus keluar dan mengekori Reza daripada belakang. Perlahan-lahan aku terus mengikutinya masuk ke dalam wad wanita. Di situ, aku bersembunyi di dalam stor yang menempatkan barang-barang hospital. Mata aku memerhati Reza masuk ke dalam salah satu bilik dan membawa keluar seorang budak perempuan.

"Dina?!" soal aku sendiri. Reza terus mendukung Dina pergi dan menghampiri lif. Aku juga keluar daripada bilik stor dan menuju ke lif sebelah. Tidak sampai seminit, pintu lif terbuka dengan sendiri dan aku segera masuk ke dalam.

Pintu lif terbuka, aku terus mencari keberadaan Reza di luar. Aku melihat Myvi itu perlahan-lahan meninggalkan kawasan hospital ini. Aku juga segera mendapatkan kereta yangdiparkir tidak jauh lalu mengekori Reza semula. Aku mahu tahu, di mana Reza menyembunyikan Dina. Aku harus mendapatkan budak perempuan itu semula.

**

Kepala aku terasa sedikit sakit teringatkan kejadian semalam. Wajah Batrisya berada di ingatan begitu juga Juliana. Adakah benar Batrisya anak kepada Juliana? Atau sebenarnya tidak?

Kejadian 10 tahun dahulu tiba-tiba berada di dalam ingatan. Aku menyesal kerana tidak dapat melenyapkan Ju dahulu. Rasa kesal tersemat di dalam hati.

Mata aku menjeling ke arah jam di radio. Hampir pukul 6 petang. Bunyi loceng berbunyi dan kesemua murid berlari ke arah pagar.

Aku keluar daripada kereta dan mencari kelibat Batrisya. Rupa-rupanya dia berada di bus stop tempoh hari. Dia sedang duduk sambil memerhati sekeliling. Kaki aku melangkah mendekati Batrisya yang sedang bersendirian.

"Batrisya?" Sapa aku.

"Abang? Bat rindu dekat abang tau," kata Batrisya. Aku terus duduk di sebelahnya.

"Abang minta maaf hari tu abang hilang terus, abang ade hal," terang aku padanya.

"Patutlah Bat tak nampak abang dengan kawan abang tu!" Balasnya. Aku mengusap kepala kecilnya.

"Siapa jemput Bat ni? Mama ke?" Soal aku untuk kepastian.

"Pagi tadi, mama kata abang Reza jemput Bat. Abang Reza duduk dekat rumah," terang Bat. Serta - merta wajahku berubah. Ada perasaan risau di dalam diriku melihat Batrisya. Perasaan sayang juga sedang bercampur-baur.

"Bat, abang Reza tu buat ape kat rumah mama Bat?" Soal aku.

"Mama kata abang Reza duduk dengan kami sekejap. Dia nak cari rumah lain," terangnya.

"Abang Reza ade buat jahat tak dengan Bat?" Soal aku lagi.

"Abang Reza baik sangat! Pagi tadi, dia peluk mama Bat. Mama gembiraaa..." terangnya. Lidah aku kelu. Imej Juliana muncul di minda. Jika Reza itu seorang pedofilia, mengapa dia mempunyai hubungan dengan Ju? Apa yang Reza mahukan sebenarnya? Adakah Batrisya selamat tinggal di rumah itu? Aku masih tertanya-tanya.

"Apa pun, abang nak nasihat dekat Bat supaya hati-hati," kata aku lalu mengusap rambut Bat yang terikat. Wajah budak perempuan itu aku amatinya.

"Tu kereta abang Reza!" Tunjuk Bat ke arah Myvi ungu yang tidak jauh dari sini. Aku terus bangun dan berlari masuk ke dalam kereta. Aku tidak mahu Reza melihat kehadiran diri aku di sini.

Mata aku memerhati Reza menyambut Batrisya. Perasaan risau tadi kembali mendekati diri. Batrisya masuk ke dalam kereta Reza. Imej kanak-kanak mati muncul di dalam kepala aku.

Aku menahan kegeraman. Tangan aku menggenggam stereng kereta. Aku mengetap bibir sambil memerhati Myvi ungu tadi hilang dari pandanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience