BAB 32

Horror & Thriller Completed 1998

"Adam???" soal Dina. "Adam bangunlah..." kata Dina perlahan.

Kelopak mata Adam dibuka perlahan-lahan. Dia mengamati keadaan sekeliling dengan kepalanya yang masih lagi sakit. Dia berpaling ke arah Dina dan tergamam.

"Dii...na..???" soal Adam.

"Ye ni Dina, kita kena keluar dari sini..." balas Dina. Masing-masing terikat dengan tali di dalam sebuah bilik kecil yang entah di mana.

"Semua ni Reza yang buat kan?!" soal Adam.

"Ye kawan Kak Zizi, Reza... Aku tak sanggup lagi duduk dekat sini..." terang Dina. Air mata yang ditahan jatuh juga. Adam berasa sebak melihat keadaan Dina yang semakin cengkung dan tidak bermaya. Adam memandang keadaan bilik dan mencari tempat untuk melarikan diri.

"Tolong buka tali ni cepat!" arah Adam lalu berpusing. Dina dengan kelam kabut cuba melonggarkan ikatan tali di belakang Adam.

"Susah sangat!" kata Dina.

"Cuba lagilah!" balas Adam dengan tegas.  Dina sedaya upaya cuba melepaskan ikatan itu.

"Sudah sudah!!!" kata Dina dengan teruja. Tali pada tubuh Adam terus longgar lalu dia cuba melepaskan ikatan pada Dina pula.

Mereka berdua bangun dan menghampiri pintu. Adam berkali-kali memusingkan tombol namun berkunci dari luar. Adam cuba merempuh pintu itu berkali-kali.

BAM! BAM! BAM!

"Adam! Ada bunyi kereta Reza datang!" kata Dina.

"Ambil tali tadi balik ikat balik diri kau," arah Adam. Mereka berdua kembali duduk di tempat tadi dan cuba melilitkan diri dengan tali.

Bunyi tapak kasut semakin menghampiri bilik mereka. Tombol pintu dipulas daripada luar dan pintu ditolak dengan kasar.

BAM! Reza masuk ke dalam dan menghampiri mereka berdua. Adam cuba memerhati sekeliling bilik untuk mencari senjata yang boleh digunakan.

"Sudah bangun ke Dam?" soal Reza. Dia memerhati wajah Adam lalu mengeluarkan kotak rokoknya.

"Jadi, kaulah pembunuh perempuan dan budak-budak semua tu?!" soal Adam.

"Mungkin..." balas Reza.

"Kau memang gila Reza, pelakon terbaik abad ni!" puji Adam.

"Kau buat lawak ke? Aku tak rasa lawak pun..." balas Reza lalu memijak kaki Adam. Adam mengetap bibir menahan pijakan Reza. "Kau Dina, kena terus bekerja untuk aku..." sengih Reza. Adam hairan lalu memandang Dina.

"Lelaki gila!" kata Dina.

"Ye aku gila! Nafsu aku menggila tengok kau Dina!" bisik Reza.

Adam melonggarkan kembali tali pada tubuhnya. Dia perlahan-lahan cuba bangun lalu menumbuk muka Reza.

BUKKK! Reza jatuh tersembam di atas lantai. Dina dengan pantas melonggarkan ikatannya juga. Adam melompat ke arah Reza dan pantas menumbuk wajah Reza berkali-kali sehingga dia lemah.

"Adam lari!!!" jerit Dina. Adam pantas berlari ke arah Dina dan beredar daripada bilik itu. Mereka ke pintu hadapan. Dina memulas tombol berkali-kali.

"Berkunci tersangkut errr tak tahulah!" kata Dina dengan nada suaranya terketar-ketar.

"Cuba cari pintu lain dalam rumah ni..." kata Adam lalu cuba membuka pintu itu juga. Dina berlari ke arah dapur untuk mencari jalan keluar.

PUKKK!!! Adam rebah ke lantai. Reza menghayunkan lagi kayu yang dipegangnya ke kepala Adam.

PUKKK! PUKKK! PUKKKKKK!!!

Kayu yang dipegangnya dicampak ke tepi. Reza puas melihat kepala Adam yang penuh dengan darah. Dia yakin lelaki itu sudah mati lalu beredar mendapatkan Dina.

"Dina!!!" panggil Reza. Dia berjalan dengan laju ke arah dapur mencari budak perempuan itu. "Kau jangan ingat boleh berambus dari sini!" jerit Reza.

Dia ternampak kelibat Dina berlari ke arah pintu dapur. Reza juga pantas berlari menangkap Dina.

"Arrggghhhhh!!!" jerit Dina saat melihat Reza merapatinya. Dia cuba memukul tubuh Reza dengan sepenuh tenaga.

"Diam sayanggg..." kata Reza sambil menunjuk isyarat diam pada bibirnya. Dia pantas memeluk tubuh Dina dan mengangkatnya masuk ke dalam bilik.

Reza menolak Dina ke lantai lalu mengunci pintu bilik. Dina terus merangkak ke sudut bilik untuk melarikan diri. Dia menangis ketakutan. Tangannya menggigil dan berasa seperti mahu pengsan.

Mata Reza memerhati gelagat Dina yang cuba melarikan dirinya. Dia juga merangkak mengejar Dina dan menarik kaki Dina merapati dirinya. Dina memejam matanya sambil meronta-ronta.

"Lepas lepas aku!!! Arghhh tolong!!!" jerit Dina sekuat hati.

"Kau jeritlah puas-puas bukan ade sape dengar pun..." bisik Reza.

"Aku taknak!!!" jerit Dina.

"Ade kau dengan aku je sekarang ni sayaanggg..." bisik Reza lalu mencium pipi Dina. Dina menolak muka Reza dengan kasar.

PAP!!! Satu tamparan hinggap pada pipi Dina. Dia hanya mampu menangis dan pasrah dengan apa yang akan terjadi.

**

REZA

Sejurus masuk ke dalam rumah, mata aku memerhati Bazli yang tertidur di atas sofa. Aku mencapai remote lalu menutup televisyen yang terpasang. Terfikir juga, sejak bila Bazli mudah tertidur di ruang tamu.

Aku melangkah ke bilik Bazli yang tidak berkunci. Pintunya aku tolak dan masuk ke dalam bilik itu. Tiada apa yang mencurigakan selain daripada skrin monitor yang terpasang. Aku mendekati komputer di atas meja lalu menggerakkan tetikus.

Mata aku membaca satu persatu kes kanak-kanak hilang di dalam sebuah blog. Baru aku tahu selama ini Bazli sudah menghidu perbuatan aku. Aku tahu, lelaki itu berpura-pura tidak tahu apa-apa mengenai hal ini.

"Ape yang kau buat dekat komputer aku?" soal Bazli yang muncul di muka pintu. Aku menghentikan gerakan tetikus lalu berpaling ke arahnya.

"Saje nak google something," balas aku.

"Keluar..." arah Bazli. Aku terpaksa akur dan melangkah keluar sambil merenung mata Bazli.

Aku bergerak ke arah bilik. Pintu bilik dikunci dan dengan pantas aku berbaring di atas katil yang agak bersepah dengan baju kotor. Tiada apa yang ada difikiran aku selain daripada artikel blog tadi. Adam sudah mati dan tiada sesiapa yang akan mencurigai perbuatan aku selepas ini. Hanya Bazli, orang yang duduk serumah dengan aku ketika ini. Aku perlu menghapuskan Bazli dengan secepat mungkin.

"Reza?" panggil Bazli di luar. Aku terbangun dan terus menuju ke pintu bilik.

"Ye apehal?" soal aku pula selepas membuka pintu bilik.

"Tadi aku ade beli mee goreng nanti kau makanlah," terang Bazli. Dia tidak memandang tepat ke arah mata tetapi tepat pada kesan kotoran yang ada pada t-shirt aku.

"Kau pandang ape?" soal aku.

"Takde ape," balasnya lalu meninggalkan aku. Aku terus keluar daripada bilik dan menuju ke meja makan. Benar, ada mee goreng yang masih berbungkus. Aku memang sedang lapar dan terus menjamah mee goreng itu.

"Selera kau makan," tegur Bazli lalu duduk di sebelah aku. Aku terus mengunyah mee goreng di dalam mulut tanpa memandangnya. "Kalau aku letak racun macam mana ye?"

Kunyahan aku terus berhenti serta-merta. Mata aku merenung Bazli sedalam-dalam mungkin.

"Aku gurau je," kata Bazli lalu bangun beredar ke dapur. Entah mengapa selera aku hilang setelah mendengar perkataan 'racun' tadi. Lelaki gila itu pasti ada agenda lain untuk mengenakan aku.

**

Awal pagi lagi aku sudah keluar untuk menjenguk keadaan Dina. Aku berharap dia tidak mati kepanasan di dalam stor rumah itu. Tangan aku pantas mengeluarkan kunci rumah lalu membuka pintu itu. Kaki aku melangkah laju ke arah tingkat atas untuk ke bilik kurungan Dina. Pintu bilik dibuka.

Bilik ini dahulunya bilik aku. Di dalamnya ada sebuah stor yang sempit tempat aku menyimpan peralatan sukan dahulu. Kini semuanya berubah, selepas kejadian kemalangan meragut kesemua nyawa keluargaku, aku terus berpindah keluar dan menyewa bersama Bazli. Aku terlalu sunyi.

Pintu bilik dibuka dan aku pantas mendekati stor lalu membukanya. Dina memandang aku lemah dan seakan-akan merayu untuk aku melepaskannya.

"Maafkan saya Dina..." kata aku lalu mengangkatnya ke katil. Dia terlalu lemah dan tidak mampu untuk berkata-kata. Aku pantas melepaskan ikatan pada tangan dan kakinya. Dina terbaring lemah seperti tidak mampu untuk bergerak.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" soal Dina. Dia memandang tepat ke arah mata aku.

"Sayaaa...Saya sayangkan awak..." balas aku.

"Saya sakit...sakit sangat..." kata Dina.

"Ye saya tahu awak sakit sebab saya..." balas aku lalu memeluk Dina dengan erat. Dina memejam matanya. Aku pantas mengangkat tubuh Dina lalu membawanya turun ke kereta. Aku harus membawanya ke hospital sekarang.

Aku membawa kereta meninggalkan kawasan perumahan itu menuju ke hospital berdekatan. Berkali-kali aku menjeling ke arah Dina yang tidak sedarkan diri. Aku berharap Dina hanya tertidur kerana keletihan. Bukan mati.

Sejak bila Dina sakit begini? Itu menjadi pertanyaan aku setiap kali berpaling ke arahnya. Badannya cengkung manakala mukanya penuh kesan lebam. Adakah aku yang membuatnya begitu? Adakah aku kejam?

Banyak lagi perkara yang aku harus selesaikan selepas ini. Mengenai Zizi, aku tolak tepi dulu. Aku harus hapuskan Bazli secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience