bab 23

Romance Series 3712

SEGAR tubuhnya apabila membiarkan kulitnya basah dibawah pancuran air, hilang segala keletihan yang melanda dirinya ketika ini. Seusai membilas diri dia melangkah keluar dari kamar mandi sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.

Derap langkahnya diatur ke kamarnya lalu dia menghampiri telefon bimbitnya yang sudah menjerit lantang dari tadi.

Tanpa melihat nama pada skrin, Una sudah boleh mengagak siapa pemanggilnya. Telefon bimbitnya dicapai dan skrin telefonnya direnung malas. Benar tekaannya. Lambat-lambat ikon berwarna hijau digesek, kemudian dirapatkan ke cuping telinganya.

Una: Hello..

Hanafi: Una..?Thank god! Finally awak angkat jugak panggilan dari saya.

Suara Hanafi begitu cemas saat ini dari hujung talian.

Una: erm..busy sikit. Ni awak nak apa?

Soal Una sambil melabuhkan punggungnya di atas katil. Tangannya masih lincah menggosok-gosok rambut lembabnya.

Sejurus itu kedengaran hembusan nafas menampar gagang.

Hanafi: Puas saya call dengan mesej awak. Satu pun awak tak jawab. Awak okay tak ni?

Una: saya okay Hanafi. Cuma saya perlukan ruang untuk saya berfikir.

Hanafi: Fine..saya faham awak nak ambil masa untuk berfikir, tapi at least jawablah mesej saya daripada awak hilang terus. Saya setengah mati risaukan awak..

Tutur Hanafi dengan nada sedikit keras. Lelaki itu berjeda sebentar untuk mengambil nafas.

Hanafi: jadi..macam mana? Awak dah ada jawapan?

Una: saya terima pinangan awak demi menjaga perasaan keluarga awak dan saya. Saya dah serah semuanya pada parent saya.

Kata-katanya membuatkan Hanafi terdiam seketika. Barangkali dia agak terluka dengan jawapan Una. Great. Memang itu yang dimahukan oleh Una ketika ini.

Hanafi: Una..are you mad at me..?

Una tertawa sinis. Marah? Rasa itu sudah mati dalam dirinya. Semakin dewasa, dia mula faham, sebuah perkahwinan kadang kala perlu dibina demi menjaga perasaan orang lain. Yang tinggal hanya tanggungjawab.

Hanafi: Una..lets meet. Mungkin kita boleh berbincang. Suara awak Nampak tak ada semangat.

Una: Tak ada apa nak dibincangkan Hanafi..you already got what you want..

Hanafi: Got what I want? Seriously Una? We need to talk.

Hanafi bersuara tegas dalam masa yang sama begitu lirih.

Una: Tak ada apa yang nak dibincangkan Hanafi. Lagipun saya letih dan saya nak rehat. Saya nak rehat. Please stop pushing me..kalau awak teruskan sikap memaksa awak ni..I.WILL..CANCEL IT.

Ugutnya.Ditekan satu per satu perkataan dengan oktaf rendah.

Hanafi: Una...

Una: Assalamualaikum..

Pantas talian diputuskan lalu keluhan berat dilepaskan.

PAGI Isnin kembali lagi. Kali ini dia terasa begitu malas hendak beredar ke tempat kerja, lantaran kepalanya kusut memikirkan tidak lama lagi dia bakal bertukar status. Setiap kali memikirkan hal itu, batinnya menjerit.

" Mak..Una.." mulutnya terhenti melaung mak dan ayahnya tatkala matanya tertancap pada kereta milik Hanafi yang diparkir di depan rumahnya. Spontan dia mengetap gigi.

Puan Zanariah mendekati anak gadisnya yang kelihatan masih tercegat di ambang pintu. Dia turun menjengah pada arah yang sama. Bibirnya terus mengulum senyuman lalu dia menyigung lengan Una.

"Wah..wah..prince charming adik dah tunggu. Kenapa tak panggil dia masuk?"

Una merengus. " Adik pun baru nampak dia. Nak ajak macam mana."

Serentak itu Hanafi memboloskan diri dari perut kereta dan mendekati pagar rumah. Terkocoh-kocoh Puan Zanariah menuju pagar rumah lalu dibuka bagi member laluan kepada 'bakal menantunya' itu.

"Assalamualaikum mak cik. Minta maaf ganggu pagi-pagi ni." Sapa Hanafi saat berdepan dengan bakal mertuanya itu.

"Waalaikumussalam. Kenapa tak bagi salam. Kalau tak boleh jugak mak cik pelawa Nafi breakfast sama-sama dengan kami." Sela Puan Zanariah dengan girang.

"Tak apa mak cik. Lagipun saya dah breakfast dah. Ni pun cuma nak jemput Una." Bidasnya lembut.

"Jemput? Kenapa pulak? Kereta saya tak rosak." Una mencelah dengan wajah masam mencuka. Satu cubitan berbisa singgah di lengannya. Pantas dia menoleh pada maknya yang masih tersenyum namun anak mata wanita mencerun tajam padanya. Ah..pedulikan!

" Jangan mengada Una. Orang dah susah-susah nak jemput jangan tolak."Arah Puan Zanariah dengan suara memberi amaran.

"Yelah..yelah..adik nak pergilah ni.." rungut Una kemudian melangkah keras dan menyinggul bahu Hanafi, sebagai salah satu langkah memprotes tindakan lelaki tersebut.Tindakan Una disambut tawa kecil Hanafi.

"Maaflah Hanafi..Una tu kalau hari Isnin moody sikit."

"Tak apa mak cik. Saya dah biasa. Kalau macam tu saya minta diri dululah, nak hantar Una pergi kerja. Mak cik kirim salam pada pak cik ya." Tutur Hanafi.

"Ha drive elok-elok ya. Kalau ada masa nanti Hanafi datang rumah ya. Boleh mak cik masakkan untuk hanafi." Pelawa Puan Zanariah.

"Insyaallah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Ujar Hanafi kemudian mengorak langkah ke keretanya, meninggalkan Puan Zanariah.

Hon di tekan berserta lambaian diberikan kepada Puan Zanariah sebelum kenderaan pacuan empat rodanya meluncur keluar dari perkarangan rumah.

PUAN ZANARIAH tersenyum tenang. Terasa batu yang membebani fikirannya selama ini seakan hilang. Naluri keiibuannya yakin Hanafi lelaki yang tepat yang dapat menjaga anak gadisnya itu sama seperti mereka. Tambahan pula, bakal menantunya itu seorang doktor, pasti dia mampu mengendalikan keadaan Una tatkala penyakit aneh tersebut menyerang kembali.

"Senyum kenapa tu?"

"Astagfirullahalazim..! Abang ni terkejut saya tau." Lantas telapak tangannya mengurut dada. Tiba-tiba saja suaminya itu muncul disebelahnya. Entah sejak bila suaminya berada di situ.

"Adik tak bawa kereta dia ke?" Haji Lokman melirik pada kereta Myvi milik Una yang masih tersadai di luar rumah lalu pandangannya dituntas ke wajah isterinya.

"Iyelah. Bakal menantu awak yang datang jemput adik tadi. Tapi dia nak cepat. Ha dia kirim salam pada abang." Ujar Puan Zanariah sambil berpeluk tubuh.

"Suka betul awak dengan budak tu ya... tak tengok ke muka adik tu macam mana." Keluh Haji Lokman.

"Eh abang ni. hari tu dia juga yang nak tentukan sendiri. Ni cakap saya pula.Peliklah abang ni. Abang tak suka ke?"

Haji Lokman sekadar berdehem dan beredar masuk ke dalam rumah kembali. Malas hendak bertikam lidah dengan sang isteri. Ada saja kata-katanya dibidas nanti.

PERJALANAN 15 minit ke tempat kerja terasa begitu lama. Jarum jam yang berdetik terasa begitu lambat menggerakkan jarumnya dari minit ke minit yang lain. Pandangannya ditebar ke luar jendela, dia lebih selesa menuntaskan matanya pada permandangan sebelah kirinya. Lantaran dia malas hendak menatap wajah yang menyebalkan hatinya itu.

"Diam je awak." Suara Hanafi memecah kesunyian antara mereka. Una tidak menyahut.

"Una..i know awak tak nak saya kacau awak sebelum majlis kita berlansung.." Keluh Hanafi.

"Dah tahu lagi nak buat? Awak memang saja nak naikkan darah saya kan?" tempik Una tanpa memandang.

" Tak apa..marahlah una. Lepaskan apa yang terbuku dalam hati awak. Saya sanggup dengar. Awak nak maki saya pun makilah." Ujar Hanafi tenang.

"Apa masalah awak sebenarnya ye? Kita baru je jumpa, tapi awak tak habis-habis push saya macam saya ni milik awak." Una memulakan buah bicaranya. Pandangannya kini mula tertancap pada sisi wajah Hanafi.

Tanpa disangka Hanafi sekadar tersenyum, kata-kata Una tidak menjentik amarahnya walau sekelumit.

" Lambat laun awak akan jadi milik saya. Tinggal sebulan je lagi."

"What?! Kenapa cepat sangat? Mak ayah saya tak pernah cakap pun..!" Sanggah Una. Bibirnya diketap geram.

" Tulah awak...parent bincang tak nak dengar. Nak berkurung dalam bilik. Ha last-last tarikh nikah sendiri pun tak tahu. Lagipun saya jemput awak hari ni pun memang niat saya nak beritahu awak fasal majlis kita."

Sedas tembakan padu dirasakan menghentam dirinya. Kata-kata Hanafi lembut namun sangat sinis.

"Yelah siapa yang expect, hari ni beritahu setuju, hari tu jugak dah tetap tarikh. Persiapan apa pun tak buat lagi. Dokumen, kursus, semua tak buat lagi. Awak dah tak betul agaknya. Ingat nak kahwin macam main pondok-pondok ke?" bebelnya.

Sikap maknya dirasakan menurun padanya pula. Jika dulu, dia begitu berat mulut untuk berbual, dunianya hanya melukis, membaca, dan menonton televisyen. Berbeza dengan Kak Ngahnya yang jelas mewarisi sikap membebel maknya. Tapi kini Hanafi membuatkan personality pendiamnya berubah 360 darjah.

" Finally membebel jugak awak ye Una. Saya ni memang dah gila..gilakan awak." Selamba usikan itu dilemparkan,membuatkan wajah Una berubah rona.

" Awak ingat lawak ke?" Una memalingkan wajah ke depan sambil memuncungkan mulutnya, menahan rasa malu tatkala diusik dengan usikan nakal tersebut.

" tak elok marah-marah..nanti cepat tua tau." Semakin galak Hanafi mengusik.

"Biarlah saya cepat tua. Bukan urusan awak." Bidas Una keras. Wajah masam mencukanya mengiringi setiap minit yang berjalan.

" Lepas kahwin nanti tak elok masam muka macam ni dengan suami. Berdosa. Banyakkan senyum tau." Arah Hanafi berserta kenyitan mata berserta sengihan nakal. Pantas Una mendengus dan memeluk tubuhnya kasar.

" Dahlah..! Cepat drive. Saya banyak kerja nak buat." Cepat-cepat topik diubah. Semakin dilayan semakin menjadi usikan nakal Hanafi ini berleluasa.

" Balik ni kita test baju pengantin dekat butik mama..mama nak buat sendiri baju pengantin kita." Suara Hanafi kedengaran lembut di peluput telinganya.

"Yelah..yelah..balik nanti jelah sambung borak. Saya nak cepat ni." bidas Una.

Biarpun lembut penyampaian Hanafi, namun topic tersebut nyata membuatkan hati Una gundah gelana. Setiap kali topic perkahwinan meniti dibibir keluarganya dan Hanafi atau sesiapa saja, semangatnya terus runtuh kerana tidak pernah terlintas dalam fikirannya bakal berkahwin dengan seseorang yang tidak dicintainya.

" Okay." Balas Hanafi kemudian menutup mulutnya. Dia tidak mahu menambah keruh dalam suasana yang tersedia keruh itu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience