bab 10

Romance Series 3712

BAU darah..hanyir...busuk.. dan meloyakan tekaknya. Matanya meneroka setiap pelosok tempat itu. Mencari ruang udara untuk bernafas. Suasana gelap yang hanya ditemani sedikit cahaya menyukarkan dirinya melihat sesuatu dari jarak yang jauh. Air matanya tidak henti-henti membasahi pipinya, wajah yang sudah comot dan tubuhnya yang berlengas menambah ketidakselesaan dirinya.

"Tolong..."

"Sesiapa..."

"Tolong..."

Suaranya serak dan semakin lemah. Tangannya perit diikat dengan dawai hingga melukakan pergelangan tangannya. Sehingga kini dia tidak tahu asbab dia menjadi sasaran kepada manusia psiko ini.

Ruang gudang yang gelap dan sunyi itu disajikan dengan bunyi pintu dibuka, seraya dia mengecilkan matanya, berusaha melihat individu tersebut. Semakin hampir semakin kuat bunyi penyodok diseret di atas permukaan lantai gudang yang berpasir. Perasaan takut kembali menghantuinya, jantungnya begitu berdebar-debar memikirkan apa yang bakal berlaku.

"T..tolong...j..jangan ap..apakan aku atau dia."  Katanya sambil melirik pada tubuh yang terbaring lemah di sebelahnya. Individu itu berhenti di depannya lalu mencangkung sambil mengelus pipinya. Kedengaran tawa kecil bertamu dari si psiko yang mengenakan topeng itu

" Don't be scare..chill..takkan lama. Sekejap je." Tutur suara itu lembut tapi sinis.
Sukar untuk memastikan suara tersebut perempuan atau lelaki, gerak tubuhnya juga sukar untuk dikenalpasti memandang dia memakai baju bersaiz agak besar. Ditambah suasana yang begitu gelap, menyukarkan lagi dia melihat wajah si psiko tersebut.

" Tolong jangan apa-apa kan dia. Bunuh saya tapi jangan sakitkan dia lagi...." air matanya mengalir lagi.

Air matanya diseka dengan tangan yang bersarung glove hitam itu. "Shuss...jangan menangis...sekejap je lagi awak berdua akan bebas...." ujar suara tersebut. Intonasinya begitu mengerikan. Dasar psikopath!

Sekali lagi dia menoleh pada tubuh yang terbaring di sisinya. Keadaan insan tersebut meruntun hatinya. Tubuhnya kini turut sudah tidak bermaya dan nyawanya bagai dihujung tanduk.

" jangan risau aku takkan bunuh dia atau kau...tapi aku nak satu benda je..."

Dia mengangkat tampangnya, menanti apa yang dimahukan insan di depannya ini.

"JANTUNG"

RAMBUTNYA yang basah dikeringkan dengan tuala kecil, tubuhnya yang masih basah dibiarkan kering sendiri, sambil kakinya diatur melangkah menuju ruang tamu. Bibirnya mengulum senyuman, tatkala memori siang tadi terimbas kembali.

"tolong apa?" gadis manis itu menyoal. Pancaran mentari petang dari ufuk langit, membuatkan gadis mengerdipkan mata berulang kali.
" Saya nak tahu detail pasal penyelia awak." balasnya. Kening gadis itu berkerut apabila mendengar permintaannya. Lantas kepalanya digaru, jelas ketidakselesaan gadis itu saat ini.

" Saya tak kenal encik..takkan saya nak bagi maklumat peribadi penyelia saya dekat encik. kalau encik perogol bersiri macam mana?"

"ha? perogol bersiri?" sejurus itu tawanya meledak. Jauh benar imaginasi gadis ini tersasar. " dik..kalau saya ni perogol bersiri takkan saya nak tegur awak dekat tempat awam macam ni? mesti saya dah bawa awak pergi tempat tersembunyi."

Air muka gadis itu ternyata bertambah takut, kakinya mengundur setapak, beg tottenya dipeluk kuat ke dada. Ah sudah...Hanafi meraup rambutnya kebelakang, memikirkan cara untuk meyakinkan niat baiknya. jelas terlukis pada wajah gadis ini, dia sedang ketakutan.

"okay..okay. saya Dr Hanafi. Doktor yang penyelia awak interview hari tu. ingat?"

saat itu anak mata Hani menerawang ke atas, mengingati nama tersebut. Dr Hanafi! melopong mulutnya memandang lelaki tinggi lampai dan bertubuh tegap itu.

"awak Dr Hanafi?" jari telunjuknya dituntas ke arah Hanafi.
" ye saya. tak percaya? nak saya tunjukkan kad?" soal Hanafi sambil menyeluk poket seluarnya,mengambil dompetnya.
Hani menggawangkan kedua-dua tapak tangannya ke kiri dan kanan. " eh tak payah..!tak payah..! saya percaya..!" bidasnya. Dia tidak sangka doktor pakar yang disebut-sebut ketika mesyuarat projek baru itu, rupa-rupanya lelaki di depannya. Sangat kacak! Tak boleh jadi ni! Dia mesti menyatukan dua pasangan ini. Sudah tiba masa pnyelianya membuka pintu hati pada lelaki.

"Okaylah saya boleh beritahu, tapi doktor janji tak beritahu kak Una yang saya yang inform semua ni. Janji?" Jari kelingkingnya di angkat.
Keletah Hani yang comel itu membuatkan Hanafi tercuit hati.
"Janji." Sambut hanafi, turut mengangkat jari kelingkingnya. Sejurus itu bibir Hani mengukir senyuman.

                    
ANAK mata Danny mencerlung pada wajah Maira. Sejak sampai di rumahnya, Maira tidak henti-henti meneguk minuman keras tersebut. Hingga keberadaannya di situ tidak dihiraukan oleh gadis itu.

Mujur penggambarannya habis awal, hingga dia terpaksa bergegas pulang semata-mata hendak menjemput gadis itu. Hasilnya? Dilayan seperti dinding.

Danny menarik kerusi meja makan yang berada di ruang apartmentnya dan duduk bersetentang dengan Maira. Apa yang membelenggu fikiran gadis itu hingga sebotol besar minuman keras hampir habis diminumnya.

" you ada masalah ke? Stop minum Maira, tak bagus untuk badan you.." tegurnya sambil cuba mengambil botol tersebut, namun Maira lebih pantas mengambil botol tersebut. Dia melepaskan rengusan.

Tatkala botol tersebut hendak diteguk lagi Danny menarik botol tersebut dari tangan gadis itu, menyebabkan Maira meronta-ronta mahukan air tersebut.

"Lepaslah...!!" Tempik Maira sambil menarik botol tersebut dari pegangan Danny.
"What's wrong with you?!" Kini kedua pergelangan tangan Maira dipegang kejap, botol minuman keras yang direntapnya sebentar tadi berguling atas karpet. Dia turut bengang dengan sikap Maira yang memperlakukannya seperti objek.
"Tell me mai..." oktafnya kedengaran perlahan, lebih kepada berbisik. Pandangan mereka berdua beradu buat seketika, sebelum maira menyebamkan mukanya pada dada danny.

Pergelangan tangan maira dilepas dan jatuh ke sisi tubuh gadis tersebut. Danny pantas membawa gadis itu ke dalam dakapannya.

" Please die for me Danny....its hurt me badly" ujar Maira dalam keadaan separa sedar. Sejurus mendengar kata-kata gadis itu Danny memejamkan matanya. Pelukannya dikemaskan.

" stop hurting yourself mai...you dah cukup menderita...tolong buang semua tu dari hidup you. Just stay with me.." rintih Danny dan mendakap gadis itu lebih erat.
Di ruang yang dipenuhi dengan bau alkohol itu, mereka berpelukan, mengisi kekosongan yang berada dalam hati mereka. Masa yang berjalan bagaikan terhenti, menghentikan keagresifan titik noda yang menambah kekotoran jiwa watak antagonis ini.

                            

TERASA selesa tubuhnya berbaring di atas katil seusai solat maghrib, hilang segala keletihan yang bermaharajalela pada tubuhnya. Lantas tangannya mencapai telefon bimbitnya. Lalu aplikasi webtoon dibuka.

Sekian lama dia menahan keiinginannya membaca komik disebabkan kekangan masa ditambah pula dengan sikap ketua departmentnya yang gemar mengambil kesempatan dengan menambah kerja saat akhir.

Belum separuh komik bertajuk Love Yoo itu dibaca, terpacul nama Hani pada skrin telefonnya. Nak apa pula dia ni malam-malam? Lantas jarinya menekan butang berwarna hijau dan dilekapkan pada telinga.

" Waalaikumussalam...ye Hana...eh Hani..." una menjelirkan lidahnya, sambil tertawa kecil,sengaja mengusik. Setelah seketika mendengar kata-kata Hani dari corong telefon, air mukanya berubah.

" eh awak okay tak ni Hani?" Una bingkas duduk bertinggung, wajahnya terlihat cemas.

"Okay sekarang awak kat mana?" Soalnya. Kakinya terus melangkah ke arah daun pintu dan menggapai sweater adidas berwarna kelabu yang disangkut pada penyangkut. Sebaik panggilan dimatikan, una bergegas keluar menuruni anak tangga.

" err mak ayah Una keluar kejap. Emergency!" Laung Una kepada Pn Zanariah dan Hj Lokman yang sedang duduk di meja makan. Pn zanariah bingkas bangun dan menerpa ke arah anak gadisnya

" dah malam ni. Bahaya." Ujar Pn Zanariah yang berdiri di tepi . Dia tidak mampu menyembunyikan kerisauan yang bermukim di jiwanya. Apa yang paling ditakuti, penyakit aneh anaknya itu kambuh.

"sekejap je mak. insyaallah jangan risau ye. lagipun dekat sini je." tuturnya sambil menyarung selipar jepun. dia menarik tangan Pn Zanariah dan menyalamnya dengan pantas sebelum beredar ke kereta myvinya.

dari ambang pintu, Pn zanariah memerhatikan kereta myvi milik anaknya bergerak keluar dari kawasan rumah. keluhannya dilepaskan. tiba-tiba bahunya dipaut, mendorongnya untuk menoleh. wajah suaminya dipandang.
Hj Lokman sekadar mengangguk.

"jangan risau..Allah ada.." ujar Hj Lokman dengan tenang.

KERETANYA diparkir berhampiran kafe berdasarkan lokasi yang diberikan oleh Hani. dengan pantas dia melangkah masuk ke kafe tersebut, tanpa mempedulikan penampilannya. matanya meliar mencari kelibat Hani dalam keramaian pengunjung di situ.

"Gotcha!" satu suara menyapa. sepantas kilat dia menoleh pada suara yang menyapanya dari belakang. terkebil-kebil matanya melihat lelaki tersebut.

" Doktor Hanafi.." nama tersebut meniti dibibirnya. Matanya tidak berkelip memandang jejaka yang mengenakan t shirt lengan panjang berwarna hijau lumut dan berseluar denim biru gelap itu.

Pada mulanya dia agak terpesona dengan aura yang dimiliki doktor tersebut, namun tatkala mindanya kembali waras, dia mula mempersoal kehadiran lelaki itu. matanya mencerlung pada Hanafi dengan tajam.

"Apa yang doktor... Wait?" Una tersedar sesuatu.  Renungannya dibalas dengan senyuman bersahaja oleh lelaki tersebut. Dari pandangan gadis itu, Hanafi sudah pun mengagak gadis itu berasa sangsi dengan pertemuan ini.

Ekor matanya melirik pada penampilan gadis itu, tercuit hatinya. Comel! Hanya mengenakan seluar tracksuit berwarna pink dan sweater besar berwarna kelabu, kakinya pula tersarung selipar jepun berwarna hitam. Jelas menunjukkan betapa tergesa-gesanya gadis ini selepas menerima panggilan dari Hani.

"Apa pandang-pandang?" Soal Una dengan wajah mencuka, tidak gemar diperhatikan sebegitu. Seakan meneroka setiap inci tubuhnya. Sangat tidak selesa. Serentak itu Una mencapai telefon bimbitnya yang diletak di dalam poket sweaternya, dia hendak menghubungi Hani. Belum sempat nombor telefon Hani didail, telefonnya dirampas.

Sekelip mata telefonnya berada di dalam poket seluar lelaki itu. Una merengus dan bercekak pinggang. Tangan kanannya di angkat. " bagi handphone saya." Pintanya.

" kalau saya tak nak?" Balas Hanafi dengan nada memerli. Una tertawa kecil, terasa dicabar oleh lelaki ini. Dia meniup keras anak rambut yang berjuntai di dahinya. "Dah gila ke? Malam-malam ajak keluar..dah tu guna budak saya pulak nak ajak keluar. Kalau ada benda nak bincang tak boleh direct call ke?" Soalnya lalu mengetap giginya.

" kalau saya tak buat macam ni awak lari lagi. Penat saya tunggu awak hari tu." Balas  Hanafi tanpa gerun dengan kata-kata gadis itu. Dia bukan si budak nerd yang lemah dulu, kini gilirannya untuk melindungi dan mempertahankan gadis tersebut.

" cepat bagi handphone saya." Ulang Una. Dia malas hendak bermain kata dengan lelaki ini. Tubuhnya masih dalam keletihan.

Hanafi menyilangkan kedua-dua tangannya kebelakang tubuh, kemudian membongkok sedikit, menyamakan aras matanya dengan gadis di depannya. Sedikit pun gadis tersebut tidak memberi respon, sebaliknya pandangan tajam gadis itu beradu dengan anak matanya.

"Makan dengan saya. Baru saya bagi handphone awak." Ujar Hanafi, menambah api pada bara di hati Una. Una mengetap bibir.

"Kalau tak nak saya tak pulangkan...so pilih." Hanafi menegakkan tubuhnya kembali, menunggu respon.

"Fine.." keluh Una. Tiada guna dia berdegil. " 10 minutes only." Ujarnya memberi syarat.

" nop. 1 hour." Jari telunjuknya dinaikkan. Terjegil biji mata Una mendengar permintaan lelaki tersebut. 1 jam! Dalam 1 jam dia terpaksa menghadap lelaki yang menyebalkan ini. Urgh! Semoga cepat pertemuan ini tamat. Dia mahu tidur dan menikmati waktu rehatnya tanpa gangguan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience