Bab 13

Romance Series 3712

JAM di dinding pejabat sudah menganjak jam 5 petang. Una meregangkan otot badannya yang sudah lesu, setelah seharian bergelut dengan kerja-kerja pengeditan yang tidak pernah habis. Mujur esok merupakan hari cuti, bolehlah dia merehatkan tulang empat keratnya ini sambil menghabiskan masa membaca komik webtoon. Mulutnya menyanyi kecil, tangannya pula lincah mengemas meja kerjanya ala kadar sebelum mengatur langkah keluar dari ruang pejabat.

Sedang beg tangannya digalas ke bahu, anak matanya melirik pada Hani. Dari ekor matanya kelihatan gadis comel itu sedang sakan bersolek di depan cermin kecil. Bibirnya tersenyum meleret. Datinglah tu. desis hati kecilnya.

" Akak balik dulu." tegur Una.

Hani berhenti menempel April skin pada wajahnya lalu memandang pada penyelianya.

" okay kak. Selamat bercuti...kalau ada berita baik jangan lupa inform sayaaaaa" kenyitan mata dilemparkan berserta senyuman nakal. Una sekadar mencebik.

Ah...malas nak fikir. Dia berlalu meninggalkan ruang pejabat yang kian lengang. Kakinya menapak keluar dari perkarangan pejabat dengan laju, dia tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Waktu begini,sudah tentu ramai orang berpusu-pusu pulang selepas seharian bekerja.

Tatkala pintu keretanya dibuka, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sebagai langkah keselamatan lantas dia melabuhkan punggungnya di tempat pemandu, pintu ditutup dan dikunci. Malang tidak berbau. Telefon bimbitnya yang disimpan di dalam poket seluar slacknya diseluk.

" siapa pulak ni..." omelnya sambil melihat skrin telefonnya. Omelannya terhenti tatkala pandangannya terpaku pada nama pemanggil itu.

" aduhai..nak apa lagi dia ni." Rengusnya kemudian menekan ikon hijau pada skrin dan mendekatkan pada cuping telinga.

'Hello...' ujar Una malas sambil tangannya lincah menghidupkan enjin kereta.

Kedengaran tawa kecil dari hujung talian.

'Penat sangat tu sampai suara macam tu...baru habis kerja ke?' Suara Hanafi menampar gegendang telinga. Anak matanya dijeling.

'Iye baru balik kerja. Doktor nak apa ya. Kalau ada apa-apa urusan tolong hubungi saya waktu ofis. ' arahnya tanpa berbasa basi.

'Jom dinner.' Pelawa Hanafi.

'No.'ringkas saja jawapannya.

' kalau macam tu tengok wayang?'

' tak minat..'

' tak pun kita pergi jalan-jalan?'

Una mengeluh. Lelaki ini seperti tidak mengenal erti putus asa. Ayat apa yang patut dipakai supaya lelaki ini berhenti berharap padanya.

'Saya tak nak...' stereng keretanya diketuk-ketuk perlahan.

'Doktor Hanafi tolong jangan call saya kalau bukan atas dasar kerja. Saya tak berminat.'Tuturnya dengan menekan gelaran doktor , supaya lelaki itu sedar bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja, tidak lebih dari itu.

'Noor..'

Sekali lagi nama itu disebut. Entah kenapa darahnya terasa menyirap, lantas dia menutup kelopak matanya, cuba menenangkan jiwanya yang meracau. Tangannya yang menggeletar digenggam.

' are you okay?" Suara dari corong telefon itu kedengaran risau.

Una menarik nafas dan membuka matanya. Bibirnya yang menggeletar terbuka sedikit seakan mahu meluahkan sesuatu.

'Okay..' balasnya ringkas. Tanpa ditahan, air matanya mengalir. Pilu menghambat sanubarinya. Kenapa kau menangis Una..kenapa kau rapuh? Bertahan Una! Bisik hati kecilnya. air matanya diseka dengan kasar.

' I think you not. Why are you crying?' Intonasi lelaki itu jelas menggambarkan kegusarannya.

' i'm okay. But please stop calling me Noor. Saya tak suka.' Pintanya dalam nada agak keras . Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan.

' Okay..saya akan berhenti panggil nama tu, tapi boleh tak kita jumpa? Saya nak bincang sesuatu dengan awak.' Sekali lagi lelaki itu memujuknya untuk bertemu.

' jawapan saya tetap sama doktor Hanafi..saya tak berminat untuk beri komitmen pada mana-mana hubungan. Jadi macam saya cakap semalam, tolong hormat keputusan saya. You deserve someone better...' tutur Una perlahan lalu mematikan talian.

TELEFONNYA diletak, kemudian tubuhnya disandar pada kerusi. Hanafi melepaskan keluhan, belum sempat dia berbual panjang, talian diputuskan. Padahal masih banyak perkara hendak dibincangkan dengan gadis itu. Layanan gadis itu berubah dingin selepas insiden semalam.

Tak cukup kacakkah? Tak cukup hebatkah? Jadi, mengapa Una menolaknya tanpa berfikir panjang? Sedangkan begitu ramai gadis yang rela menyerah diri kepadanya.

Dia membuang pandang pada kerjanya semula, melihat rekod-rekod pesakit bawah seliaannya. Meski wajah Una memenuhi akal mindanya saat ini, dia tetap menggagahkan diri untuk tampil fokus pada kerja.

'Dia pembunuh...!

Tangannya yang licah menggeser tetikus terhenti, dia mula bernafas laju, sambil matanya liar mencari-cari suara tersebut. Suara yang sama muncul dalam mimpinya sebelum ini. Kini suara tersebut boleh didengari tatkala dia berjaga. Spontan bulu tengkuknya meremang, dia menggosok tengkuknya, menghilangkan perasaan tersebut.

' tuntut bela nasib aku..!'

Hanafi lantas menutup telinganya yang terasa bingit akibat jeritan itu. Dia pantas melangkah keluar dari pejabatnya. Tentu orang lain turut mendengar jeritan yang sama. Sambil menekup kedua belah telinganya, hanafi menerobos keluar. Saat dia berdiri tepat di luar pejabatnya, dia tergamam dalam masa yang sama kebingungan.

"Mustahil..." tuturnya sambil memisat kelopak matanya berulang kali.

Bagai tidak percaya apa yang sedang dilihat dengan mata kasarnya itu. Ruang hospital kosong! Kosong! Bagai bangunan yang telah ditinggal lama.

Dia melangkah, derap kakinya kedengaran sangat jelas di kawasan yang kosong lagi menyeramkan itu. Peluh dingin mula keluar dari pori wajahnya. Adakah ini cuma halusinasinya saja. Tetapi mengapa dia merasakan suasana di sekeliling begitu realistik. Sawang, habuk, bangku pecah, semuanya kelihatan jelas di matanya.

Kedengaran rintihan seseorang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Mata tertancap pada sosok individu sedang terlungkup di atas lantai.

"Arghh.."dadanya terasa sedikit perit tatkala dia cuba menghampiri, spontan tangannya memegang dada.

Sekali lagi dia mendengar individu tersebut merintih. Hanafi menarik nafas, cuba memberanikan dirinya.

Matanya dikecilkan, cuba untuk melihat kelibat tersebut lebih jelas. Semakin dia menghampiri individu itu, semakin perit dadanya terasa. Apa yang dia mampu dilihatnya ketika ini, sosok tersebut seorang lelaki.

"Awak tak apa-apa?" Soal Hanafi sambil cuba membantu lelaki tersebut.

Tatkala tubuh lemah tersebut dipusingkan menjadi posisi menelentang, tidak semena-mena dia terasa mual melihat darah yang berlumuran pada baju lelaki tersebut. Mulutnya ditekup pantas.

Wajah individu tersebut pucat lesi dan tidak bermaya. Tubuhnya calar-balar seakan ditoreh dengan senjata tajam.

Lelaki itu memandangnya dengan pandangan sayu. Bibirnya yang pucat itu menggeletar, mutiara jernih mengalir dari tubir matanya. Sekoyong-koyong perasaan sebak menghentam jiwa Hanafi. Meski dia sendiri tidak mengerti, mengapa dia perlu berasa sebegitu.

'Tolong aku...' mulut lelaki itu tidak terbuka, apa yang didengarnya saat ini suara hati lelaki tersebut.

"kau nak aku tolong apa..? Kenapa kau selalu datang pada aku?" Soal Hanafi tersekat-sekat, cuba menahan perit pada dada kirinya.

'Sebab aku adalah kau...kau adalah aku...tolong bantu aku Hanafi..dia rampas semua nya dari aku..' rintih lelaki itu, sambil teresak-esak.

"Beritahu aku..aku kena tolong apa..?" Pintanya dengan suara yang semakin lemah.

Pandangannya mula berbalam-balam. Suara lelaki itu kedengaran sayup, dan suasana disekelilingnya terasa gelap secara tiba-tiba.

"DOKTOR...?doktor okay?" Kedengaran suara wanita menegur

Pandangan Hanafi semakin jelas. Dia mengerdipkan mata disebabkan cahaya terang lampu menerjah penglihatannya. Saat dia mulai sedar, dia sedang berdiri di tepi kaunter. Jururawat yang berada di kaunter tersebut terlihat risau dengan keadaan dirinya saat itu.

"S..saya okay..terima kasih.."

Jadi? Sebentar tadi halusinasi semata-mata?

Siapa dia sebenarnya?

Siapa yang membunuh lelaki itu?

Bertubi-tubi soalan datang padanya. Bibirnya beristigfar panjang, hanya Allah mampu menenangkan kemelut yang dihadapinya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience