Bab 4

Romance Series 3712

10 tahun kemudian

        Awal-awal pagi lagi dia sudah dihidangkan dengan lambakan kerja di atas mejanya. Una melepaskan keluhan, entah bila tugas editornya ini menemui titik noktah. Sudah 7 tahun dia menabur segala usaha dan buah fikirannya demi menjaga reputasi majalah yang sangat terkenal dalam kalangan wanita di Malaysia ini. Selama 7 tahun itulah dia bekerja tak ubah seperti zombi.

" morning cik Husna.." seorang gadis manis berbaju kurung menghampiri mejanya sambil meletakkan mug yang berisi koko panas di atas meja kerjanya.

"Owh thanks Hana.." ujar Una dan tersenyum kecil sebelum kembali menumpukan perhatian pada kerjanya.

"Hanilah cik Husna..selalu lupa tau." Rungut Hani. Sudah 2 bulan dia berada di bawah seliaan wanita tersebut, tidak pernah sekali pun namanya ditebak dengan tepat. Setiap hari jugalah dia mendapat nama yang  baru.

"Owh salah ke. Sorry." Tuturnya tanpa memandang wajah manis milik Hani. Bukan tugasnya untuk mengingati setiap manusia yang dijumpai. 

Hani menggelengkan kepalanya perlahan dan berlalu meninggalkan meja penyelianya itu. 

"ah lupa pula." Hani menghentikan langkahnya dan kembali ke meja Una. Una menoleh.

" ye ada apa?" 

" Mengenai kajian kesihatan wanita tu...saya dah email hasil kaji selidik pada cik Husna."

"oh really. thank you Hana..nanti saya check email." Una melepaskan nafas lega tatkala salah satu tugas 'last minute' pemberian ketuanya ini selesai.

" Haniiiiii" laung Hani dengan mulutnya dimuncungkan. Serta-merta Una mengekek tertawa melihat wajah cemberut pelajar praktikal tersebut. Lepas nama baru itu apa lagi yang bakal diberikan kepada gadis tersebut. Kiah? Timah? Kalsom? Nasib badan dapat penyelia ada penyakit amnesia macam Una ini.

" sorry..sorry..lepas ni kena pakai tanda nama macam kat sekolah la jawabnya." seloroh Una bersahaja. Hani masih menunjukkan wajah cemberutnya, kata maaf yang dituturkan oleh penyelia kesayangannya itu tidak dihiraukan.
Dalam rajuknya terdetik idea nakal membuatkan bibirnya tersenyum meleret. Matanya melirik nakal pada seraut wajah penyelianya yang selamba.

" Boleh tapi cik husna belanja lunch." cadang Hani.

Air liurnya ditelan membayangkan kedai burger bakar cheese meleleh yang baru dibuka berdekatan bangunan syarikat penerbitan mereka.

Sebagai pelajar praktikal,elaun seciput itulah yang perlu dijimat dan diguna dengan cermat. Tidak pernah terlintas ideanya untuk meminta duit daripada ayahnya walaupun Hani berasal dari keluarga berada. Biasiswa mara dan elaun praktikal itulah yang digunakan untuk menampung perbelanjaannya.

"aduh kalau setiap kali lupa kena belanja lunch boleh muflis saya." seloroh Una lagi.

" Okay tak nak maafkan cik Husna." protes Hani kemudian melangkah meninggalkan penyelianya yang sedang mentertawakannya.

" Lunch break kita pergi ya?" Laung Una membuatkan langkah Hani terhenti dan berpaling.

" Ni yang sayang dekat penyelianya tersayang ni. Okay segala kesalahan Cik Husna terbatal mulai saat ni."

Una menjungkitkan kening.

"Ada-ada jelah awak ni. Dah pergi buat kerja. Jangan malas-malas.nanti saya report dekat lecturer awak."

Kenyitan Mata nakal dihadiahkan kepadanya. Tergeleng-geleng kepala Una dengan sikap manja Hani itu. Setelah itu tumpuannya difokuskan semula pada kerja-kerja yang melambak di atas mejanya.

Sikapnya yang dianggap bersahaja itu membuatkan para pelajar praktikal di bawah seliaannya tidak canggung dengannya.

---------------------------------------------------------------------------------

'tolong aku..tolong bela nasib aku...' lelaki berlumuran darah itu merangkak dalam kesakitan mendekatinya.

'k..kau siapa? a..aku nak kena tolong apa?" hanafi bersuara tergagap-gagap. lelaki itu terlihat begitu menderita, matanya sentiasa basah dek air mata yang berjujuran jatuh.  

'BELA NASIB AKU..! DIA BUNUH AKU!' 

Hanafi terjaga dan bingkas duduk. dia meraup wajahnya. peluh membasahi dahinya diseka dengan belakang tangan. dia memegang dadanya yang terasa perit. Setiap kali mimpi itu bertandang, jantungnya perit bagai dikorek oleh seseorang dengan rakus sekali. dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghelakan kembali, cuba mengatur nafasnya.

Serentak itu telefon bimbitnya berbunyi, pantas dia mencapai kot putih yang disangkut pada kerusi yang berhampiran. Telefon bimbit yang tidak sampai setahun dipakainya itu didekatkan ke telinganya.

" hello.." sapanya sambil memisat kelopak matanya yang masih mengantuk. dia mendengar buat seketika kata-kata si pemanggil  dengan wajah serius setelah itu dia mengangguk faham.

"baik. saya pergi sekarang." tuturnya. mujur dia tidak memilih untuk pulang ke rumah, jika tidak sudah tentu mustahil buatnya untuk sampai ke hospital dalam tempoh yang singkat.

Hanafi menyarung kot putih ke tubuhnya semula, telefon bimbitnya diseluk ke dalam poket seluar slacknya. langkahnya diatur pantas menuju ke wad pediatrik yang berada di tingkat dua.

--------------------------------------------------------------------------------

" Apa?" biji mata Una hampir terjojol keluar tatkala menerima arahan dari ketuanya iaitu Tuan Marzuki.

" ish tak naklah tuan. saya banyak kerja." Una menolak mentah permintaan Tuan Marzuki.

"Alah tolonglah Una. lagipun awak pun sebahagian dari projek ni jugak kan.." ujar lelaki berusia 40an itu separuh merayu. 

"Tapi.." Una masih tidak pasti. Ketuanya ini sering membuatkan hidupnya tunggang terbalik, ada sahaja tugasan diberikan kepadanya. tidak cukup dia perlu bersengkang mata mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam segmen kesihatan wanita, kini dia pula terpaksa hadir sendiri menemubual doktor pakar tersebut.

" saya suka kerja awak Husna. awak cekap, pantas, efektif.."

" Kak Maria tak nak pergi kan?" Una memotong. wajah Tuan Marzuki jelas menunjukkan telahannya itu tepat. Una mengetap bibirnya, menahan geram.

" tapi kenapa? saya dah siapkan semua bahan. takkan nak pergi interview pun harapkan saya? Hish." rengus Una tanpa gentar dengan ketuanya.

 Dia sudah muak dengan sikap Tuan Marzuki yang berat sebelah itu. Segala kehendak Kak Maria dia akan akur, sedangkan kehendak pekerja lain diabaikan.

baginya hal personal tidak boleh dicampur aduk dengan kerja. bukan dia tidak tahu skandal  perhubungan di dalam departmentnya ini, cuma dia tidak mahu dicop sebagai 'bawang'.

" macam ni kalau Husna boleh buat, next day, saya bagi cuti rehat pada awak."

"encik marzuki..kalau saya dapat cuti pun..due untuk terbitan bulan depan dah dekat. mana boleh saya cuti. kesian student praktikal tu." 

Tuan Marzuki menggaru belakang kepalanya. dia sudah mati akal hendak memujuk pekerjanya ini. 

TING! idea hinggap di dalam otaknya.

bibirnya tersenyum meleret pada pekerjanya yang masih membatu di kerusi.

" Okay kalau macam tu..saya up bonus awak. 3 bulan gaji. macam mana?" 

terbeliak matanya mendengar kenaikan bonus yang ditawarkan itu. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum tanda setuju.

" okay boleh. tapi next time encik marzuki kena suruh Kak Maria handle bahagian dia sendiri. saya volunteer yang dipaksa rela tau." tutur Una, mengingatkan tindakan ketuanya yang sewenang-wenang meletakkan namanya di dalam projek baru ini. Ketuanya mengangguk sambil ketawa dibuat-buat.

"okay..okay. no next time. i promise." ujar ketuanya itu sambil mengangkat tangannya sebagai ikrar. Una tersenyum puas melihat wajah ketua miang keladinya itu, seperti ayam berak kapur. Baru jadi ketua department..kalau jadi CEO memang habis semua staf perempuan jadi mangsa.

**maaf kalau penulisan sy agak meleret. Hopefully dapat tunjuk ajar dari semua ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience