bab 9

Romance Series 3712

Puas dia membolak-balikkan tubuh badannya untuk melelapkan matanya,namun masih gagal. Sebaliknya matanya semakin segar-bugar. Dia tidak mampu melupakan wajah Una walau sesaat.

 Hanafi merengus dan bangkit. wajahnya diraup lalu keluhan berat dilepaskan. Matanya melirik pada jam yang terletak pada dinding kamarnya. Jarum jam sudah merangkak ke angka 2, suasana hening membuatkan nyanyian bunyi-bunyi kecil yang sukar didengari tatkala dunia beroperasi begitu jelas kedengaran ketika ini.

tolong..tolong..tolong!!!

Kejadian siang tadi menggamit memorinya. Kenapa Una meminta tolong? Adakah gadis tersebut ditimpa bahaya? Aneh sekali seakan ada telepati menghubungkan dirinya dengan Una. 

Lantas tangannya mencapai telefon bimbitnya, dengan selakan kecil, skrin layar IPhone mula bercahaya. Pantas dia mencari-cari nombor telefon gadis itu.

Nak telefon ke tak? dia teragak-agak untuk menekan punat panggilan tersebut.

'jangan Hanafi..dah pukul 2 pagi..manusia mana yang masih berjaga macam kau?' kata hatinya berbisik

Haish! telefonnya diletak di atas meja kecilnya, kemudian tubuhnya dibaringkan semula. memaksa matanya terpejam semula. Membuang semua tanggapan mengarut yang mengganggu ketenangannya

-------------------------------------------------------------------------------------

KAKINYA diatur ke kaunter pertanyaan, derap stilettonya kedengaran jelas di atas lantai hospital tersebut.Sebaik tiba di kaunter pertanyaan bibirnya yang dioles warna coral pink itu mula dibuka.

"Excuse me.." tutur Maira kepada salah seorang staff yang berada di kaunter tersebut. Jururawat yang begitu ralit dengan tugasnya di depan komputer mengalihkan pandangannya pada sapaan tersebut. Matanya kaku seketika pada wajah gadis itu. Cantiknya! desisnya.

" ah..ye miss. Boleh saya bantu?" Soal nurse tersebut dengan mesra.
" i'm looking for Dr. Hanafi. Dia ada ke?" Balas Maira.
" doktor Hanafi dekat wad pesakit. Boleh saya tahu cik ni siapa?" Soal jururawat tersebut cuba memastikan identiti gadis tersebut.

Maira tersenyum. " adik." Balasnya ringkas.

Nurse tersebut mengangguk.

 " saya cuba call doktor Hanafi dulu ye." tutur jururawat tersebut lalu mengangkat gagang telefon yang berhampiran dengannya. Jarinya menekan laju nombor telefon milik doktor tersebut lalu didekatkan pada cuping telinganya.

Tingkah laku jururawat tersebut diperhati dari ekor mata Maira.

"Hello..doktor Hanafi?"
" Doktor ada tetamu nak jumpa." ujar tersebut membalas sesuatu dari corong telefonnya.
" Dia kata dia adik doktor...ye perempuan.." bibirnya digigit sedikit.
" okay baik doktor." lantas telefon diletak, dan kembali memandang individu di depannya.

" Cik boleh masuk bilik dia dulu. sekejap lagi doktor sampai." ujar jururawat tersebut.
Maira mengangguk. " Terima kasih ya."  balas Maira kemudian berlalu meninggalkan kaunter.

" Adik cantik macam tu..tak hairan kenapa abang dia pun hensem." Tutur jururawat tersebut perlahan, kemudian kembali menyambung kerjanya.

LANGKAH Hanafi diatur longlai menuju ofisnya, sambil menolak pintu ofis tengkuknya diusap lembut. Meredakan tekanan kerja yang dihadapnya sehari suntuk.

Langkahnya terhenti apabila terlihat sosok wanita sedang duduk di depan meja kerjanya. Una? getusnya pantas.

Tatkala sosok itu menoleh, keterujaan yang baru terbina tidak semena-mena runtuh. Maira. Senyumannya terus pudar, Hanafi melangkah menuju ke mejanya tanpa mempedulikan kehadiran gadis itu.

" how mean! Dah seminggu Mai balik abang tak jenguk Mai pun.." rungut Maira kemudian berpeluk tubuh. Hanafi melabuhkan punggungnya kemudian menggerak-gerakan tetikus pada komputernya. Menyambung kerja yang tersisa.

"Busy..kau nak apa.." balas Hanafi tanpa memandang wajah wanita di depannya.

" Nothing..saja nak lawat abang sendiri...by the way you look different." ujar Maira sambil membelek penampilan lelaki itu. Masih segar dalam ingatannya,tubuh yang dahulunya kurus melidi, kini tegap, wajahnya yang polos sering disembunyikan dengan cemin mata tebal berubah sama sekali, ditambah pula dengan potongan rambut gaya Quiff  menyerlahkan aura maskulin padanya. sekali imbas tidak ubah seperti seorang model.

Hanafi mengalihkan pandangannya kepada gadis tersebut dengan pandangan kosong. 

" just straight to the point please. i've lot of work to do."  Hanafi kembali memandang skrin komputernya. Dia cuba bersikap profesional dan tidak terbawa-bawa dengan emosi.

"Jom teman Mai jalan..?"pinta gadis itu dengan wajah yang naif. Hanafi mengeluh. tak nampak ke orang kerja? gerutunya.
" Busy."
" Takpun malam ni jom kita family gathering? dah lama kita satu keluarga tak dinner sama-sama."cadang Maira lagi tanpa menghiraukan sikap dan layanan abang tirinya itu.

Keluarga? Hanafi tersenyum sinis. Layak ke dia mempunyai keluarga. Sejak kehadiran Maira dan Pak cik Alias dalam keluarganya yang hamoni itu, dia sama sekali hilang kasih sayang dan perhatian dari mamanya.

" Look Miss Maira..awak tak nampak saya sibuk ke? By the way regarding family gathering..don't ask me to join it. Never. So stop disturb me. Please get out." Arah Hanafi diiringi renungan tajam.

Maira menggenggam penumbuknya, cuba mengawal emosi yang mula terbakar. Kesabarannya dipijak-pijak oleh lelaki ini tanpa belas. Senyuman sinis diukirkan, dan matanya mencerlang tajam pada lelaki tersebut.

" You should know your limit dear.."

kata-kata yang dilempar sinis itu membuatkan fokus Hanafi pada kerjanya terhenti, dia mengetap giginya dengan kuat hingga menampakkan rahangnya bergerak-gerak.

Maira menarik beg tangannya hingga ke siku sambil tersenyum. "well baru ingat nak ajak makan-makan ke...em too bad.." keluh Maira berbaur sarkastik. Dia bangkit dari kerusi dan berdiri memandang wajah Hanafi dengan pandangan menjijikkan.

" Mama dan papa dah tanya bila abang nak balik makan sama-sama. wow..tak sangka sepanjang Mai stay sana..jarang sangat abang lawat parent sendiri ye...dont be selfish abang..they're still your family." Jelingan tajam dilemparkan, setelah itu Maira melangkah keluar meninggalkan lelaki itu sendirian.

sebaik pintu ditutup, Hanafi menumbuk mejanya kuat. "Shit!" tempelaknya separuh berbisik. setelah itu tubuhnya dihempas keras ke kerusi. Kau tak tahu apa-apa perempuan. kau seksa jiwa aku, kau rosakkan kebahagiaan aku dan mama! Jerit Hanafi dalam hati.

-------------------------------------------------------------------------------------

DARI mejanya matanya tertancap pada sejambak bunga, seraya keningnya berkerut. Dari siapa? Hatinya tertanya-tanya. Salah hantar ke? Mustahil orang sepertinya mempunyai peminat misteri. Ah..adakah dia lupa lagi? Tekanan kerja yang dihadapinya membuatkan penyakit lupanya semakin membimbangkan.

Una memandang pada Hani yang berada di mejanya, serius dengan kerja, niat untuk bertanya kepada gadis itu dibatalkan. Dia melirik pada kad kecil yang berada di antara jambangan bunga lili itu.

Have a nice day...if you dont mind i want to meet you after your work. Mr H.

Mr. H? Aduh siapa pula mr H ni...keluh Una lalu meletakkan semula kad tersebut di dalam jambangan bunga yang dipegangnya.

Una menggeleng-geleng kepalanya, malang kepada individu yang meminatinya dalam diam. Bagaimana dia hendak memberikan komitmen kepada sesuatu hubungan? Dia sendiri mudah lupa dengan wajah seseorang, sehingga dia memerlukan senarai di dalam telefonnya sebagai pelindung ketika penyakit lupanya itu menyerang. Inikah yang dikatakan blind face? Bercinta? Boleh frust teman lelakinya kerana terpaksa memperkenalkan diri setiap kali bertemu.

Dia meletakkan bunga tersebut di atas timbunan buku, kemudian menyambung kerjanya kembali. Komitmennya hanya kerja. Cinta dan perkahwinan mungkin bukan tuah buatnya.

KEHADIRAN Hanafi di depan syarikat penerbitan tersebut mencuri tumpuan beberapa wanita yang lalu lalang di situ. Dia mengenakan baju kemeja berjalur biru dan seluar slack hitam,kemejanya dilipat hingga ke sikunya. Sambil bersandar pada kereta Ford Focus yang berwarna biru metalic itu, matanya tidak lepas dari memandang pintu keluar pejabat tersebut.

" kak tak balik lagi?" Soal Hani sambil menggalas beg tangannya ke bahu. Kelihatan penyelianya itu begitu ralit mengedit artikel, hingga tidak berkutik dari tempatnya.

 Hani memandang pada jambangan bunga yang terletak pada timbunan buku. Dia mengeluh. Penyelianya ini kalau tidak diingatkan, barangkali dia boleh lupa semua benda.

"Eh kak, dah baca belum kad tu? Tadi tak sempat nak beritahu akak pasal bunga ni." Soalnya lagi pada Una yang begitu lincah menekan papan kekunci di depannya.

" Baca kot. Tak apalah kalau ada orang yang tunggu akak kat bawah tolong cakap akak dah balik." Pinta Una tanpa mengalihkan pandangannya dari komputer.

"Hah? But why? Hish akak ni. Dah ada secret admire boleh buat tak tahu je." Bidas Hani sambil bercekak pinggang.

" Akak tak minat. Lagipun bukan boleh percaya orang sekarang. Mana tahu perogol bersiri."

Hani menepuk dahinya. Penyelianya ini memang menolak tuah. " Hei..suka hati akaklah. Kalau tiba-tiba secret admire akak hensem nakmateyy, Hani cantas tau. Baru putih mata akak." Bebel gadis itu.

Pantas una menutup lubang telinganya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. " tak dengar...tak dengar..."

Hani tertawa melihat sikap keanak-anakan penyelianya, kemudian dia melangkah keluar dari department editorial meninggalkan penyelianya dan beberapa orang pekerja lain yang turut diheret kesibukan kerja masing-masing.

HANAFI melirik jam tangannya, sudah menunjukkan 6 petang, namun kelibat wanita yang dinanti-nantikan itu tidak muncul tiba. Orang yang keluar dari pintu pejabat juga kelihatan semakin berkurang. Hanafi mengetap bibirnya.  Kena dump ke aku ni? Hatinya berbisik. 

Pandangannya dituntaskan pada gadis berbaju kurung yang terkedek-kedek keluar dari pejabat,dia tidak punya pilihan. Bak kata orang tua, malu bertanya sesat jalan. Pantas Hanafi mendekatinya.

"Cik!" Laung Hanafi membuatkan langkah gadis itu terhenti. Langkahnya diatur pantas menuju ke arah gadis yang tercegat berdekatan pintu utama pejabat tersebut.

"Ye?" Mata Hani terkebil-kebil memandang jejaka kacak yang menghampirinya. OMG!! Ini ke secret admire kak Una? Memang tolak tuah!!

" Cik noor husna tak balik lagi ke?" Soal lelaki itu dengan wajah gelisah. Spontan pesanan penyelianya tergiang di benaknya. Nak bohong atau bocorkan rahsia? kalau bocorkan rahsia mungkin dia sedang menempa namanya sendiri di atas batu nisan. Hani menggaru-garu kepalanya.

"Maaf encik. Cik Husna dia dah balik lama dah. Dia ade kerja dekat luar tu yang balik awal." Balas Hani dengan suara sedikit tersekat-sekat. Kau punya pasal ni kak, aku terpaksa menipu.hish! Gerutunya.

Hanafi melepaskan keluhan. Seharian dia memikirkan gadis itu, hingga dia sanggup menyelesaikan kerjanya 2 kali lebih pantas semata-mata hendak bertemu dengan gadis itu. 

"Baiklah. Kalau macam saya balik dululah." Ujar Hanafi dengan nada hampa. tatkala kakinya diorak kelihatan gadis di depannya ini mahu berkata sesuatu.

" saya mintak maaf sangat encik. Penyelia saya memang busy hari ni. Mungkin encik boleh set hari lain jumpa dengan dia." Ujar Hani lantaran dia bersimpati dengan lelaki tersebut. 

Penyelia?Gotcha! Hanafi menguntumkan senyuman. Senyuman penuh makna.

"Awak boleh tolong saya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience