bab 19

Romance Series 3712

MELEDAK ketawa masing-masing, saat mula tersedar dari terus memandang antara satu sama lain. Bak kata p ramlee, ini betul-betul bukan cobaan!!

"Lah awak ke jurugambar baru tu...saya ingat siapalah tadi.."
Una meraup wajahnya dengan sebelah tangan, dia menarik nafas lega sambil menarik kerusi di sebelah Danny lalu melabuhkan punggungnya. Danny turut melabuhkan punggungnya, dengan tawa yang masih bersisa.

" so kereta awak dah servis ke?" Soal Danny, sekadar berbahasa.
Una mencerunkan anak matanya." awak perli saya ke? Mestilah dah. Saya tak nak kena kacau dengan orang gila lagi." Balas Una bersahaja setelah tersenyum kembali.

Tawa Danny bertamu lagi, sangkaan gadis itu marah nampaknya jauh meleset, lalu rambutnya yang hitam kecoklatan itu diraup kebelakang.

" i'm really glad to meet you again..honestly saya teringin nak jumpa awak lagi, tapi saya tak tahu nak cari awak macam mana.." luah Danny berserta senyuman meleret, menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

" Kenapa nak jumpa saya? Nak sambung sesi belajar pasal enjin kereta ke?" Seloroh Una lalu membetulkan kedudukannya,mencari keselesaan. Sambil memeriksa jurnal yang dikeleknya sebentar tadi, dia menyelitkan rambutnya yang terkeluar dari ikatan ke belakang cuping telinganya.

Terjungkit kening jejaka berwajah kacukan tersebut. Tidak terlintas di kepalanya soalan begitu bakal ditanya.

" boleh tahan juga awak ni ye.." ucap Danny sambil tersenyum.

" okay no more personal thing." Bidas Una yang sememangnya berdisiplin dalam menjalankan tugasnya.

Zombi, stonecold, robot..semuanya sudah ditadah di peluput telinganya itu, namun tidak sekelumit pun sindiran dan gelaran itu mempengaruhi emosinya. Mulut tempayan boleh ditutup, kalau mulut orang? Lu pikir la sendiri. Bait trademark yang sering digunakan oleh Nabil raja lawak itu sangat sesuai untuk menyindir sikap 'jahil' masyarakat kini.

Nasihat Haji Lokman perihal keberkatan gaji tidak pernah luput dari ingatannya. Andai gaji beribu-ribu, tetapi usaha dan tenaga yang dikerah tidak sepadan maka tidak berkatlah gaji yang diterima, begitu juga sebaliknya. Oleh itu Una tidak pernah lengah dan mencuri tulang menjalankan tugasnya.

" Hari ni awak dan saya akan pergi ke Damansara untuk jumpa salah seorang duta Unicef Malaysia. So sepanjang temubual nanti, tolong ambil shot yang cantik untuk kita masukkan ke dalam majalah untuk terbitan bulan akan datang." Kepalanya dipanggung sebaik sahaja perancangannya diluah, sekadar mengulang apa yang sudah dicatat di dalam jurnalnya.

" okay. No problem. So what time?"
Una mengangkat jam yang terlilit di pergelangan tangannya melirik pada waktu yang ditunjukkan lalu dia kembali memandang wajah jejaka di sebelahnya.

" lagi 20 minit awak tunggu saya dekat bawah. So sementara tu awak bolehlah buat persiapan sebelum kita bertolak." Jawab Una dengan suara penuh autoriti.

Danny sekadar mengangguk faham, tidak banyak perkara yang hendak ditanya, memandangkan rakan sekerjanya di bahagian grafik sudah pun memberi penjelasan lanjut.

Una yang kelihatan sudah bangun dan mendekati pintu, diikuti oleh derap langkah Danny di belakang yang turut berkira-kira untuk beredar. Una menghentikan langkahnya. Perbuatan Una mendorong Danny untuk turut berhenti melangkah. Bibir Una yang dioles lip balm itu tersenyum tipis, terpinga-pinga jejaka itu dibuatnya.

" By the way..welcome to Feminin Group. Selamat maju jaya Danny. " nada yang penuh autoriti sebentar tadi berubah kepada intonasi lebih santai.
Tersengih-sengih Danny dengan ucapan tersebut, lelaki itu mengusap belakang kepalanya. Sedikit terharu apabila kedatangannya disambut.

" terima kasih Una.." balas Danny perlahan. Sejurus itu mereka berdua melangkah keluar dari bilik mesyuarat menyambung tugas yang sudah menanti di meja.

HANAFI melemparkan senyuman kepada anak kecil yang berbaring di tempat pemeriksaan ECG. Wayar yang berselirat di tubuh anak seusia 8 bulan itu dimainkan-mainkan oleh jari kecil anak itu.

Sejak lahir Huzair telah dibawa ke IJN untuk rawatan susulan berikutan penyakit jantung kongenital VSD yang dihidapinya. Oleh itu anak kecil tidak kekok setiap kali pemeriksaan dijalankan.

" maaf doktor anak saya tak boleh duduk diam." Ucap Puan Dahlia ibu kepada anak kecil tersebut. Kuatir jika kelakuan anak kecilnya mengganggu proses pemeriksaan.

" tak apa. Huzair budak baikkan..?" Hanafi menjungkit keningnya kepada Huzair, spontan anak kecil itu tersengih menampakkan gigi susu yang baru tumbuh.

Jari telunjuk Hanafi pula dicapai dan dibelek-belek. Perbuatan Huzair dibiarkan, baginya sedikit pun tidak mengganggu kerjanya ketika itu. Sebaliknya dia sangat menyukai sentuhan anak kecil tersebut.

" macam mana doktor? Huzair dah ada perkembangan tak?"soal puan Dahlia. Jelas kegusaran terlukis diwajahnya.

Soalan puan Dahlia tidak dijawab oleh Hanafi, dia bangun dan melihat pada kertas yang keluar dari mesin ECG lalu dikoyakkan. Wajahnya tenang melihat carta yang tercetak di atas kertas tersebut. Setelah itu tampang puan Dahlia dipandang dengan senyuman.

"Degupan jantung Huzair masih stabil, cuba sedikit laju. Masa buat echo tadi, apa yang saya perhatikan lubang pada jantung Huzair mengecil sedikit. Selagi Huzair tak tunjuk simptom kegagalan jantung, insyaallah dia boleh sihat." Tutur Hanafi tenang.

Serentak itu Puan Dahlia menarik nafas lega. Hampir setiap malam dia sukar melelapkan mata, tatkala di kepalanya sentiasa ligat berfikir keadaan anaknya. Apalah yang boleh dilakukan oleh seorang ibu, hanya belaian kasih sayang saja yang dapat diberikan.

Dari sisi pandang seorang manusia biasa, Hanafi sendiri pernah merasai betapa letih tubuh badannya diusung ke sana ke mari untuk menjalani pemeriksaan suatu ketika dulu. Oleh itu dia lebih faham situasi yang dihadapi oleh pesakit dan waris pesakit.

" Kalau macam tu.." Sekali lagi carta pemeriksaan ECG itu dilihat.

Saat mulutnya mahu dibuka dan menyambung, suaranya seakan hilang dengan tidak semena-mena. seluruh tubuhnya menggeletar dan pandangannya berpinar. Degupan jantungnya berdetak pantas, menambah rasa tidak senang dalam jiwanya kini. Entah kenapa wajah Una menerpa dalam benaknya. Hati kecilnya berteka-teki, adakah perasaan gelisah ini disebabkan gadis itu ditimpa bahaya? Ah..resah hatinya bukan kepalang. Bibirnya diketap dan semangatnya diraih semula, tatkala Puan Dahlia terkebil-kebil memandang dirinya saat ini.

“UNA!”

“Ah!! Ouch!” bibir mungilnya mengaduh kesakitan tatkala tubuhnya kini terbaring di atas bonet enjin keretanya. Hampir saja dia melanggar kereta yang tiba-tiba datang dari arah belakang. Matanya yang terpejam sebentar tadi, perlahan-lahan dibuka.

Pancaran mentari yang menyilaukan membuatkan kelopak matanya segan-silu untuk dibuka.Saat pandangannya mulai jelas, nafasnya terhenti, dan matanya terbuntang luas. Meremang bulu romanya apabila kini dia berada dalam dakapan Danny, dan wajah jejaka itu terasa begitu hampir dengannya. Buat pertama kali dia begitu dekat dengan seseorang. Pandangannya menjamah ke arah anak mata Danny..hidung..lalu mulut.

Kelu lidahnya ketika ini. Tidak dinafikan debaran di dadanya begitu hebat terasa. Buat seketika mata mereka terpaku antara satu sama lain, sehinggalah dadanya ditolak oleh tangan gadis itu.

Pantas Danny berdehem dan berpura-pura membetulkan kolar baju t shirtnya.

“A..awak okay tak..” Tergagap-gagap dia berbicara.

Peluh jantannya yang mula menitik di dahinya diseka dengan tapak tangan. Terasa terik mentari menyebarkan bahang 2 kali ganda lebih dari biasa. Ah..mustahil dia akan cemas dengan seorang wanita. Sedangkan hidupnya bergelumang dengan maksiat, jadi apalah sangat sekadar perbuatan memeluk? Hati kecil Danny mengomel sendirian.

Terkial-kial Una menegakkan tubuhnya semula, lalu membetulkan pakaian yang sedikit tidak terurus. Wajahnya merona merah, menahan malu yang teramat. Lantas senyuman kelat diukirkan.

“Ok..okay..terima kasih sebab tolong saya lagi. Kalau tak saya tak tahulah nasib saya tadi.” Ucapnya sambil mengemaskan rambutnya yang sedikit serabai.

“ next time awak hati-hati.. dah dua kali awak hampir ditimpa bahaya.” Suara Danny kedengaran serius.

Una sekadar mengangguk, rasa terkejutnya masih belum hilang. Mujur tugas menemubual duta Unicef sudah selesai. Tidak dapat dia membayangkan jika kejadian tadi berlaku sebelum sesi itu berlansung, pasti kacau-bilau segala perancangan yang diatur.

Wajah jejaka yang sudah 2 kali menyelamatkan dirinya itu dipandang dengan perasaan bersyukur.

"Terima kasih Danny...dah dua kali juga awak selamatkan saya...kalau awak tak ada tadi mungkin saya.."

" dah tak payah ingat semua tu. Awak ada luka apa-apa tak?"

Kepalanya menggeleng. Jelas terpancar kebimbangan pada wajah Danny, tidak semena-mena bibir mungil Una tersenyum kecil.

" dah pukul 1 ni. Kita pergi singgah makan tengahari dulu. Lepas tu kita balik company. Banyak kerja tak settle lagi." Ucap Una . Matanya mula meliar, mencari destinasi tempat makan yang berdekatan di situ. Jimat masa.

" gerai nasi kukus tu nampak sedap..!" Danny memuncungkan mulutnya pada gerai kecil berhadapan dengan deretan rumah kedai di situ.

Sejurus itu anak mata jernih Una ditala ke arah kedai yang dimaksudkan. Seulas bibir Una mengukirkan senyuman, perutnya juga sudah berkeroncong pinta diisi. Pantas dia mengangguk, bersetuju dengan cadangan bernas Danny. Sudah jimat masa, jimat juga wang serta-merta Hatinya digeletek tatkala merasakan dirinya mirip dengan haji bakhil bin kedekut..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience