Bab 2

Romance Series 3712

MAIRA mengetuk pintu kamar abang tirinya itu dengan senyuman meleret. Buku latihan subjek Kimia tingkatan 4 miliknya dipeluk erat. pintu bilik tersebut dikuak perlahan. Terpacul wajah Hanafi dari dalam. Spontan riak wajah hanafi berubah .

" kau nak apa?" dengus Hanafi. Meluat betul melihat adik tirinya ini.

" abang boleh ajar Maira buat homework tak? Lagipun abang tak ada kelas kan hari ni? Boleh tak abang?" gadis bertubuh kecil itu bersuara manja. Bibir bawahnya digigit , sambil mata bundarnya dikelip-kelipkan menyerlahkan kecomelan wajahnya.

" malas. Kau buatlah sendiri. Suruh aku buat apa?" balas Hanafi dengan nada yang masih keras. Maira kelihatan tidak terkesan dengan layanan kasarnya, adik tirinya ini tidak ubah seperti patung yang tidak punya perasaan. Seburuk mana layanan yang diterima, gadis itu tetap tidak pernah lelah mencari cara mendekatinya.

"abang kan pandai. Mesti abang boleh ajar Maira subjek sains ni. Maira nak jadi macam abang." Ujarnya sambil mempamerkan keterujaannya.

Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah. Tombol pintu yang dipegang oleh hanafi, digenggam erat hingga memperlihatkan urat-urat timbul. nafasnya turun naik menandakan kemarahannya mula meledak.

"abang.." panggil Maira perlahan, tatkala melihat lelaki membisu.

" Kau tak payah berlagak baik. bapak kau kan pandai. Bapak kau lah yang ajar! Menyusahkan betullah budak ni!" tempik Hanafi.

BAM!

Daun pintunya dihempas, membiarkan Maira terkulat-kulat sendirian didepan pintunya. Senyuman yang masih terukir pada bibirnya mula sirna. Matanya menyorot pada permukaan lantai marmar. Terdiam seketika. Kelihatan bibirnya terkumat-kamit berbisik sesuatu.

' mai akan tunaikan permintaan abang..asalkan abang layan mai macam adik abang sendiri..' tuturnya kemudian tersenyum senget. Setelah itu maira melangkah pergi dengan wajah kembali ceria, seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Bipolar barangkali.

---------------------------------------------------------------------------------

PUAN ANIS meletakkan beg tangannya di atas sofa ruang tamu. nafas berat dilepaskan, tubuhnya yang keletihan dihempas ke sofa mewah tersebut. sehari suntuk dia melayani pelanggan yang berkunjung di butik pengantinnya. sejak suaminya melaburkan modal ke dalam butiknya, segala kemudahan dan servis di butiknya bertambah baik, sekaligus menarik lebih ramai pelanggan.

"mama.."

Puan Anis menoleh, dia tidak perasan sejak bila Maira berada disebelahnya. seraya bibirnya yang dioles gincu merah itu mengukirkan senyuman. wajah comel Maira ditatap penuh kasih sayang. tangannya mengusap lembut rambut ikal anak gadis tersebut.

" ye sayang.." sahut Puan Anis.

senyumannya kian pudar tatkala matanya tertancap pada mutiara jernih yang mengalir di pipi anak tirinya itu. pantas tubuhnya ditegakkan.

" kenapa ni maira? kenapa maira menangis?"

Maira membiarkan soalannya tidak berjawab.gadis itu tertunduk sambil bahunya terhenjut-henjut melepaskan tangisan. rasa bimbang membaluti diri Puan Anis, dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi tanpa mendengar alasan sebenar. walaupun sekelumit perasaannya menebak, Maira menangis disebabkan Hanafi.

Maira mengangkat tampang. " buku Maira..." lantas dia memandang pada buku latihan subjek kimia tingkatan 4 miliknya yang berada di atas ribanya. Puan Anis turut menyorotkan pandangannya pada buku tersebut. setelah itu dia memandang wajah Maira kembali. keningnya berkerut, tidak mengerti apa yang cuba disampaikan.

" maira bodoh.." luahnya.

"eh kenapa Maira cakap macam tu?" dia membetulkan duduknya.

" Markah sains Maira corot.. maira tak hebat macam abang hanafi. dia bijak. Maira bodoh.." luah gadis itu tersekat-sekat. Puan Anis tersenyum kecil. pipi mulus milik Maira dielus lembut.

" siapa cakap maira tak pandai..markah tu boleh perbaiki. yang penting maira percaya maira boleh buat.." keluh Puan Anis. Maira menggeleng pantas.

" Maira nak setaraf dengan abang hanafi...bijak..selalu boleh skor...tapi maira? lansung tak layak nak bergandingan dengan abang hanafi...mesti dia malu ada adik bodoh macam maira.."

"jangan cakap macam tu sayang.tak apa nanti mama pujuk hanafi ajar Maira ye. tak nak nangis macam ni." Tangannya menyeka air mata anak tirinya itu dengan jarinya, tidak boleh disangkal lagi, Hanafi punca masalah ini.

"tak apa mama. abang hanafi mana suka maira. lagipun maira kan..." kata-katanya tergantung, sekali lagi tangisnya bertamu. Puan Anis tidak sanggup melihat wajah sedih anak gadisnya itu, lantas dia menggagahkan tubuhnya yang masih keletihan itu menuju ke kamar hanafi di tingkat 2.

----------------------------------------------------------------------------

HANAFI memainkan pen bergel biru di atas buku rujukannya yang setebal ensiklopedia itu. memahami dari satu teori perubatan ke satu teori perubatan lain.

TOK TOK

ketukan kedengaran pada daun pintunya. Hanafi mengalihkan pandangannya pada jam di mejanya. sudah menunjukkan jam 12 malam. siapa lagi yang mahu menggangu ketenangannya kali ini.

pintu kamarnya dibuka, tanpa pamit, mamanya menerobos masuk ke dalam biliknya. Hanafi mengeluh. dia tidak bergerak dari pintu, matanya sedang sibuk memerhatikan mamanya. Puan Anis membelakangi hanafi sambil bercekak pinggang. dia menarik nafas sedalam-dalamnnya kemudian dihela perlahan, lalu dia berpaling.

" hanafi." panggil Puan Anis. Hanafi tidak menjawab, sebaliknya hanya menunggu ayat yang bakal mamanya luahkan.

" maira tak ada sesiapa..dia budak. tak boleh ke layan dia baik sikit."

disebalik kaca mata tebal itu, mata hanafi terkebil-kebil. tiba-tiba nama adik tirinya disebut.

" dia nak sangat pandai macam hanafi. Hanafi tak apalah Allah dah bagi kepandaian tu..jadi apa salahnya kongsi? dah mama tak nak dengar alasan nafi. tolonglah bagi kerjasama dengan mama. mama letih sayang. hari-hari mama kena hadap ragam customer kat butik, balik rumah, nafi lansung tak nak tolong mama." keluh Puan Anis.

" Apa pulak salah hanafi kali ni ye.." tanyanya perlahan. dia sudah lelah apabila sering menjadi mangsa salah faham mamanya.

" tolong ajar Maira dalam pelajaran dia. tak salah seorang abang ajar adik dia kan?"

hanafi bertepuk tangan dalam hatinya. Maira lagi. tak habis-habis budak hipokrit itu mengacau bilau kehidupannya. apa lagi yang dimahukan darinya?

" okay mama." balasnya ringkas. hanya mulutnya sahaja yang patuh tetapi tidak hatinya. sama sekali tidak! seusai itu mamanya menepuk lembut lengannya dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience