bab 24

Romance Series 3712

Una melangkah masuk ke pejabatnya dengan wajah mencuka. Teguran dan sapaan selamat pagi, lansung tidak dipedulikan, lantaran hatinya sedang panas. Wajah seriusnya menambah rasa gerun rakan sekerja lain untuk menegurnya. Namun hanya seorang saja yang berani menyapanya ketika ini.

" woah..woah...woaw...hold on...morning Una.." Danny menghalang laluannya. Ditangannya sedang memegang mug yang berisi air nescafe. Aroma nescafe itu berlegar-legar pada deria bau Una.

" i'm not in the mood Danny. Please." Tutur Una dan meneruskan langkahnya.

Tidak semena-mena bahunya menyingul lengan Danny, membuatkan nescafe panas tadi, membasahi baju kemeja yang dipakai oleh lelaki tersebut.

" ouch!!!" Danny mengaduh. Perit kulitnya disimbah dengan air panas tersebut. Una menekup mulutnya, saat itu dia diserbu rasa bersalah yang teramat.

"Danny..! I'm so sorry..!" Tutur Una. Matanya membelek kawasan yang terkena air panas pada kemeja kuning air yang dikenakan oleh Danny. Sempat dia mengerling keadaan sekeliling, risau jika kelakuan mereka berdua menjadi buah mulut staff di situ.

Cepat-cepat lengan Danny ditarik menuju ke ruang pantri.

Sebaik sampai, pantas Una mencapai sekotak tisu yang berada di kabinet dan menarik keluar beberapa keping tisu.

" its okay Una. Saya boleh buat sendiri. Jangan risau." Tolak Danny lembut, hakikatnya dia rasa berdebar untuk berdiri rapat dengan gadis itu. Sama seperti kejadian tempoh hari, saat tangannya merangkul pinggang gadis itu, dan hampir sahaja bibir mereka bersentuhan. Sejak itu wajah gadis ini seakan terus-terusan mengganggu ketenangannya.

Tisu yang dipegang Una bertukar tangan.

Sambil dia mengelap sisa air nescafe yang jelas mencela baju kemejanya , gadis tersebut sekadar diam membatu tatkala rasa bersalah bersarang dalam jiwanya.

" awak ada masalah ke..? Nampak tak tentu arah je. Pagi-pagi dah masam.." Tebak Danny.

Tisu tersebut dibuang ke dalam tong sampah kemudian dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di dalam pantry tersebut.

Dengan pantas Una menggeleng , tatap matanya memandang lurus pada Danny. Walaupun tebakan itu tepat, namun sudah sikapnya yang lebih bertendensi untuk memendam dari meluahkan.

" i know kita baru kenal...and its not nice to interrupt your personal matter. What i can say is...Chill Una..you look beautiful when you're smile." Kata-kata Danny begitu hangat menyentuh jiwanya. Bibirnya memekarkan senyuman kecil.

Panas wajah apabila dipuji sebegitu, terasa hilang amarahnya serta-merta. Ah hati perempuan!

" well thanks..and sorry again sebab saya tumpahkan air yang tak sempat awak minum. Sebagai tanda minta maaf saya bancuhkan air nescafe untuk awak. Macam mana?" Keningnya dijungkit.

Danny sekadar mengangkat bahu. " buat sedap sikit. Kalau tak sedap saya tak maafkan." Ujar danny selamba.

" bukan nak puji diri sendirilah..but..semua orang kat sini tahu air tangan Noor Husna adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik tau. Saya sanggup cemar duli, buatkan air untuk awak."

Spontan danny tergelak. Ada saja jawapan gadis ini.

" okay..silakan. saya tak breakfast lagi ni. Cepat sikit." Arah Danny lalu memeluk tubuh, sambil membuat riak wajah berlagak.

Hembusan nafas kuat dilepas dari corong hidung Una, pantas dia berpusing dan mencapai mug yang hanya tinggal separuh air nescafe dan dicuci. Tunggu dan lihatlah Danny hoi..angau kau dengan air aku bancuh tau. Kalah starbuck!

Dari tempat duduknya, danny memerhati gadis itu lincah melakukan sesuatu sambil membelakangi dirinya. Bibirnya diketap dan nafasnya ditarik dalam. Ingin saja dia memeluk gadis itu, namun dia sedar Una bukan seperti Maira.

Maira gadis manja dan psiko, adakala tubuhnya dijadikan pelempias nafsu, kadangkala dijadikan tempat melepaskan amarah, namun gadis itu tidak pernah cuba menyentuh hatinya. Arah tuju kehidupannua kelihatan kabur pada pandangannya.

Berbanding Una..gadis yang baru dikenali, tetapi sikap dan layanan gadis itu sangat hangat mengisi kekosongan dalam jiwanya. Apa bezanya una dan gadis-gadis yang pernah dinodainya? Perlukah dia menguji gadis ini? Atau dirinya sendiri yang sedang diuji ketika ini?

" ha berangan..!"
Danny tersentak dari lamunan, kelihatan Una sedang memegang mug yang baru selesai dibancuhnya.

" mana ada berangan. Just berfikir.." balas Danny.

" pasal kerja ke atau personal?" Gadis itu menebak.

" both.." mug tadi dicapai dan disisip, anak matanya yang sedari tadi layu terbuka luas. Sedapnya. Gadis yang berdiri berhampiran mejanya, berdiri dengan wajah bersemangat, menunggu komentar darinya. Terbit idea nakal dalam benak Danny.

" tak sedap." Danny mencebik.

Biji mata Una menjegil. Ewah bukan main kau ya..! " bak sini balik. Awak buat sendiri." Rengus Una sampai cuba mencapai mug di tangan Danny.

" no way..! Its mine okay." Mug diangkat tinggi.

" Tak ada maknanya mine.. bak sini. Cerewet sangat. Banyak cantik. Penat-penat saya bancuh, boleh kutuk pulak." Sekali lagi mug yang diangkat tinggi itu dicapai.

" saya jujur okay..!" Tukas Danny, semakin galak mengusik. Terlompat-lompat tubuh Una cuba melawan ketinggian Danny, namun nyata hampa. Tingkahnya persis budak kecil yang berebut mainan.

Sedang dia cuba berusaha menggapai mug tersebut, una tersedar, tubuhnya begitu hampir dengan lelaki itu membuatkan hatinya mengucap pantas. Kau bukan budak Una. Dia lelaki asing..haram! Kau dah bertunang! Hati kecilnya menegur.

" dah ambillah. Saya nak balik ofis. Ni lupa nak cakap..breakfast makan roti atau nasi. Minum nescafe bukan boleh kenyang. Next time jangan skip makan. Tak hensem kalau tak jaga makan. Kalau lupa makan awak pergi drawer Hani. Dia suka cilok cokelat saya.." tegur Una. Dia menjarakkan diri tatkala tidak mahu jejaka itu perasan pada wajahnya yang sudah merona merah.

Pandangan redup Danny menjamah setiap pelosok wajahnya ketika ini, entah kenapa dia merasakan renungan Danny berlainan dari sebelum ini. Senyuman di bibir danny sirna, yang tinggal hanya riak wajah yang kosong dan sunyi.

" you too nice Una.." suara Danny kedengaran lirih. Bibirnya kembali tersenyum namun hambar. Andai dia bukan insan yang kotor, sudah tentu dia berani memasang cita-cita untuk memiliki gadis itu.

Una yang berkira-kira untuk beredar, tidak jadi meneruskan langkahnya. Tidakkah terlalu awal untuk dia berasa simpati, suka, sedih, dan sebagainya kepada lelaki yang baru dikenalinya? Una mengukirkan senyuman.

" thank you. Saya tahu saya baik. Awak minumlah air yang tak sedap tu. Saya caw cin caw dulu.bye." sela Una kemudian beredar. Tidak betah untuk berlama-lama di dalam ruang tersebut.

Kelibat gadis itu sekadar diperhatikan oleh sepasang anak mata Danny. Keluhan kecil dilepaskan, spontan pandangannya tertancap pada air nescafe yang dibancuh Una. Terasa sayang untuk dihabis. Sudah sekian lama dia tidak merasakan perasaan seperti ini.

Siapa saja yang mahukan anak yang tidak jelas asal usulnya ini. Hanya mampu megharap kasih pada insan yang sudah membuangnya. Sudah sekian lama juga, tiada orang yang mengambil berat soal makan minum dirinya. Apa yang dia tahu, penghinaan dan cacian sahaja menjadi memorinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience