bab 25

Romance Series 3712

Wow cantiknya!" Puji Puan Anis terhadap busana pengantin yang dikenakan pada tubuh bakal menantunya itu. Tidak sia-sia usahanya memerah otak memikirkan rekaan busana pengantin yang bersesuaian.

Dalam masa yang sama busana songket yang dipakai oleh Una, membuatkan Hanafi tidak berkelip memandangnya. Cantik dan ayu! Terbit rasa syukur dalam hatinya, apabila impiannya untuk memiliki gadis ini akhirnya tercapai. Hanya beberapa detik saja lagi mereka akan disatukan.

Una sekadar tersengih tatkala dipuji, dia turut mengagumi hasil tangan Puan Anis, tidak pernah dia melihat kebaya songket yang begitu cantik dan halus buatannya. Tidak hairanlah, butik milik bakal mertuanya ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan.

" tengok Una pakai macam ni...mama pulak yang tak sabar nak selesaikan majlis resepsi. Hai Nafi, kut ye pun tutup la mulut tu. Dah macam orang angau mama tengok." Seloroh Puan Anis tatkala tersedar, anak lelakinya itu tidak lepas menatap U na. Tidak semena-mena wajah Una mula merona merah apabila dia turut menyedari, dirinya menjadi bahan tatapan lelaki tersebut.

Pandang sikit-sikit dahlah! Getus Una dalam hati.

" cantik ma..pandai mama reka." Puji Hanafi.

Pujian yang meniti dari mulut anak terunanya buat julung kalinya, membuatkan hati Puan Anis digamit rasa bahagia. Bersinar anak matanya tatkala usahanya dihargai.

" betul tu..cantik sangat...terima kasih mama..." tergeliat lidahnya cuba membiasakan diri memanggil gelaran tersebut.

Sempat dia mencuri pandang pada Hanafi yang tersengih melihat wajahnya yang terkial-kial menyebut gelaran mama pada Puan Anis. Serentak itu jiwanya mengongoi geram. Sabar Una...

" ha..suka suka jugak...dokumen nanti settle cepat-cepat. Lepas tu pergi ambil kursus. Nanti lambat pulak nak uruskan benda lain." Arah Puan Anis. Otaknya kini ligat memikirkan persiapan yang hendak dilakukan.

" insyaallah..memang nafi nak cepatkan urusan dokumen. Nasib baik pengantin perempuan sama negeri, senang kerja." balas Hanafi sambil mengoles senyuman.

"Baguslah macam tu. Mama pun risau kalau lengah-lengah, susah pula nak tempah kad." Bebel Puan Anis.

"Kita buat..." suara Una mencelah perbualan dua beranak tersebut namun tatkala kedua-dua mereka menuntaskan pandangan padanya, ideanya untuk berkata-kata terus lenyap.

" ye Una?" Puan Anis mengusap lembut bahu gadis tersebut.

" kita buat ringkas je boleh tak? Macam majlis akad nikah je..?"

"BUAT majlis akad nikah je? Awak ingat kita kahwin terlanjur ke?" Oktaf suara Hanafi sedikit meninggi.

Sebal dirinya dengan sikap Maira yang tidak ambil pusing dengan hari bersejarah mereka. Pedal minyak ditekan dengan kelajuan sederhana, membiarkan kereta mereka menderu tenang membelah malam ibu kota.

" its just my opinion..kalau awak tak suka, fine saya ikut je plan asal.." Keluh Una.

Sejujurnya dia turut rasa kesal dengan kelancangan mulutnya sendiri. Masih jelas dibenaknya reaksi Puan Anis saat dia menyuarakan pandangannya untuk membuat majlis ringkas.

" Una..? Are you mad at me? Or do you have something to tell?" Hanafi mula berubah nada, seakan cuba mengambil hati wanita disisinya itu. Dari respon gadis itu menunjukkan ada sesuatu yang dipendam.

Soalan lelaki itu dibiarkan berlalu dibawa angin. Tatap matanya lurus memandang jalan raya yang agak lengang. Sesekali dia melirik pada permandangan hutan batu disebelah kirinya.

" Talk to me dear.."

Loya tekak Una ketika ini tatkala gelaran manja itu diberikan kepadanya. Sempat dia mencebik kecil, namun tidak disedari oleh Hanafi.

" okay..i'm sorry okay..saya tahu awak kecil hati bila saya marah awak tadi. Saya cuma nak sediakan yang terbaik buat majlis perkahwinan kita...sebuah majlis perkahwinan antara yang perlu kita titik berat ialah perasaan orang tua kita..kalau kita nak buat ringkas..sama je kita bangkang persiapan yang dirancang..i really hope that you understand Una. We're not kid anymore."

" bukan pasal tu saya marah." Tukas Una pantas. Kini dia mencerlang tajam terhadap Hanafi

" okay kalau bukan pasal majlis pasal apa?"

" saya marah sebab awak lansung tak berbincang dengan saya soal majlis ni semua. Awak kena tahu betapa pentingnya majlis perkahwinan dalam kehidupan perempuan. Tapi bila awak ambil tindakan drastik macam ni, macam mana saya nak buka hati saya untuk terima awak. Awak terlalu mendesak!" Tempik Una. Sejujurnya sikap mendesak Hanafi merimaskannya.

Suasana sepi seketika. Hanafi masih tenang walaupun kata-kata Una kedengaran pedas di peluput telinganya. Dia menerima dengan hati terbuka setiap layanan yang diberikan, kerana baginya masa saja yang bakal melembut hati Noor Husna.

" saya cakap tak nak.. awak paksa juga. Padahal awak sendiri bagi saya masa. " sambung Una lagi.

"Mungkin awak lupa sesuatu Una.. saya tak paksa awak terima lamaran saya dengan cepat ..awak sendiri yang terima." Balas Hanafi dengan selamba.

"Tapi awak patut bagitahu saya dulu sebelum awak nak buat persiapan atau berbincang tarikh yang sesuai, ni tak..tiba-tiba nak fitting. Kita nak kahwin bukan main pondok-pondok. Cukup sangat ke ilmu rumahtangga awak tu..?" tambahnya lagi. Terjuih-juih mulutnya seperti murai tercabut ekor.

" I'm 30. What do you espect?" Bidas Hanafi pantas. Segala ilmu fardhu ain fardhu kifayah sudah diterap dalam kehidupannya. Dia sendiri tahu kepentingan ilmu agama dalam membentuk sebuah keluarga sakinah.

"One more thing..buat fitting awal-awal sebab senang..takut awak tergemuk ke sebelum majlis. Kan susah nanti."

Biji mata una menjegil. Tergemuk? Terkurus adalah! Makan hati dengan perangai makhluk dua alam disebelahnya ini. Sedangkan belum punya ikatan, sudah terlebih makan hati, tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupannya selepas kahwin kelak.

" anything else?." usiknya. Una mengetap gigi dengan kuat. Sukar baginya untuk mematahkan niat Hanafi. Jejaka ini sentiasa mempunyai alasan kukuh untuk membidas segala kata-katanya.

"Hish! Malas nak bercakap dengan awak. Sepatah saya cakap berpatah-patah awak lawan. Baik saya kemam je." Rengus Una kemudian membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Serentak itu Hanafi tergelak, wajah cemberut Una menambah keseronokannya untuk mengusik gadis itu. Salah orang kalau hendak diajak berdebat. Jika hanafi yang dulu mungkin boleh dipijak, namun hanafi yang sekarang tidak akan berdiam diri sama sekali.

SUASANA kelab malam yang hingar-bingar bagai rumah kedua buat Maira. Sudah seminggu dia tidak berkunjung ke rumah Danny tatkala jejaka itu kelihatan sibuk dengan kerja.

Pengunjung di situ begitu asyik berseronok, terkinja-kinja di atas pentas, mempamerkan kehebatan menari. Maira melabuhkan punggungnya di atas kerusi bulat, menghilangkan keletihan buat seketika.

Segelas air arak disisip sambil tubuhnya meliuk lintuk mengikut alunan muzik yang dimainkan. Pandangannya ditebar ke segenap ruang kelab yang gelap dan hanya ditemani cahaya dari lampu sorot.

"Hai seorang je?"

Teguran itu sekadar dipandang sejenak oleh Maira. Malas hendak bermesra dengan orang yang tidak dikenalinya. Barangkali sudah arif dengan sikap pengunjung lelaki di kelab tersebut.

"I nampak you menari tadi. Pandai you menari. Lepas ni you pergi mana?" Lelaki yang mengenakan t shirt v neck dan berseluar jeans itu semakin merapati Maira. Lantas tangannya dilekap pada dada bidang lelaki itu.

" stay away from me.." tukas Maira dengan malas sambil menolak tubuh lelaki dari terus mendekatinya. Dia mula berasa tidak selesa dengan kehadiran makhluk tersebut.

Bir ditangannya dihabiskan dengan sekali teguk, kemudian dia bingkas dari tempat duduknya dan berkira-kira untuk beredar pulang. Sememangnya hari ini dia tidak bersemangat untuk menari.

" where you want to go? Chill girl. Jom kita berseronok?" Kini lelaki mula berani memaut bahu Maira yang terdedah.

Langkahnya terhenti, dengan sekali hentakan dengan tumit tingginya pada kaki lelaki itu, rangkulan lelaki itu terlerai dari bahunya. Tumit tajamnya ditenyeh kuat pada kasut kulit lelaki tersebut.

Tatkala lelaki asing itu tertunduk-tunduk menahan sakit, dagunya yang dihiasi janggut sejemput itu disentuh, mendorongnya untuk mendongakkan wajah. Ketika ini pandangannya bertaut pada wajah jelita gadis tersebut.

" berseronok? Bagi awak terkinja-kinja dalam kelab ni berseronok..too amature...nak tahu apa yang seronok?" Maira menjungkitkan keningnya, kepalanya disengetnya supaya dapat memandang jelas wajah lelaki itu. Jari telunjuknya mula membelai wajah lelaki itu dengan lembut.

"Kalau aku dapat minum darah kau. Manusia jijik macam kau tak layak hidup...darah kau...daging kau..aku boleh siat-siat...dan yang paling aku suka..." jari telunjukkan ditunjal kuat pada dada lelaki yang tidak dikenalinya itu.  Dia tersenyum menampakkan baris giginya.

" JANTUNG kau...aku nak lapah...!" Sejurus itu Maira tertawa bagai orang tidak waras. Perbuatannya lansung tidak menarik perhatian orang yang berada di kelab, rata-rata mereka sudah hanyut dengan keseronokan dunia.

" perempuan gila!" Jejaka itu segera menjauhkan diri sebaik sahaja tumit yang melekat kakinya diangkat kemudian dia memboloskan diri dalam keramaian orang, meninggalkan gadis yang masih mentertawakannya itu.

LONGLAI langkahnya memasuki rumah banglo 2 tingkat itu, seboleh-boleh ditahan rasa mabuk yang menyelubungi dirinya. Kaki Maira terjingkit-jingkit melalui ruang tamu, dia pasti waktu sebegini semuanya sudah diulit lena.

Derap kakinya diatur ke dapur, tatkala tekaknya terasa begitu kering. Mana tidaknya selama berjam-jam menari di kelab malam, hanya air alkohol diteguk.

Pap!

Lampu dapur tiba-tiba menyala, membuatkan gadis itu kaget, dan menuntaskan pandangannya pada ambang pintu dapur. Saat ini degupan jantungnya berdetak pantas, apabila matanya tertancap pada kelibat encik Alias.

Perlahan-lahan gelas di tangannya diletak di singki.

"Pa..papa...Mai.."
" enough!" Tempelak encik Alias dengan suara yang mengaum kuat. Seraya Maira menundukkan wajahnya.

" Maira ingat rumah ni hotel? Suka-suka pergi suka-suka masuk? Apa nak jadi dengan kamu ni ha? Tengok pakaian kamu tu. Tak puas lagi ke hidup bergelumang dengan benda-benda kotor ni?!" Sekali lagi suara Encik Alias menempik kasar.

Maira hanya mampu berdiam diri, menghadam bait kata-kata yang dilontarkan.

Tangan tuanya mengurut pangkal dahinya, saat ini rasa sakit menjalar dalam kepalanya. Runsing dirinya memikirkan cara untuk mendidik anak gadisnya ini. Tampak manja dan mudah dilentur, hakikatnya anak gadisnya sangat sukar dididik dan licik . Dia sendiri tidak dapat mengagak apa yang ada dalam kepala anak perempuan ini.

"Ingat papa tak tahu apa yang Mai buat dekat luar? Minum arak, clubbing, macam tak ada penghujung!  kalau macam ni terus, papa akan ambil balik kad kredit dan segala elaun untuk Maira."

Maira yang sedari tertunduk mengangkat wajahnya dengan mata terbeliak. Pantas kepalanya menggeleng.

" no! Papa tak boleh buat macam ni!" Tukas Maira. Habislah keseronokan hidupnya kalau duitnya disekat.

" papa ada hak nak buat macam ni. Papa nak anak papa jadi perempuan baik! Tak kesian ke kat papa yang tanggung dosa Maira?!"

" its my life! Mai bukan budak kecik lagi! Papa tak boleh sekat hidup Mai." Bantah Maira dengan pantas.

" life? Dunia kotor macam ni yang Maira kata life! Bukak mata tu luas-luas maira..! Ini dunia bukan syurga!"

Maira mengepal penumbuknya, menahan geram.

"Hah..! Papa cakap soal syurga neraka pula sekarang? Siapa yang buat hidup Mai tunggang langgang seperti sekarang kalau bukan papa? Kalau bukan sebabkan papa yang gila duit, gila perempuan mai takkan hilang abang!" Dari perasaan takut, Maira bangkit dengan amarah yang mencanak naik.

Bibirnya mengorak senyuman sinis, dalam keadaan dirinya yang masih dipengaruhi alkohol, wajah tua ayahnya dipandang. Sedikit demi sedikit tawanya bertamu, namun tatap matanya masih tajam.

Encik Alias terkesima saat mendengar luahan anak gadisnya. Selama ini anak gadisnya sering tersenyum dan manja, tidak pernah terlintas difikirannya maira memendam rasa terhadap perbuatan lalunya?

Tidak semena-mena wajah Fariz menerpa dalam kotak mindanya. Anak sulungnya yang sudah lama meninggalkan dunia, mengikut jejak langkah arwah isterinya.

" sebabkan papa..hidup Maira tak ubah macam neraka..! You never act like father before. Kalau tak sebab papa, abang Fariz hidup lagi. Kalau bukan sebab papa maira tak buat kerja bodoh! Kalau tak sebab papa, maira takkan cuba menumpang kasih pada orang asing macam abang Hanafi! This is your fault!"

Luah Maira. Hidupnya punah disebabkan sikap tamak papanya yang terlalu mengejar dunia. Sudah sekian lama dia hidup melihat papanya yang begitu rakus mengumpul kekayaan, tanpa disedari dia mula meniru dan akhirnya hanyut dalam dunia yang dicipta.

Air matanya dikesat dengan kasar.

" Kalau papa nak ambil kad kredit Mai..ambil! I dont care. From now on, i'm quit! Mai takkan bantu papa lagi." Ujar maira lalu melangkah pergi melepasi encik Alias yang masih kaku.

Deruman kuat kereta milik Maira memenuhi kawasan banglo yang hening itu, seketika kemudian keretanya memecut laju keluar dari perkarangan rumahnya.

Encik Alias meraup wajahnya. Masih terlalu banyak dosanya yang belum dimaafkan oleh anaknya. Kematian Fariz memberi tamparan hebat buatnya, sehingga dia nekad untuk berubah dan menebus segala kesalahannya. Namun ternyata usahanya gagal. Dia gagal mengembali anak gadisnya yang polos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience