BAB 16

Romance Series 3712

Kepalanya yang berdenyut-denyut itu dipegang sambil bibirnya mengongoi sakit. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka melihat keadaan sekeliling. Spontan pandangannya tertancap pada wajah Hanafi yang duduk di tepinya. Serta-merta mata layunya dibuka luas.

"Hanafi? Awak buat apa kat sini?" tanya Una. Wajah gelisah Hanafi menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.

Dengan seribu kekuatan, dia cuba bangkit dalam kesakitan yang menghambat daya tubuhnya.

" Awak buat apa bangun...awak tak sihat lagi." Melihat kedegilan gadis itu, Hanafi menghembus nafas kuat lalu menghulurkan bantuan.

" Una.." keluh Hanafi kepada gadis yang masih tertunduk menahan kesakitan yang menyelaputinya.

Una mengangkat wajah dan melemparkan pandangan kepada Hanafi. Bibirnya tersenyum kelat.

"Saya okay...cuma saya penat sikit...tapi saya buat apa kat sini..?" serentak itu pandangannya ditebar ke segenap ruang di sekelilingnya. Ruang kamar sederhana besar gaya minimalis tersebut kelihatan ringkas dan kemas pada matanya. Setelah itu pandangannya tertancap semula pada Hanafi yang tidak berkutik dari terus-terusan memandangnya dengan riak gelisah.

"Awak pengsan.."

"Saya pengsan?" kata-kata Hanafi diulang, lebih menjurus kepada ayat tanya.

Hanafi mengangguk keras.

" Saya kat mana sebenarnya Hanafi?"

" Rumah saya."

Bulat mata Una sebaik jawapan itu sampai ke otaknya, dengan pantas dia menyelak selimut yang menutupi separuh tubuhnya dan melompat dari katil. Rumah Hanafi? Sudah hilangkah akal lelaki ini membawanya hingga ke sini? Otaknya tidak dapat mencerap perbuatan lelaki tersebut.

Dalam keadaan yang masih kaku di tepi katil, Hanafi terkebil-kebil. Dia hairan melihat respon yang ditunjukkan oleh Una ketika ini. Sejurus itu dia menjungkitkan kening dan menghampiri Una yang terlihat seperti cacing kepanasan.

" What's wrong?" tanya Hanafi dalam keadaan masih terpinga-pinga.
Wajahnya dipandang seakan mahu ditelan oleh sepasang mata yang mencerlang tajam.

" Kenapa awak tanya? Hanafi awak dah gila ke? kalau kena tangkap basah macam mana? Hish awak ni, saya tahulah awak stress saya tolak lamaran awak tempoh hari..."

"Wait! Una..! What are you talking about?" Pergelangan tangan gadis itu digenggam kemas, membuatkan gadis itu bungkam.

" Awak tak faham ke Hanafi? Saya tak nak awak. saya tak nak awak!" tempik gadis mengulang bait ayat yang menyakitkan telinga Hanafi. Hanafi mengetap gigi hingga menampak rahangnya bergerak-gerak. hati panasnya cuba disabarkan.

" Dah? Habis bercakap?" Tanya Hanafi dengan nafas dihembus kuat. Anak matanya mencerun tajam menyebabkan gadis tersebut tertegun dan sedikit gerun dengan wajahnya yang kelihatan masam mencuka. Seketika kemudian Hanafi menghelakan nafas panjang, cuba tidak terikut-ikut dengan emosi.

" Sebelum awak salah faham..first of all...kita sekarang.." jari telunjuk dituding pada Una setelah itu dirinya. ".. dekat rumah family saya. Lagi satu awak baru saja pengsan dekat rumah family saya." Sengaja perkataan 'family' itu diungkap berulang kali. Niatnya mahu membuatkan gadis itu berhenti dari terus memberi tanggapan negatif terhadapnya

" Awak lansung tak ingat ke?" Tanya Hanafi.

Una menelan liur. Lupa? Adakah penyakit aneh itu kambuh?

Dia memejam matanya, cuba menenangkan dirinya. Seharusnya penyakitnya ini tidak boleh diketahui oleh Hanafi.

" Una?" Ada suara wanita mencelah.

Matanya dibuka kemudian dituntaskan ke arah ambang pintu yang terkuak luas, begitu juga Hanafi. Dia berpaling pada Puan Anis. Berkerut kening Una. Siapa wanita ayu ini? Setelah itu pandangannya tertancap pula pada gadis muda yang berdiri di belakang wanita itu. ah..cantik belaka orang di rumah ini. Bisik hati kecilnya.

Puan Anis mendekati pasangan tersebut, dia dapat merasakan suasana tegang antara mereka. Una diterpa kemudian rambut separas bahu milik gadis itu dibelai2 lembut. Perbuatan Puan Anis diperhatikan oleh Maira, serta-merta hati meledak panas. Perasaan cemburu, benci, meluat bergabung menjadi satu, kini tersemat dalam dirinya. Sentuhan dan belaian itu milik aku!

" Una okay dah?"

Terbedik-bedik matanya, tidak tahu hendak memberi respon seperti apa. Dalam masa yang sama dia turut tidak mahu orang sekelilingnya ini tahu dia mengenai penyakitnya. Dia jelak dengan simpati yang diterimanya selama ini.

" Err..Una okay...maaf sebab susahkan aunty sekeluarga." Tergagap-gagap dia memuntahkan bicara.
"eh apa aunty aunty ni..panggil mama. Tak pun mama Anis." sanggah wanita itu lembut.

" Risau mama tau bila Una pengsan tadi. Kalau Una tak sihat jangan push badan tu. Kesihatan kena jaga juga." pesan wanita tersebut sambil tangan Una digenggam kemas.

Hoh? Mama? Bola matanya melirik pada Hanafi dan mengisyaratkan ' penjelasan', namun lelaki itu berpura-pura tidak mengerti. bibirnya diketap sambil hatinya menyumpah seranah. Tak guna punya Hanafi! Sedang dia sangat memerlukan 'backup' bagi memorinya yang hilang, boleh pula lelaki itu buat tidak tahu. Rasa terbakar jiwanya saat ini.

" Err..mama.." aduh... terasa berat bibirnya mahu mengungkap panggilan tersebut.
" Ha macam tulah. Baru sedap telinga mama ni dengar tau." Girang wanita itu memuntahkan bicara.

Seraut wajah jelitanya yang tidak dimamah usia itu direnung Una. Persis wajah Hanafi. Setelah itu dia melirik pada gadis muda yang berdiam diri dari tadi itu. Wow! Modelkah? Tinggi dan lansing, namun wajahnya berbeza dengan Puan Anis. Sangat berbeza!

SEPANJANG perjalanan pulang, Una tidak henti-henti menatap jurnal yang dicatatnya di dalam telefon bimbitnya. Satu per satu nama, gambar, tarikh ..dibaca untuk memastikan dia tidak lupa.

" Dari tadi menghadap telefon...mesej dengan siapa?" Suara Hanafi memecah kesunyian yang dicipta. Sengaja pemanduannya diperlahankan dan mengambil laluan yang agak jauh. Dia mahu menikmati setiap detik dengan gadis itu.

" Una.." panggilnya tatkala soalannya tidak dijawab. Dia mencuri pandang, keningnya berkerut seribu. Entah apa yang menarik sehingga kewujudannya tidak dipedulikan.

Pap! Telefon dirampas dari tangan Una. Bulat mata gadis itu dengan tindakan drastik tersebut.

" Hei! Apa awak ni main rampas-rampas handphone saya!" Tempelak Una dengan wajah masam mencuka.

Amarah gadis itu meracu batinnya. Dia mahu mendengar suara gadis itu. Dia juga mahu masa yang diperuntukkan hanya tertumpu padanya, bukan pada gajet yang tidak bernyawa.

" Good! As long as i can hear your pretty voice. Stop ignoring me Una." Sebaris ayat dalam bahasa Inggeris menampar pendengarannya. Huh! Rengusnya.

" Dah tu awak nak saya borak apa?" Tukasnya. Panas hatinya masih belum reda dengan tindakan Hanafi yang gemar memaksa itu.

" Anything...saya cuma nak dengar suara awak."

Ah..dasar romeo kota. Andai baris ayat itu dituturkan kepada gadis di luar sana, barangkali ada yang sangkut. Tapi malang bagi lelaki kacak sebelahnya yang melemparkan kata-kata sebegitu pada sang puteri Amnesia!

" Saya musykil dengan sesuatu..." una mula membuka topik, memandangkan telefon bimbit sudah bertukar tangan. matanya mencerun tajam pada lelaki tersebut.
" Mengenai apa?" Soal Hanafi, pandangannya masih melekat pada jalan di depannya.
" Kenapa awak suka saya? " terpacul keluar soalan cepumas yang selama ini diperap dalam lipatan hatinya.

" Kenapa tak boleh ke?" Balas Hanafi bersahaja. Jawapan Hanafi membuatkannya bingung. Una menggaru kepalanya.

" Bukan tak boleh, cuma nak tahu..macam tak logik..awak doktor kut. Kenapa awak pandang orang macam saya? Maaf bukan saya nak puji awak, tapi hakikatnya awak ada pakej lengkap. Awak boleh dapat mana-mana perempuan yang awak nak. Tapi kenapa saya?"

Soalannya tergantung seketika, setelah itu desah nafas lelaki itu kedengaran.

" Kenapa awak suka labelkan orang...orang tu kacak perlu dipadankan dengan kacak...orang tu cantik perlu dipadankan dengan cantik. macam mana pula dengan kehendak orang yang dilabelkan sebagai cantik dan kacak, dan golongan orang kurang menarik?"

Una memainkan kukunya, dia sendiri tidak tahu menjawab soalan yang baru saja lelaki itu lontarkan. Sesekali dia menguis-nguis beg kertas yang berisi buah tangan dan lauk pauk yang dibekalkan puan Anis ketika dia beredar sebentar tadi.

" Sebab tu manusia diberikan akal. Dia berhak memilih dengan siapa yang dia mahukan. kalau hendakkan yang cantik, yang sempurna, jadi apa bezanya kita dengan haiwan?" sambung Hanafi.

Terasa perit tekak Una mahu menelan liur. Tajam sekali kata-kata itu menikam hatinya.

" Saya faham tindakan saya terlalu drastik pada awak. Cuma saya nak awak tahu saya tak pernah berniat nak mainkan perasaan awak jauh sekali nak bagi harapan palsu. saya perlukan awak.." suara Hanafi semakin tenggelam. Kejadian tadi masih segar dalam ingatannya. Jeritan Una dapat didengari jelas saat gadis itu sememangnya memerlukan bantuan. Jika dia tidak menoleh dan tidak ambil pusing pada suara tersebut, barangkali gadis itu rebah di atas permukaan lantai yang keras.

Una terpempan, bait kata yang meluncur keluar dari celah bibirnya itu, bagaikan penawar kepada emosinya yang berkecamuk. Una menundukkan wajahnya dan tersenyum sendiri.

" Terima kasih..." ucapnya perlahan.

Hanafi memandang sejenak kemudian kembali berpaling pada jalan. Dia turut tersenyum.

" Hanafi.." Panggil Una.

" hem?" Sahut Hanafi tanpa memandang.

" Saya bukan tolak awak sebab saya benci awak...cuma.." baju t shirtnya diramas, teragak-agak untuk meluahkan rahsia yang selama ini tersimpan.

" cuma apa?"

" saya pasti lepas dengar semua ni awak akan berubah fikiran...rahsia ni saya tak pernah beritahu sesiapa..even rakan sekerja saya pun tak tahu." anak matanya mengerling pada sisi wajah Hanafi sejenak.

" kalau awak nak cuba patahkan semangat saya, simpan jelah niat awak Una. saya tahu awak akan cari seribu satu cara untuk buat saya putus asa."

" bukan macam tu..! Apa yang saya bakal beritahu ni memang akan buat awak sedar keputusan awak melamar saya salah..! saya sumpah!" cepat-cepat persepsi Hanafi disanggah. Telapak tangannya dinaikkan seakan sedang berikrar. suasana sepi seketika. anak mata coklat Hanafi mencerun tajam pada gelagat Una sebentar sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

" okay fine..! Try me." ucapnya dengan nada mencabar.

Una memejamkan kelopak matanya lalu menarik nafas, mengumpul semangat dalam jiwanya. bibirnya dibasahkan, berkira-kira untuk memuntahkan kata-kata.

" Saya seorang pelupa..saya ada penyakit yang mana saya akan lupa semua orang dan peristiwa yang pernah berlaku pada saya. salah satu bukti awak boleh baca jurnal dalam telefon bimbit saya. Kat situ saya tulis semua peristiwa yang berlaku...dan..tadi penyakit tu serang saya balik.. " satu per satu kata yang disebut bagaikan belati yang merobek kotak rahsia yang selama ini tersimpan rapi dalam dirinya.

Suasana antara mereka bisu buat seketika. Tatkala rasa ingin tahunya menujah-nujah, anak matanya melirik pada Hanafi disebelah. Lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa respon. Tidak ada reaksi terkejut mahupun kecewa. Seakan apa yang baru disampaikan sebentar tadi bagai celoteh picisan.

" Sebab tu awak tolak saya?"

Una menoleh. Hanafi memperlahankan pemanduannya kemudian perlahan-lahan membelok dan berhenti di bahu jalan. Tindakannya itu sekadar dipandang tenang oleh Una, tidak seperti kebiasaannya dia lebih kerap menghambur kemarahan kepada lelaki itu.

Stereng kereta dilepaskan, berserta keluhan berat. Pandangannya ditebar pada jalan yang dipenuhi dengan kereta yang lalu lalang di kawasan tersebut. Setelah itu awan biru yang terbentang di kaki langit pula ditenung kosong.

"Una. Jawab saya." Panggilnya. Setelah itu seraut wajah Una dipandang.

Una bungkam. jawapan apa yang harus diberikan, dia sendiri keliru dengan perasaannya. Sentuhan hangat jari jemari Hanafi di dagunya mematikan lamunannya lalu mendorong Una untuk menoleh, bertentang mata dengan lelaki itu.

"Sebab tu awak tolak saya..?" suaranya kedengaran lebih lembut berbanding tadi. Wajah lelaki terasa semakin hampir dengannya, tatkala hembusan nafasnya hangat menyentuh kulit wajahnya.

Bergerak-gerak anak matanya,Una cuba lari dari tatapan tersebut namun pandangan Hanafi seolah memukaunya sehingga dia hanyut dibuai sesuatu yang hangat menjalar ke sanubarinya.

" Stop Hanafi. Awak akan sakitkan diri awak kalau bersama dengan orang berpenyakit macam saya..jadi.." kata-katanya dipotong pantas.

" Awak tak percayakan saya?" ringkas saja butir kata yang meniti di bibirnya.

Lelaki ini..apa yang dimiliki oleh dirinya sehingga mengacau bilau perasaan yang selama ini tenang.

Bibir Una yang merah alami itu diketap. Percaya..sesuatu yang paling sukar untuk diberikan, sekali kepercayaan itu diberi maka wujudlah pertalian yang utuh antara dua manusia. Sebaliknya jika kepercayaan itu dikhianati maka terbinalah tembok syak wasangka. Lantaran itu sukar buatnya untuk memberi kepercayaan dengan sewenang-wenangnya.

" Hanafi...antara kita tak boleh wujud hubungan." balasnya lemah sambil tertunduk. wajahnya dilarikan daripada pautan jari hangat Hanafi. tidak sanggup rasanya mengecewakan individu itu.

" Tapi kenapa?" Oktaf Hanafi kedengaran agak keras.

" Saya tetap nak awak. tak boleh ke awak beri saya peluang..?" pintanya separuh merayu.

Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya oleh Una.

" Awak tak tahu betapa sukar saya nak hidup dengan penyakit aneh ni.. keluarga saya sendiri terbeban dengan penyakit saya. Saya tak nak tambah beban tu pada awak pula." sanggah Una.

" Berhenti cakap penyakit awak satu beban!" tempik Hanafi saat dia bingit dengan perkataan beban yang kesekian kali diungkap.

Lidah Una kelu tidak semena-mena tatkala suara Hanafi menempik kuat. Turun naik dada Hanafi dilihatnya, dengan air muka yang jelas terpancar dia sedang terluka.

" Manusia mana yang sempurna Una..? hem?"

keningnya berkerut. tidak faham maksud yang tersirat di sebalik ayat Hanafi.

" Saya sendiri hampir mati Una..saya bukan orang bertuah dilahirkan sihat macam orang lain. Awak.." Jarinya menuding ke arah Una. " Awak gadis yang kuat. Awak orang yang buat saya gigih untuk hidup walaupun peluang tu cuma 1 percent." luahnya.

" Jadi please..jadikan saya memori awak. Bagi saya peluang untuk melindungi awak. Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak...walaupun saya tahu esok lusa, awak mungkin lupa siapa saya atau lebih teruk lagi awak lupa semuanya tentang saya. But I dont care. .saya akan bantu awak Una.."

Suasana antara mereka kembali sepi, memberi ruang masing-masing untuk berfikir. Una termangu di tempat duduknya, kelihatan tenang berfikir, namun tidak setenang hatinya yang sedang bergejolak. Begitu juga Hanafi, ternanti-nanti keputusan yang bakal meniti di bibir Una.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience