bab 8

Romance Series 3712

"THANKS again encik..kalau encik tak ada tadi, tak tahulah apa yang jadi kat saya." Ujar Una dengan penuh rasa kesyukuran.

" you're welcome...tapi tak payah berencik dengan saya. Just call me Danny." Ujar lelaki itu sambil menutup bonet enjin. Tangannya yang sedikit kotor ditepuk berulang kali.

" Owh awak nama danny ye. So you're muslim...or..?" Una mengecilkan mata, cuba mengenal pasti bangsa lelaki itu.

" Muslim.." tutur danny dengan suara agak tenggelam. Hakikatnya sudah sekian lama dia meninggalkan tatacara kehidupan seorang islam. Faktor kehidupan yang mendesak menjadikan dirinya yang sekarang.

" Wah...saya ingat awak ni mat salleh lah...muka tak macam melayu."
Kata-kata Una disambut dengan senyuman yang dibuat-buat oleh  Danny. Bukan muka sahaja yang sudah berbeza dengan melayu malah kehidupannya sudah lari dari asal usul aslinya.

"Saya dah check kereta cik ni okay ..cuma sebab kurang air je. Tapi makesure awak bawak pergi servis on time." Tutur danny,cuba menukar topik. Una mengangguk sambil menggaru2 pipinya.

" Saya memang tak sempat service lately...busy dengan kerja.." ujar Una perlahan.

" Busy macam mana pun servis kereta tak boleh lupa. Nanti dengan kerja-kerja tergendala." Balas Danny. Setelah itu dia melirik pada langit yang sudah menginjak malam, kemudian memandang jam tangannya pula. Sudah menunjukkan jam 6.45 petang.

" dah nak malam ni. Better cik.." gilirannya pula bertanya. Una pantas menyelitkan rambutnya kebelakang telinga. "Saya Una." Matanya kelihatan bercahaya tatkala memperkenalkan dirinya.

Danny tersengih. Cute name...getusnya.

" okaylah cik Una. Dah nak malam. Better cik balik dulu. Bahaya nak stay sini lama." Ujar danny.

Una melirik pada langit, kemudian tertawa kecil. " saya tak perasan dah nak malam. Kalau macam tu saya balik dulu encik Danny. Apa-apa pun terima kasih sebab tolong saya tadi."

Kakinya diangkat menuju ke keretanya semula, dengan lambaian pantas, gadis itu menerobos masuk ke dalam kereta. Perbuatannya sekadar dipandang tenang oleh Danny yang masih berdiri didepan keretanya.

Enjin keretanya dihidupkan, setelah itu dia mengemudi stereng keretanya masuk ke  jalan raya. Sebelum meninggalkan tempat tersebut dia menekan hon sebagai tanda selamat jalan kepada lelaki yang masih memerhatikannya itu.

Danny menggamit gadis tersebut sebaik sahaja hon dibunyikan. Setelah itu kereta gadis tersebut beredar membelah senja. Tanpa membuang masa Danny turut melangkah ke arah keretanya dan menderu laju meninggalkan kawasan tersebut.

----------------------------------------------------------------------------------

KERETANYA diparkir masuk berdekatan dengan rumahnya, setelah pintu dikunci, Una melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat tersebut.

"Assalamualaikum.." selanya sebaik menapak di atas alas kaki yang tersedia di depan pintu. Hanya kedengaran bunyi televisyen yang mengisi kesunyian di dalam rumah tersebut. Berbeza dengan dulu, sewaktu zaman muda mudi abang dan kakaknya. Rumah ini begitu riuh dengan kerenah anak-anak Haji Lokman dan Pn zanariah.

"Waalaikumussalam...ha lambat balik Una?" Haji Lokman menutup lembaran akhbarnya dan menoleh.

" kereta Una buat hal tadi... tu lambat sikit... mak mana?"

Haji lokman memuncungkan mulutnya, mengisyaratkan keberadaan isterinya di dapur. Una sekadar mengangguk kemudian melangkah  menuju ke dapur.

" mak..buat apa tu.." tegurnya sebaik sahaja menapak masuk ke dalam dapur. Sambil membuka pintu peti ais, matanya mencuri pandang pada aktiviti yang dilakukan oleh maknya.

Pn zanariah berhenti menguli dan menoleh pada suara yang menyapanya. " tengah uli tepung nak buat karipap..ha kenapa balik lambat." Giliran maknya pula bertanya. Tanpa membalas pertanyaan yang diajukan, air botol mineral dicapai dan diteguk dengan rakus.

" anak dara seorang ni. Punya banyak cawan dekat dalam dapur ni, dok teguk air tu macam orang jantan...hish!"

Bebelan maknya diabaikan, tegukannya diteruskan sehingga haus ditekaknya beransur hilang.

"Ahhh!! Lega!" Muncung botol ditutup dan diletak semula ke dalam peti ais. Sambil mengesat mulutnya Una mengenyitkan matanya pada maknya yang masih memerhati tingkah lakunya.

"Hehehe...sorry mak.haus sangat."
Sambil bercekak pinggang dengan sebelah tangannya dan sebelah lagi berada di dalam mangkuk doh, Puan zanariah melepaskan rengusan. Pelurunya mula dikumpul...satu...dua...tiga...shoot!!
" cubalah buat perangai elok sikit Una...umur kamu tu dah 27 tapi perangai macam budak 17 tahun..nanti mak nak cakap apa kalau..bla..bla...tengok anak mak lang kamu...bla...bla...sepupu kamu...bla....bla..."

Ye...mak dah mula serangan membebel tanpa henti. Dilema seorang suri rumah, tak dapat lepaskan amarah pada suami, anak jadi mangsa. Nasib tak ada kucing dalam rumah ni...kalau tak depresi kucing tu mak buat. Una menggigit bibir, mendengar setiap bait kata-kata maknya lontarkan.

" kalau macam nilah...mana tak stress az.." bibirnya berhenti dari meneruskan berkata-kata. Dia tahu dia sudah tersalah cakap pada anak gadisnya itu, perlahan-lahan puan zanariah melirik pada wajah Una. Memastikan anak bongsunya tidak terasa hati.

" erm tak apalah mak..una naik dulu. Nak rehat." Bibirnya tersenyum, senyum palsu, sebelum meninggalkan ruang tersebut.

Puan Zanariah menepuk-nepuk mulutnya atas kelancangannya berkata-kata. Semakin meningkat umurnya semakin tidak bertapis bahasanya. Dia melepaskan keluhan berat saat ini merasakan dirinya dirundung rasa serba salah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

SEUSAI solat isyak, una berteleku di atas sejadahnya. Bait kata yang diluahkan maknya berlegar dalam benak. Matanya melorot pada tikar sejadah, melihat corak yang menghiasi tikar tersebut. Beberapa ketika dia melepaskan keluhan kecil.

'Andai...dia ada...bahagiakah aku...?'

Pandangannya dituntas pula pada parut di lengannya, setiap kali dia melihat parut itu dan setiap kali itulah dia cuba mengingati cebisan memorinya yang hilang. Hampir 4 tahun berlalu sejak kemalangan itu, namun semua orang kelihatan mengelak menceritakan perihal kejadian tersebut. Boleh dikatakan hampir keseluruhan memorinya hilang, malah kemampuannya mengingati seseorang semakin lemah. Meski sudah diperiksa dan didignosi oleh para doktor, jawapannya menemui jalan buntu.

Pantas dia menggeleng membuang segala tanggapan negatif. Dunia bergerak kedepan bukan kebelakang,  memori masa silam itu dibiarkan tersimpan selagi ia tidak mempengaruhi kehidupannya masa kini. Una bangkit sambil berselawat kemudian melipat kembali telekungnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

HJ LOKMAN melirik pada isterinya yang kelihatan gelisah. Kebiasaannya isterinya itu kelihatan ralit dengan drama bersiri yang ditayangkan, berbeza pula dengan sikapnya pada hari ini. Pandangan isterinya itu kelihatan mundar mandir ke setiap genap ruang tamu rumah. Aneh.

" awak ni kenapa? Dari tadi saya tengok macam tak senang duduk..?"
Puan zanariah tersentak dengan teguran tersebut lalu menoleh pada suaminya. Dia mengetap bibir, tidak pasti sama ada dia hendak memberitahu atau dipendam.

" zana..." panggil Haji Lokman lagi. Dia pasti ada yang tidak kena. Isterinya memandangnya dengan wajah berkerut-kerut.

"Ada masalah ke?"
Puan zanariah memainkan jari jemarinya, cuba menahan rasa gugup. Dia membasahkan bibirnya sambil menarik nafas.

"Abang..." panggilnya lembut. Haji Lokman tidak membalas, dia sekadar memandang.
"Tadi...saya..." terkulat-kulat Pn zanariah cuba meneruskan kata-katanya. Air liurnya dikecup.

" saya tersasul cakap pasal Azril..." lantas wajahnya tertunduk. Dia pasti suaminya akan kesal dengan mulutnya yang tidak berlapik itu.

"Astagfirullahalazim...macam mana boleh jadi macam tu...?" Haji Lokman meraup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.

"Una macam mana? Dia okay?" Soal haji Lokman, dia malas mahu memanjangkan isu. Isteri menggeleng perlahan. Keluhan berat meniti dibibirnya yang dihiasi kumis tebal kian memutih.

"Tapi..saya tak cakap banyak pun...cuma sikit je lagi saya dah nak tersebut nama azril..bang..saya risau sangat tengok Una tu. Abang pun tahukan apa yang dia lalui sebelum ni...umur dia pun dah dekat 30, tapi satu calon pun tak ada.."

" kesitu pula awak ni. Jodoh ajal rezeki semua Allah yang atur." Bidas Hj Lokman, dia tidak gemar sikap isterinya yang sering mendesak anak-anaknya berkahwin sebelum umur 30. Berdosa besar ke kahwin lambat?

" bukan itu maksud saya. Una tu kena ada orang yang jaga..kalau kita tak ada nanti boleh ke dia jaga diri dia kalau penyakit pelik dia tu datang? Abang dah lupa?" Tekan isterinya.

Lupa? Tidak mungkin dia akan lupa.. dia pernah merasakan dunianya gelap apabila kehilangan anak gadisnya disebabkan penyakit aneh tersebut. Hj Lokman menggumam sendirian. Cuba mempertimbangkan kata-kata isterinya. Mungkin ada benarnya, Una memerlukan seseorang untuk menjaganya, memandangkan usia mereka berdua sudah kian senja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience