bab 22

Romance Series 3712

"MAIRA?"

Gadis bertubuh lampai itu menghampirinya. Kelihatan tubuhnya yang putih gebu itu sudahpun dirintik hebat dengan peluh. Tubuh lansing gadis itu dibaluti dengan t shirt putih lengan pendek, dipadankan dengan seluar tight hitam, sweater pula diikat pada pinggangnya. Apa saja yang dikenakan ketubuh gadis ini sentiasa nampak menarik di matanya.

Maira menyeka peluhnya yang mengalir di dahinya, dan mengambil nafas buat seketika. Gadis yang berdiri di depannya itu tidak berkutik memandangnya, namun diabaikan. earphone yang disumbat pada telinganya ditanggal, hilang alunan muzik rancak yang menemani lariannya dari tadi.

" Tak perlu pandang saya macam tu. Awak pun jogging sini ke?" soalnya dengan suara sedikit termengah-mengah.

Una mengangguk sambil tersenyum tersipu-sipu tatkala tindakannya disedari oleh gadis cantik tersebut.

"Pukul berapa awak start jogging?" Soal Una pula, menilai dari keadaan gadis itu yang sudah lencun dengan peluh.

" Pukul 6.30. Saja datang awal. Orang tak ramai. Kalau awak tak kisah... jom kita jogging sama-sama. Lepas jogging kita lepak dekat mana-mana untuk breakfast." Atur Maira.

" Boleh juga. Boring jogging seorang." Cadangan Maira diterima tanpa banyak soal.

Rasa kagum hinggap dalam benaknya terhadap stamina milik Maira, kerana jelas kelihatan gadis itu sudah berjoging beberapa pusingan di tasik tersebut. Tidak penatkah dia?

Baru tiga pusingan tasik, Una sudah termengah-mengah kepenatan. Peluhnya juga begitu hebat merembes keluar dari tubuh badannya hingga lembab baju t shirt yang membaluti tubuhnya itu.

Sepanjang larian, Una lebih selesa mendiamkan diri sambil menikmati alam yang terbentang. Manakala Maira leka dengan muzik yang didengarinya tanpa menghiraukan tenaganya yang mula habis.

begitu jauh perbezaan dia dan Maira. Gadis itu begitu bertenaga, dan momentum lariannya lansung tidak berubah. 

Larian mereka dihentikan sebaik sahaja mentari pagi mula terbit menyinari seluruh taman tasik.

"Jom kita rehat dengan pondok sana." jari telunjuk Maira dituding kearah pondok yang tidak jauh dari tempat mereka berhenti. Una sekadar mengangguk sejurus itu mereka beriiringan menuju ke pondok untuk menghilangkan kepenatan.

"Selalu ke Mai jogging dekat sini?" Soal Una tatkala punggungnya dilabuhkan.

"Selalu juga..lagi pun tempat ni cantik dan tenang. awak pula? selalu ke datang sini?" giliran Maira pula melontarkan soalan.

Una tertawa kecil, bukan kerana lucu tetapi dia merasakan perbezaannya dan Maira begitu ketara.

" Jarang sangat. terlalu busy dengan kerja. kalau cuti pun banyak habiskan masa dekat rumah. Cuma hari je terasa nak tukar angin." jelas Una.

Maira sekadar mengangguk dengan penjelasan yang diberikan. Matanya dikecilkan sedikit, lantaran silau mentari pagi mula menyebarkan sinarnya pada pondok yang mereka duduki.

"Saya selalu datang sini. sebab saya tak tahan kalau sehari suntuk terperap dalam ofis. Kalau boleh nak kerja yang boleh bergerak lincah. herm..tapi sejak kerja dalam company papa, asyik duduk jelah kerja saya." keluh Maira.

" Bagusnya Mai, muda-muda lagi dah bantu ibu bapa. Bukan senang nak manage sebuah syarikat." Puji Una cuba menceriakan gadis itu, tatkala merasakan Maira mempunyai kesulitan dengan pekerjaannya sekarang.

Bibir Mai sekadar tersenyum kelat, jelas terpamer di wajahnya, dia tidak menyukai pekerjaannya sekarang.

 "ya..lot of sacrifice.."bait kata yang ringkas namun menyimpan makna yang mendalam. Peha kirinya ditindihkan di atas peha kanannya.

"So how long you work as an editor?" mata bundar Maira merenung tepat ke wajah gadis disebelahnya.

"Eh mana Mai tahu?"

Semasa perjumpaan yang lalu, setahu Una, dia tidak pernah menceritakan perihal kerjayanya kepada keluarga Hanafi. Dia lebih selesa membisu agar rasa kekoknya tidak kelihatan ketara.

Mai tersenyum kecil. "Of course I know.. your magazine is one of my favourite."

" Really?" terbuntang matanya. "wow..tak sangka awak peminat majalah Feminin ya. saya dah kerja dalam company majalah ni 7 tahun. lepas intern saya terus diserap masuk bahagian editorial."

Maira mengangguk perlahan-lahan. " Lama juga ye...jadi berapa lama pula awak bercinta dengan abang saya?"

Berdesing telinga Una saat ini. Jauh benar topiknya disasarkan. Sejak bila dia dan Hanafi bercinta? Lebih tepat lagi sejak bila dia dan Hanafi berkawan? Dia menelan liur. Serba salah dibuatnya memikirkan jawapan yang sesuai diberikan.

" er..yang tu..hem saya pun tak ingat..." teragak-agak mulutnya menjawab, sambil jari telunjuknya menguis-nguis pipinya. Mustahil dia akan beritahu hal sebenar, tindakannya ini pasti membuatkan Maira berkecil hati.

"I see..so macam mana keputusan peminangan hari tu. Rasanya mama tak ada inform pada saya bila tarikh tetap."

"erm..saya dah serahkan pada mak dan ayah saya tetapkan. saya ikut je.."

Buat seketika Maira sekadar memandang tanpa sebarang reaksi, renungan yang dilemparkan sentiasa terlihat tajam menikam, persis dengan renungan ketika pertama kali mereka bertemu.

"it seems like.."

Una menelan liur lagi. Gadis disebelahnya ini seakan mengujinya, sehingga terasa hilang udara buatnya bernafas.

" awak macam terpaksa terima pinangan abang saya.." mata galaknya dikecilkan, seakan mengesyaki sesuatu.

" Eh bukan macam tu..!Cuma...Cuma.." kedua-dua telapak tangannya digawangkan, menyanggah andaian Maira. Ah..jawapan apa yang perlu diberikan kali ini.

"its okay Una..i don't need your explanation. Kalau awak tak boleh cakap..tak payah cakap. lagipun setiap orang ada rahsia yang kita simpan dalam-dalam. right?" Kepalanya disengetkan sedikit berserta senyuman lebar.

Halus dan tajam kata-kata yang meluncur keluar dari celah bibir Maira. Entah kenapa dia merasakan gadis itu sedang menyindirnya.

Pandangan Maira melirik pada jam tangannya sejenak. " Dah pukul 8 ni. Jom breakfast. Saya laparlah.. sebelum jogging tak makan apa-apa lagi. Ni dah penat rasa nak telan semua..! Lapar..." Maira menggosok-gosok perutnya sambil mengongoi seakan budak kecil.

Pada awalnya gadis ini mempamerkan sikap yang serius dan matang, setelah itu dia berubah pula bersikap manja dan keanak-anakan. malah Una merasakan Maira jauh lebih mesra berbanding tadi.

Mengapa begitu drastik gadis ini berubah personaliti? Dia penghidap DID kah?Bipolar?  Bertubi-tubi soalan hinggap dikepalanya ketika ini.

Aneh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience