Bab 1

Romance Series 3712

Hampir sejam dia mundar mandir di dalam kedai buku Popular tersebut, namun satu pun tidak menarik perhatiannya. Alia mengeluh dengan sikap cerewet kawannya itu. Kaki dan pinggangnya kian lenguh disebabkan terlalu lama berjalan.

"weh cepatlah. Lama sangat kau nak pilih." Ujar Alia sambil mengetuk-ngetuk rak buku dengan hujung kukunya. Rasa bosan mula membaluti dirinya tatkala merasakan masa terlalu lama bergerak.

Una menoleh sekilas, kemudian kembali membelek-belek buku novel yang dipegangnya. " alah kejaplah. Aku nak pilih yang betul-betul sesuai dengan taste aku. Kalau main beli je..nanti separuh jalan je aku baca tau." Omelnya.

Alia merengus."senang cerita kau tulis je novel sendiri Una cerewet ya ampun." Terjuih-juih bibirnya mengomel.

Una mengekek ketawa. Tak masuk akal. Bakat yang tak seberapa tak payah berangan nak jadi penulis. Boleh mengamuk pembaca dibuatnya. Una menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian meletakkan kembali buku novel berkulit hijau itu ke dalam rak buku.

" hah tu tak nak lah tu. Sejam kot kau belek buku kat rak ni." Rungut alia lagi. Hatinya semakin panas tatkala kaki rakannya itu kelihatan melangkah ke bahagian alat tulis pula. Arghh!!! batinnya menjerit.

Sejurus tiba di bahagian yang dianggap syurga baginya , Una tersenyum pada deretan buku sketch yang tersusun kemas pada rak alat tulis tersebut. Tanpa berfikir panjang dia mencapai beberapa buah buku sketch yang berlainan saiz. Sudah sekian lama dia tidak memanaskan tangannya, memandangkan fokusnya dicurahkan terhadap peperiksaan SPM yang bakal tiba.

Alia mengangkat keningnya. Seriously? Selama satu jam dihabiskan menilik buku novel, sudahnya buku sketch yang dibelinya. Boleh sakit jiwa dia melayan perangai Una.

" Dah jom." Tutur una tanpa mempedulikan reaksi Alia, buku sketch berkulit tebal berwarna hitam itu dipeluk kemas, kakinya diatur pantas menuju ke kaunter pembayaran.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alia melepaskan nafas keletihan, tubuhnya disandarkan ke kerusi yang tersedia di terminal bas. Baju sekolah yang dipakainya sedikit basah bermandikan peluh, lantas dia menyeka peluh yang mengalir di dahinya. Mujur terminal bas di pekan ini sudah dinaiktaraf, setiap sudut bangunan dilengkapi dengan penghawa dingin. Dapatlah dia menyejukkan tubuhnya sebelum kembali berasak-asak di dalam bas nanti.

"Nah." Una muncul dari belakang bersama dua gelas coolblog di tangannya. Pantas dia mengecup air liurnya. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, huluran rakannya itu disambut pantas. Dengan rakus dia mencucuk straw berwarna ungu itu menembusi penutup plastik, lalu disedut.

"thanks Una.." ujarnya sambil melemparkan senyuman kepada gadis disebelahnya. Terasa lapang tekaknya selepas menikmati air percuma tersebut. rezeki jangan ditolak hoiii.

"welcome. Thanks tau teman aku cari buku." Balas una, lalu menyedut smoothies berperisa capucino ke mulutnya.

" weh lagi sebulan je kita nak SPM, risaulah aku beb." luah Alia.

" erm samalah dengan aku. Tapi kau kan pandai. Jangan risaulah mesti boleh buat punya." Una memberi sokongan. Baginya Alia tidaklah dikategorikan sebagai pelajar yang bijak, tapi dia seorang yang sangat rajin. Tidak mustahil pelajar seperti Alia ini bakal memperoleh keputusan cemerlang.

"Aku ni biasa je kau tu yang pandai Una. Cuma kau ni malas. Suka berangan je dalam kelas." Una membulatkan matanya.

"amboi mulut kau laser." Ingin saja dia tonyoh cili pada mulut Alia.

"betul lah aku cakap. Kau tu kalau study memang pandai. Kejap je kau boleh faham. Tapi bab kerja sekolah..nota kau.. sakit mata aku tengok." Komen Alia tanpa berlapik.

" bak sini air kau." Tiba-tiba Una memotong. Alia tertawa kecil, sudah arif dengan sikap Una yang mudah sentap. Anak bongsulah katakan.

"buruk sikulah kau ni. tak boleh!" Alia menjauhkan airnya dari Una dengan pantas. Una mengetap bibirnya.

" kenapa tak boleh? Aku bayar kut."

Alia menjelirkan lidahnya. " ni upah aku. Kalau tak pasal kau, sekarang ni aku tengah lepak tengok tv. Salah di sisi undang-undang buruh tau kalau kau tak bayar upah." Seloroh Alia bersahaja. Serentak itu Una tertawa, tidak mampu menahan geli hati. Ada saja alasan bijak yang diberikan oleh rakannya

"banyaklah kau punya undang-undang buruh."

-------------------------------------------------------------------------------------------

" hanafi?"

Hanafi mengangkat wajahnya, lantas cermin mata tebalnya ditolak ke atas sedikit. Matanya melorot pada wajah ibunya yang sedang berdiri di ambang pintu kamarnya.

"ye ma?" balasnya pendek. Buku rujukannya ditutup.

" hanafi dan makan ubat belum?"

" belum lagi. Tapi lepas makan nanti nafi makan."

"ish jangan lambat-lambatkan makan. Nanti sakit macam mana.." keluh Puan Anis dengan sikap lalai anak lelakinya ini. Dia mendekati anaknya yang sedang duduk berteleku di meja belajar.

" ma..nafi tak pernah sihat..ubat tu cuma support je. Mama pun tau kan. Kalau nafi sakit pun kan maira ada.." ujarnya dengan nada sindiran sambil mengangkat keningnya yang tebal itu.

Puan Anis mengeluh kecil. Suasana yang cuba dijernihkan olehnya bertemu jalan buntu. Ada saja kata-kata sindiran dilemparkan kepadanya. dia dianggap melakukan kesalahan yang besar apabila berkahwin kali kedua.

" dah mama tak nak dengar semua tu. Maira tak ada kena mengena dalam hal ni. hanafi dah besar takkan dengan adik sendiri nak cemburu?" Dengus Puan Anis.

" dia bukan adik nafi..dia orang luar.." omelnya perlahan, menyembunyikan wajahnya dari pandangan mamanya yang berdiri berhampiran mejanya. Puan Anis mendesah lalu memeluk tubuhnya yang masih lansing itu. Wajah hanafi direnung dengan renungan tajam.

" dah berapa kali mama cakap. Kalau nafi tak boleh terima papa Alias sama je nafi tak boleh terima mama. tak habis-habis cari pasal dengan Maira. mama tengok Maira elok je layan Nafi. Tapi Nafi sendiri tak pernah tunjuk perangai elok dengan Maira. Mama tak pernah nak bezakan kasih sayang anak-anak mama. Walau macam mana pun darah yang mengalir dalam badan nafi tu ada darah mama!" dadanya turun naik menahan sebak. Rasa hiba, pilu menumbuk dirinya bertalu-talu, anaknya yang sewaktu dulu sangat ceria kini berubah sama sekali. Besar sangatkah dosanya?

" mama.." keluh Hanafi apabila dia melihat mata mamanya mula berkaca. Tidak semena-mena dia diserang rasa bersalah atas sikapnya yang biadap itu.

" suka hati nafi la.." Suara Puan Anis berubah nada. "mama tahu nafi tak happy dalam rumah ni. tapi jangan lepaskan marah tu pada badan sendiri. Allah marah. " Ujarnya setelah itu dia berpaling dan mengatur langkah keluar dari kamar anak bujangnya.

Hanafi meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Dia sedar sebesar mana pun kebencian terhadap mamanya, tetap tidak melayakkannya untuk bersikap derhaka. Ya allah ampunkan aku yang khilaf ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience