Bab 14

Romance Series 3712

UNA memisat kelopak matanya yang masih layu untuk dibuka. Terlalu sayang rasanya untuk meninggalkan katil empuknya. Ingin saja dia kembali berselubung di dalam selimut dan diulit mimpi indah. 

Namun apakan daya, suara maknya lebih kuat dari guruh itu sudah memekik dari dapur. Dengan malas, dia bingkas bangun. Tuala dicapai dan langkahnya di atur ke bilik air.

" hai baru bangkit puteri bongsu?"

Una sekadar tersenyum selamba, tidak ambil pusing dengan usikan nakal maknya. Sudah lali diperli dan diusik. Maklumlah anak bongsu, hati perlu kental menadah segala usikan yang dilemparkan.

"herm...sedapnya bau. Masak apa tu." Maknya dirapati dan bahu wanita itu dipaut manja sambil matanya menjengah. Aroma masakan maknya menusuk ke rongga baunya, membuatkan dia kecur liur.

" masak sambal tumis udang..ha dah alang-alang kat sini pergi bancuh air. Anak dara tak boleh malas. Nanti tak ada orang nak masuk meminang." Bebel Puan Zanariah.

Una mencebik. Kahwin..kahwin...kahwin..! Macamlah kehidupan ini dibina semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Hatinya menggerutu. 

Hari cutinya yang disangkakan bakal berlalu dengan tenang, hanya tinggal angan. Maknya tidak pernah putus asa menyentuh bab pasangan hidup. Ada saja idea yang akhirnya akan menjadi topik perkahwinan.

Tidak semena-mena wajah Hanafi muncul dalam bayangannya. Ah! Kenapa pula wajah lelaki ini yang datang sebaik saja topik pasangan hidup dibincangkan. Lupakan Una! Dia bukan sesiapa dalam hidup kau.

" Gula dua biji je kan ayah punya air ni." Una menukar topik, ditangannya memegang sebotol kecil gula yang dibeli khas untuk pesakit diabetes. Sedap atau tidak, dia sendiri tidak tahu.

" A.ah. jangan letak lebih-lebih. Nanti potong kaki pula ayah kamu tu." Suara lantang maknya memenuhi ruang dapur yang berkeluasan sederhana itu.

" hish mak ni. ada pulak cakap suami sendiri macam tu. Tak baik tau." Tegur Una. Sikap maknya yang bermulut lancang ini kadang-kala tidak dikawal.

Puan Zanariah sekadar tertawa tanpa memperdulikan teguran anaknya. Una melepaskan keluhan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

" Una pergi letak air dulu kat luar mak." Ujar Una kemudian beredar sambil menatang dulang.

HAJI LOKMAN menolak cermin matanya yang melurut, terasa rimas tatkala cermin matanya itu mengganggu pembacaannya. Beberapa artikel yang dipapar di dada akhbar, menarik perhatian lelaki ini. 

Hendak membaca melalui gajet,matanya pula tidak tahan dengan silau cahaya, jadi melalui akhbar dan berita di televisyen saja menjadi wadah buatnya untuk mengetahui hal ehwal semasa.

."ayah nah air." Pandangannya dialih pada anak gadisnya, senyumannya dileret. Surat khabar ditangannya dilipat dan diletakkan ke tepi.

" terima kasih adik.." ucap Haji Lokman. Cermin matanya ditanggalkan, kemudian menyambut air yang dihulurkan.

" Hari ni..tak keluar dengan boyfriend ke?" teh panas itu disisip sedikit.

Niat Una untuk kembali ke dapur  membantu maknya terbantut, dia memandang ayahnya dengan persoalan memenuhi benaknya.

" boyfriend? Pelik-pelik jelah ayah ni. tak pernah pun Tanya macam ni. dah macam mak." Seloroh Una.

Haji Lokman sekadar tersenyum tenang. Sukar untuk membaca pemikiran orang veteran sepertinya, diluar tenang tetapi di dalam hati penuh dengan masalah terpendam. Tingkahnya masih diperhatikan oleh anak gadisnya yang tercegat di tepi kerusi meja makan.

" Boleh ayah tahu, taste lelaki yang macam mana adik minat?"

Semakin berkerut keningnya. Buang tebiat ke ayah ni? getusnya. Bola matanya menerawang ke segenap ruang, berfikir mengenai ciri-ciri lelaki yang digemarinya.

" Entah. Tak tahulah ayah. Kenapa ayah Tanya macam tu? Ayah..ada sesiapa nak ayah kenenkan pada Una ke?" keningnya dijungkit berulang kali.

Bapanya tertawa kecil. Lelaki itu menegakkan tubuhnya dan menyilangkan kedua lengannya di atas meja makan.

" Kalau nak boleh je. Tapi ayah tak nak adik pilih orang tu sebab terpaksa. Soal pasangan hidup tak boleh pilih sebarangan." Tutur lelaki itu. suaranya tenang, tapi kedengaran penuh dengan maksud yang tersirat.

Una tersenyum tawar.

" Una..tak tahu ayah..ada ke orang terima penyakit una ni..sedangkan Una sendiri tak tahu..sebab apa Una boleh jadi macam ni.." luahnya buat pertama kali. Sukar untuk menyembunyi masalah yang dihadapinya ketika berdepan dengan ayahnya. Wajahnya tertunduk menahan sebak yang menghurung dirinya.

"Adik..jodoh ni datang kadang-kadang waktu kita paling menolak dia. Tapi waktu tu Allah hantar jodoh adik sebab Allah tahu adik sebenarnya sudah bersedia."

Una menarik nafas. " kalau.." dia mengangkat tampang dan memandang ayahnya.

"adik tak ada penyakit ni mungkin adik boleh pertimbang pasal pasangan hidup..cukuplah adik dah buat orang sekeliling adik risau. Adik tak nak tambah kesusahan orang lain dalam masalah adik ni.." luahnya.

Lelaki tua itu menundukkan pandangan, melepaskan keluhan kecil. Lalu dia mengangguk dan tersenyum.

" Percaya dik..pasangan tu ada.ayah percaya adik boleh harungi semua ni dengan baik. Bergantung pada Dia dik. Kalau dia ikhlas dia akan terima, kalau tak dia akan pergi. Jangan takut." Tutur Haji Lokman.

Dari tepi pintu dapur Puan Zanariah mencuri dengar perbualan dua beranak itu. Air matanya mengalir apabila buat pertama kali dia mendengar luahan hati anak gadisnya itu. Begitu berat beban yang dipendam anaknya selama ini. 

Perasaan bersalah menghentamnya berulang kali, kesal tatkala dia sering mendesak tanpa berfikir dari sudut pandang anak gadisnya. Terlalu egokah dia?

Pantas dia mengesat air matanya dan melangkah keluar dengan wajah ceria.

" Ha buat apa ni. mengumpat mak ea." Puan Zanariah mencelah sambil membawa mangkuk berisi sambal tumis udang.

Kehadirannya membuatkan kedua-dua insan yang disayanginya tersenyum. Seakan tiada apa yang berlaku. Begitu juga dengan dirinya sendiri. Dia tidak mahu terbawa-bawa dengan emosi. Sudah cukup anaknya menderita atas kehilangan memori, tak perlu dia menambah garam pada luka yang tersedia parah itu.

TELEFON bimbitnya berbunyi ,kerja-kerja melakar dihentikan kemudian dia mencapai telefonnya yang terletak di atas katil. Skrin dilirik, seraya keluhan dilepaskan. Hanafi lagi. Apa lagi yang lelaki ini mahukan darinya.

Dia melabuhkan punggung di atas katilnya yang disarung dengan cadar pink, panggilan tersebut diangkat.

" Hello." Tuturnya mendatar.

" Sorry mengganggu awak. Awak tengah buat apa tu?" soal lelaki itu selamba. Una menjeling. Dah tahu hari rehat masih lagi mahu mengacau.hatinya bermonolog sendirian.

" straight to the point please...awak nak apa lagi?" soalnya malas.

" herm.." lelaki itu mengeluh.

" dengan hem awak takkan boleh buat saya faham. Cakaplah nak apa."

" saya nak jumpa awak." Pinta lelaki itu dari hujung talian. Una menjarakkan telefon dan memandang telefonnya. Tak faham bahasa betul!

" bincang kat sini tak boleh?"

" nak saya datang rumah ke? Boleh juga saya terus pinang awak kan?" sela lelaki selamba. Una mengetap bibir.

" tak lawak. Saya malas nak keluar. Saya nak rehat. Awak cari perempuan lain please. Saya dah cakap dah kat awak.."

" I give you 10 minutes. Kalau awak tak siap jugak, saya sendiri akan masuk rumah awak, jumpa parent awak. Tak kira awak suka atau tak. By hook or by crook saya akan sampai lagi 10 minit. " Talian terus dimatikan. Una merengus.

Ah tak mungkin lelaki ini tahu di mana dia tinggal. Dia tertawa sendirian. Ketawanya yang kedengaran yakin pada awalnya, semakin perlahan. Hatinya mula berdebar.

GULP!

Tidak keruan gadis itu di kamarnya. Ingin saja dia menjerit dengan tingkah memaksa lelaki bernama Hanafi ini. Suka-suka mahu mendesaknya. Dalam keterpaksaan, dia mencapai apa saja pakaian yang tergantung di dalam almari dan dikenakan pada tubuhnya.

KAKINYA melangkah laju ke muka pintu, menyarung sandalnya. Tanpa pamit dia meninggalkan kawasan rumahnya dan menerpa pada kereta yang sudah menanti di depan rumahnya. Dia tidak mahu ayah atau maknya melihat Hanafi, jika tidak sudah tentu akan berpanjangan isunya nanti.

Kereta Ford Focus itu diterpa lalu pintu dibuka. Dengan pantas, Una melabuhkan punggung di atas tempat duduk penumpang.

" Dah cepat-cepat!" gesanya pada Hanafi di sebelah.

Tanpa menjawab, Hanafi menolak gear dan menderu laju keluar dari kawasan perumahan tersebut.

Sebaik sahaja kereta yang dinaikinya semakin jauh dari kawasan perumahannya Una melepaskan nafas lega. Mujur ulahnya tidak diketahui oleh ibu bapanya.

" Awak tak beritahu mak dengan ayah awak ke?" soal Hanafi setelah lama mendiamkan diri. Una menoleh dengan wajah yang marah.

" Ni awak punya pasal. Gatal sangat nak ajak saya keluar. Ha awak nak bincang apa ni?" Una menyoal. Hanafi tertawa kecil. Tercuit hatinya melihat gelagat Una yang persis budak sekolah. Terpaksa curi-curi keluar tanpa pengetahuan ibu bapa.

" Awak memang saja kan?"

Hanafi menjungkit keningnya.

" dah tak panggil doctor dah? Alhamdulillah..." ujar Hanafi selamba. Spontan Una menggigit bibir, marah dengan kecuaian diri sendiri. Pandangannya dilarikan kedepan sambil berpeluk tubuh.

" cepatlah cakap, awak nak cakap apa. Dari semalam awak ajak saya keluar."

" sabarlah..saya tengah drive ni kan. Kena focus."

Fokus? Pertama kali dia melihat lelaki yang tidak boleh berbual sambil memandu. " hish macam-macamlah awak ni. drive sampai tak boleh berbual. Baru dapat lesen memandu ke?" perli Una tanpa memandang Hanafi. Apa pun respon lelaki itu, bukan urusannya.

Sepanjang perjalanan, Una menilik keadaan kereta Hanafi. Cukup bersih dan wangi. Memang tidak dinafikan lelaki sangat pandai menjaga kereta berbanding kaum hawa. Kalau hendak dibandingkan dengan kereta cinonet kuningnya itu, jauh panggang dari api. Serba serbi tidak terurus.

Lebih 30 minit pemanduan, hanya bertemankan lagu dan celoteh para DJ radio, kereta yang dinaikinya berhenti tepat di depan sebuah rumah agam berwarna putih. Melopong mulutnya melihat bangunan yang tersergam indah itu. pandangannya menerawang pada kawasan perumahan di situ.

Tidak pernah terdetik hatinya untuk menjejakkan kaki di lokasi perumahan Bukit Kiara ini yang disifatkan sebagai paru-paru hijau bagi Bandar Kuala Lumpur. Rumah yang dibina di kawasan yang jauh dari kesibukan kota ini benar-benar menarik perhatiannya.

" kita buat apa kat sini?" soal Una sambil menoleh pada Hanafi. Hanafi merenungnya seketika.

"ke..napa awak tengok saya macam tu?" soal Una tatkala merasakan lelaki itu tidak berkutik dari memandang wajahnya. Spontan darah terasa menyerbu wajahnya. Bibir Hanafi kelihatan bergerak-gerak, cuba menyatakan sesuatu.

" saya nak buktikan saya betul-betul serius nak kahwin dengan awak. Lets meet my parent" Selamba kata-kata itu meniti dibibir lelaki ini.

"What?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience