bab 7

Romance Series 3712

Stereng kereta digenggam kuat, tubuhnya pula menggigil ketakutan. Dari ketukan kecil mula melarat kepada ketukan yang lebih kuat. Una mencuri pandang pada individu yang mengganggunya itu, jelas terlihat pada matanya, lelaki tersebut berpakaian compang-camping, wajah comot dan tidak terurus. Saat pandangannya bertembung dengan lelaki tersebut, dengan pantas Una menutup mata serapat-rapatnya. Fikirannya bercelaru memikirkan solusi pada situasi yang dihadapinya.

Tatkala bunyi ketukan itu reda, perlahan-lahan Una membuka kelopak matanya. Dia mengandaikan orang kurang siuman itu telah beredar, namun andaiannya meleset saat pandangannya tertancap pada tubuh seseorang yang terbongkok-bongkok mencapai sesuatu dari depan keretanya.

" apa pulak dia capai tu..." desisnya, sambil memperkemas genggaman pada stereng keretanya.

Orang kurang siuman itu menegakkan tubuhnya dan menghalakan padangannya pada gadis yang bersembunyi di dalam kereta tersebut, tidak semena-mena pandangan mereka bertemu. Bibirnya tersengih menampakkan gigi yang rongak. Batang kayu yang diambil sebentar tadi diketuk-ketuk di atas tapak tangannya.

Terjegil biji matanya saat melihat objek di tangan lelaki itu, berderau darah di dalam tubuhnya, dengan pantas dia memejamkan matanya kembali, menggenggam stereng kereta dengan kuat dan menundukkan wajahnya.

Tolong...tolong...tolong..!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PANG!!

Hanafi berdiri tidak berkutik didepan cawannya yang terjatuh di atas lantai pantry hospital. Pandangannya diliarkan kesegenap arah, mencari suara meminta tolong yang didengarinya sebentar tadi. Suara siapakah yang menerpa pada deria pendengarannya tadi?

"Eh doctor okay tak ni?" Suara seseorang menyapanya. Pantas Hanafi membuang bayangan yang mengganggunya dan melemparkan senyuman seperti biasa.

Wanita berumur lingkungan 40an itu terpancar kerisauan pada wajahnya, apabila melihat cawan yang pecah di atas lantai pantry tersebut.

" saya..penat sikit nurse. Tak apa kejap lagi saya bersihkan."

" la yeke..kalau penat doctor rehatlah kejap. Tak elok push badan teruk-teruk." Pesan wanita itu lembut. Hanafi menggosok tengkuknya, sambil mengangguk.

" Tangan doctor macam melecur tu" ujar wanita itu sambil menuntunkan jarinya pada kesan lecur di tangan Hanafi.

"Ah..saya tak perasan pula." Hanafi segera menutup kesan lecur dengan menarik tangannya. Dia turut baru sedar kesan lecur pada tangannya.

" Doktor nak saya sapukan ubat tak tu. Nanti makin teruk pula."

Hanafi menggeleng. " tak apa nurse. Saya ada ubat dekat meja saya. Terima kasih."

"Oh kalau macam tu tak apalah. Saya ingat doctor tak sihat tadi. Macam tu saya pergi bertugas dulu." Tutur wanita itu kemudian melangkah keluar. Ruang itu kembali hening sebaik sahaja tinggal dirinya seorang di situ.

Hanafi mencangkung lalu mengutip serpihan cawannya satu per satu. Bayangan itu menerpa kembali membuatkannya tertanya-tanya, suara siapa yang meminta tolong kepadanya itu. sama sekali berbeza dengan suara yang sering hadir di dalam mimpinya.

" suara dia macam...hish tak mungkinlah..." digeleng-gelengkan kepala. Mustahil Una. Barangkali dirinya sekadar berhalusinasi disebabkan keletihan. Namun jauh dalam sudut hatinya, merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada gadis itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenderaan pacuan empat roda berwarna biru metallic milik Danny berhenti di tepi rumah banglo putih yang tersergam indah itu. Danny lantas menarik brek tangannya dan memandang gadis yang sedang berkira-kira untuk keluar dari perut keretanya.

Rambut ikal Maira itu dibelai, rasa sayang untuk melepaskan gadis itu pergi. " You sure..you tak nak stay rumah I?" Soal Danny.

Maira tertawa dan memandang kosong padanya. " of course..! I ada life juga Danny. Takkan I nak berkepit dengan you sepanjang hari. Kalau papa I tahu nahas I dikerjakan tau." Tutur Maira.

"Herm...tapi I rindu sangat dengan you..please sayang stay dengan I lama sikit..." rayunya dengan nada manja.

" Thanks hantar I.. I balik dulu okay. See you around." Maira menukar topik, malas hendak mendengar rayuan domba lelaki di sebelahnya. Semakin dilayan semakin mengada. Tanpa pamit, dia membuka pintu dan melangkar keluar. Tubuhnya lansing dan tinggi lampai itu menggeliat menampakkan sedikit perutnya, menyerlahkan keseksiannya.

"Haishh...sayang tolong tutup perut you tu. Nak bagi orang lain tengok ke?" Ujar Danny bernada serius. Dia tidak suka orang lain melihat Maira melebihi apa yang sudah dilihatnya, baginya gadis itu miliknya seorang.

Maira merengus kemudian menutup pintu kereta Danny, setiap kali keluar dengan lelaki itu, ada saja aturan yang diberikan. Sedangkan sudah berbuih mulutnya menyatakan hubungan mereka tidak lebih dari kawan.

Maira menjengah ke tingkap kereta, dan tersenyum kembali. Danny menurunkan tingkapnya.

" Thanks for today..bawak kereta hati-hati okay. Bye. Muah!" Maira melemparkan senyuman menggoda kemudian beredar. Danny tertawa kecil. Sukar untuk membaca hati gadis itu. kadangkala dia marah, dalam tempoh yang singkat dia boleh kembali ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia akui, dia runsing dengan sikap bipolar gadis itu, namun dia juga runsing cintanya terhadap gadis itu membuatkannya gila.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Danny memusing stereng keretanya memasuki simpang menuju ke apartmentnya, pemanduannya diperlahankan memandangkan jalan di kawasan tersebut agak teruk. Sambil mendengar alunan muzik rancak, jarinya mengetuk-ngetuk sterengnya kereta mengikut rentak.

Sedang dia leka dengan pemanduannya tiba-tiba dia terlihat terdapat myvi kuning tersadai di tepi jalan. Setelah itudia terlihat pula seorang lelaki berpakaian compang-camping mengambil sesuatu di atas tanah. Keningnya berkerut, perbuatan lelaki tersebut jelas mencurigakan, semakin keretanya hampir semakin jelas senario itu di depannya. Ada sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.

DARI tempat duduknya Una sudah menggigil ketakutan, matanya dipejam rapat, dan genggaman tangan begitu kuat hingga menggegarkan stereng keretanya itu. hatinya tidak putus berdoa agar ada insan membantunya saat ini.

Mulutnya yang terkumat-kamit berdoa, terhenti sebaik sahaja dia mendengar sesuatu. Dia membuka matanya, saat ini terdapat seorang lelaki tinggi lampai berdiri membelakanginya seakan baru saja melakukan sesuatu. Lehernya panjang, menjengah. Kelihatan lelaki kurang siuman tadi sudah terbaring kesakitan. Tanpa berfikir panjang, Una membuka pintu dan merapati lelaki itu.

"En..Encik! Terima kasih selamatkan saya." Tutur Una.
lelaki itu berpaling padanya, lelaki itu mengerutkan keningnya.

"Cik Okay tak ni? Kenapa berhenti kat sini?" Soalnya. Una mengangguk. " Saya okay. Kereta saya rosak sebab tu saya tersadai kat sini. Tiba-tiba je dia datang nak serang saya." Ujar Una meluahkan kata-katanya.

Setelah itu kelihatan lelaki kurang siuman itu bangun dan berlari pantas meninggalkan mereka berdua, sebelum sempat mereka berbuat apa-apa padanya. Una mengurut dadanya, terasa lega apabila sudah melepasi detik cemas itu.

Perhatiannya kini tertumpu pada lelaki berpakaian t shirt biru gelap dan seluar jeans itu. Kacak. Pan-asian barangkali, teka Una dari dalam hatinya.

" kereta awak rosak apa?" Soal lelaki itu . Una menggaru-garu kepalanya, dia ini nama saja sudah pro memandu, tapi jika disoal mengenai punca kerosakan pada kereta, jawapannya masih sama iaitu tak tahu.

Tanpa pamit, lelaki itu membuka bonet enjin keretanya melihat keadaan enjin kereta. Una sekadar membatu di sebelah, memandang enjin di depannya, tidak ubah seperti sedang menghadap soalan matematik tambahan.  

"Herm..tak cukup air je ni. Tadi berasap ke masa awak bawak kereta ni.?"
Danny masih menilik keadaan enjin kereta wanita itu kemudian dia menoleh. "A.ah berasap. Saya ingat nak terbakar kereta ni tadi." Balas Una.

Danny mengekek ketawa. " takkan teruk macam tu sekali...dalam kereta cik ade air mineral tak?"
Una menggeleng.
" oyeke. Kejap saya tengok dalam kereta saya. Mungkin ada." Ujar Danny. Tanpa basa basi dia melangkah ke keretanya yang diparkir di belakang.

Sosok tubuh lelaki itu dipandang dengan wajah tersenyum. Sudahlah kacak, perihatin, malah sangat sopan bila berkata-kata. Beruntung sesiapa memiliki jejaka tersebut. Desisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience