bab 6

Romance Series 3712

'UNA?' hatinya berdesis. Hanafi melekapkan tangannya pada dadanya. Tidak semena-mena jantungnya seakan dicucuk-cucuk dan direntap kuat, Hanafi menarik nafasnya cuba menahan rasa sakit yang menyerang tanpa diundang. Dalam masa yang sama perasaan sedih menghambat ketenangannya. kenapa?

" Doktor okay?" Gadis itu melangkah mendekatinya. Jangan! Jangan dekat! jiwanya menjerit. dia merasakan tubuhnya tidak mampu dikawal. Semakin gadis itu menghampirinya semakin tahap kewarasannya menipis. Jika gadis itu masih tetap merapatinya, barangkali dia akan melakukan sesuatu di luar batasan.

"t..tak apa..s..saya okay."tutur Hanafi, cuba mengatur nafas.

"Betul ni?" Gadis itu sekali lagi mendekat. Dengan spontan Hanafi terundur hingga melanggar rak fail di belakangnya. Mujur sahaja fail-fail yang tersusun di rak tersebut tidak bertaburan. Hanafi menggawangkan tapak tangannya kedepan, menghalang perbuatan gadis itu.

"T..tak...saya okay. Cik duduk dulu. saya nak pergi toilet sekejap." ujar Hanafi tersekat-sekat kemudian terkocoh-kocoh keluar dari ruang yang menyesakkan dadanya. Sebaiknya dia menjauhkan dirinya buat sementara, sehingga emosinya stabil.

Langkah Hanafi dihantar dengan pandangan pelik dari Una. Lantas Una menggaru kepalanya, hairan dengan sikap aneh doktor itu.

Hanafi membasuh wajahnya berulang kali bagi memastikan dia benar-benar sedar, setelah itu pili air itu ditutup. Dia menegakkan tubuhnya dan merenung pantulan wajahnya di cermin besar yang berada di tandas tersebut. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia seakan hilang kawalan saat berdepan dengan gadis itu. Dadanya diurut lembut, rasa perit itu kian reda, yang tinggal hanya debaran yang tidak bernoktah.

Buat pertama kali hatinya berdetak laju apabila berdepan dengan wanita, jika sebelum ini hatinya sedikitpun tidak berkutik melihat wanita yang datang dalam hidupnya. tapi kali ini situasinya jauh berbeza. Adakah sebab dia pernah mengenali gadis itu? aneh..perasaan apa yang hinggap pada dirinya sebentar tadi. Sama sekali bukan dirinya.

BALLPEN birunya diketuk-ketuk pada buku nota kecil yang diletakkan di atas meja di depannya. Una memandang jam dipergelangan tangannya. Hatinya tertanya-tanya, kemana doktor tadi pergi. Pandangan pantas dituntaskan ke arah daun pintu yang dikuak seseorang. Una bingkas bangun dan melemparkan senyuman pada lelaki yang sedang melangkah masuk itu.

"Doktor okay tak ni? kalau tak okay kita boleh tunda." pelawanya dengan acuh tidak acuh. Hakikatnya dia berharap agar doktor tersebut menolak pelawaannya, kerja di pejabatnya masih menimbun. Jadi dia sangat berharap tugasnya yang satu ini dapat diselesaikan dengan cepat.

"Its okay. Sorry sebab tadi. ada masalah sikit."

"Tak apa doktor. saya faham." Una tersenyum simpul.

"Okaylah..kalau macam tu bolehlah kita mulakan. lagipun kesian dengan cik Una.." Hanafi mencuri pandang pada Una, bibirnya tidak sengaja meluncurkan nama panggilan tersebut.

"eh maaf..cik Husna.." dia perbetulkan nama panggilan tersebut.

" kalau nak tunda..jadi sayanglah masa cik Husna terbazir hari ni. I'm sure cik husna pun banyak kerja tertunggakkan?" Hanafi meneka.

"Ah..ya. kalau macam tu kita boleh mulakanlah ye?" Una membalas cuba menyembunyi rasa terkejut apabila nama panggilannya meniti dibibir doktor lelaki ini.

Pantas jarinya menekan punat pada pita rakamannya.

Una? Ah...nak pelik buat apa. Perangai normal manusialah, nama ahmad jadi mat, nama Laila jadi Lela, jadi tidak hairan jika nama Husna jadi Una..jangan Uno sudahlah.

Una membuang segala tanggapan di dalam benaknya yang berpotensi mengganggu kelancaran kerjanya.

Berlainan pula dari pihak Hanafi. Andaiannya tepat sekali...gadis tersebut merupakan Una yang dikenali 10 tahun yang lalu. Syukur dia dipertemukan dengan insan ini semula.

-------------------------------------------------------------------------------------

Satu persatu baju dilantai dicapai oleh Maira lalu disarungkan semula ke tubuhnya. Tatkala dia cuba bangun tangannya dicapai seseorang membuatkannya terduduk semula. Maira merengus perlahan dan menoleh pada lelaki yang berbaring berdekatan dengannya itu.

" let me go Danny.." pinta Maira.

" kenapa cepat sangat ni sayang. I belum puas lepas rindu dekat you tau..."rungut Danny manja. Maira merentap tangannya dari pegangan lelaki itu.

" Maira.." danny bangkit dan menarik sedikit comforter berwarna putih itu menutupi sebahagian tubuhnya yang terdedah.

" sampai bila you nak layan I macam ni..? Marry me dear?" Satu kucupan hinggap dibahu Maira.

" Marry??" Serentak itu Maira bangkit sambil tertawa, kemudian langkahnya di atur ke meja solek yang dipenuhi dengan botol minuman keras. Wine merah itu dituang ke gelasnya dan disisip sedikit. Dia memusingkan tubuhnya, dari ekor matanya terlihat Danny sudah bangkit menyarungkan kembali pakaiannya. Bibirnya tersenyum.

" Kenapa you gelak? Ingat I main-main ke?" Danny menerpa ke arahnya. Gelas ditangannya diambil, dengan sekali teguk wine merah itu dihabiskan oleh lelaki itu. Gelas tersebut diletak semula di atas meja. 

" i'm serious Maira." Air muka Danny berubah serius. 

" you ni tak seronok lansung..  dah la I nak balik." Ujar Maira dengan nada kesal. 
" Maira..." keluhnya. Kini wajah direnung tajam oleh sepasang mata milik Maira.
" Danny I tak faham kenapa isu yang sama awak nak ulang. I bosanlah." Rungut Maira kemudian berpeluk tubuh.

Danny menarik nafas panjang, cuba mengawal egonya.

" okay... I'm sorry...I cuma terlalu sayang pada you.." Lantas dia menarik gadis itu dalam dakapannya. Saban tahun dia menagih kasih gadis tersebut namun tidak pernah sedetik pun Maira membalas cintanya. Sehingga dia lali menjadi boneka bertali gadis itu, datang ketika perlu, dibuang ketika bosan.

Danny mendesah, dengan cara apa lagi hendak dia gunakan untuk meraih cinta dan kepercayaan dari gadis itu. Bukan sekali dua lamarannya ditolak mentah, namun setiap kali lamarannya ditolak, gadis itu akan kembali melayaninya seakan tiada apa yang terjadi. Rambut ikal Maira separas pinggang itu diusap lembut dan dikucup. 

" Jangan tinggalkan I.." Tutur Danny lembut.

" Never..." Balas Maira dengan senyuman kecil lalu menyembamkan wajahnya ke dada bidang Danny dan mengemaskan rangkulannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Una merenggangkan sedikit uratnya yang terasa lenguh. akhirnya selesai juga tugasnya, barulah terasa senang hatinya untuk pulang ke pejabat dan menguruskan kerja tertunggak yang lain.

Langkahnya diatur pantas keluar dari perkarangan hospital, mujur kereta cinonet kuningnya itu diparkir berhampiran dengan pintu masuk, jika tidak lenguh kakinya hendak menapak dibawah bahang mentari walaupun sudah rembang petang.

Sebaik sahaja enjin dipanaskan, tanpa berlengah pacuan empat roda Myvinya meluncur keluar dari perkarangan Institut Jantung Negara.

"fuh lega! tak payah nak hadap benda ni lagi!" ujar Una kegirangannya. Sehingga sakit hidungnya menghidu bau ubat sepanjang wawancara berjalan tadi.

Sambil mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh DJ HOT FM tangannya mengemudi stereng keretanya memasuki simpang yang sering digunakan sebagai laluan alternatif mengelak kesesakan.

Tatkala mulutnya menyanyi riang mengikut lagu yang diputarkan, matanya terlihat asap keluar dari bonet enjin kereta. Terjegil biji matanya.

"Astagfirullah...cenonet..kau ni buat hal lah..." keluhnya. Matanya pantas melilau mencari tempat yang sesuai untuk berhenti. Sebaik sahaja signal kecemasan diberi, Una memberhentikan keretanya dibahu jalan.

"Great..." keluhnya. Una menggaru-garu kepalanya, memikirkan cara hendak menyelesaikan masalah yang dihadapinya ini. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya, lalu mendail nombor rakan pejabatnya. Telefonnya didekat pada cuping telinga, menanti panggilannya diangkat.

"Hello..?" Kedengaran suara Hani menyahut.
" Hello? Hana..Hani..or whatever. Tolong beritahu encik Marzuki akak terus balik. Kereta akak rosak sekarang ni. Kalau masuk ofis pun memang tak sempat. Tinggal sejam je lagi ni." Ujar sambil melirik jam casio yang terlilit di pergelangan tangannya.

" oh my..akak dah call mekanik ke? Atau nak saya datang bawak mekanik?" Suara pelajar tersebut kedengaran gelisah dari corong telefon. Hampir sahaja tawanya terburai mendengar soalan itu, namun ditahan. Bukan masanya untuk ketawa Una!

"Eh tak pe. Akak tahulah nak settle. Tolong inform tau pada encik marzuki." Ujarnya.

" erm okay. Tapi.."

BUM!

" Oh mak kau!!" Telefonnya terpelanting ke tempat duduk penumpang tatkala terdapat seseorang mengetuk kuat cermin keretanya. Pantas dia beristigfar agar tiada perkara buruk akan berlaku. Ya Allah bantu aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience