bab 5

Romance Series 3712

UNA melangkah riang ke meja kerjanya, tidak sangka ketuanya yang sangat cerewet untuk menaikkan bonus terjerat dalam ulah sendiri.

"hai..happy nampak?" Hani menyeret kerusinya ke tempat penyelianya itu. Una tidak membalas, sekadar senyum meleret sambil menyanyi kecil.

"Tak nak kongsi tak pe..."

"eleh merajuk pulak.." Una bersuara.

"Ha cepat beritahu." Hani mendesak. sikap bawangnya sukar dibuang,barangkali disebabkan pengaruh rakan sekerja.

"biasalah..encik marzuki tu.."

"ha kenapa dengan dia?" kerusinya diseret lebih dekat.

Una menyandarkan tubuhnya pada kerusi dan tertawa kecil. masih tidak boleh melupakan wajah cacing kepanasan Encik Marzuki sebentar tadi. salah orang kalau nak dijadikan hamba abdi bagi skandal a.k.a kak Maria. anak sudah berderet di rumah, masih lagi menggatal di pejabat.

"dia nak suruh akak buat interview dengan doktor pakar tu." balasnya mendatar.

"What?!" oktaf Hani naik ke tingkat tertinggi, membuatkan semua staf yang sedang sibuk dengan kerja memandang ke arah mereka. Pantas una mengisyaratkan diam dengan jari telunjuknya diletak pada bibirnya. Hani tersipu-sipu malu, mengakui sikap lepas lakunya itu.

"t..tapi kak..hampir semua kerja kita buat tau. nasib kita ni tak pandai grafik sangat, kalau tak dengan kulit-kulit sekali kita kena buat. geram betullah dengan encik marzuki tu." rungut Hani. nafasnya kedengaran laju, menandakan amarahnya sedang meledak.

"tak payah risau..akak dah bagi warning dekat dia. kalau dia susahkan akak jugak, akak cari kerja lain." tutur Una bersahaja.

mata bundar Hani membuntang memandang penyelianya itu. sukar ditafsir ayatnya, sama ada benar atau sekadar mainan mulut.

" serius ke kak?"

lantas Una ketawa terkekek, sikap Hani yang lurus bendul inilah kadang kala mewarna-warnikan rutinnya yang membosankan.

"bohongkan? kurang asam betul akak ni.huh! tak nak kawan!" Pantas hani menyeret kembali kerusinya ke mejanya. muncungnya dipanjangkan seperti biasa, boleh sakit jiwa kalau terus dilayan penyelia berpenyakit amnesianya ini.

Una menggelengkan kepalanya dengan tawa yang bersisa. kemudian dia menegakkan tubuhnya, kembali menyambung kerja yang tertunggak.

"ah lupa pulak." Tuturnya perlahan, lalu mengambil kad nama yang terletak di atas mejanya. kad berwarna putih itu direnung.

' Dr Hanafi Muslim Bin Ismail...' lantaran itu dia mengeluh. nampaknya dia terpaksa mengatur temujanji pula dengan doktor ini. salah satu kerja yang tidak disukainya.

--------------------------------------------------

" ERR.. Doktor tetamu doktor dah sampai." suara jururawat yang bertugas di situ menerpa gegendang telinganya. Hanafi tidak mengangkat wajahnya, dia masih ralit membaca laporan setiap pesakitnya.

" suruh dia masuk." ujarnya ringkas.

"Baik doktor." balas jururawat muda itu kemudian menutup daun pintu dengan cermat.

Una mengangkat keningnya, ingin mengetahui maklum balas doktor tersebut. Jururawat yang baru keluar dari bilik itu menerpa ke arahnya.

" cik Husna boleh masuk."

" Baik. terima kasih nurse." tutur Una

"sama-sama." balas jururawat itu dengan ramah kemudian berlalu pergi.

Una menarik nafas panjang, mengumpul tenaga dan semangat lalu daun pintu dikuak perlahan. saat itu pandangannya tertancap pada sosok lelaki yang duduk berteleku di meja kerja. seraya langkahnya diatur cermat agar tidak memberi gangguan pada lelaki tersebut.

"Assalamualaikum.." Tutur Una memberi sapaan. Lelaki yang begitu tekun dengan kerja itu mengangkat wajah memandang dirinya

HANAFI mengangkat wajahnya memandang gadis yang berdiri berdekatan dengan meja kerjanya. Nafasnya dirasakan terhenti seketika tatkala pandangannya bertembung dengan gadis tersebut.

Una.. spontan nama itu terlintas dalam benaknya. Serentak itu jantungnya dirasakan berdegup kencang. Lantas tangannya dilekap pada dada, beberapa butir kalimah zikir diucapkan bagi memberikan ketenangan jiwanya yang berkocak.

Diakah Una yang dikenalinya 10 tahun yang lalu?

--------------------------------------------------

MAIRA memeluk erat tubuh papanya yang saban tahun dirindui sebaik sahaja melihat kelibat lelaki tersebut di terminal kapal terbang.

"I'm really miss you Papa!" Tuturnya.

"I miss you my princess. how's your life?" Soal Encik Alias sambil mengelus lembut pipi mulus milik anak gadisnya itu.

"Good!tapi tak sebagus duduk dengan papalah." balas Maira. setelah itu pandangannya dituntun ke arah wanita anggun berbaju blause biru muda yang berdiri disisi papanya.

"Mama!"Laungnya lalu melompat pada Puan Anis dan mendakap erat wanita tersebut.

"Amboi nampak mama, lupa papa ke?" Encik Alias bersuara, terselit rasa cemburu tatkala anak tunggalnya yang seorang ini sangat mesra dengan isterinya meski tiada pertalian darah.

Maira menoleh pada papanya yang kelihatan merajuk lalu tertawa kecil.

"Papa..tak hensemlah merajuk macam tu. dua-dua Maira sayang tau!" ujarnya girang sambil melepaskan dakapannya pada Puan Anis.

"entah abang ni. dengan anak sendiri pun nak jelous." Puan Anis menjuih-juihkan bibirnya, memerli sikap keanak-anakan suaminya itu. serentak itu Encik Alias tertawa.

"Eh abang mana?" Maira memanjangkan lehernya mencari kelibat Hanafi.

"abang busy hari ni.nanti Maira jumpalah dia. kan Maira duduk sini terus dah." ujar Puan Anis.

Maira tersenyum tipis. dia sangat mengharapkan kehadiran lelaki tersebut. saban tahun juga dia begitu merindui lelaki itu.

'silly me..but still interesting..' kata hatinya berbicara.

"oyeke tak apalah. jom pergi makan. Maira rindu masakan melayu tau." Maira merangkul bahu Puan Anis dan Encik Alias, lalu menarik mereka keluar dari perkarangan terminal.

** terima kasih ke atas sesiapa yang sudi membaca karya saya. first karya yang saya hasilkan untuk bacaan umum. sebelum ni malu-malu kucing sikit.hehehe... :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience