Bab 12

Romance Series 3712

UNA menghempas badannya ke tilam, dia termanggu di pembaringan. Kata-kata lelaki itu berlegar dalam benaknya. Siling kosong ditatap. Peristiwa tadi menggamit memorinya. Kahwin? Hati kecilnya tertanya-tanya, mengapa lelaki itu bertindak sebegitu.

Lebih menghairankan jiwanya bagai direntap tatkala nama noor itu disebut. Apa yang membingungkan, dia sendiri tidak tahu asbabnya. Lantaran itu mengapa dia perlu bersedih dan marah saat nama itu dituturkan? Adakah nama panggilan itu mempunyai nilai sentimental buatnya? Tangannya menggaru kasar kepalanya sehingga rambut yang diikat tocang menjadi serabai.

Serentak itu matanya terpaku pada lengannya. Aneh, parut pada lengannya turut terasa berdenyut-denyut saat nama noor itu disebut. Lantas Una menarik sweater yang menutupi lengannya. Muncul parut sepanjang 7cm, 'menghiasi' kulit putih kuning langsatnya.

Parut tersebut diusap dengan ibu jarinya dan diperhatikan. Sukar untuk mengingat kembali punca parut tersebut muncul, dia tidak pasti apakah parut tersebut kesan torehan pisau atau dia bergelut dengan sesuatu?

HANAFI melangkah masuk ke butik Kerawang milik Puan Anis yang sudah 3 tahun tidak dijejakinya. Ada sesuatu yang hendak dikhabarkan kepada wanita itu. Sebelum melangkah masuk dia menarik nafas dan melepaskan dengan cepat lalu pintu kaca butik itu ditolak.

Puan Anis yang ralit mengenakan baju rekaan terbarunya pada patung menuntaskan pandangannya pada pintu butik. Terkebil-kebil matanya melihat kelibat yang julung kali dilihat kini sedang berdiri di dalam butiknya. Mimpikah aku? Hati kecilnya bertanya.

"Nafi.." ujarnya seakan tidak percaya. Kakinya melangkah perlahan ke arah anak lelakinya itu.

Jejaka tinggi lampai dan bertubuh tegap itu turut menghampirinya, namun tiada senyuman terukir, hanya wajah ketat yang ditayangkan. Dia kekok berdepan dengan keluarganya sendiri.

Hanafi melirik pada wajah ibunya yang jarang ditemuinya itu, tiada perubahan pada wanita itu. Masih kekal jelita, tubuhnya pula masih lansing seperti gadis muda. Dipadankan dengan fesyen yang elegan menampakkan kredibiliti wanita itu sebagai usahawan yang berjaya.

" ada apa nafi datang butik ni? Nak ajak lunch ke?" Puan Anis membuka bicara sebaik jarak mereka didekatkan.

" nafi..ada benda nak bincang dengan mama.." balas Hanafi sambil cuba meminimalkan pandangannya dari wajah wanita itu.

Pintu butik kedengaran dibuka lagi, kini kedua-duanya menuntaskan pandangan ke arah satu tempat. Maira terjengul dibalik pintu tersebut dengan wajah ceria seperti kebiasaannya. Saat ini ketiga-tiganya kaku setempat seakan terhentinya peredaran masa.

KOPI yang masih berwap dihidang di atas meja bulat yang terdapat di bilik Puan Anis.
"Terima kasih Anita." Ujar Puan Anis sambil melemparkan senyuman kepada pekerja yang sudah 5 tahun berkhidmat dibutik tersebut.

"Silakan minum semua." Tutur gadis muda itu lalu keluar meninggalkan ketiga-tiga individu di kamar tersebut. Setelah gadis itu beredar, suasana antara mereka kembali hening.

"Erm..nafi kata ada benda nak bincang tadi, apa dia?" Soal Puan Anis cuba memeriahkan suasana antara mereka. Maira yang berada di sisi wanita itu, sekadar memerhati lelaki itu dengan wajah tersenyum. Masing-masing kekok untuk bersuara.

"Perlu ada dia ke?" Hanafi merujuk pada Maira. Puan Anis memandang maira sekilas dan kembali memandang wajah anak lelakinya dengan wajah berkerut.
" kenapa? Kan maira family kita juga. Nafi...please. jangan burukkan keadaan.." keluh puan anis.

Hanafi mengetap gigi. Tak habis-habis dirinya dijadikan punca salah faham.
" cakaplah apa dia?

Rasa sebal itu dibuang jauh, lantas hanafi berdehem sedikit, berkira-kira untuk memberitahu sesuatu yang bakal mengejutkan wanita tersebut.

" Nafi nak mama pinangkan seseorang untuk nafi."

Serentak itu jari jemari Maira menggigil dan keseluruhan tubuhnya dirasakan menggeletar, tetapi disembunyi dari pengetahuan Puan Anis. Siapa? Siapa yang mencuri hati lelaki dingin ini? Hampir keseluruhan hidupnya mencari cara mendapatkan perhatian lelaki ini. Tetapi kenapa? Dirasakan air matanya mula bertakung, dan detak jantungnya berdegup pantas.

"Ha betul ke?" Puan Anis bersuara girang, senyuman dibibirnya melebar. Selama ini dia runsing memikirkan kehidupan anak lelakinya itu yang tidak pernah berenggang dari kesibukan kerja. Malah kelihatan lansung tidak tertarik pada mana-mana perempuan.

" siapa nama dia?" Kopi panas didepannya dicapai lalu disisip sedikit.
" Noor Husna.." balas Hanafi perlahan.
" cantik namanya. Mesti orangnya pun cantik. Tapi kenapa tak kenalkan pada mama dulu. Boleh mama kenal-kenal bakal menantu mama. Betul tak Maira?" Dia melirik pada anak gadisnya yang dari tadi membisu. Maira sekadar tersenyum tipis.

Hanafi menggosok lembut tengkuk sambil tersenyum.
" insyaallah nanti Nafi kenalkan. Yang penting mama setuju pinangkan dia untuk nafi."

" mestilah boleh. Tapi dekat mana nafi kenal dia? Selama ni mama tak pernah tengok nafi dengan perempuan. Ni tiba-tiba nak mama pinangkan...pandai betul nafi berahsia." Usik Puan Anis.

Hanafi tersenyum. Iya dia mahu gadis itu menjadi miliknya. Sesakit mana pun gadis itu bakal memperlakukannya, dia akan bertahan. Tunggu aku noor...

UNA merapati Hani sebaik saja tamat mesyuarat lalu menarik gadis itu ke ruang pantry. Cengkaman tangannya dilepas mengejut membuatkan Hani mengaduh kecil.

" kak..." Hani menggosok-gosok pergelangan tangannya. Dia takut untuk bertentang mata dengan penyelianya itu. Dia sedar penyelianya bengang dengan tindakannya semalam.

" okay." Una mengatur nafasnya. " kenapa awak buat macam tu semalam?hem?" Soalnya, dengan nada yang dikawal.

"Er...kak doktor Hanafi tu betul-betul nak kenal dengan akak. Saya tak sampai hati tengok dia tercegat depan company lama-lama." Terang gadis itu tergagap-gagap.kukunya dimainkan, menahan rasa gementar.

" habis tu kalau perogol ke penyamun ke nak tunggu akak lama-lama kat depan tu awak nak bagitahu juga? " oktafnya naik sedikit. Hani tertunduk diam seribu bahasa, mengakui khilafnya.

"Tahu tak pasal awak lelaki tu buat benda tak sepatutnya dia buat." Sambungnya tatkala melihat gadis didepannya itu membatu. Wajah yang kelihatan sugul tadi berubah riak serta-merta.

"Ha dia buat apa kat akak? Dia pukul ke?" Hani pantas membelek-belek tubuh penyelianya itu. Rasa cemas jika tindakannya mendatangkan mudarat kepada gadis itu.

"Hish, tepi." Una menepis tangan Hani dari terus membelek-belek dirinya. Dengan wajah tersengih-sengih Hani menjarakkan diri sedikit dari penyelianya.

" Dia ajak akak kahwin. Gila ke apa lelaki tu. Akak tak tahu macam mana orang macam ni dapat jadi doktor pakar. Sikit lagi muka dia nak kena tumbuk." Terjuih-juih mulutnya mengomel.

" Oh My God!!" Hani menekup mulutnya " Seriously akak?! Dia ajak akak kahwin? Cepat giler." Dia tidak dapat menyembunyikan keterujaannya.

" ni awak punya pasal." Rengus Una dengan cerlungan tajam, bagai hendak menikam wajah Hani di depannya.

Hani tersengih sambil menggaru kepalanya.

" alah sorrylah kak...kita buat ni sebab kita nak tengok akak happy. Tu je." Senyumannya dilebarkan diiringi riak wajah yang comel. Walaupun hakikatnya Hani sememangnya comel dan menjadi dambaan lelaki bujang di syarikat ini.

"Tu je..." Una mengajuk dengan wajah yang masih bengis seperti hendak menelan pelajar itu hidup-hidup.

" so kak kalau dia masuk meminang macam mana?" Soal Hani. Wajah bengis penyelianya diabaikan.

"Hah..tak ada maknanya dia masuk meminang. Tak logik. Baru jumpa, kenal pun berapa minit je dah ajak kahwin. Ingat main pondok-pondok?" Sela Una lalu berpeluk tubuh dan melempar pandangannya keluar jendela yang berada di ruang pantry tersebut.

"Jangan confident sangat kak. Mak saya cakap mulut saya masin tau. Mana tahu balik-balik ni ada orang merisik akak. Hah akak nak cakap apa?" Tambah gadis itu lagi membuat penyelianya itu kelihatan termanggu mempertimbang kata-katanya.

Ah..mustahil Hanafi akan masuk meminang, tapi kalau betul? Pasti mak dan ayahnya mendesak menerima lelaki itu atau isu yang sama berbangkit dalam topik perbualan mereka sekeluarga. Bibir bawahnya digigit, perasaannya mula gundah. Wajah serius lelaki itu mengutarakan niat untuk mengahwininya semalam muncul dalam benaknya semula.

Tolong jangan!

"ARE you sure about this?" Maira membuka mulut saat Puan Anis melangkah keluar dari pejabatnya untuk bertemu dengan pelanggan.

Hanafi menyisip kopi yang sudah mula sejuk disebabkan dia terlalu fokus berbincang mengenai persiapan merisik sehingga lupa pada air kopi di depannya. Kakinya disilang.

"Kenapa? Salah?" Soal Hanafi lalu memandang wajah Maira. Tiada perasaan pada tatapan mata itu, kosong dan dingin.

Sempat dia melirik pada pemakaian yang dikenakan oleh Maira. Kemeja fit dipadankan dengan printed blazer dan berseluar khakis berwarna hitam. Tampak sopan di matanya berbanding sebelum ini kebanyakan pakaian yang dikenakan pada tubuh adik tirinya itu, menyakitkan matanya.

Serba serbi singkat dan ketat, hairan juga dengan sikap mamanya dan bapa tirinya, lansung tidak menegur cara pemakaian Maira. Kalau inilah dikatakan sayang, jawabnya sayang membawa ke neraka jahanam. Dosa sendiri tak tertanggung, ditambah pula dengan dosa dari anak gadis sendiri.

" Tak rasa ke benda ni cepat sangat?" Soalan Maira mengejutkan Hanafi dari terus menilik penampilannya. Matanya kembali fokus pada wajah gadis itu.

"Cepat ke? Rasanya umur aku dah wajib berkahwin. Part yang mana cepat tu?" Balas Hanafi sinis.

Maira tertawa, namun tertawa yang dibuat-buat bertujuan menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar.

"Well bagi Mai memang cepat sebab abang tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan pun sebelum ni. Macam yang mama cakap, abang ni lansung tak tertarik dengan perempuan. It suprise me.."

"So? Kau rasa aku terdesak?" Soal Hanafi. Hatinya mula mendidih.

Maira tersenyum kecil lalu meraup rambut panjangnya kebelakang. Dia takkan menang jika terus-terusan berbahas dengan lelaki ini. Hati lelaki ini terlalu keras untuk menerima sebarang pendapat, terutama dari dirinya.

" okaylah..its up to you. Maira orang luar je. So tak layak nak komen lebih-lebih. Well good luck for both of you..." Maira bingkas bangun purse kecilnya dikelek sama, dia tidak lagi betah berada di situ. Semakin lama dia berada di situ, semakin parah hatinya diasak dengan kata-kata tajam.

Sebaik pintu ditutup, Puan Anis menerpa ke arahnya. Wajah wanita itu terpamer kegusaran.

" eh cepatnya Maira nak balik. Mama belum puas nak berbual dengan Maira." Puan Anis merangkul lengan anak gadisnya itu. Wajahnya terbias kekecewaan. Tangan wanita itu diusap Maira.

" sorry ma..Maira keluar sekejap je,kebetulan waktu rehat. Kerja dengan papa tak boleh curi tulang. Nanti kena potong gaji." Selorohnya demi menjaga hati wanita itu.

Puan Anis mengeluh, dia sudah sedia maklum sikap suaminya yang tegas dalam pekerjaan, tiada istilah curi tulang dalam kamus lelaki tersebut. Sepanjang usia perkahwinan mereka berdua, tidak pernah sekali dia melihat lelaki itu bersantai. Masanya sentiasa terisi dengan kerja, kerja, kerja.

"Its okaylah mama...hujung minggu ni kita borak panjang. Tak mahulah muka sedih macam ni..." tutur Maira lembut, tangan wanita itu tidak dilepaskan. Dia sememangnya bijak mengambil hati orang disekelilingnya.

"Hem..sejak Maira masuk company papa, jarang sangat kita sekeluarga lepak sama-sama. Maira pun busy je..." keluh wanita itu, meluahkan rasa hati. Busy...busy dengan kehidupan malamnya. Getus Maira dalam hati.

" okay..nanti kirim salam dengan papa." Puan Anis melepaskan rangkulan lalu menepuk lembut bahu Maira.

"Aik hari-hari jumpa pun rindu ke..?" Usik Maira. Puan Anis mencubit lembut lengan Maira sambil mengetap bibirnya.

" Amboi...pandai ye sekarang mengusik."

Keletah dua beranak itu diperhatikan oleh Hanafi dari ambang pintu dengan perasaan cemburu di hati. Iya...dia cemburu. Mamanya lebih banyak tersenyum apabila bersama Maira, berbanding dengan dirinya,wanita itu kerap melemparkan kata-kata berbaur prasangka terhadapnya. Begitu ketara perbezaan layanan wanita itu di matanya.

Jam di dinding pejabat sudah menganjak jam 6 petang. Una menutup lembaran kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience