Bab 3

Romance Series 3712

HANAFI menumbuk dinding di kamarnya, melepaskan amarah yang terpendam. dia sudah lelah. lelah dengan tubuhnya yang lemah. lelah dengan sikap mamanya. lelah dengan keluar tirinya. semua membuatkan warna di dalam kehidupannya kian pudar. yang ada Cuma hitam dan putih.

"kau."

maira tidak jadi menghirup milo panasnya dan menoleh pada hanafi yang berdiri kaku di ambang pintu dapur. Maira menegakkan tubuhnya dan meletakkan mug sederhana besar itu ke kabinet dapur yang berada dibelakangnya.

"ye?" Maira mengukirkan senyuman. Hanafi menerpa ke arahnya dengan riak wajah hambar. kini dia berdiri tepat di hadapan gadis bertubuh kecil tersebut. matanya memandang kosong pada wajah mulus Maira. senyuman manis yang dilemparkan oleh Maira itu sedikitpun tidak melembutkan jiwanya yang sudah mati.

" abang ada apa-apa nak cakap dengan Maira ke?" soal Maira dengan ceria. seperti kebiasaannya.

" betul kau nak aku layan kau macam adik aku sendiri?" soal hanafi. Maira diam, tidak membalas, hanya menjadi pendengar.

"boleh." hanafi menyambung. spontan riak wajah Maira kelihatan begitu gembira.

"tapi.."

senyuman Maira sirna, ternyata bukan mudah ya..getus hati kecilnya.

" syaratnya...KAU. BAGI. JANTUNG. PADA. AKU."

---------------------------------------------------------------------

UNA menatap langit petang yang sudah kemerah-merahan menjemput kehadiran malam, bibirnya seraya mengukirkan senyuman. Bagaikan hilang beban yang tergalas di bahunya apabila kini dia sudah bebas dari bahang peperiksaan, tiada lagi kelas tambahan dan tiada lagi bebelan dari para guru yang berusaha memberikan motivasi kepada pelajar.

              Dia melangkah melenggang menyusuri jejantas yang disediakan oleh kerajaan sebagai langkah keselamatan buat penduduk awam. Plastik yang berisi beberapa paket santan dan serbuk cili  yang dipesan oleh ibunya dihayun perlahan. Saat dia menapak turun dari anak tangga jejantas, hampir saja tubuhnya melayang apabila dilanggar seseorang yang datang dari arah bertentangan.

               " buta ke?!" tempik suara individu yang melanggarnya. Berdesing telinganya mendengar lantunan suara menyebalkan itu. Una memandang wajah lelaki tersebut sambil mengetap giginya. Hanya satu perkataan yang mampu mendiskripsikan lelaki ini. Nerd. Una melirik pada plastik kecilnya yang sudah berada di atas tanah. Hatinya menggerutu geram, dia menoleh pada lelaki yang sudah melangkah pergi . Lansung tidak minta maaf malah dimaki.

              Serentak itu dia melihat  lelaki nerd yang melanggarnya sebentar tadi didekati oleh sekumpulan budak nakal. Una diam membatu di tengah jalan. 

 Seraya satu per satu wajah budak nakal itu diperhatikan, ternyata juniornya. Una mendecit, geram melihat tingkah tidak bermoral mereka.

abaikan una..bukan urusan kau. biar padan muka budak tu! lantas uNa melangkah pergi. Abaikan!abaikan!Abaikan!

--------------------------------------------------------------------------

" FUYOO budak nerd ni anak orang kayalah!" budak lelaki bertubuh agak sasa itu menarik pergelangan tangan Hanafi sambil menayangkan jam tangan berjenama Rolex yang dipakainya. Tubuh hanafi yang kurus kering itu sedaya upaya menarik tangannya, dia tidak mahu jam peninggalan arwah bapanya diapa-apakan.

" tolong lepas! nak pukul aku boleh tapi jangan jam ni!" Hanafi separuh merayu. budak lelaki yang memegang pergelangannya itu mengetatkan genggamannya. Perit. Matanya mencerlang tajam pada wajah lelaki nerd di depannya. Senyuman sinisnya terukir, dia berasa bangga apabila dirinya disorak oleh para pengikutnya.

" boleh.." tuturnya, namun pergelangan tangan hanafi masih digenggam.

" jilat kasut aku. sanggup?"

Hanafi terpempan. Permintaan apakah yang sedang didengarinya ini? Arahan atau hinaan?

"Tak sanggup ke anak orang kaya?" salah seorang dari mereka bersuara mengejek.

Hanafi memejamkan matanya, dia merasakan detak jantungnya mula tidak normal. dia semakin lalai mengambil ubat pencair darah yang membantu sistem pada jantungnya. Ah..tiada guna menyesali perbuatan yang disengajakan oleh dirinya sendiri. Bagus..mungkin ini merupakan penamat hidupnya. Getus hatinya.

"Hoi!" satu suara tiba-tiba mencelah.

Hanafi membuka kelopak matanya, didapati kumpulan tersebut menuntaskan pandangan mereka ke satu arah, dia turut terdorong untuk melihat.

" Weh tu Husnalah Joe!" kedengaran salah seorang ahli kumpulan budak nakal itu bersuara. Hanafi memandang wajah budak lelaki bernama Joe ini, jelas terpamer kegelisahan pada wajahnya. setelah itu dia memandang pula pada budak perempuan yang mendekati mereka. itu budak perempuan yang dilanggarnya sebentar tadi.

" kau buat apa ni Johari!" Una menuturkan nama penuh budak lelaki itu. perlahan-lahan genggaman pada pergelangan tangannya di lepas. barulah terasa mengalir darah ke tapak tangannya. pantas dia menggosok-gosok pergelangan tangannya sambil memandang gadis berani tersebut.

una bercekak pinggang, renungannya tajam menikam setiap wajah di depan. tiada ketakutan bersarang dalam jiwanya.

"u..una aku tak ada masalah dengan kau. ba..baik.."

"ba..ba..apa!" tempik una mengajuk Joe yang kedengaran gagap. rasa geli hatinya ditahan. tidak semena-mena Joe melompat, terkejut dengan tindakan drastik gadis didepannya.

" aku kira sampai 3..kalau kau dengan adik-adik comel kau ni tak blah..jangan salahkan aku segala tulang kau patah 2. kau nak?" ugutnya sambil menayangkan penumbuknya.

"weh una janganlah macam ni! kitorang gurau je! weh budak nerd! betul tak?" joe menoleh pantas. seakan meminta bantuan pula pada mangsa bulinya. Hanafi sekadar kaku, tidak tahu hendak memberikan respon apa.

"satu.."

" hish cakaplah!" desaknya seperti cacing kepanasan.

"dua..." Una merapatinya, penumbuknya diusap.

Joe tidak punya pilihan selain dari mencalarkan imejnya sebagai gengster kampung dengan memilih jalan melarikan diri. malu bukan kepalang! Saat itu kumpulan tersebut bertempiaran lari meninggalkan 'mangsa' mereka. Nampaknya terlepas habuan mereka kali ini.

-----------------------------------------------------------------------

HANAFI berasa malu untuk bertentang mata dengan gadis tersebut. Sikapnya sangat biadap sebentar tadi. Cermin mata tebalnya ditolak sedikit. terkumat-kamit mulutnya mahu menuturkan kata-kata.

" Awak okay tak?" gadis itu bersuara terlebih dahulu. suara tersebut kedengaran lunak pada pendengaran Hanafi. tidak semena-mena wajahnya terasa panas.

"s..saya.."

" hei..apahal semua orang jadi gagap ni?" gadis itu kedengaran mengeluh. 

Hanafi menggaru-garu belakang kepalanya. terasa kekok untuk memulakan perbualan.

" Tadi saya nampak budak johari tu pegang lengan awak.. tengok lengan tu." Pinta gadis bertubuh kecil itu. Lantas Hanafi mengangkat lengannya memberi ruang buat gadis itu menilik pergelangan tangannya yang merah.

"kenapa awak tolong saya?" hanafi bersuara perlahan. dia mahukan penjelasan.

gadis mengalihkan pandangannya kepada tampangnya seraya dia mengangkat keningnya setelah itu tersenyum. 

" sebab kita ni manusia, ada akal ada hati. takkan nak biar orang dalam kesusahan pulak kan?" balas gadis itu bersahaja. saat ini bagai ada satu tamparan hinggap pada wajahnya. dia merasakan kata-kata gadis berbaur sindiran terhadapnya. sekoyong-koyong dia dihujani perasaan malu yang teramat.

"saya minta maaf.." bisik hanafi, matanya melorot pada tanah.

" ha? apa?! tak dengarlah!" gadis itu mendekat cuping telinganya ke arah dirinya, haruman tubuh gadis itu terhidu jelas . 

" saya minta maaf!" luahnya spontan sambil menjarakkan diri.

Gadis itu mengekek ketawa. " ha dimaafkan! lain kali kalau terlanggar orang atau kita langgar orang ke, tak salah minta maaf. kan elok macam tu?" tutur gadis itu berserta segaris senyuman tulus. Manis. 

Hanafi mengangguk perlahan. 

" saya Una. awak pulak?"

" saya Hanafi."

" Okay Hanafi! saya balik dulu. dah nak maghrib ni. awak pun balik tau. takut nanti Joe dengan geng dia kacau awak balik." tutur gadis tersebut, setelah itu dia melangkah pergi diiringan dengan lambaian tangan. 

Hanafi hendak membalas lambaian tersebut, namun dia masih kekok. dari ekor matanya, melihat kelibat Una yang semakin jauh. bibirnya tersenyum. ternyata masih ada yang ikhlas dengannya. Alhamdulillah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience