bab 17

Romance Series 3712

MAJALAH Feminin yang baru dibelinya 2 hari lepas diselak kasar dengan jari runcingnya. Sambil berbaring mengiring di atas tilam bersaiz king itu, kepalanya ditongkat dengan tangan. Majalah yang menarik minat Maira sejurus pulang ke tanah air itu dibelek tetapi tiada satu pun masuk ke kepalanya. Walhal apa saja majalah atau artikel mengenai fesyen akan dibacanya tanpa berkelip. Fikirannya saat ini menerawang entah kemana.

Wajah Noor Husna muncul dibenaknya semula, dia merengus keras. Hatinya panas tatkala melihat Puan Anis dan Hanafi terlalu memberi tumpuan kepada wanita itu sehingga keberadaannya di meja makan tidak dihiraukan. Sekali lagi muka surat majalah itu diselak kasar hampir terkoyak dibuatnya.

Serentak itu, matanya terpaku pada sebaris nama di dalam majalah tersebut.

"Noor Husna binti Lokman..." Sebutnya perlahan kemudian perlahan-lahan  Maira bangun dan duduk berteleku di atas katil empuknya yang dipenuhi dengan aneka anak patung. Majalah tersebut dilipat dan didekatkan ke wajahnya. Terpamer nama gadis itu pada artikel dalam kolum kesihatan wanita.

Matanya terbuntang luas, perasaannya disimbahi api kemarahan yang meledak sekoyong-koyongnya. Setelah itu majalah tersebut dibaling ke dinding dengan kuat. wajahnya yang terpamer riak marah itu semakin lama semakin sayu, anak matanya yang berapi-api mula redup digenangi air mata. terhinjut-hinjut bahunya saat perasaan hibanya semakin hebat menggoncang sanubari.

Pantas lututnya ditarik ke dada, kemudian menghamburkan tangisan yang kesekian kali ditumpahkan.

KEDUA-DUA individu yang berada di dalam kereta itu, membisu sambil berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing cuba mengawal kemelut yang menjajah ketenangan mereka, seorang menagih cinta dan seorang lagi menjauhi cinta. Sepi yang mengelilingi mereka seakan tiada penghujungnya. Hembusan nafas dilepaskan Hanafi.

" please..marry me.." ucap Hanafi dengan pandangan penuh harapan.

Meski bukan niatnya melamar gadis itu dengan cara begitu, namun keadaan mengheretnya untuk berbuat begitu.

Serba-salah Una dibuatnya. Hatinya masih belum terpaut pada jejaka itu, sudah terlalu lama dia mematikan jiwanya untuk menerima cinta. Terlalu sukar buatnya untuk membuka lembaran yang sudah sekian lama dilupakan.

Bibir Una bergerak-gerak, berkira-kira untuk memuntahkan bicara. Buat seketika pandangannya ditumpahkan ke langit biru yang mula berubah warna jingga, menjemput kehadiran senja. Burung layang-layang yang berterbangan di ufuk langit meredakan sedikit hatinya yang bergoncang hebat.

Anak mata coklatnya mula kembali menjamah wajah tampan jejaka yang menanti jawapannya itu.

" Hanafi.." tuturnya, kata-katanya dibiar meleret. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya"...semua ni terlalu cepat untuk saya.. beri masa untuk saya fikir...boleh?" Teragak-agak dia meluahkan kata yang disusun sebaik mungkin supaya tidak mengecilkan hati lelaki tersebut.

Lembut tetapi berbisa. Jawapan Una membuatkan harapannya retak seribu. Bukan jawapan itu yang diinginkan. Ditatap anak mata jernih itu dengan pandangan sayu. Sesayu jiwa anak jantannya ketika ini. Mulutnya dibuka.

" Apa yang saya boleh buat supaya awak percaya pada saya Una..? Walaupun hal ni terlalu pantas pada awak...tapi pada saya tak. Semakin jauh awak mengelak saya, semakin panjang langkah saya untuk kejar awak.. " ujar Hanafi.

Gadis berambut separas bahu yang lepas bebas itu menundukkan wajah. Jiwanya gelisah, tidak tahu bagaimana caranya melembut hati Hanafi. Tolong! Jangan letak harapan menggunung pada hati yang tidak pasti.

Berbeza bagi Hanafi tidak sedikit pun semangatnya luntur, semakin jauh gadis itu menolaknya semakin kuat hatinya mahu memiliki.

" Look..saya akan hantar rombongan merisik minggu ni." Nadanya kedengaran tegas.

Terjegil biji mata Una. Merisik? Aku salah dengar ke ni? Sejak bila dia bersetuju dengan lamaran tempoh hari? Soalannya dikulum dahulu, memberi ruang lelaki tersebut menghabiskan kata-kata.

" awak boleh ambil selama mana pun masa yang awak nak, selama mana. Saya akan tunggu. Kalau awak terima saya, saya akan berpeluang tengok cincin tu dekat jari manis awak...hopefully awak tak kecewakan saya Una..." lirih suara yang dapat didengari di peluput telinganya.

Pada awalnya, Una sememangnya menggerutu geram dengan tindakan Hanafi yang gemar memaksanya dengan sewenang-wenang. Hatinya kini berbolak-balik pula apabila dirayu sebegitu rupa. Jangan macam-macam wahai hati! Bisiknya.

" Baiklah...saya akan cuba. Tapi saya tak boleh janji, sama ada penantian awak terbayar atau sia-sia Hanafi. Apa yang saya boleh beritahu awak, jangan letak harapan tinggi pada saya. Saya sendiri tak faham hati dan akal saya, inikan awak." Bibirnya tersenyum tipis.

Hanafi menggeleng.

" Nop! Terima atau tidak, bukan kerja saya. Apa yang saya boleh buat, usaha. Setelah itu, saya akan serahkan pada sang Pencipta. Dia yang mengawal hati setiap makhluk ciptaannya. Mungkin hari ni saya watak sampingan dalam babak kehidupan awak, mana tahu akan datang sayalah watak utama pada jalan cerita awak." Ucapnya memberikan gambaran. Kiasannya cukup jelas dan indah didengar.

Terdetik rasa bersyukur dalam hati kecil Una, lelaki itu tidak bertindak kasar dengannya jauh sekali melebihi batas yang dibenarkan saat lamarannya ditolak. Bukan menolak hanya ditunda seketika.

Setelah itu pandangan Hanafi dilarikan kedepan semula,signal kiri diberi, berkira-kira untuk menyambung perjalanan yang tergendala. Una pula lebih selesa membuang pandang pada tingkap sebelah kirinya, melayani perasaan sambil menikmati permandangan sepanjang perjalanan pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience